CH 5

Romance Series 14451

"KIMI, abang rasa lebih baik Kimi ceritakan sekarang aje, taknaklah  abang pergi jumpa Prof. Raizil tu, nanti bermacam-macam pulak yang disoalnya, penat nak menjawab." Wan Hazreel yang masih duduk di sisi katil Hakimi itu berkata. Hakimi pula terus memuncungkan bibirnya.

"Tak nak! Kan Kimi dah cakap yang Kimi tak nak sebut dan tak nak ingat apa-apa yang berkaitan dengan perempuan tu!" tegas Hakimi seraya bingkas bangun dari katil dan melabuhkan duduknya di atas kerusi.

"Kimi, please... sebagai abang Kimi yang baru, abang wajib tahu  apa dah terjadi pada adik abang sehingga dipanggil Prof. Raizil tadi... Please Kimi, untuk sekali ni aje, lepas ni kalau Kimi nak lupakan terus apa-apa yang berkaitan dengan Ereen pun takpe, abang tak kisah dah..." pinta Wan Hazreel lagi. Dia berharap sangat Hakimi menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.

"Okey... Kimi akan ceritakan tapi abang kena janji, esok abang kena bawa Kimi pergi gym! Kimi dah tak nak jadi macam ni lagi... Kimi nak jadi macam abang, nak ada body macam abang," balas Hakimi serius.

"EREEN, ada apa Prof. Raizil nak jumpa kita berdua ni?" Hakimi bertanya kepada Ereen Natasya yang berjalan di sebelahnya.

Ereen Natasya hanya mendiamkan dirinya. Pertanyaan Hakimi langsung tidak dipedulikan. Malah dia semakin memparcepatkan langkah kakinya mengejar Prof. Raizil yang berjalan di hadapan.

Sebaik sahaja tiba di bawah pokok rendang yang menjadi tempat Hakimi menghabiskan masa petangnya, Prof. Raizil berhenti di bawah pokok itu seraya melabuhkan duduknya di kerusi simen yang sedia ada di bawah pokok itu. Dia mempelawa Hakimi dan Ereen Natasya duduk di kerusi yang menghadap dirinya. Mereka berdua menuruti arahan.

"Okey... Hakimi, Ereen. Mesti korang berdua tertanya-tanya kenapa saya nak jumpa korang berdua, kan?" Prof. Raizil bertanya sebaik sahaja Hakimi dan Ereen Natasya melabuhkan duduk di kerusi.

"Ada apa Prof?" Ereen bertanya sambil tersenyum dan mengerling tepat ke arah wajah Prof. Raizil. Hakimi hanya perhatikan Ereen Natasya bermain mata dengan Prof. Raizil.

Prof. Raizil ni kacak jugak orangnya. Tak hairanlah  kalau Ereen ni boleh menggedik dengan dia... Ereen, kenapa kau tak nak pandang aku? Aku tahu la aku ni hodoh dan gemuk, tapi aku pandai dan bijak! Tak salah kalau orang macam aku ni disukai hanya kerana kepintaran tapi ianya tak akan berlaku... Perempuan zaman sekarang ni hanya pentingkan rupa paras aje... Hakimi sempat bermonolog  dalam hati semasa mengerling Ereen Natasya.

"Ereen, saya nak tahu, apa masalah awak dengan Hakimi?" Prof. Raizil bertanya.

"Hah? Masalah? Profesor Raizil, kami tak ada apa-apa masalah pun..." sampuk Hakimi dengan pantas.

"Hakimi... saya tanya Ereen, bukan awak," balas Prof. Raizil.

Hakimi terdiam dan menundukkan kepalanya.

Ereen tergelak kecil dan menyebabkan Hakimi kembali mengangkat mukanya seraya mengerling ke arah Ereen Natasya  yang duduk di sebelahnya itu.

"Prof, takkan Prof. tak perasan? Tengoklah si debab sebelah ni... anak gajah mammoth yang sesat macam dia ni memang tak layak pun untuk dilayan dengan baik. Takkan itu pun Prof. tak perasan?" soal Ereen Natasya dengan perasaan bengang.

"Ereen! Awak silap. Bagi saya orang macam Hakimi ni wajib kita hormat. Awak jangan ingat saya tak tahu apa yang berlaku di kafeteria pagi tadi sebelum kelas saya bermula,  saya duduk tak jauh dari tempat korang berempat duduk! Saya tahu assignment kamu masih belum siap lagi!" ujar Prof. Raizil panjang lebar.

Ereen Natasya terlopong seraya mengerling ke arah Hakimi yang duduk di sebelahnya.

"Hakimi, saya tak nak awak buat untuk dia, biar dia sendiri yang buat. Sebab itu untuk masa depan dia. Kalau saya dapat tahu kamu buat jugak assignment untuk Ereen ni, saya tak teragak-agak gagalkan awak sekali," sambung Prof. Raizil lagi.

Hakimi mengangguk faham.

"Dan awak Ereen, ini last warning dari saya. Awak tak malu ke? Awak jangan ingat saya tak tahu kisah awak dan ayah awak merayu pada Dato' Ahmad Zafreel tahun lepas? Ingat, rupa paras tak akan bawa awak ke mana-mana!"

Ereen Natasya tertunduk. Hakimi pula mengerling Ereen Natasya yang tertunduk di sebelahnya.

Jeda buat seketika.

"Dan lagi satu..." Prof. Raizil mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya seraya membuka aplikasi WhatsApp.

"Ereen, cuba awak terangkan pada saya, kenapa awak benci sangat dengan Zafrul Hakimi? Dan saya nak tahu apa masalah awak dengan saya?" soal Prof. Raizil dengan serius seraya membuka audio yang telah dihantarkan oleh seorang pelajar kepadanya melalui aplikasi WhatsApp.

•••(Audio)•••

"SI gajah mammoth debab tu cuma bernasib baik aje lulus SPM, entah-entah bapak dia dah rahsuahkan pemeriksa kertas SPM tu agar anak dia lulus. Biasalah orang kaya sanggup buat apa aje, kan?"

"Kadang-kadang aku terfikir, kenapalah aku lahir dari keluarga yang miskin? Tak macam si debab tu? Tapi sayang si debab tu tak pandai guna kemewahan yang dia ada!"

"Tapi aku tak puas hati, kenapa kat kampus ni semua lecture suka sangat puji si debab tu?
Prof. Raizil pun tergolong dalam kelompok yang suka memuji si debab tu!"

"Sayang, kan? Prof. Raizil pun selalu puji si debab tu. Aku pun tak tau kenapa! Tunggulah nanti Raizil, aku akan cuba dapatkan Prof. Raizil yang bengap tak pandai menilai rupa paras orang. Suka sangat puji si gajah debab tu! Aku ni penat dah nak goda dia asyik tak dapat-dapat! Tahulah dia tu dah beristeri, tapi isteri pun gadis kampung! Low class! Hahaha!"

"EREEN, tolong jawab soalan aku, apa masalah kau yang sebenarnya? Kau ingat kau tu perfect sangat ke? Hah?! Prof. Raizil sudahpun meninggikan suara.

Ereen Natasya mengetap bibirnya. Dia geram kalau boleh, nak aje dia lempang lelaki yang berada di hadapannya kini.

"Kenapa diam? Jawablah!" tengking Prof.  Raizil lagi.

"Prof, bawa bertenang... Tak baik marah-marah macam ni..." Hakimi bersuara cuba untuk menenangkan keadaan sambil mengerling ke arah Ereen Natasya di sebelahnya.

"OKEY! Itu aje yang berlaku, lepas tu Ereen dipaksa untuk siapkan assignment dia dan pukul lapan pagi esok assignment dia wajib ada di atas meja Prof. Raizil. Lepas tu dia arahkan Kimi dan Ereen balik. Masa berjalan balik tu, Ereen paksa Kimi siapkan assignment dia dengan alasan, dia akan jadi kawan baik Kimi, kalau Kimi sanggup siapkan. Kimi setuju! Gila tak nak? Dah dia cakap akan jadi kawan baik Kimi. Gadis idaman Kimi dari tingkatan satu! Tapi sekarang tak lagi! Kimi tak akan buka pintu hati Kimi untuk terima cinta dari mana-mana perempuan lagi! Kimi benci!!"

"Lah... sampai macam tu sekali?" soal Wan Hazreel.

"Yelah! Jangan harap nak paksa Kimi terima mana-mana perempuan lagi lepas ni!"  Hakimi berpeluk tubuh dan memuncungkan bibirnya.

"Okey... jom ikut abang." Wan Hazreel bingkas bangun sambil mengajak Hakimi mengikutnya.

"Nak pergi ke mana pulak ni?" soal Hakimi hairan.

"Alahai dia ni... ikut abang pergi gym la... mana lagi?" jawab Wan Hazreel sambil menggelengkan kepalanya.

"Eh? Sekarang ke? Bukan tadi abang cakap esok?"

"Tak nak ikut, sudah... abang tak nak paksa."

"Eh?! Mestilah Kimi nak!"

Hakimi segera mengatur langkah membuntuti Wan Hazreel yang berjalan di hadapannya dan keluar dari bilik hostel.

Selamat tinggal Hakimi yang lama dan selamat datang Hakimi yang baru! Hakimi bermonolog dalam hati semasa menolak daun pintu gymnasium yang menjadi rumah kedua Wan Hazreel.

"Wow! Hebatlah semua yang berada di sini body diorang sado-sado semuanya!" Hakimi berkata sambil meneruskan langkahnya mengiringi Wan Hazreel di hadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience