CH 20

Romance Series 14451

"KIMI... abang dah tak ada siapa-siapa lagi dah sekarang..." Zarul Hazreel membalas pelukan adik kembarnya, Hakimi.

Hakimi berusaha melepaskan pelukan Zarul, namun pelukan abangnya itu semakin kuat seolah-olah tak mahu dilepaskan. "Abang..."

"Kimi... temankan abang pergi ke Hospital." Zarul Hazreel melepaskan pelukannya perlahan sambil berkata.

Hakimi mengerling wajah pucat abangnya,  lama. "Pergi ke hospital untuk apa?"

"Ayah angkat abang... dia..." kata-kata Zarul Hazreel terhenti. Dia menoleh ke arah Aryan Syah yang berdiri di sebelah kereta Nissan Rouge S milik Hakimi.

"Kenapa dengan Pak Cik Wan?" Hakimi bertanya.

"Dia dah tak ada,  Kimi... abang tak sempat jumpa papa,  abang jugak tak sempat jumpa ayah angkat abang di saat-saat akhir hayat mereka. Apa salah abang,  Kimi... Kenapa nasib abang dibalas sebegini rupa?!"

Hakimi kelu lidah untuk berkata. Dia tidak menyangka nasib yang menimpa abang kembarnya itu sebegini berat. Jeda buat beberapa saat. Air mata yang berjuraian di pipi Zarul Hazreel disekanya lembut. "Abang..." kata-kata Hakimi terhenti sebaik sahaja bahu kirinya disentuh dari belakang oleh Aryan Syah.

"Kimi,  Zarul,  jom kita ke hospital uruskan jenazah arwah Encik Wan Rahman. Zarul,  aku drive kereta kau,  kau ikut Hakimi,  tak sanggup aku biarkan kau memandu dalam keadaan macam ni." Aryan Syah berkata. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh jejaka itu.

Pelukan dilepaskan. Zarul Hazreel mengerling ke arah Aryan Syah sambil ligat mengelap air matanya dengan lengan kirinya. "Terima kasih Aryan."

"No problem bro!"

~~~~

HAKIMI dan Zarul Hazreel lewat bangun pagi ini. Kedua-duanya tidur lewat malam tadi.  Ianya disebabkan oleh Hakimi menerima panggilan dari Akmal Reyza. Tidak cukup dengan itu,  lelaki jambu itu dengan beraninya datang ke rumah banglo mewah milik Zarul Hazreel itu.  Seperti yang ditulis di dalam wasiat peninggalan arwah Dato' Ahmad Zafreel,  kedua-dua anak kembarnya itu mendapat lima puluh peratus dari harta peninggalannya. Kini rumah banglo mewah itu sudah menjadi hak milik mutlak Zarul Hazreel,  manakala Hakimi pula dikenakan syarat untuk memiliki syarikat Nusa Teras Holdings, Hakimi dikehendaki berkahwin dengan Ereen Natasya.

"Selamat pagi, abang..."

Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi seraya tangannya pantas merampas cawan yang sudah pun dituang air milo panas oleh Mak Ton.

"Selamat pagi jugak Kimi," sahut Zarul Hazreel. Senyuman  manis diberikan kepada adik kembarnya itu. "Macam mana?  Si gila Reyza tu masih ganggu Kimi lagi tak?"

"Kimi rasa... lepas ni si mamat sotong tu dah tak berani ganggu kita lagi,  kot?  Semalam kan abang dah belasah dia kaw-kaw!"jawab Hakimi berseloroh. "Tapi...  abang,  sebenarnya Kimi ada sesuatu nak cakap dengan abang..."

Gelagat Hakimi membuatkan Zarul Hazreel yang sedang melahap mi goreng itu terhenti,  dia tergelak. "Abang yakin,  Kimi.  Si sotong tu takkan berani ganggu adik abang ni lagi lepas ni."

Mak Ton yang turut duduk bersarapan dengan dua beradik kembar itu terpinga-pinga mendengar celoteh dua beradik itu. "Hai... korang berdua ni sembang apa dari tadi asyik sotong... sotong?  Nak makan sotong ke tengah hari nanti?  Kalau nak,  korang berdua kena temankan Mak Ton pergi ke pasar basah lepas ni," ujar Mak Ton panjang lebar.

"Boleh jugak tu Mak Ton," sahut Zarul Hazreel. "Dah lama tak makan sotong goreng!"

"Tapi dengan satu syarat." Pak Sham yang baru sahaja habis mencuci kereta itu turut menyertai mereka bertiga dan mencelah perbincangan mereka.

"Syarat apa Pak Syam?" Zarul Hazreel bertanya.

Hakimi pula mengerutkan dahinya sambil merenung ke arah Pak Syam.

Pak Syam melabuhkan punggungnya di kerusi menghadap Mak Ton.  "Hai Ton,  air kita tak ada ke?"

Mak Ton bingkas bangun dari kerusi seraya mencapai cawan di atas meja seraya menuang air milo panas untuk Pak Syam. "Kalau ye pun,  janganlah bagi si Zarul dan Kimi ni tertunggu-tunggu... cepatlah bagitahu apa syarat Abang Syam tu."

"Boleh korang berdua ceritakan pada kami, apa yang berlaku semalam?  Buat apa budak Reyza tu datang ke rumah ni?  Jangan ingat Pak Syam tak tahu?"

Hakimi menelan liur kelat.  Zarul Hazreel pula terkelu lidahnya untuk berkata.

"Pak Syam,  Mak Ton...  sebenarnya macam ni,  semalam Kimi menerima banyak panggilan telefon dari Reyza tu...  tapi Kimi tak  jawab langsung panggilan dari dia..."

~~~~~

DAUN pintu bilik diketuk. Zarul Hazreel yang sedang terbaring di atas katil sambil membelek galeri dalam telefon bimbitnya mengerling ke arah pintu.
"Masuklah... pintu tak berkunci!"

Daun pintu itu dikuak dari luar. Susuk tubuh yang sangat Zarul Hazreel kenal sedang meluru masuk. 

"Kimi... kan abang dah cakap,  abang takkan ulangi apa yang telah kita lakukan sebelum ni... Kimi jugak dah janji dengan abang, kan..." kata-kata Zarul Hazreel terhenti sebaik sahaja Hakimi yang hanya mengenakan boxer berwarna biru melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Abang ni... Kimi tahulah..."

Hakimi memuncungkan bibirnya membuatkan Zarul Hazreel pecah tawa seraya bangun duduk dan mencubit hidung mancung adik kembarnya itu.
"Baguslah kalau macam tu... Kimi ni, merajuklah tu.  Tapi bila Kimi merajuk macam ni,  nampak comel aje abang tengok," ujar Zarul Hazreel sambil tersengih. "Ni ada apa masuk bilik abang sexy-sexy macam ni?  Nak goda abang ke?" Kening kirinya dijongketkan.

"Bukanlah... Cuba abang tengok ni." Telefon  bimbit yang sedang bercahaya dan tertera nama Reyza 'SOTONG' sedang menghubunginya.

Buntang mata Zarul Hazreel merenung skrin yang tertera nama Reyza sedang menghubungi adik kembarnya itu. "Kimi jangan layan,  kalau dia hantar mesej dalam whatsapp  jugak,  abang harap Kimi jangan layan."

"Memanglah Kimi tak layan dia,  ini dah masuk kali yang ke dua puluh dua kali dia call Kimi dari petang tadi lagi." Hakimi bingkas bangun dan mengatur langkah ke arah balkoni bilik abangnya itu. Terbuntang matanya sebaik sahaja terpandang figura lelaki sotong yang sedang berdiri di hadapan rumah banglo mewah itu. "Abang!  Dia ada dekat bawah!"

"Hah?!  Siapa?" Zarul Hazreel  segera menghampiri Hakimi yang sedang berdiri di balkoni biliknya sambil mengerling tajam ke arah figura seorang lelaki berbaju merah jambu sedang berdiri di hadapan banglonya.

Hakimi perasan muka Zarul Hazreel sudah pun merah padam sebaik sahaja mendapati Akmal Reyza berdiri di hadapan pintu pagar utama. "Abang..."

Zarul Hazreel segera menapak ke arah pintu biliknya dan segera berlari menuruni tangga. Hakimi yang hanya menyarung boxer terpinga-pinga mancari sesuatu untuk menutupi bahagian bawahnya itu.  "Ha!  Nasib baik ada seluar yang abang Zarul sangkutkan di tepi almari ni." Cepat-cepat Hakimi menyarung seluar slack berwarna hitam itu. Mujur size pinggang Zarul sama dengan size pinggangnya. Dia segera berlari keluar dari bilik dan terus berlari mengejar Zarul Hazreel yang sudah pun menapak keluar.

Pang!!

Terteleng ke kanan kepala Akmal Reyza sebaik satu layangan dari tapak tangan kekar Zarul Hazreel hinggap di pipi gebu milik lelaki lembut itu.

"Ini last warning dari aku,  sekali lagi aku nampak kau munculkan diri dan ganggu adik aku lagi,  mati kau aku kerjakan!" Melantun tinggi suara garau milik Zarul Hazreel ketika itu.

"Hahaha!  Kau ingat, aku akan mengaku kalah macam tu aje? Kau silap,  Zarul... kau masih belum kenal lagi siapa aku!" Akmal Reyza mula bersuara sambil mengusap pipinya yang merah dek tamparan kuat dari Zarul Hazreel sebentar tadi. Dia cepat-cepat menghampiri Zarul Hazreel yang berjalan ke arah Hakimi yang baru sahaja tiba.

Hakimi perasan Akmal Reyza bergerak menghampiri abangnya sambil tangan kanannya memegang sebatang kayu besbol. Entah dari mana dia mendapatkan kayu besbol itu. Hakimi segera berlari ke arah Akmal Reyza yang pada masa yang sama juga sudah bersedia untuk memukul belakang Zarul Hazreel. Hakimi segera menolak tubuh kekar abangnya itu ke tepi dan mengakibatkan Zarul Hazreel jatuh terduduk di lantai simen bersebelahan dengan pintu pagar utama banglo mewah itu.

Bukk!!

"Arghh!"

Dengan tiba-tiba sahaja pukulan yang dilepaskan oleh Akmal Reyza terkena di bahagian bahu kiri Hakimi. Akmal Reyza terlopong seraya cepat-cepat mendapatkan Hakimi yang terjatuh sambil menahan bahagian bahu kirinya yang tercedera.

"Sayang! Hubby... You tak apa-apa ke?  I'm so sorry!  I tak ada niat pun nak pukul You!" Tangannya sempat mengusap dada sasa Hakimi.

Hakimi bingkas bangun sambil memberikan cerlungan maut kepada Reyza. Tangannya dikepal kuat dan dia segera melepaskan satu tumbukan tepat ke arah muka Akmal Reyza.

Bukk!!

"Arghh!! Kenapa You tumbuk muka I?  You dah tak sayangkan I lagi ke,  hah?!" jerit Akmal Reyza sekuat hatinya. Tangan kanannya diangkat dan bersedia untuk melepaskan satu tamparan ke arah pipi Hakimi namun,  belum sempat tapak tangannya menjamah pipi jejaka di hadapannya itu,  lengannya sudah pun direntap kuat oleh Zarul Hazreel dan dengan tiba-tiba...

Pang!!

Sekali lagi lanyangan tapak tangan kekar Zarul Hazreel dilepaskan dan hinggap tepat ke arah muka dan hidung Akmal Reyza menyebabkan bibir dan hidungnya berdarah. Selepas itu dengan tiba-tiba Zarul Hazreel bertindak di luar kawalan.

Bukk!! 

Satu tendangan maut dilepaskan tepat ke arah perut lelaki sotong itu menyebabkannya terpelanting dan terus terjelepuk jatuh di atas lantai simen dan terus menangis teresak-esak kesakitan.

Hakimi yang duduk sambil menahan bahagian bahunya yang tercedera itu bingkas bangun dan segera menghampiri Zarul Hazreel  yang berjalan menuju ke arahnya.

"Adik abang okey tak ni?"

"Kimi okey,  cuma cedera sikit dekat bahu ni..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience