CH 22

Romance Series 14451

"NIZAM! Lepaskan dia!" Hakimi yang bergegas menghampiri Ereen Natasya yang ditarik lengannya oleh Shahrul Nizam segera merentap dengan kuat pergelangan tangan lelaki di sebelah kirinya itu.

"Kimi?!" Ereen Natasya mengerling Hakimi yang muncul dengan tiba-tiba di sebelahnya.

Sebaik sahaja mendengar suara garau Hakimi, secara spontan pegangan tangannya melemah dan terus terlepas. Shahrul Nizam mencerlung ke arah Hakimi. "Awak?! Ke mana awak pergi dua minggu ni, hah?!"

"Ke mana aku pergi, itu bukan urusan kau! Sekarang aku nak kau jangan muncul dalam hidup aku dan jangan ganggu orang-orang yang rapat dengan aku, faham!" Hakimi membalas renungan Shahrul Nizam ke arah dirinya dengan cerlungan maut.

Zarul Hazreel yang juga baru sahaja mendekati mereka bertiga di situ terpinga-pinga. "Ada apa semua ni, Kimi? Ereen?"

Buku limanya dikepal kuat. Seketika Shahrul Nizam mengerling ke arah Zarul Hazreel yang berdiri di sebelah Hakimi dan Ereen Natasya. Sepantas kilat tangan kirinya menolak bahu kiri Hakimi yang tercedera dengan kuat. Hakimi jatuh terduduk di lantai simen yang Agak licin dan dipenuhi lumut hijau di lorong belakang pasar basah itu.

"Kau memang lelaki tak berguna, Zafrul Hakimi! Lepas kau rosakkan hidup aku, sekarang kau nak buang aku begitu aje dari hidup kau?! Aku takkan benarkan ianya berlaku!" ujar Shahrul Nizam duduk mencangkung di hadapan Hakimi. Buku limanya dikepal kuat seraya diarahkan ke arah muka hakimi.

Bukkk!

Satu tumbukan keras dilepaskan tepat ke arah muka dan Hidung mancung Hakimi. Dengan serta-merta darah merah pekat mengalir keluar dari hidungnya.

"Woi! Kau ni dah kenapa?! Apa yang adik aku dah buat sehingga kau membenci dia?!" jerkah Zarul Hazreel yang kebetulan baru saja menapak di tempat itu. "Aku terdengar tadi kau cakap Kimi dah rosakkan hidup kau... tapi aku rasa, kau sendiri yang rosakkan hidup kau, manusia-manusia sotong macam kau ni la yang menjebakkan dia ke dunia songsang tu! Sekarang kau nak salahkan dia pulak, hah?!" Dengan spontan lengan kekarnya menolak tubuh Shahrul Nizam.

Dengan keadaan lantai simen yang lembap, dengan mudahnya tubuh Shahrul Nizam jatuh terjelepuk. Dia bingkas bangun seraya bersedia untuk membalas perbuatan Zarul Hazreel yang menolaknya sebentar tadi.

"Ereen, awak okey?" Zarul Hazreel bertanya seraya mengerling ke arah adik kembarnya, Hakimi yang berusaha bangun sambil mencerlung ke arah Shahrul Nizam yang sudah berdiri di belakangnya.

"Kau jangan sibuk dengan urusan kami la bangang!" tengking Shahrul Nizam dari arah belakang.

Ereen Natasya perasan dengan sebilah pisau yang berada di dalam genggaman Shahrul Nizam dan kini sedang menghampiri Zarul Hazreel.

Hakimi juga perasan dengan Shahrul Nizam yang seolah-olah hendak menyerang abang kembarnya dari arah belakang. Dia cepat-cepat bangun dan dengan pantas lengan kekarnya menolak tubuh Zarul Hazreel dan Ereen Natasya ke tepi.

"Arghhh!!"

Disebabkan tindakan Hakimi itu, pisau yang digunakan oleh Shahrul Nizam untuk menyerang abang kembarnya itu tertusuk di pinggang kirinya. Kini Hakimi jatuh terduduk dengan pisau masih melekat di pinggang kirinya itu.

Shahrul Nizam yang terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku itu berdiri kaku. "Ap... apa aku dah buat ni? Awak... maaf... maafkan saya, awak!"

Pangg!!

Bukkk!!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi kanan Shahrul Nizam menyebabkan kepalanya terteleng ke kiri dek tamparan kuat dari Zarul Hazreel. Selepas itu tubuh Shahrul Nizam terpelanting dan menjamah dinding simen dan terus jatuh terjelepuk atas lantai sebaik sahaja menerima satu tendangan kuat dari kaki kanan Zarul Hazreel yang hinggap di bahagian perutnya.

"Hakimi!!" Ereen Natasya terkejut dengan apa yang dilihat di hadapan matanya itu.

Hakimi sedang duduk sambil menahan pisau yang melekat di pinggang kirinya. Berkerut dahinya ketika itu menahan sakit.

Zarul Hazreel segera mendapatkan Hakimi. "Kimi, bertahan dik. Abang tahu adik abang kuat!" ujar Zarul Hazreel sebaik sahaja dia merapatkan dirinya dengan Hakimi. Dia cuba untuk menarik keluar pisau yang melekat di pinggang kiri adiknya itu, namun dia tidak sampai hati melihat adiknya itu menahan sakit.

Dia segera mencampung tubuh kekar adiknya seraya meninggalkan lorong belakang itu.

"Abang..." Hakimi cuba bersuara namun suaranya gergetar.

"Kimi, kita ke hospital sekarang, bertahan ye!"

Shahrul Nizam seolah-olah baru tarsedar. Dia segera mengejar Zarul Hazreel yang sedang bergegas untuk masuk ke dalam perut kereta Nissan Rogue S milik Hakimi.

Ereen Natasya yang turut berada di situ segera menghampiri Shahrul Nizam sambil memberikan cerlungan maut kepada jejaka sotong itu.

Pang!!

Terteleng ke kanan kepala Shahrul Nizam sebaik sahaja tapak tangan Ereen Natasya hinggap di pipi kirinya.

"Puas hati kau sekarang ni, kan?!" tengking Ereen Natasya.

Shahrul Nizam tidak menjawab, dia mengatur langkah dan terus berlari menjauhkan diri dari Ereen Natasya.

"Allahuakbar! Hakimi! kenapa boleh jadi macam ni? Zarul, Ereen... apa yang terjadi sebenarnya?!" Mak Ton yang sudah lama menunggu di dalam kereta itu terkejut sebaik sahaja Zarul Hazreel membawa Hakimi masuk ke dalam perut kereta.

Zarul Hazreel mengerling Mak Ton di sebelahnya yang sudah mengalirkan air matanya kerana terkejut dengan apa yang berlaku itu. "Sampai hospital nanti Zarul ceritakan. Sekarang kita kena cepat bawak Kimi ke hospital."

"Argghhh!! Abang... sakit! Mak Ton!!" laung Hakimi. Air matanya berjuraian di pipi. "Abang... jangan tinggalkan Kimi!"

"Abang takkan tinggalkan adik, abang janji," jawab Zarul Hazreel. Hakimi masih dalam dakapannya. Dia mengerling ke arah Ereen Natasya yang menghampiri mereka. "Ereen, awak tolong drive... boleh?"

Ereen Natasya mengangguk seraya meloloskan dirinya masuk dan terus menghempaskan punggungnya di kerusi pemandu. Pedal minyak ditekan sekuat hati. Dia harus cepat. Bertahanlah Kimi!

"ENCIK Hakimi bernasib baik, jika dia terlewat dalam sepuluh minit tadi, kemungkinan besar dia tak dapat diselamatkan," ujar Doktor Norhamisah kepada Zarul Hazreel dan Mak Ton. "Tapi, kami memerlukan darah jenis B+ kerana dia sudah banyak kehilangan darah. Dan jugak... kami kekurangan darah jenis itu."

"Alhamdulillah..." ucap Mak Ton sambil menadah tangannya bersyukur kerana Hakimi berjaya diselamatkan.

"Doktor boleh ambil darah saya, sebab saya saudara kembar Hakimi," sahut Zarul Hazreel pula. Dengan cara ini juga aku boleh dapatkan bukti yang sebenarnya aku dan Kimi sedarah dan sedaging... 

"Kalau macam itu... encik..."

"Zarul. Saya Zarul Hazreel bin Dato' Ahmad Zafreel," pintas Zarul Hazreel.

"Okey, Encik Zarul boleh ikut saya."

"Baiklah," sahut Zarul Hazreel seraya mengerling ke arah Mak Ton dan Ereen Natasya. "Ereen, awak temankan Mak Ton sekejap, ye!"

"Baiklah. Err... Zarul, saya nak minta izin untuk jaga Kimi..." kata-kata Ereen Natasya terhenti dipintas oleh Zarul Hazreel.

"Baiklah Ereen. Jumpa lagi lepas ni." Langkah diatur mengejar Doktor Norhamisah yang berjalan di hadapannya menuju ke arah makmal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience