CH 16

Romance Series 14451

DUDUKNYA dilabuhkan bersebelahan dengan abangnya, Zarul Hazreel. Tangannya segera meliar mengusap peha Zarul Hazreel.

"Kimi, Kimi buat apa lagi ni? Bukan ke Kimi baru aje berjanji dengan abang?" Zarul Hazreel berkata sambil mengerling tepat mata adiknya itu.

Hakimi tersengih.

"Yelah... Kimi janji takkan buat benda tu lagi, lagi pun abang dah bantai Kimi banyak kali malam tadi, sakit tahu tak?" usik Hakimi seraya mengalihkan tangannya dari peha Zarul Hazreel dan beralih ke bahagian punggungnya.

"Ceh! Bila masa pulak abang bantai sampai banyak kali?" bidas Zarul Hazreel pula.

"Alah... abang ni, Kimi gurau ajelah, sakit... tahu tak masa abang tibai Kimi semalam," protes Hakimi sambil memuncungkan bibirnya.

"Ha... tahu pun sakit, macam itu jugaklah yang abang rasa semalam. Berapa kali kimi bantai abang semalam?" ujar Zarul Hazreel seraya bertanya.

"Enam," jawab Hakimi sambil tersengih menayangkan giginya.

"Hah?! Enam? Biar betul Kimi ni," soal Zarul Hazreel, terkejut.

"Takdelah abang, sekali aje... gilalah kalau sampai enam kali," sambung Hakimi lagi.

"Baiklah, abang nak masuk bilik abang, nak mandi. Kimi, tunggu abang tau, kita sarapan sama-sama." Zarul Hazreel berkata seraya bangun dan terus menapak ke arah pintu bilik.

"Abang," Hakimi memanggil.

Langkah Zarul Hazreel terhenti, dia segera berpaling dan mendapati Hakimi menundukkan kepalanya merenung lantai. "Ada apa Kimi?" 

"Kimi ada sesuatu nak cakap," jawab Hakimi.

Zarul Hazreel perasan riak wajah Hakimi seperti seorang yang sedang bersedih. Dia kembali menghampiri adiknya seraya melabuhkan duduk bersebelahan dengan Hakimi, serta-merta Hakimi berpaling ke arahnya seraya memeluk tubuhnya dan esakan Hakimi mula bergema. Zarul Hazreel terpempan, terkejut dengan tingkah adiknya itu. "Kimi, kenapa ni? Tetiba aje menangis ni? Siapa yang buat Zafrul Hakimi si Mister Sado... adik abang ni menangis?" 

"Abang, Kimi berdosa, Kimi bersalah, Kimi risaukan papa," kata Hakimi bersama esakannya.

"Papa? Ken... kenapa dengan papa?" soal Zarul Hazreel, ingin tahu.

"Semuanya berpunca dari Kimi jugak, abang... maafkan Kimi," ujar Hakimi, kini semakin kuat kedengaran esakannya.

"Kimi, baik ceritakan pada abang, apa yang berlaku? Kimi dah buat apa sebenarnya?" tegas Zarul Hazreel lagi.

~~~~~~~~~

Satu minggu berikutnya...

IPHONE yang dihadiahkan oleh Hakimi tempoh hari direnungnya lama, biar pun sudah seminggu usia iPhone itu, baru hari ini Ereen Natasya mengeluarkannya dari kotak. Dalam tempoh satu minggu ini jugalah dia dan Hakimi tidak bertegur sapa.

Sebaik sahaja iPhone S7 itu dihidupkan, puluhan mesej masuk berduyun-duyun melalui aplikasi Whatsapp dan termasuk tujuh mesej yang mencuri pandangan mata Ereen Natasya.

"Kimi..." guamamnya sebaik sahaja terpandang mesej yang dihantar oleh lelaki yang dia cintai dalam diam yang juga merupakan bosnya itu.

Pantas saja jarinya menyentuh skrin dan membaca mesej yang dihantar oleh Hakimi.

Assalammualaikum awak, maafkan saya. Saya tak patut marahkan awak tadi, saya harap awak tak berkecil hati.. Esok mungkin saya tak masuk office, awak cancel semua appointment saya esok ya...
~ Zafrul Hakimi Encik Sado??

Hai awak, hari ni saya tak masuk office, saya kurang sihat, abang Zarul jugak tak masuk office...
~ Zafrul Hakimi Encik Sado??

Awak, balas mesej saya bila awak aktifkan iPhone awak, saya call banyak kali asyik tak dapat, awak masih marahkan saya ke?
~Zafrul Hakimi Encik Sado??

Assalammualaikum awak... hari ni kita keluar tengok movie lagi nak?
~ Zafrul Hakimi Encik Sado ??

Awak, kenapa senyap aje ni? Kalau awak tak nak takpelah, saya pergi tengok movie sama dengan abang Zarul ajelah nampaknya kalau macam ni... ??
~ Zafrul Hakimi Encik Sado??

Assalammualaikum, selamat pagi, jangan lupa bawa proposal yang saya mintak awak copy hari khamis tu... kita perlukannya untuk meeting pagi ini.
~ Zafrul  Hakimi Encik Sado ??

Awak, maafkan saya, saya tak patut marahkan awak di hadapan semua staff masa meeting kejap tadi... Maafkan saya. ?? tengah hari ni kita keluar lunch sama-sama ya?
~ Zafrul  Hakimi Encik Sado??

Sebaik sahaja Ereen Natasya membaca mesej-mesej yang dikirimkan oleh Hakimi itu, dia terus mendail nombor Hakimi.

Harap maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi.

"Alah... dia ni, off handphone pulak..." gumam Ereen Natasya. Air matanya yang mengalir disekanya perlahan. "Bodoh betullah aku, kalau aku on aje iPhone yang dia hadiahkan ni, takdelah perkara siang tadi terjadi, rupa-rupanya dia banyak kali hantar mesej untuk aku, aku pulak langsung tak on!" 

"Zarul, macam mana keadaan office selama papa berada di London?" soal Dato' Ahmad Zafreel kepada kedua-dua anak bujangnya itu.

"Okey aje papa, cuma masa meeting pagi tadi aje si Kimi ni buat perangai macam budak-budak," kata Zarul Hazreel memulakan cerita kepada papanya.

"Alah Abang Zarul ni... tak sporting betullah," protes Hakimi seraya memeluk tubuhnya sambil memuncungkan bibirnya sebagai tanda tidak puas hati.

"Adik kamu ni dah buat apa Zarul?" soal Dato' Ahmad Zafreel ingin tahu.

Zarul Hazreel mengerling ke arah Hakimi yang sedang memuncungkan bibirnya sambil mencerlung ke arah dirinya dengan renungan yang tajam. Hmm... adik aku ni, manja betul. Nampak comel aje aku tengok dia buat muka macam tu. Zarul Hazreel mengenyitkan matanya kepada Hakimi.

Hakimi terus terlopong sebaik sahaja Zarul Hazreel mengenyitkan matanya. Dah kenapa pulak dengan Abang Zarul ni? Dah buang tebiat ke apa? Ke dia nak... eh tak baiklah fikir yang bukan-bukan. Tapi... okey jugak kalau dia jugak nak, aku juga nak. Alah... dah satu minggu ni Abang Zarul layan aku ni macam bini dia. Abang, maafkan Kimi, Kimi dah buat abang terjebak dalam dunia songsang ni. 

"Err... tak... tak ada apa-apalah papa," jawab Zarul Hazreel sambil memberikan senyuman buat papanya.

"Oh, okey... papa sebenarnya ada satu kejutan untuk korang berdua, tapi tak apalah, tunggu minggu depan ajelah ya, sebab papa rasa lebih baik papa tunggu tarikh kelahiran kamu berdua papa bagitahu," ujar Dato' Ahmad Zafreel.

"Kejutan apa papa?" Hakimi bertanya.

"Yelah, Zarul juga nak tahu ni kejutan apa yang papa nak bagitahu tu?" Zarul Hazreel pula bertanya.

"Adalah... kalau papa bagitahu sekarang, dah tak jadi surprise untuk anak-anak papa," balas Dato' Ahmad Zafreel seraya bingkas bangun dari sofa dan terus berjalan menuju ke arah dapur.

Hakimi juga turut bangun dan terus berlari anak menaiki tangga untuk ke tingkat atas.

"Eh, Kimi nak kemana pulak tu?" soal Zarul Hazreel yang masih duduk di sofa ruang tamu itu.

"Nak ke mana lagi kalau bukan bilik abang, Kimi tunggu abang," sahut Hakimi sambil mengenyitkan matanya seraya meneruskan langkah untuk naik ke tingkat atas.

"Okey sayang, tapi abang nak ke dapur sekejap, dahaga," balas Zarul Hazreel pula.

"MAK TON, saya dah buat keputusan..." Dato' Ahmad Zafreel berkata kepada pembantu rumahnya, Mak Ton.

Pada masa itu juga Zarul Hazreel yang sedang berjalan untuk ke dapur terhenti langkahnya apabila terdengar apa yang papanya bicarakan dengan pembantu rumahnya, Mak Ton.

"Baguslah kalau Dato' dah buat keputusan untuk ceritakan pada kedua-dua anak kembar Dato' tu, Mak Ton kesian jugak, kesian sangat bila terfikir akan nasib Zarul yang terpaksa berpisah dengan keluarga kandungnya dan Kimi," ujar Mak Ton sambil menuang kopi ke dalam cawan di hadapan Dato' Ahmad Zafreel.

"Ye Mak Ton, kalaulah Arwah Ariana masih hidup sekarang, saya yakin dia pasti gembira, sekarang baru saya faham kenapa dulu semasa arwah masih hidup, dia asyik berkata pada saya, dia teringin sangat nak berjumpa dengan Zarul, saya marahkan dia masa tu, Mak Ton... yelah mana boleh nak jumpa dengan Zarul, Zarul sudah pergi menghadap Ilahi, kalaulah saya percaya dengan apa yang diperkatakan oleh arwah Ariana masa tu, sudah tentu dia dapat jumpa Zarul, saya akan cari anak saya itu sampai jumpa, Mak Ton... tapi sekarang sudah terlambat, Zarul sudah kembali bersama keluarga ni, tapi Ariana pulak sudah tiada," cerita Dato' Ahmad Zafreel panjang lebar. Air matanya juga kini sudah pun berjuraian di pipi.

Zarul Hazreel yang berdiri menyandar di sebalik dinding mendengar dengan jelas apa yang Dato' Ahmad Zafreel katakan sambil menekup mulutnya dengan tapak tangan. Air matanya juga sudah pun mengalir membasahi pipinya. Papa, mama? Kimi? Aku... aku anak kandung Dato' Ahmad Zafreel? Juga saudara kembar Hakimi? Jadi, aku dan Kimi adalah kembar? Kimi... Ya Allah ... apa aku dah buat? Hakimi saudara kembar aku! 

Tanpa Zarul Hazreel sedari, kakinya seolah-olah dikawal oleh seseorang untuk melangkah perlahan mendekati papa kandungnya, Dato' Ahmad Zafreel.

"Dato'." Mak Ton memanggil Dato' Ahmad Zafreel yang sedang termenung melayan perasaannya.

"Ye Mak Ton, ada apa?" sahut Dato' Ahmad Zafreel.

"Za... Zarul Dato'," kata Mak Ton sambil mengerling figura jejaka bertubuh sasa di sebelah Dato' Ahmad Zafreel.

"Pa... papa..." Bergetar-getar suara Zarul Hazreel memanggil papanya seraya berlutut di hadapan papa kandungnya itu seraya memeluk kaki papanya dengan erat.

"Papa... ken... kenapa... kenapa papa pisahkan Zarul, pa... ken... kenapa papa?" soal Zarul Hazreel bersama esakannya.

"Maafkan papa sayang, papa juga tak tahu, kalau papa tahu awal-awal, dah lama papa cari Zarul..." Secara spontan tangan Dato' Ahmad Zafreel mengusap lembut kepala Zarul Hazreel. Kini suara tangisan dan esakan antara dua beranak itu bergema di segenap ruang dapur banglo itu.

Mak Ton juga tidak dapat menahan sebak menyaksikan pemandangan hiba di hadapannya. Dia juga turut rasa bersalah kerana turut terlibat dengan Puan Ariana dua puluh enam tahun yang lalu menyerahkan Zarul Hazreel kepada pasangan Wan Rahman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience