"ZAFRUL HAKIMI Bin Dato' Ahmad Zafreel... aku nikahkan dikau dengan Ereen Natasya Binti Abdul Wahab dengan mas kahwinnya dua ratus lima puluh ringgit tunai."
Air matanya menitis laju seraya mengerling figura saudara kembarnya yang duduk di sebelah. Zarul Hazreel membalas renungan Hakimi.
"Tak... tak... tak boleh... maaf aku tak boleh!" Hakimi bingkas bangun seraya mengatur langkah pantas keluar dari masjid. Zarul Hazreel juga turut mengejar Hakimi di belakang.
"Kimi! Kenapa Kimi lari?" Zarul Hazreel bertanya. Dicapainya bahu adik kembarnya itu.
Hakimi menoleh ke arah Zarul Hazreel dengan linangan air mata yang membasahi pipi. "Mm... maafkan Kimi... Kimi tak boleh kahwin dengan Ereen!"
Zarul Hazril segera memeluk erat tubuh Hakimi. "Kimi... janganlah macam ni. Kesian Ereen, dia..."
"Dia apa?!" pintas Hakimi. Pelukan Zarul Hazreel dilepaskan. "Apa gunanya berkahwin jika hati dan naluri Kimi bukan untuk dia?!"
Zarul Hazreel cepat-cepat menyambar tubuh sasa Hakimi seraya dipeluknya sekali lagi. "Kimi jangan kecewakan abang, mama dan papa! Kimi tak teringin ke nak ada keluarga sendiri... ada anak sendiri, ada isteri..."
"Mestilah Kimi nak!"
"Dah tu? Kenapa Kimi tak nak berkahwin? Kalau Kimi nak lari ke mana sekali pun, kalau dah jodoh Kimi tetap dengan Ereen... Kimi tak dapat nak elak..." Zarul Hazreel sudah memulakan mukaddimahnya.
Sedang Hakimi mendengar mukaddimah dari Zarul Hazreel, pandangan matanya menangkap satu figura manusia yang selalu menghantui dirinya. Dia mengerling ke arah Zarul Hazreel. "Abang, itu... itu! Perempuan berpurdah hitam yang selalu datang melawat Kimi ada di sini?! Macam mana dia tahu Kimi kahwin hari ni dan..."
"Huh?! Siapa?"
Hakimi menjuihkan bibirnya ke arah satu figura wanita yang mengenakan jubah hitam dan berpurdah yang kini sedang memerhatikan mereka berdua. "Tu..." Hakimi terus mengatur langkah menuju ke arah wanita misteri itu.
Zarul Hazreel juga turut mengekori Hakimi.
"Hoi! Kau buat apa dekat sini, hah?! Macam mana kau tahu aku ada di masjid ni sekarang?!" Hakimi bengang. Sepantas kilat tangan kekarnya mencapai seraya menarik kuat purdah hitam yang disarungkan di kepala wanita itu sehingga terlepas.
"Kimi... kenapa buat dia macam tu? Tak..." kata-kata Zarul Hazreel terhenti saat purdah hitam wanita itu terlepas dari kepalanya.
Buntang mata Zarul Hazreel dan Hakimi sebaik sahaja wajah manusia yang berselindung di sebalik purdah hitam yang selama ini selalu muncul di hadapan mereka kini sudah pun terjawab.
"Reyza?!"
Bukkk!!
Satu tumbukan dilepaskan oleh Hakimi tepat di muka lelaki sotong itu.
"Patutlah aku macam pernah nampak aje renungan mata dia sebelum ni!" ujar Zarul Hazreel. "Kau sanggup menyamar jadi wanita alim yang berpurdah! Dasar sotong pondan!!"
Akmal Reyza ketawa sambil mengusap-usap mukanya. "Hahaha! Hakimi... sayang... I tahu yang You takkan berkahwin selama-lamanya. Jantan tak guna macam You takkan blah macam tu aje dari dunia PLU kita ni..."
"Tak guna kau sotong lahanat!" Hakimi sekali lagi menghampiri Akmal Reyza tetapi segera dihalang oleh Zarul Hazreel.
"Kimi... dah! Jangan dilayan hantu sotong pondan lembik ni! Kalau dilayan nanti Kimi jugak yang akan sakit hati." Zarul Hazreel menyambar lengan kekar Hakimi dengan pantas. "Jom kita masuk ke dalam masjid semula. Tok kadi menunggu Kimi tu... kesian Ereen. Kimi tak kesian ke? Nanti apa kata orang... pengantin lelaki melarikan diri semasa upacara akad nikah?"
Hakimi memberikan cerlungan maut kepada Akmal Reyza yang tersenyum sinis ke arahnya. Jari telunjuknya diarahkan tepat ke arah muka lelaki sotong itu. "Kau siapa nak judge aku, hah?! Okey aku akan buktikan yang aku mampu berubah dan keluar dari dunia songsang yang kau jebakkan aku masuk ke dunia iblis jahanam tu!"
Hakimi dan Zarul Hazreel kembali mengatur langkah menuju ke arah masjid di mana para tetamu dan tok kadi sedang menunggu untuk upacara akad nikah.
"Kimi, Zarul... ni dah kenapa melarikan diri masa akad nikah tadi?" Mak Ton cepat-cepat datang menghampiri dua beradik kembar itu. Jelas kelihatan riak wajah yang penuh dengan kerisauan wanita itu.
"Entahlah Mak Ton... si Kimi ni ha... buat perangai macam budak-budak pulak. Kalau pengantin perempuan yang melarikan diri tu takpelah jugak... tapi ini... pengantin lelaki pulak yang melarikan diri. Hai... betullah dunia dah terbalik sekarang," bebel Zarul Hazreel. Dia mengerling Hakimi di sebelahnya. Tengkolok di kepala Hakimi yang sudah senget itu dibetulkan semula keadaannya. "Okey, jom kita masuk."
"Okey..." sahut Hakimi perlahan. Langkah diatur mengejar Zarul Hazreel yang berjalan di hadapannya. "Abang..."
Zarul Hazreel berpaling. "Ye... ada apa lagi Kimi?"
"Tak... tak ada apa-apa."
"EREEN... saya nak awak jawab soalan saya ni dengan jujur." Hakimi bertanya kepada Ereen Natasya yang sedang duduk sambil menundukkan kepala di sebelahnya.
"Ye... awak nak tanya apa, Kimi?" sahut Ereen Natasya perlahan.
"Adakah awak sudi berkahwin dengan saya kerana sekarang ni saya dah tak gemuk macam dulu? Kenapa awak sudi bersuamikan orang seperti saya? Lelaki yang langsung tiada hati dan nafsu pada perempuan? Saya nak awak jawab dengan jujur. Awak tak menyesal bersuamikan seorang lelaki songsang macam saya?" Bertalu-talu soalan diajukan Hakimi kepada Ereen Natasya.
Ereen Natasya bungkam.
"Err... Kimi, tok kadi nak cepat tu. Ada dua lagi majlis akad nikah yang dia nak uruskan hari ni." Tiba-tiba sahaja Zarul Hazreel bersuara. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Zarul ni. Si Kimi ni pun satu, baru aje kejap tadi buat kejutan masa nak lafaz akad... ni sibuk pulak nak tanya macam-macam dengan si Ereen, karang dia lari lagi... dibuatnya jawapan Ereen kurang memuaskan hati dia. Hmm... macam-macam hal betullah Kimi ni. Nasib baik adik aku dan yang paling aku sayang, kalau tak... lebam dah satu muka dia aku kerjakan!
Zarul Hazreel mengerling ke arah Ereen Natasya yang kelihatan baru sahaja mengesat air matanya. "Ereen, okey tak ni?"
"Err... okey. Saya okey aje ni."
Kini Zarul Hazreel mengalih pandangannya ke arah Hakimi yang sedang duduk menghadap tok kadi. Kimi... tahniah, adik!
"Zafrul Hakimi Bin Dato' Ahmad Zafreel, aku nikahkan dikau dengan Ereen Natasya Binti Abdul Wahab dengan mas kahwinnya dua ratus lima puluh ringgit tunai."
Hakimi menarik nafas sedalam-dalamnya. "Aku terima nikahnya dengan Ereen Natasya Binti Abdul Wahab dengan mas kahwinnya dua ratus lima puluh ringgit tunai."
Dengan sekali lafaz, kini Hakimi sah bergelar suami kepada Ereen Natasya. Kesemua manusia yang berada di dalam masjid itu tersenyum sambil mengucapkan syukur kerana majlis berjalan dengan lancar.
Upacara pembatalan air sembahyang segera dijalankan. Hakimi menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan isterinya, Ereen Natasya.
Air mata Hakimi sekali lagi menitis keluar. Tiba-tiba sahaja dia terbayangkan wajah arwah papa dan mamanya. Papa, mama... sekarang Kimi dah kahwin dengan Ereen. Impian mama dan papa dah Kimi tunaikan. Papa... kalaulah papa ada dekat sini sekarang ni...
Lamunan Hakimi terhenti saat merasakan sesuatu menyentuh pipinya. Ereen Natasya menyeka lembut air mata yang mengalir dengan deras di pipinya. Diperhatinya renungan mata isterinya itu seolah-olah mengerti apa yang sedang berlegar di benaknya.
Ereen Natasya merenung wajah suaminya lama. "Abang..."
Cepat-cepat bibir Hakimi hinggap di dahi Ereen Natasya. "Maaf... maaf. Terima kasih sudah menerima kekurangan diri saya."
Hakimi mengerling pula ke arah Zarul Hazreel yang sedang duduk di sebelah tok kadi. Cepat-cepat dia menghampiri saudara kembarnya itu. Jelas kelihatan mata Zarul Hazreel berkaca. Sepantas kilat Zarul Hazreel memeluk erat tubuhnya.
"Kimi... tahniah, Kimi! Sekarang adik abang ni dah jadi suami orang! Tahniah, adik! Tahniah..." ucap Zarul Hazreel bersama esakannya. "Semoga kekal hingga ke akhir hayat, dik!"
Share this novel