DUDUKNYA dilabuhkan di birai katil, perasaan sedih dan geram kini menguasai dirinya.
"Kimi, kenapa? Aku cintakan kau, Kimi... kenapa kau tak nampak? Aku bodoh sebab tolak cinta kau dulu." Ereen Natasya bermonolog sambil mennyeka air matanya yang kini berjuraian membasahi pipi.
Terbayang semula di matanya di mana Hakimi tiba-tiba berubah tingkah sebaik sahaja bertemu dengan Shahrul Nizam. Hakimi terus mengabaikan dirinya dan lebih memberikan perhatian kepada Shahrul Nizam.
~~~~~~~~~~~~~~
"Nizam."
Hakimi segera memeluk Shahrul Nizam tepat di hadapan mata Ereen Natasya. Malah Shahrul Nizam juga tanpa segan silu mencuit manja hidung Hakimi.
"Sayang, awak buat apa dekat sini?" soal Shahrul Nizam ingin tahu seraya menoleh ke arah Ereen Natasya yang berdiri tercegat di hadapan mereka berdua sambil melopong.
Shahrul Nizam mengerling Ereen Natasya dengan renungan yang tajam.
Mamat ni dah kenapa renung aku macam tu? Aku ni cinta pertama Kimi, kau tu lelaki, Kimi jugak lelaki. Bodoh betul, gerutu hati Ereen Natasya.
"Err... Ereen, kenalkan ini..."
Belum habis Hakimi berkata untuk memperkenalkan Shahrul Nizam kepada Ereen, Shahrul Nizam cepat-cepat memintas.
"Awak, jom temankan saya... saya teringin sangat nak tengok cerita 'Aquaman'," pintas Shahrul Nizam seraya menarik tangan Hakimi menjauhkan diri dari Ereen Natasya.
"Eh, awak kenapa ni tarik tangan saya? Dia tu PA sayalah, dan jugak kawan saya dari kecil lagi, sama satu kelas dari darjah satu, juga menuntut di universiti yang sama, course juga sama," ujar Hakimi panjang lebar seraya melepaskan pegangan tangan Shahrul Nizam.
Shahrul Nizam pelik dengan tindakan Hakimi yang tiba-tiba melepaskan pegangan tangannya.
Hakimi kembali menghampiri Ereen Natasya yang masih berdiri kaku di belakang.
"Awak, jom kita tengok movie bersama-sama," ajak Hakimi seraya menoleh semula ke arah Shahrul Nizam yang sudah pun memuncungkan bibirnya.
Ereen Natasya tidak menjawab, dia bingung, samaada nak turut serta atau pun tidak? Hmm... Kimi, tak boleh ke awak berpisah aje dengan mamat jambu tu buat sementara waktu? Golongan macam itu sama ajelah Kimi... Baru aje tengah hari tadi awak baca mesej yang ditinggalkan oleh salah seorang daripada scandal awak. Takkan awak tak sedar, Kimi.
Hakimi seolah-olah memahami apa yang sedang Ereen Natasya fikirkan. Senyuman diberikan untuk gadis manis di hadapannya itu. Dia menggengam erat pergelangan tangan Ereen Natasya. "Awak, awak jangan risau, saya percayakan Nizam, dia tak sama macam si sotong poyo Reyza."
Ereen Natasya hanya mengangguk kepalanya.
Sepanjang menonton wayang, Hakimi langsung tidak mempedulikan Ereen Natasya yang duduk bersebelahan dengan Shahrul Nizam. Shahrul Nizam pula seperti sengaja menjarakkan Hakimi dengan Ereen Natasya. Dia sengaja mengambil tempat duduk yang sepatutnya milik Hakimi, dalam tempoh itu juga dia sengaja menyakitkan hati Ereen Natasya dengan cara menyuap popcorn ke mulut Hakimi dengan manja.
Aku takkan benarkan kau rampas Hakimi dari akulah betina syaitan! Shahrul Nizam menggumam dalam hati sambil mengerling ke arah Ereen Natasya yang kelihatannya termenung merenung skrin.
Ya Allah... kau kuatkanlah imanku, bisik hati Ereen Natasya. Hatinya sakit dan geram. Nama aje lelaki, tapi suka pisang! Rasa nak aje aku aku bagi penampar kat muka kau tu! Dia bingkas bangun dari kerusi dan terus mengatur langkah keluar dari situ. Dia berjalan laju menuju ke bilik air. Dia berdiri menghadap cermin sambil menyeka air matanya yang sudah pun gugur membasahi pipinya.
"Kimi, aku cintakan kau, Kimi... kenapa kau tak nampak? Kau betul-betul dah berubah, tak seperti Zafrul Hakimi yang aku kenal sedari usia kita empat tahun." Ereen Natasya bermonolog seraya memejamkan matanya di hadapan cermin toilet.
"Ereen!"
Dengan tiba-tiba ada satu suara yang Ereen Natasya kenal menampar telinga memanggil namanya. dia membuka matanya perlahan dan terpapar pantulan imej seorang gadis bertudung hijau merenungnya dari arah belakang. Sepantas kilat Ereen Natasya berpaling.
"Alia?" Segera gadis manis itu mengelap mukanya yang agak pucat itu dan terus memeluk tubuh sahabat baiknya, Alia Marlina.
"Ereen, kau tengok wayang jugak ke? Kau tengok cerita apa? Dengan siapa?" soal Alia Marlina.
Ereen Natasya menundukkan kepalanya.
"Kau ni dah kenapa? Bagitahu aku, siapa yang buat best friend forever aku menangis ni?" sambung Alia Marlina lagi. Dia boleh nampak riak wajah Ereen Natasya 100% seperti orang yang baru sahaja lepas menangis.
"Tak... tak ada apa-apa, aku okey..."
"Kau jangan nak tipu akulah... aku ni dah lama kenal kau," ujar Alia Marlina tidak puas hati. "Biar aku teka... Hakimi?"
Ereen Natasya terus tertunduk diam membisu.
"Kan betul apa yang aku agak selama ni, Aryan jugak ada menceritakan pada aku tentang perubahan pada Hakimi." Alia Marlina berkata seraya menyedut semula jus honeydew di hadapannya.
Alia Marlina dan Aryan Syah menemani Ereen Natasya petang ini, manakala Hakimi pula hilang entah ke mana.
"Tak apalah Alia, dah nasib aku... semua ini jugak berpunca dari aku. Kalau aku terima dia dulu, dan aku ketepikan ego aku masa tu, Hakimi pasti takkan jadi macam sekarang," balas Ereen Natasya hampa.
"So... lepas ni kau nak balik naik apa? Ke kau nak aku hantar balik rumah?" Aryan Syah mencelah.
"Errr... aku rasa aku nak balik naik teksi ajelah. Lagipun aku..."
"Ereen... jom balik!"
Kata-kata Ereen Natasya terhenti sebaik sahaja ada satu suara garau menegurnya.
Hakimi yang tiba-tiba datang ke arah Ereen Natasya, Aryan Syah dan Alia Merlina duduk bersembang di salah satu cafe di situ. Agak tegang suaranya ketika ini.
"Err... Kimi, ss... saya..."
"NOW!" Hakimi mengarah lagi, merah padam mukanya.
"B... baiklah," sahut Ereen Natasya perlahan.
"Maaflah Aryan, Alia... aku balik dulu." Ereen Natasya berkata kepada dua sahabatnya itu seraya bingkas bangun dari kerusi dan segera mengejar Hakimi yang sudah pun jauh di hadapan.
SUASANA sepi sepanjang perjalanan balik, sehinggalah mereka tiba di hadapan rumah keluarga Ereen Natasya.
"Awak..." Hakimi memanggil.
"Ye Kimi, ada apa?" sahut Ereen Natasya perlahan dan terus menoleh ke arah Hakimi yang berada di sebelahnya. Dia terpempan, terpaku sebaik sahaja mendapati mata Hakimi kemerahan, air matanya juga kini membasahi pipinya. "Kimi, kenapa ni? Kimi ada masalah ke?"
Hakimi menghentakkan kepalanya di stereng keretanya berkali-kali. Serba salah Ereen Natasya dibuatnya.
Awak... pujuklah saya, awak... kalau betul awak cintakan saya. Buktikan cinta awak tu, Ereen...
"Awak... kenapa?!" gumam Hakimi.
Ereen Natasya bingung dengan perubahan mendadak Hakimi itu.
"Awak, kenapa dunia ni penuh dengan ketidakjujuran, awak? Bila dah kena fitnah, semua orang akan pilih untuk percaya," sambung Hakimi lagi. Kini esakannya semakin jelas kedengaran.
"Kimi..."
Hakimi segera menoleh.
"In the situation like that, I am your the one and only that will trust you, always," secara spontan mulut Ereen Natasya menuturkan kata-kata itu. Dia segera menekup mulutnya dengan kedua tapak tangannya.
"Are you serious?" soal Hakimi.
Ereen hanya menganggukkan kepalanya.
"Terima kasih awak," ucap Hakimi sambil memberikan senyuman untuk gadis yang pernah mencuri hatinya satu masa dahulu.
"Tapi, awak kena janji dengan saya," kata Ereen Natasya
"Janji apa, awak?" Hakimi bertanya.
Jeda.
Satu detik.
Dua detik.
Tiga detik.
"Awak janji dengan saya, awak jadi Hakimi yang dulu, saya lebih suka Hakimi yang dulu. Awak kembalilah ke pangkal jalan, saya sedia membantu awak." Ereen Natasya meluahkan hasrat hatinya selama ini. Dia bertekad untuk membawa Hakimi kembali kepada Hakimi yang asal, kembali ke pangkal jalan.
"Hah?! Apa awak merepek ni? Dah, keluar!" Dengan tiba-tiba Hakimi mengarahkan Ereen Natasya untuk keluar dari perut keretanya.
"Awak..."
"Dah! Keluar! Aku tak nak tengok muka kau!" tengking Hakimi tanpa mempedulikan perasaan gadis itu.
Ereen Natasya segera menolak pintu kereta itu dan terus menapak keluar seraya menapak masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Hatinya sedih dan pilu.
Share this novel