Sembilan tahun sebelumnya...
"YES! Aku lulus dengan cemerlang! Dua belas A satu! Pasti papa gembira dengan keputusan SPM aku!" Zafrul Hakimi atau lebih mesra dengan panggilan Hakimi atau Kimi, berlari ke arah kereta BMW X5 berwarna hitam yang sedang menunggunya di hadapan Gate utama sekolah menengah itu.
Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya Hakimi sebaik mendapati dirinya adalah salah seorang dari lima belas orang pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang SPM untuk tahun ini.
Kelihatan di dalam kereta itu papanya, Dato' Ahmad Zafreel sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak tunggalnya itu. Cuma Hakimi sahaja yang dia ada setelah arwah Isterinya, Puan Ariana meninggal dunia lima belas tahun yang lalu akibat kanser payudara. Jika Puan Ariana masih hidup sehingga kini, sudah tentu dia juga mendapat gelaran Datin Ariana.
Sedang Hakimi berlari ke arah kereta BMW X5 itu, pandangan matanya tertumpu kepada dua orang gadis yang sedang berdiri di perhentian bas berhadapan dengan Sekolah itu. "Ereen!"
Hakimi berusaha untuk berlari. Sesak nafasnya akibat berlari walaupun jarak di antara dirinya dengan Ereen Natasya cuma sepuluh meter sahaja. Hakimi merupakan seorang remaja yang hampir-hampir dikategorikan ke dalam golongan obesity. Fizikalnya yang gemuk menyukarannya untuk berlari seperti remaja-remaja yang lain.
"Ereen!" Dengan keadaan termengah-mengah menarik nafasnya, Hakimi cuba memanggil Ereen Natasya. Ereen Natasya, gadis cantik manis yang digilainya semenjak dari tingkatan satu itu.
"Kimi... si budak debab! ada apa kau panggil aku?" Ereen Natasya bertanya sambil membuat muka menyampah.
"Ereen, tolonglah... jangan panggil aku dengan gelaran tu, aku..." Belum sempat Hakimi menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba sahaja ada suara menegurnya dari belakang.
"Hoi, budak gemuk! Budak comot! Euw... ada hati nak ayat awek aku! Tak sedar diri punya budak gemuk! Hahaha." Wan Hazreel yang juga merupakan manusia yang paling Hakimi benci di dalam kelas itu tiba-tiba menyergahnya dari belakang sambil memicit bahu Hakimi yang agak berlemak itu.
Hakimi segera melepaskan tangan Wan Hazreel dengan kasar. "Jangan ganggu akulah, Wan!"
"Hahaha, itu pun nak marah ke budak gemuk? Eh, hoi budak hodoh, aku nak ingatkan kau, tolong jauhkan diri kau dari awek aku! Kau tu dahlah gemuk, ada hati nak ganggu awek comel aku!" Wan Hazreel semakin menjadi-jadi mengejek Hakimi menyebabkan Hakimi hilang kesabarnnya dan dengan tiba-tiba Hakimi menolak dada bidang Wan Hazreel dengan kuat.
Gedebuk!
Tolakkan Hakimi itu menyebabkan Wan Hazreel jatuh terlentang di atas lantai simen.
"Aduh! Woi!! Tak guna kau gemuk!" Wan Hazreel bingkas bangun berdiri seraya menolak tubuh Hakimi yang masih berdiri di hadapannya.
Bukkk!!
Satu tumbukan dilepaskan tepat ke muka Hakimi. Serta-merta juga kawasan itu menjadi riuh dan dikerumuni oleh pelajar-pelajar lepasan SPM yang datang ke sekolah itu untuk mengambil keputusan peperiksaan mereka.
Dato' Ahmad Zafreel yang masih menunggu anaknya, Hakimi untuk masuk ke dalam perut kereta BMW X5 itu mengerling ke arah pelajar-pelajar lepasan SPM itu berkerumun.
"Ada apa pulak yang berlaku tu, Pak Sham?" Dato' Ahmad Zafreel bertanya kepada pemandunya.
"Dato', kalau tak silap saya tadi, anak Dato', Hakimi sepertinya kena buli oleh seorang budak lelaki berhampiran dengan anak Encik Abdul Wahab, Dato'," jawab Pak Sham.
"Apa?! Kenapa Pak Sham tak bagitahu saya?!" soal Dato' Ahmad Zafreel seraya menolak pintu kereta dan segera menapak keluar dan terus berlari untuk mendapatkan anaknya.
Bukk!!
Satu lagi tumbukan dilepaskan oleh Wan Hazreel ke arah muka Hakimi yang sudahpun terbaring dengan keadaan hidung berdarah dan baju yang sudah terkoyak. Bibirnya juga sudah luka dan darah pekat banyak mengalir keluar.
"Ambik kau! Sekarang baru kau kenal siapa aku! Budak gemuk tak guna!" tengking Wan Hazreel. Dia masih tidak berpuas hati selepas membelasah Hakimi dengan teruk. Amarahnya pada Hakimi masih bersisa dan disebabkan itu juga, dengan spontan kakinya menyepak dengan kuat peha Hakimi menyebabkan Hakimi yang sedang menahan kesakitan akibat dibelasah dengan teruk sebentar tadi kini menggelupur memegang pehanya pula. Dia menangis kerana pada masa itu tiada siapa pun yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya.
"Hakimi!!" Jeritan dari satu suara garau milik Dato' Ahmad Zafreel yang terkejut melihat keadaan anak tunggalnya yang teruk dibelasah itu telah menghentikan langkah Wan Hazreel.
Wan Hazreel menggenggam kuat buku limanya dan bersedia untuk melepaskan satu lagi tumbukan namun perbuatannya itu terhenti sebaik sahaja kepalanya dihantuk dengan helmet oleh salah seorang dari pelajar yang mendapat keputusan cemerlang SPM untuk tahun itu juga.
"Aryan! Kenapa kau hantuk kepala Wan?" Alia Marlina yang merupakan rakan baik Ereen Natasya bertanya kepada Aryan Syah yang tiba-tiba datang menyerang Wan Hazreel.
"Kimi... boleh jalan tak ni?" Dato' Ahmad Zafreel bertanya kepada anaknya itu seraya mengerling ke arah Wan Hazreel. "Kenapa awak pukul Kimi sampai teruk macam ni? Kalau ada masalah, boleh bawa berbincang elok-elok, jangan bergaduh macam ni!"
"Anak pak cik ni kurang ajar! Tak sedar diri tu gemuk, hodoh, bodoh! Ada hati nak ganggu Ereen!" tengking Wan Hazreel.
"Eh? Awak ni ada masalah apa sebenarnya dengan anak saya?" soal Dato' Ahmad Zafreel hairan.
"Sudahlah papa, jom balik. Kimi sakit ni... dan lapar!" Hakimi berkata sambil cuba untuk berdiri.
"Maaf ye, yang sebenarnya awak ni tak tahu lagi, Ereen dan Hakimi dah berkawan dari kecil lagi. Rasanya tak salah kalau Kimi ni rapat dengan Ereen. Ereen, jom ikut uncle balik sekali." Dato' Ahmad Zafreel berkata kepada Wan Hazreel seraya mempelawa Ereen Natasya.
Ereen Natasya mengangguk tanda setuju. "Baiklah uncle."
Ereen Natasya seraya mengatur langkahnya ke arah Hakimi dan papanya.
"Argghh!! Tak guna punya orang tua! Kau tunggulah nanti... aku kerjakan anak kau sampai mampus!" tengking Wan Hazreel. Dia bengang kerana Ereen Natasya juga turut balik bersama dengan Hakimi.
"Hoi! Kau ni dah kenapa tengking-tengking ayah Hakimi macam tu?! Kau kenal tak siapa orang tua tu, hah?! Dia tu Dato' Ahmad Zafreel. VVIP, Kau gila? Nanti dibuatnya report kau cederakan anak dia, confirm kau akan meringkuk dalam penjara! Ataupun kau kena saman! Nak ke kau lalui semua tu? Sia-sia aje kau belajar sehingga tamat tingkatan lima, tapi penghujungnya masuk ke dalam sangkar besi!" Aryan Syah berkata dengan panjang lebar.
Wan Hazreel terlopong sebaik sahaja mendengar kata-kata Aryan Syah, salah seorang dari pelajar yang mendapat keputusan terbaik itu.
"KIMI, kan Kimi dah janji dengan papa, Kimi tak akan bergaduh lagi, tapi kenapa Kimi buat jugak?"
"Kimi tak buat apa-apa pun papa, Kimi jumpa Ereen ni sebab nak tanya keputusan yang dia dapat tu macam mana? Tapi..." kata-kata Hakimi terhenti.
"Dia tak sempat nak bertanya apa-apa pun pada saya uncle... Wan terus datang dan marah-marahkan Kimi." Ereen Natasya pula berkata.
"Papa... peha Kimi sakit. Dada pun sakit jugak ni." Hakimi mengadu sambil menangis. Sesungguhnya Hakimi seorang yang manja dan cepat merajuk dan menangis.
"Ye, papa tahu... Kimi mesti sedang menahan sakit, okey... kita pergi klinik dulu lepas tu baru balik ya?" ujar Dato' Ahmad Zafreel sambil memberikan senyuman kepada Hakimi dan Ereen Natasya yang duduk di tempat duduk belakang.
?
Share this novel