Rokok yang masih berasap itu dihisap dan mulutnya dibuka untuk mengeluarkan asap yang berkepul-kepul dan berbau yang tidak menyenangkan. Rokok itu diketuk lagi sebelum dihisap buat kali kedua.
"So? Macam mana kau nak buat?"
Soalan itu mendapat senyuman herot dari bibir hitamnya. Wajah putih Nuh dipandang sinis dengannya. "Kau tak payah risau. Aku ada rancangan aku sendiri untuk khianat kumpulan mereka dan ikut kumpulan kalian. Percaya pada aku."
Kata-kata itu sedikit melegakan Nuh. Kalau boleh, dia betul-betul mahu lelaki ini bersama dengan dia. Berjuang bersama kumpulan Alistair Edward dan Benjamin's Squad untuk mengalahkan kumpulan Violetta's Pride. Entah kenapa kumpulan itu 'liat' sangat dan susah hendak kalahkan. Nuh akan pastikan kumpulan itu tumpas kali ini dan dia sendiri akan mengalahkan Violete. Sudah lama dia berdendam dengan perempuan jalang dan berlagak itu!
Suasana di situ kembali kekok. Jujur Nuh kata, dia agak gentar dengan lelaki ini. Salah satu ahli terhebat kut!
"Hm. Kau ada idea tak? Maksud aku, idea untuk kami jadi lebih kuat daripada biasa dengan menggunakan gajet." soal Nuh dengan perasaan penuh berharap agar lelaki dihadapannya ini dapat membantu kumpulannya menggunakan gajet canggih agar menjadi lebih kuat. Senanglah dia kalahkan kumpulan Violetta's Pride nanti!
Lelaki itu mengerutkan kening tanda masih memikirkan. Puntung rokok itu dibuang ke dalam bekas yang disediakan di atas meja. Jarinya dipetik sebaik sahaja dia mendapat idea. Nuh sudah terperanjat kerana terkejut akan petikan jarinya dan wajah Nuh sudah teruja.
"We'll try to steal MGG. Mafia's Greatest Gadget." ujarnya seakan perkara yang disebut itu satu perkara yang biasa. Lagipun, sudah lama dia bermimpi hendak gunakan itu namun dia masih belum cukup kuat. Nuh sudah terperanjat besar. Dia harapkan benda yang lain! Bukan ini!
"Kau gila ke? Gajet itu gajet yang paling hebat dalam dunia gelap ni. Semua orang berebutkan gajet tu. Kalau boleh aku pun nak guna tapi, benda tu bahaya. Gajet tu punya kuat, kalau salah guna dengan manusia macam kita ni, si pengguna tu akan mati. Takkan kau tak tahu?!" jelas Nuh panjang lebar dengan tengkingan. Memang tak lah dia nak guna benda alah tu dan korbankan nyawanya sendiri. Idea jantan ni memang gila!
"Oh come on Noah. You are great. Aku tahu, dalam guna mafia ni hanya seorang dapat guna benda tu but kita boleh curi kan?! Kau latih lah diri kau baik-baik sampai layak guna!" ujar lelaki itu lagi. Rambutnya diraup tanda puas. Sudah lama hasrat ini disimpan.
Nuh menggeleng. Dia tidak mampu guna gajet tu. Gajet tu macam benda tak betul kerana terlalu kuat. Hanya seorang sahaja yang layak menggunakan gajet itu di dunia gelap ini iaitu Violete. Namun gadis itu tidak mahu menggunakan gajet itu. Memang tidak guna! Ada peluang tak nak!
__
"Violete. Let me try your skill."
Cabaran itu menarik perhatian gadis tersebut yang masih lagi mengatur hoodie yang dipakainya. "Okay then." ujarnya. Apa? Dia tidak gentar pun dengan Leo.
Leo mengangguk dan memulakan serangan. Dia mahu menangkap bahu Violete namun gadis itu lebih cekap dan pantas menangkap bahunya. Leher lelaki itu disiku. Leo tidak sempat membalas kerana serangan gadis kecil itu terlalu cepat. Kaki Violete pula digunakan untuk menyepak bahagian belakang kaki Leo dan menyebabkan lelaki itu tersungkur menyembah lantai.
"Aku menang."
Violete sudah gelak terbahak-bahak melihat Leo yang kelihatan tidak berpuas hati. "Macam mana kau makin kuat?"
"Aku berlatih dekat markas VP. Dalam tu banyak kelengkapan so memang lengkap ah!" ujar Violete ceria.
"Boleh tak aku tanya something? Kenapa kau asyik lawan Alistair Edward. Oh come on, Violete. Banyak lagi squad dalam dunia gelap ni. Asyik AE je mangsa kau."
Soalan itu mendatangkan senyuman dari bibir Violete. "Kalau mereka nak aku berhenti lawan dan berhenti buat benda jahat dekat mereka, mereka tak sepatutnya buat benda tak elok dulu. Aku takkan mula kalau diorang tak mula and sekali aku dah mula, aku takkan stop. Okay? Dah, aku chau dulu!"
Leo hanya mengangguk.
-*semua maklumat hanya direka
Share this novel