Bab 25

Crime Series 3729

Perutnya terasa dicucuk. Matanya terus terbuka luas. Bangunan lama tempat dia berada menyapa pandangan. Di masih dekat sini? Kenapa ahli dia seorang pun tak cari? Memang orang tak peduli? Menggunakan kekuatan dia semata-mata selama ini?

Iman menggeleng kepala ingin menidakkan persoalan yang muncul di kepalanya. Dia angkat dari perbaringan dan hendak berjalan perlahan-lahan namun kudratnya masih lemah. Terpaksalah dia mengensot. Telefon yang berada di dalam poket seluar. Nombor telefon Leo didail.

"Hello. Leo. Tolong ambil aku. Nanti aku hantar location. Cepat."

Leo di corong telefon hanya mengiyakan. Panggilan diletakkan lalu Iman terus baring di lantai. Dia kehilangan banyak darah. Mati-mati dia ingat peluru itu tidak akan masuk terlalu dalam. Tapi dari apa yang dia rasa, peluru itu memang dalam.

-

"Hahaha."

Nuh puas ketawa. Berita yang dia terima sebentar tadi sungguh memuaskan hati. Dia bersandar pada bangku pejabat dan terus memalingkan muka ke arah tingkap yang permandangannya hanyalah hutan belantara. "Akhirnya."

"Bang. Kau ketawa apa?" soal Luth hairan. Lama sudah dia tidak mendengar Nuh ketawa yang kedengaran puas sekali. "Nothing. Aku terima berita yang Violete masuk hospital. Aku harap dia mati. Senang kita kalahkan ahli VP." ujar Nuh selamba. Luth mengeluh. Abang dia ni dah gila ke?

"Dia baru masuk hospital. Belum mati tu. Tak perlu berharap kut." cantas Luth dengan perasaan yang marah. Nuh hanya ketawa sinis. Adik dia ni kenapa?

"Look, kau tak fikir ke kebaikan kalau dia mati? Kita lebih senang untuk menang. Mudahkan kerja kita. Dah, dah. Cukup pasal betina tu. Kau? Apa cerita? Dah okay ke prestasi?" Nuh bertanya kepada adiknya, Luth. Luth hanya mengangguk. Lama juga dia praktis. Hampir setiap hari dalam 3 bulan ini. Kadang-kadang tidur pun tidak cukup.

"Bagus. Aku tak nak tengok kau kena kick."

Luth hanya diam. Dia tahu Nuh akan berasa kecewa jika dia dikeluarkan dari Alistair Edward. Dia terus beredar dari bilik itu. Makin dilayan makin gila pula abang dia ni.

-

Iman ditolak masuk ke dalam bilik kecemasan. Dia akan dibedah untuk mengeluarkan peluru yang masih berada di dalam badan. Leo yang berada di luar bilik kecemasan itu hanya tenang dan tersenyum puas.

Beberapa jam kemudian, doktor yang membedah Iman keluar dari bilik itu. Leo sudah angkat dari duduknya. "Err. Macam mana dengan Vio- eh, Iman doktor?" soal Leo dengan wajah yang sedaya upaya dibuat susah hati. Doktor itu tersenyum. Wajah doktor yang senang hati itu membuatkan hati Leo menjadi gusar. Masih hidup ke?

"Syukur lah. Iman selamat selepas peluru dikeluarkan. Namun dia kehilangan banyak darah. Jadi kita kena cari penderma secepat mungkin."

Leo mendengus. Susah betul! "Hm.Dia darah jenis apa ya?"

"Dari segi kajian, darah Iman ialah jenis A. Tidak susah ingin dicari namun kami kekurangan stok darah. Encik boleh dermakan?" soal doktor itu dengan senyuman. Leo menggeleng. Memang dia tidak akan menderma darah kepada gadis ini. Menghabiskan darah aku je!

Doktor itu mengangguk akur dan terus berlalu meninggalkan Leo. Leo mendengus kasar. Derma darah lah apa lah!

-Enjoy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience