Bab 7

Crime Series 3729

Iman masuk ke dalam kelas 4 Planet. Matanya melilau melihat ke dalam kelas itu. Ada yang sedang mengatur tudung,makan keropok dan tidak kurang juga dengan yang berbual antara mereka. Dia mencari tempat duduk yang kosong. Hanya tinggal dua tempat kosong sahaja kedua-duanya bersebelahan dan kedudukan meja itu pula berada di paling hujung. Dia mengeluh hampa. Jauhnya lah tempat duduk. Tu la lambat lagi!

Dia meletakkan beg sandang berjenama 'PUMA' dan melabuhkan punggung disitu. Topeng muka berwarna hitam diatur. Meja di sebelahnya hanya berjarak 1 meter lebih. Haih bosannya. Bukan dia tidak tahu,orang menganggapnya seorang yang pelik kerana dia jarang mengeluarkan ayat ataupun perkataan dari mulut. Ada simpan emas agaknya! Dia meletakkan kepala di atas meja sambil menatap ke arah dinding.

Tiba-tiba kelas itu yang pada mulanya heboh kian diam dan sepi. Iman sudah mula merasa sedikit kehairanan. Aik? Tadi bukan main bising lepastu diam pula ke? Haha malaikat lalu ke? Dia tidak mengendahkannya malah hanya memejamkan matanya. Kedengaran juga bisikan dan usikan dia dengar.

Iman sudah tidak tahan kerana rasa ingin tahu. Dia mengangkat wajah lalu menatap muka pelajar yang baru masuk ke dalam kelas mereka. Ini ke yang buat orang jadi diam tadi tu? Mamat cikai ni? Cis. Dia melirik ke arah mata lelaki itu sambil mengatur rambut. Boleh lah. Mata hazel dan kulit putih. Eleh. Tadi kau cakap dia cikai kan Iman?

"Tapi kejap. Kenapa muka macam kenal?" gumam Iman sendiri. Dia kemudian mengangkat bahu tanda lupa dan tidak kisah pun.

Lelaki itu memandang Iman dengan wajah yang sinis. Dia perlahan-lahan berjalan ke arah gadis itu dan meletakkan beg berjenamanya di sebelah tempat duduk Iman. Dia melabuhkan punggung dan meletakkan kepala di atas meja. Muka dipaling ke arah Iman dan matanya tertancap ke arah rambut gadis itu. Cis. Memang betul lah ini dia. Ada warna violet sikit. Perempuan ni tak reti nak cover ke? Eh? Atau aku yang usha melampau?

Mejanya tiba-tiba ditepuk perlahan oleh seorang gadis yang rambutnya dibiarkan lepas. Ingat sekolah ni takda peraturan ke?

"Kau sapa and nak apa?" soal Nuh Qhairy. Dia menjeling perempuan yang berada dihadapannya. Sapa lak minah ni?

"Oh. Nama I Alice Camelia. Panjang tak nama I? Kalau macam tu you panggil sayang je lah. Boleh?"

Nuh sudah membuat muka mahu muntah. Kedengaran sorakan dari pelajar lain yang menyambut pickup line gadis yang bernama Alice ini. Ada yang bersorak dan ada yang membuat muka menyampah. "Kau diam boleh? Berambus!" herdik Nuh Qhairy dengan nada yang agak tinggi. Alice hanya membuat muka tidak kisah. Tangan Nuh Qhairy yang tidak berlapik ditarik selamba sebelum lelaki itu sempat menepis.

"You duduk dengan I ok? Hoi perempuan nerd. Duduk tempat lain please. I nak duduk dengan boyfriend I!" ujar Alice Camelia gedik. Gadis yang dipanggil nerd itu hanya menurut sambil jarinya mengatur kaca mata yang dipakai.

"Aku tak nak duduk sebelah kau lah sial! Aku nak duduk dengan minah sana tu ha! Tu tu! Yang namanya Iman!"

Iman segera mengangkat kepalanya akibat terperanjat. Asal aku lak kena?! "Hei jantan! Jangan kaitkan aku boleh tak? Aku takda kena mengena pun okay?! Dah dah duduk sana kau!" tengking Iman lagi menambah huru-hara yang sedia ada sudah berlaku di dalam kelas itu. Chaos!

"Aish! Apa yang kurangnya I ni Nuh? I nak duduk sebelah you je!" ujar Alice Camelia lagi. Nuh Qhairy menarik tangannya dan berjalan duduk di sebelah Iman. Dia peduli apa?

"Kau! Duduk balik dekat sana!" arah Nuh Qhairy ke arah gadis nerd yang di hadapannya. Gadis itu mengangguk lagi . Alice Camelia sudah menghentakkan kakinya. Takpa! Nanti aku minta dekat cikgu! Dia memandang Iman dengan geram. "Siap kau perempuan!"

Iman hanya mengangguk. Dia tak takut pun. Setakat gedik macam dia tu senang je lawan!

Nuh Qhairy duduk di bangku sebelah Iman. "Hai" tegurnya. Iman hanya mengangguk tanda membalas. Malas aku nak layan lebih-lebih!

Nuh Qhairy sudah bengang. Mulutnya didekatkan ke telinga Iman dan suara diperlahankan cukup hanya Iman yang mendengar.

"Aku Nuh. Nuh Qhairy. Kau,Iman Afia kan? Atau....lebih dikenali sebagai Violete?" ujarnya sinis. Iman sudah memusingkan kepalanya memandang lelaki itu. Dia kaku.

-Sorry for the late update. Saya ada exam sebab tu tak update. Stay tuned.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience