Kakinya menyepak perut musuh itu sehingga keluar darah pekat daripada mulut lelaki tersebut. Bibirnya mengukir senyuman sinis apabila melihat musuhnya tumpas di tangan dia seorang. Easy!
Oliver Aiden.
Nama kumpulan sahaja moden tapi skill ahli macam najis! Iman terus beredar dari situ. Topeng muka diatur sebelum dia terjun dari tingkat dua gudang lama itu. Baik dia balik sekarang sebelum Ayahanda cari!
"Oi!"
Dia berpaling ke arah suara yang seolah-olah memanggilnya. Bunyi daun kering dipijak menguatkan lagi rasanya bahawa itu manusia. Cis! Takkan hantu pula kan? Jam di pergelangan tangan dikerling. Ergh dah pukul 1 pagi! Nanti ayahanda cari macam mana? Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengendahkan panggilan tersebut dan memilih untuk beredar.
Noah yang berada di hujung gudang itu tersenyum sinis. Nampak sangat takut dengan aku. Sepucuk pistol yang diacu ke arah Violete tadi disimpan kembali ke dalam poket seluar jean miliknya.
***
"Ingat. Esok kamu dah balik ke sekolah. Jangan main-main ya? Tahun depan korang dah SPM. Please be serious." kata Cikgu Selina kepada 4 Planet. Iman yang mendengar kata-kata cikgu itu hanya mengangguk tidak bersemangat. Mukanya diraup kasar.
"Aku harap aku dapat fokus pasal sekolah. Hm." gumamnya sendiri. Roti yang berada di atas meja dimakan bagi mengalas perutnya.
"Oh ya. Before cikgu lupa ya. 7 April nanti separuh dari kelas ni akan masuk ke kelas 4 Asteroid. Kelas pertama untuk science stream. So, get ready. Bye!"
'SELENA BINTI ZAID has left the meeting'
Mulut Iman terngaga. Macam tu je cikgu? Hm dia harap dia tak terpilih pindah kelas nanti. Matanya terpandang ke arah seorang pelajar yang tertera namanya 'NUH QHAIRY'. Entah kenapa nama itu seolah biasa di fikiran Iman. Malas hendak berfikir lanjut,dia meneruskan menulis tugasan yang diberikan.
Share this novel