Bab 20

Crime Series 3729

"Kenapa..sorokkan?" soal Iman lagi. Ayahanda Zayn mendengus kasar. Ini sudah masuk 55 kali gadis itu bertanya perihal yang sama. "Takkan kamu tak faham-faham lagi?! Dia ahli AE. Musuh ketat kita semua. Dah. Ayahanda tak nak dengar lagi. Masuk bilik dan sentiasa bersiap sedia untuk lawan Alistair Edward dan Benjamin's Squad." tegas Ayahanda Zay lalu keluar dari rumah.

Air mata Iman turun lagi. Kasar benar Ayahanda Zayn dengan dia sebentar tadi. Pertama kali rasanya. Dia terus naik ke atas. Tak! Dia kena pergi ke sekolah sekarang. Lantaklah lewat pun kerana sekarang sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Baju sekolah disarung. Nasiblah sempat mandi tadi!

Dia mencapai kunci kereta dan terus memandu kereta itu ke sekolah. Hari ini, dia memandu Myvi. Nanti cikgu nampak pula pakai Ferrari. Tiba sahaja di sekolah dia terus masuk ke kelas. Rambut dia sudahlah tidak diikat.

"Amboi! Lambat betul kamu ni Iman! Ingat sekolah ni bapa kamu punya ke?!"

Iman hanya menunduk kepada cikgunya. Haih takpalah. Silap dia sendiri. Rambutnya yang masih terbuka itu diatur sekejap. Dia terus duduk di tempat duduknya. Mata Iman kemudian memandang ke arah Luth Qhaisar yang duduk di penjuru kelas. Entah kenapa bibir Iman mengukir senyuman. Luth yang ketika itu terpandang ke arah Iman terkejut melihat senyuman yang dilontarkan oleh gadis itu. Memang gadis itu menggunakan topeng muka namun mata gadis itu menjadi sepet sekejap. Senyum lah tu kan?
Dia dah ingat ke? Dia membalas senyuman gadis itu namun Iman sudah tidak memandang ke arahnya lagi. Cemas mungkin.

Rehat itu, Iman hanya duduk di kelas. Sudahlah tidak sempat membawa botol airnya. Duit juga tidak sempat dibawa. Tu lah, kalut lagi. Entah kenapa badan Iman agak panas dan dia sudah menggeletar sedikit. Macam nak demam je. Dia memang akan demam setiap kali menangis dengan lama. Nasib dia seorang yang jarang menangis.

"Kau..dah ingat semuanya?"

Soalan tersebut menyentakkan Iman yang meletakkan kepalanya di atas meja. Kepalanya serta merta diangkat. Luth. Dia tersenyum dan mengangguk tanda 'iya' kepada soalan yang diajukan oleh Luth. Luth tersenyum gembira.

"Macam mana kau ingat?"

"Aku mimpi." jawab Iman biasa. Luth mengangguk lagi. Matanya memandang ke arah Iman lama. Rindu betul dia dengan penyelamat ini. Jika tidak diselamatkan oleh Iman, entah hidup entah tidak dia sekarang.

"Thanks."

"Kenapa?" tanya Iman. Tiba-tiba minta maaf. Kenapa? Kena sampuk ke? "Sebab selamatkan aku." ujar Luth lagi. Rambutnya diraup. Iman tersenyum manis lalu mengangguk. Kepalanya diletak kembali di atas meja. Pening pula kepala!

"Kau okay ke?" tanya Luth risau.

Iman tidak menjawab. Air matanya perlahan-lahan keluar membasahi pipi. Luth sudah kalut mendengar rengekan kecil dari gadis itu. "Kenapa ni?"

"Aku teringin nak kawan dengan kau. But I can't. Kita musuh. Musuh ketat. Remember?"

Kata-kata Iman menyentakkan hati Luth. Terdengar keluhan dari bibirnya. "I know. But remember what I said? Kita tak pernah jadi musuh."

Iman menggeleng lagi. Dia tidak sanggup mengkhianati kumpulannya sendiri. Tangan Luth diangkat dan pergelangan lelaki itu ditunjukkan ke arah Luth seperti ingin mengingati lelaki itu bahawa dia kumpulan Alistair Edward.

"Kau, dalam kumpulan yang aku benci. Kau, adik kembar Nuh. Nuh Qhairy. Semua tu tak mudah." ujar Iman lagi. Pening dia semakin kuat yang menyebabkan pandangannya menjadi kabur.

Luth hanya mengangguk. Air mata lelakinya jatuh. Ya, pertemuan mereka dahulu tidak lama namun sudah cukup membuatnya berasa terhutang budi terhadap gadis itu. Dia meninggalkan tempat duduk Iman dan terus berjalan ke arah tempat duduknya.

Tiba-tiba kedengaran jeritan seorang pelajar perempuan yang nyaring.

"Ahh! Afia pengsan!"

--

"Macam mana dengan prestasi Luth?" soal Nuh kepada Ayahanda Edward. Dia tidak mahu adiknya ditendang keluar dari squad mereka. Walau apapun yang berlaku, Luth masih adiknya dan tanggungjawabnya.

Ayahanda Edward diam. "Makin teruk. Aku tak tahu apa jadi dekat dia yang menyebabkan dia macam tu! Putus cinta?! Nasihat adik kau sikit ya sebelum aku kick dia dari squad ni."

Nuh diam. Bukannya dia tidak tahu yang Ayahanda Edward memang kurang suka akan Luth. Kenapa? Dia juga tidak tahu. Semasa mereka berusia 7 tahun, Ayahanda Edward sengaja meninggalkan Luth di lorong yang sunyi. Namun, Nuh memaksa Ayahanda Edward untuk mencari Luth kembali. Nasib jumpa. Luth bersama dengan seorang perempuan semasa ditemukan. Dia juga tidak tahu siapa.

"Noah akan try. Hm. Masih ingat lelaki yang Noah jumpa tempoh hari?" soal Nuh kepada Ayahanda Edward. Lelaki itu mengangguk.

"Ya. Kenapa?"

"Dia okay tapi dia suruh Noah curi dan guna MGG."

Ayahanda Edward sudah terkejut. Lelaki itu sudah gila kah?

"Dia tak tahu ke kesan MGG kepada si pengguna kalau tersilap langkah penggunaan?" soal Ayahanda Edward. Macam cetek akal sahaja lelaki itu memberi idea. Cis! Rokok dari kotak dinyalakan lalu diletakkan di bibir hitamnya.

"Dia tahu but still suruh Noah buat. What should I do?"

Ayahanda Edward mengeluh. "Okay then you should try."

Nuh terpana dan terdiam lagi. Semua orang nak dia mati sebab MGG tu ke apa?

-wait for the next chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience