Bab 12

Crime Series 3729

Nuh menyeringai kesakitan. Tangan kanannya juga sudah tidak mampu bergerak kerana sakit yang teramat sangat dan mengeluarkan darah yang banyak. Tangan kirinya mencuba untuk menutup luka tangan kanan untuk mengelakkan darah lebih banyak keluar. Kepala Nuh juga sudah berpusing dan pandangan mulai kabur. Sakitnya bukan kepalang! Dia hanya mampu menutupkan mata.

Matanya melirik ke arah Luth yang juga sedang terbaring dengan badan yang berlumuran darah. Dia cuba untuk mengesot mendapatkan adik kembarnya itu namun dengan keadaan yang seperti ini memang membataskan pergerakkannya. Nuh meludah ke kanan. Ludahannya hanyalah darah.

"Sial! Apasal diorang tak bunuh je satu team ni? Penakut!" jeritnya di situ. Gudang lama yang kosong tidak berpenghuni menyebabkan suaranya kedengaran di setiap pelusuk bangunan. Dia ingatkan seluruh kumpulan 'Violetta's Pride' sudah pun keluar dari situ. Namun tanggapannya jauh meleset ketika mendengar suara Violete.

"Hahahaha. Masih nak menyumpah ya dalam keadaan nak mati macam tu?" soal Iman sinis. Rambutnya diatur belagak dihadapan Nuh dan Luth. Rupanya, lelaki yang menganggu dia di kelas pagi tadi adalah adik kembar Nuh Qhairy, iaitu Luth Qhaisar. Cis! Patutlah perangai sama! Annoying!

"Apahal tak bunuh sahaja kami?!" herdik Nuh dengan pertanyaan. Kumpulan Alistair Edward selalu menjadi mangsa kepada Violetta's Pride. Ahli kumpulannya dulu yang sebanyak 290 orang kini hanya tinggal 120. Semakin berkurang! Sudahlah susah mahu mencari ahli baru yang sesuai.

"Oh. Kau nak sangat ke? Boleh. Tapi,Ayahanda Zayn tak bagi lah! Macam mana ek? Kami akan terus seksa korang!" jerit Iman ceria. Dia tidak peduli akan kumpulan Alistair Edward. Dia lebih suka melihat konconya menyeksa seluruh anggota Alistair Edward. Ahli Violetta's Pride yang lain hanya menggeleng melihat Violete. Pasal macam ni pun boss ceria ke? Aneh.

"Woi Violete bodoh! Jangan sampai Ayahanda Edward kami lawan dengan kau lah! Jangan nak berlagak sangat can't you?!" kata Nuh marah. Sudah penat dia menjadi 'spy' untuk memperhatikan Violete selama ini. Semuanya hanya sia-sia!

Iman hanya ketawa sinis. Dia peduli apa? Walaupun tidak pernah berjumpa dengan Ayahanda Edward itu namun dia pasti dia dapat menewaskan orang tua itu. Nama pun kedengaran lemah baginya!

"Gang! Cau!" ujar Iman kuat untuk memastikan semua konconya dengar. Konconya yang lain mengangguk dan terus memandu keluar dari kawasan itu.

Nuh hanya terbaring lesu di situ.

--

"Macam mana malam tadi? Okay?" tanya Ayahanda Zayn dengan nada yang ingin tahu. Iman yang masih mengunyah nugget ayam itu berpaling ke arah Ayahanda Zayn. Dia mengangguk dan menunjukkan ibu jari. Ayahanda Zayn tersenyum bangga. Sudah tahu kumpulan dia akan menang! Tidak sia-sia dia menubuhkan kumpulan Violetta's Pride semasa dia masih berusia 23 tahun. Dahulu,kumpulan ini hanya kumpulan yang kecil dan sering dipandang hina. Berbeza dengan sekarang.

"Mind to share?" soalnya lagi kepada Iman. Iman meneguk air dengan perlahan. Patutkah dia beritahu? Cakap je lah Iman oi!

"It was okay. Konco kita dapat kalahkan diorang but I feel like something is off." ujar Iman dan mendatangkan kerutan di kening Ayahanda Zayn. " What?" soalnya lagi.

"Well. Noah. He said that...kalau kita asyik ganggu dan seksa diorang,Ayahanda Zayn will beat me with his own hands."

Ayahanda Zayn sudah terperanjat.Tidak mungkin!

-Stay tuned

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience