Bab 14

Crime Series 3729

Kaki kecil Iman dibawa masuk ke dalam sebuah bangunan yang diberi nama "Violetta's Pride". Bangunan yang tidak wujud di dalam peta dan terpencil namun tetap mewah dan kelihatan mahal. Masuk sahaja dia dalam bangunan itu, kelibat ahli Violetta's Pride yang lain menyapa pandangan. Jaket dan topi hitam yang dipakai diatur sebelum dia menegur yang lain.

"Wooho. Harini ada mesyuarat! Jangan lupa." kata Iman dan menerima anggukan dan tanda ibu jari dari ahlinya. Dia tersenyum dan mula berjalan ke arah lift. Dia perlu berbual dengan Ayahanda Zayn secepat yang mungkin. Ada benda yang mahu dia selesaikan.

Tiba sahaja di tingkat atas, Iman terus mencari bilik Ayahanda Zayn. Kelihatan pintu yang tertera di atasnya
'ZAYN'. Baru sahaja dia mahu mengetuk pintu,telinganya menangkap perbualan Ayahanda Zayn dan seseorang di telefon bimbit. "Siapa tu? Bunyi macam bergaduh je?" gumamnya sendiri dan telinganya masih menangkap perbualan tersebut.

"Aku dah cakap kan kalau ada apa-apa hal kau jangan sesekali turun padang nak lawan Violete dan nak tunjuk kekuatan kau! Kita takkan jadi macam ni kalau kau tak mulakan! So? Sekarang kau nak salahkan aku? Kau dengar sini, kalau kau turun padang nak backup team ketam kau tu, aku akan turun juga dan lawan kau guna tangan aku sendiri. Kau faham?!"

Kata-kata Ayahanda Zayn itu agak memeranjatkan Iman. Tidak pernah dia mendengar Ayahanda Zayn begitu marah dan menengking begitu. Fikirannya sudah membuat pelbagai andaian. Sapa tu tadi? Ah! Fikiran dia bercelaru. Pintu itu terus diketuk dan tombol pintu itu dipulas lalu dikuak. Timbul wajah Ayahanda Zayn yang masih duduk di bangku dan wajahnya kelihatan bingung seperti risaukan sesuatu.

"Eh. Bila datang?" soal Ayahanda Zayn kepada Violete yang masih berdiri tegak dihadapannya. Kening berkedutnya bertaut hairan. Violete tersengih bak kerang busuk. "Baru tadi. By the way, nak meeting pasal apa eh?" soal Iman.

"Hm. I'll tell you all later. Oh, before I forget. Kalau ada someone yang aneh atau aneh kat kelas kau, jangan layan okay?" ujar Ayahanda Zayn tegas. Violete hanya mengangguk. Dia tidaklah memikirkan perkara pelik kerana memang selalu Ayahanda Zayn menasihati perkara sebegitu.

-

"Jadi,kita kena atur strategi yang kuat sebab aku dengar Alistair Edward bawa ahli Benjamin's Squad untuk serang kita. Kita semua pernah kalahkan mereka namun mereka tetap antara kumpulan yang terkuat. Remember, jangan bagi kekalahan pertama untuk Violetta's Pride. So any questions?" soal Iman selepas menjelaskan beberapa maklumat. Dia berpeluk tubuh sambil marker hitam di jarinya diketuk perlahan di atas meja.

"Violete. Bila nak lawan dengan mereka? " tanya Harry dengan pelat cinanya. Dia hanya menerima jawapan "Belum pasti." dari Iman. Harry hanya angguk tanda akur.

" Please training dengan cukup. Ziyyad, tolong pantau mereka. Kita lawan dua kumpulan yang bukan calang-calang kumpulan. But jangan takut. Kita akan bawa ahli Violetta's Pride yang paling kuat untuk bantu kita semua. Pasti dapat kemenangan!" ujarnya menerima sorakkan ahli yang lain.

"Siapa ahli tu Violete?" soal salah seorang konconya. Iman tersenyum serong.

"Leo."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience