Bab 18

Crime Series 3729

"Sedia, mula!"

Kata-kata itu disambut dengan sorakan para pelajar lain yang menyaksikan lumba lari antara rumah sukan. Luth Qhaisar yang menjadi penonton pada hari itu memandang Iman. Dia bersedia untuk membantu jika ada perkara yang terjadi kepada gadis itu.

Iman pula sudah memecut laju di hadapan. Fuh! Nasib 10 meter ja! Iman berlari terlalu pantas yang menyebabkan ikatan rambutnya yang sedikit longgar itu terbuka dan rambut violet nya terlerai serta merta kelihatan dengan jelas. Luth pula sudah gusar. Macam mana boleh terbuka?!

Namun, dia masih berjaya mendapat tempat yang pertama namun kejayaannya itu tidak mendapat sorakan malah menerima respon yang negatif kerana penonton hanya diam dan ada juga yang menyebut "Buuu. Colour rambut!" Dia sudah mengetap gigi kerana marah sudah sampai ke hujung kepala.

"Iman Afia. Sila ke pejabat pengetua sekarang."

Arahan itu menyentakkan Iman. Sampai jumpa pengetua?! Sumpah lah? Mahu tidak mahu, dia berjalan meninggalkan padang dan membasuh muka terlebih dahulu. Rambutnya hanya dibiarkan lepas. Getah ikat rambut Iman sudah hilang entah kemana. Kakinya dibawa masuk ke dalam bilik pengetua. Wajah selamba ditayangkan.

"Kenapa saya dengar kamu warnakan rambut?! Kamu tahu ke bahawa kamu sudah melanggar peraturan sekolah. Kamu perlu warnakan menjadi warna rambut kamu yang asal!" tegas pengetua sekolahnya iaitu Encik Othman. Iman mengeluh. Memang dia sudah agak perkara ini akan berlaku.

"Pengetua, saya minta maaf tapi saya tak pernah pula dengar peraturan sekolah ni tak boleh warnakan rambut. Haha! Ataupun, memang ada tapi pengetua sendiri yang tak bagitahu sebab anak kandung sendiri langgar peraturan sekolah. Encik Othman kena ingat. Bukan saya sahaja yang warnakan rambut. Kalau tak silap, anak KANDUNG encik pun rambut dia warna merah kan? Kenapa tak nasihat? Pilih kasih?"

Encik Othman sudah panas. Dia mengeluh kasar . Berani betul pelajar ini melawannya. Ya, dia tidak nafikan apa yang keluar dari mulut Iman kerana dia sendiri tidak tahu cara untuk menasihati anaknya itu. Dia terdiam seketika.

"Saya gantung sekolah kamu selama seminggu." ujarnya serius. Iman hanya gelak. Dia sudah agak. Baru sahaja dia ingin keluar dari bilik itu, kedengaran suara garau yang mencelah dari luar. Luth Qhaisar. Apa mamat ni buat dekat sini?

"Dia takkan digantung selama seminggu. Sebab apa yang dia cakap tadi tu betul. Cikgu nak tak saya bocorkan tentang cikgu yang pilih kasih? Anak edar dadah pun masih nak cover! Nak cikgu yang lain kutuk pengetua yang disanjungi?"

Encik Othman terdiam. "Ka-ka-mu cakap apa? Mana kamu tahu semua ni? Kalau setakat nak tolong kawan kamu ni baik tak perlu sampai nak menipu lagipun sapa izinkan kamu masuk?!" herdik Encik Othman. Luth tersenyum.

"Saya bukan penipu macam encik! By the way, saya masuk sini tak perlukan izin sesiapa. Lagipun pintu tak kunci! So? Masih nak gantung Iman Afia?"

Encik Othman tersentak dan terdiam. Beliau sangat sayangkan akan imej dia di sekolah ini. Kalau imej dia rosak, mati dia tanggung malu! "Iman, kamu tidak akan digantung. Maafkan cikgu dan tolong rahsiakan semua tadi!" Luth dan Iman berpandangan. Mereka mengangguk setuju lalu keluar dari bilik itu.

"Kenapa..kau selamatkan aku? Apa motif? Kita kan musuh." kata Iman dengan nada yang penuh tanda tanya. Tiba-tiba lelaki ini membantunya. Tiber betul.

Luth ketawa. "Kenapa aku tolong kau? What if aku cakap aku kenal kau? Percaya ke? Aku nak kau tahu satu ja, kita tak pernah bermusuhan walaupun aku kumpulan AE."

Iman terpana dan matanya menghantar figura Luth yang semakin jauh dan perlahan-lahan hilang dari pandangannya. Siapa dia tu? Ada hubungan dengan aku ke?

-

Iman baring di atas katil bersaiz queen itu. Fikirannya menerawang tentang kata-kata yang dilontarkan oleh Luth tadi. Apa maksud mamat tu? Kenapa lah aku ni pelupa sangat! Telefonnya dicapai dan nombor Leo didail sebelum telefon ditekapkan di telinga.

"Leo. Jumpa aku dekat markas VP."

Tanpa menunggu balasan lelaki itu, dia terus mematikan panggilan tersebut. Kunci keretanya dicapai dan kereta berjenama Buggati itu dipandu meninggalkan kawasan rumah.

Tiba sahaja di markas, wajah Leo menyambut kedatangannya. Wajah tak segak.

"Aku tak lama ni. Ada hal."

Iman hanya mengangguk. "Boleh tak kau cakap dekat aku, aku ada rapat dengan sesiapa ke sebelum Ayahanda Zayn ambil aku dekat...lorong tu dulu. Look, I was 7 years old at that time. Mestilah aku lupa." ujarnya. Leo sudah mengeluh. Semasa Iman diambil menjadi anak angkat dulu, dia berusia 14 tahun. Jadi memang dia ingat.

"Aku bukan orang yang sepatutnya cerita dekat kau. Tanya ayahanda okay? Bye."

Leo terus menunggang motosikalnya dan beredar dari situ. Iman mengeluh kasar. Menyusahkan lah semua orang ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience