Bab 4

Crime Series 3729

"Skill dia boleh tahan but I don't think she could beat mine."

Kata-kata yakin yang keluar dari mulut Noah itu berjaya membuatkan Ayahanda Edward terletus ketawanya. Cis. Sombong! Dahi Noah berkerut kehairanan. Apa yang kelakar?

"Apa yang Ayahanda ketawakan? I didn't say anything funny." ujar Noah lagi dengan nada yang terselit marah. Tangannya digenggam geram.

Bibir Ayahanda Edward mengukir senyuman sinis. Rokok di jarinya diketuk beberapa kali bagi membuang debu sebelum meletakkan di bibir gelapnya kembali. Sesekali mulutnya dibuka untuk mengeluarkan asap yang berkepul-kepul dan berbau.

"Kau? Noah? Ada hati nak kalahkan leader Violetta's Pride? Memang dalam mimpi saja kau. Violete tu ahli yang paling hebat dalam kumpulan tu dan kumpulan tu sendiri kumpulan terhandal dalam dunia mafia kita semua." jelas Ayahanda Edward yakin. Dia tidak mengharapkan konconya mengalahkan Violete. Cukuplah mengalahkan konco gadis tersebut. Itu sudah seperti kemenangan yang besar dan wajib disambut besar-besaran!

Namun, penjelasan Ayahanda Edward hanya menerima cebikan daripada Noah. Cit! I don't care!

"No! Aku akan pastikan perempuan Violete tu mati dekat tangan aku! Tangan Noah!"

Ayahanda Edward hanya mengangkat bahu. Apa-apa sahajalah. Jangan Noah yang mati,sudah lah.

***

"Jadi,pihak sekolah baru sahaja menerima berita berkaitan pembukaan sekolah. Memandangkan kamu semua ni tingkatan 4, kamu akan meneruskan persekolahan secara bersemuka. Tarikh tu kita belum tahu tapi cikgu harap kamu sudah bersedia."

Iman mengurut pelipis. Peningnya macam ni! Mana nak uruskan kumpulannya,uruskan persekolahan lagi. Memang memeningkan! Macam ni ke rasa jadi anggota mafia di usia yang muda?! Dia kembali menulis tugas yang diberi guru sebentar tadi. Takda lah susah sangat!

Tiba-tiba..

"Ehem. Good morning to all of form 4 students. Eh no no. I'm sorry. 4 Planet ya?" soal guru kelas mereka yang tiba-tiba masuk ke dalam room google meeting itu. Seketika mata Iman melirik ke jadual kelasnya. Aik? Takda pun subject Science? Sebab guru kelasnya hanya mengajar mereka subject Science.

"Yes teacher. Good morning." ujar Iman sebagai respon. Kesian nanti gurunya bercakap sendirian.

"Err yes. 4 Planets, I think you all have received the news about the school right? Okay just now, I received a message from our principal that our school will be opened on 5th April 202(?). I hope you all get ready okay! Bye." ucap gurunya riang. Iman terperanjat. Tadi, guru matapelajaran BM nya beritahu tarikh belum dapat?! Cepatnya!

Iman mengeluh buat kesekian kalinya. Matanya melihat ke arah tarikh hari ini. 28 Mac.

*semua maklumat di atas hanyalah rekaan semata-mata

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience