Bab 28

Crime Series 3729

-Dua bulan kemudian-

"Okay! Dah boleh stop sekarang! Masa rehat dalam sejam. Siapa lambat, aku libas dengan rotan." ujar Violete kepada ahli kumpulannya. Rambutnya yang kini berwarna violet penuh itu diraup ke belakang.

Dua bulan sudah berlalu. Benjamin's Squad dan Alistair Edward masih belum berjumpa dengan kumpulan mereka. Dia juga tidak tahu mengapa. Gentar? Mungkin. Mahu bersiap sedia dengan lebih baik? Mungkin juga. Tambah ahli baru? Mungkin.

Bahunya ditepuk dari belakang. Dia berpaling dan wajah Leo menyapa. Sejak kebelakangan ini, Leo semakin kerap keluar dan jarang sekali berlatih dengan mereka. Apa yang dibuat agaknya. Pernah juga Violete bertanya namun hanya jawapan yang sama diterima iaitu "Aku sibuk sikit."

"Kenapa?" soal Violete sambil memandang ke arah Leo. Lelaki itu senyum. "Aku rasa war tak lama lagi akan berlaku. So why not kau try guna MGG? Practise. Kau tak nak ke jadi lebih kuat?" soal Leo. Violete tersenyum. "I don't need that gadjet to help us. Aku punya kekuatan dah cukup. Aku hanya akan guna MGG bila kita terpaksa jalankan LOT." jelas Violete. Leo tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng. Semakin geram pula dia melihat Violete. Berlagak.

LOT. Singkatan untuk Leave Our Teammate. Pentingkan tujuan utama dalam perlawanan yang berlaku dan tinggalkan ahli pasukan sendiri.

---

"So? Sampai bila kita nak tunggu?" soal Nuh kepada Ethan. Lelaki itu hanya tersenyum. Nuh sudah tidak sabar untuk berlawan dengan Violete. Lama juga mereka tidak bertemu. Pasti skill gadis itu semakin baik! Namun, Nuh juga memantapkan skill dia yang sudah sedia ada.

"Kau sabar lah. Aku masih nak latihkan ahli Benjamin's Squad. Kau pun tahu kan. Macam mana ayahanda kita berharap kita menang dan beri kekalahan pertama untuk VP. Ayahanda punya harapan tu tinggi beb. Sebab tu aku nak prepare betul-betul. Kau faham tak?" jelas Ethan kepada Nuh. Nuh ni silap hari bulan ada juga makan pelempang dia. Langsung tak reti nak sabar.

-

"Hari ini kita berlatih di padang belakang company VP ya? So masing-masing please ride your own vehicle." pesan Violete dan menerima anggukan dari yang lain.

Sampai sahaja di sana, mereka terus pergi ke belakang bangunan VP. Berlatih di sana lebih mudah dan lancar kerana alat yang diperlukan semuanya lengkap.

Sedang mereka berlatih, kedengaran bunyi letupan dari arah jauh. Lebih tepat lagi, dari hadapan bangunan syarikat Violetta's Pride.

"Moses. Tolong tengokkan bunyi apa tu. Hati-hati tahu!" ujar Violete. Moses mengangguk dan terus belari menuju ke arah suara tadi. Hampir 5 minit berlalu, Moses masih tidak balik ke padang tempat mereka berlatih. Hati Violete sudah diterpa rasa risau.

"Harry. Come with me. Cari Moses. Risau pula."

Harry hanya patuh. Mereka berjalan beriringan ke hadapan bangunan. Alangkah terkejutnya mereka berdua tatkala melihat sekujur tubuh Moses yang terbaring tidak sedarkan diri. Anehnya, tiada darah yang kelihatan.

Violete pantas berlari ke arah Moses. Masih ada nafas. Tiba-tiba badan Moses berdiri dan lelaki itu terus menyerang Violete seperti dikawal oleh sesuatu.

"Hoi. Kau buat apa? Aku Violete lah! Ketua kau! Kenapa serang aku?!" soal Violete dengan nada yang tinggi namun masih berlawan dengan Moses. Entah apa yang berlaku. Kekuatan lelaki itu pula lebih cekap daripada biasa. Kakinya dibawa menyepak dagu Moses namun Moses masih ingin melawannya. Harry terus menahan Moses daripada terus menumbuk ketuanya.

"Apahal dengan kau ni?" soal Harry pula kepada Moses yang masih ditahannya. Violete hanya memandang ke arah Moses yang kelihatan seperti meronta-ronta.

"Dia okay tapi aku dah suntik ubat dekat dia."

Suara itu berjaya menarik perhatian Violete. "Kau buat apa dekat sini?! Ubat apa kau suntik hah?"

Nuh ketawa sinis. "Tiada apa sangat. Ubat yang Ethan sendiri cipta. Setiap orang yang disuntik, tidak dapat mengawal diri mereka dan akan menyerang sesiapa pun mereka nampak. So itu lah sebabnya kenapa lelaki tu serang kau." jelas Nuh dengan nada yang berlagak.

Violete mengeluh kasar. Sepucuk pistol dihalakan ke arah Nuh lalu picu ditarik. Nuh lebih pantas mengelak peluru.

"Harry! Panggil semua ahli kita."

Harry mengangguk dan terus berlari ke arah padang yang menempatkan ahli yang lain. Nuh semakin galak ketawa.

"Benjamin's Squad dan Alistair Edward akan kalahkan korang! Guys! Keluar!" jerit Nuh dengan sepuas hati. Kelihatan lebih 900 orang. Iman sudah terpana. Ahlinya baru sahaja 600 orang lebih. Ini sudah melampau. Tiba-tiba kelibat seseorang dari belakang Nuh menangkap penglihatannya.

"Leo?"

-enjoy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience