Bab 19

Crime Series 3729

"Awak! Cepat lah lari! Mereka masih kejar kita. Pegang tangan saya."

Budak lelaki yang berusia 7 tahun itu hanya mengangguk. Tangan kecil budak perempuan yang memperkenalkan dirinya sebagai Iman itu dipimpinnya. Mereka berlari sehingga menemui jalan yang lebih ramai orang. Sudah pasti, gengster yang mengejar mereka tadi sudah berhenti.

"Fuh! Selamat juga!" riang sekali Iman ketika itu. Budak lelaki itu dipandangnya sayu. Semput sampai nak pengsan. Laju sangat kut lari tadi.

"Awak okay?"

Soalan itu dijawab dengan anggukan dari budak lelaki itu. "Hm. Nama awak siapa?" soal Iman sambil menghulurkan tangan kecilnya.

Budak lelaki itu tersenyum dan menyambut huluran Iman. "Nama aku Qhaisar. Uncle aku tinggalkan aku dekat sini. Kau kenapa dekat sini?"

"Saya memang tinggal dekat lorong. Saya dengar orang cakap saya anak luar nikah. Tapi saya tak faham apa maksud tu." ujar Iman dengan nada yang biasa. Dia sering mendengar itu namun langsung tidak faham ertinya. Qhaisar mengangguk. Dia juga tidak faham maksud itu.

"Woii! Luth! Ke sini! Kamu kemana tadi hah?!" herdik seseorang. Qhaisar itu berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Uncle Edward!

"ARGH!"

Iman terbangun dari lena. Mimpi yang ngeri baginya. Dia menangis teresak-esak. Matanya juga sudah merah. Mimpi yang dialami sudah menjelaskan segalanya. Itu...itu Luth ke?! "Kenapa aku tak sedar?" gumamnya. Dia menangis lagi.

Selepas dua jam, dia berhenti menangis. Jam juga sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Dia tidak akan ke sekolah hari ini. Iman tidak mempunyai semangat. Semuanya terlalu pantas berlaku.

Kakinya dibawa menuju ke dapur untuk sarapan. Ayahanda Zayn dan Bonda Victoria menyapanya. Dia hanya mampu tersenyum sebagai balasan. Mereka mula menjamah makanan.

"Violete tak sekolah hari ni okay? Tak sedap badan." ujarnya dengan suara serak. "Okay ke ni?" soal Ayahanda Zayn dengan nada risau. Iman tersenyum tanda 'iya'.

"Kenapa tak jujur dengan Iman?"

"About what?" soal kedua-dua ibu-bapa angkatnya. Iman memandang mereka berdua. "Luth Qhaisar."

Ayahanda Zayn dan Bonda Victoria terdiam seribu bahasa. Macam mana Violete boleh ingat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience