Bab 24

Crime Series 3729

"Macam mana?" soal Violete lagi. Kali ini suaranya lebih tenang. Dia berdiri tegak memandang ke arah 200 orang ahli Benjamin's Squad yang sedang menghadap ke arahnya.

"Kau tanya aku? Macam mana aku boleh dalam squad ni? Hahahaha. Benjamin. Nama orang. He is my uncle or lebih senang, abang bapak aku. Clear now?" jelas Ethan sinis. Rambutnya hitam gelap itu dibiarkan kusut. Violete mendengus. Kenapa dia baru tahu?! Ayahanda tak tahu ke?

"Macam mana pula uncle kau boleh buat squad sendiri?" soal Iman lagi. Ethan sudah mengeluh. Ni nak lawan ke nak soal jawab?

"Aku mana tahu apa. Squad ni muncul sebelum aku lahir kau tahu tak? Tapi tu lah. Bapak aku pun tak suka sebenarnya but tak semua benda kita tak suka, orang ikut dan tak semuanya benda kita suka, orang patuh. So? Tiada benda yang mustahil kalau manusia tu masih berperangai manusia. Faham? Dah jom lawan. Aku dah tak sabar nak kalahkan leader VP!" sergah Ethan. Violete hanya mengangguk dan sudah menunjukkan gaya 'mari'. Ahli Benjamin's Squad sudah meluru ke arahnya.

Violete melawan dengan skill yang dia ada. Namun selepas 10 minit belum sampai 50 orang yang dia lawan. Serious! Squad ni kuat! Ethan ketawa sinis melihat Violete yang hampir tumpas. Dia menjerit. "Stop!"

Jeritan Ethan yang meminta mereka berhenti itu berjaya mendiamkan ahlinya. Ethan berjalan ke arah Violete perlahan-lahan. Wajah gadis itu diusap. "Cantik pula kau ni. Tapi sayang, ikut dunia mafia." ujarnya seakan mengejek. Pistol yang memang sedia ada berada di dalam tangan dikeluarkan lalu dihalakan ke arah Iman.

Violete yang memang sudah mulai lemah itu hanya duduk diam. Dia malas mahu bergerak kerana dia tahu dan yakin. Peluru pistol itu belum mampu mematikannya.

PUMMM!

Darah perlahan-lahan keluar membasahi baju yang dipakai. Iman tersenyum. Sakit. Namun dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan orang lain. Dia mahu berlari keluar namun tiada kudrat. Ahli Benjamin's Squad sudah lari meninggalkan gudang sekaligus membiarkan Violete sendirian. Penglihatannya mulai kabur dan dia sudah pengsan tidak sedarkan diri.

-

Tempat duduk kosong itu mendatangkan rasa risau ke hati Luth. Mana Iman? Kenapa dia tak datang sekolah hari ini? Pen yang berada di tangan diketuk berkali-kali ke atas meja tanda dia sedang memikirkan keberadaaan gadis itu. Apa yang berlaku? Dia sakit ke?

KRING!

Loceng menandakan waktu rehat sudah berbunyi. Luth pantas berlari menuju ke kelas abangnya iaitu 4 Planet. Kelibat abang yang baru sahaja keluar dari kelas itu menyapa pandangannya. Nuh dipanggil.

"Bang! Sini jap." panggil Luth. Nuh berpaling dan terus berjalan menuju ke arah adiknya. "Kenapa?" soalnya hairan. Jarinya diseluk ke poket seluar dengan kening yang bertaut. Luth menarik nafas gementar. Nanti kena tuduh buang tabiat macam mana?

"Err. Semalam..korang ada lawan VP ke?" tanya Luth berhati-hati. Nuh tersenyum sinis. "No. Memang sepatutnya kitorang lawan but Ethan cakap dia nak cuba lawan Violete. So setuju je lah. Kau tak payah sibuk kut. Fokus latihan. Aku tak nak kau kena buang. Okay?" ujar Nuh dengan tegas. Luth hanya mengangguk. Mahu tidak mahu, dia perlu patuh suruhan abangnya. Jika bukan kerana Nuh, dia tidak akan berada di posisi dia sekarang. Luth terus berjalan menuju ke kelasnya kembali. Baik aku tidur dari makan kat kantin.

-enjoy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience