Bab 22

Crime Series 3729

Sepotong pizza digigit puas. Sedapnya! Hujan di luar menambahkan lagi mood Iman yang sedang membaca novel yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia. Tiba-tiba kedengaran bunyi notifikasi daripada aplikasi WhatsApp yang berjaya membuatnya terkejut. Jari dilap pada baju sebelum mencapai telefon pintarnya. Pesanan dari Leo. Jam pada telefon dilihat. Pukul 3 pagi. Apa mimpi jantan ni chat aku?

"Violete. Aku ada something nak tanya. Can you answer my call."

Mesej Leo itu dibaca lagi. Buat apa? Baru sahaja dia ingin membalas 'No' terus sahaja dia menerima panggilan telefon dari lelaki itu. Tanpa banyak soal, dia terus menjawab.

"Ha pahal? Tiba-tiba je kau ni nak call malam-malam." seloroh Iman dengan nada yang malas. Kedengaran keluhan dari mulut Leo di hujung talian. "Kau kena tolong aku. Tolong bagitahu aku mana kau letak MGG. Please. Our team need it now."

Kening Iman bertaut. Aneh. Tidak pernah-pernah lagi kumpulannya ingin menggunakan MGG malah langsung tidak memerlukannya. Hanya dia yang mampu guna alat itu. "Buat apa? Kau dapat pun bukan kau dapat guna." ujar Iman lagi. Leo mendengus geram.

"Aku call kau ni bukan nak dengar kau hina aku. Mana kau letak bengkok?" tanya Leo lagi. Nada yang digunakan kali ini kedengaran jengkel. Iman ketawa. Bagitahu je kut? Lagipun dia percayakan Leo kerana mereka satu kumpulan. "Aku letak dalam bilik kebal markas kita."

Usai dia menuturkan ayat, talian terus terputus. Perasaan aneh mulai menerpa hati Iman. Namun, malas hendak fikir, dia hanya mengangkat bahu. Biarlah. Bukan dia boleh guna.

Telefonnya diletakkan dan bacaan buku tadi diteruskan olehnya. Boleh tahan pula novel ni.

-

Nuh ketawa sinis.

"Aku tak sangka kau dapat tipu betina tu hahaha. Now, kerja kau adalah untuk ambil alat tu dan bagi kitorang. Mana tahu dapat kan?" ujar Nuh bangga dengan sinisnya.

"Kau arah aku macam bos ni kenapa? Kalau alat ni tak dapat guna, buang je lah." jelas lelaki di hujung talian Nuh. Nuh hanya menggeleng. "Kau ni tak betul ke? Alat tu limited tahu! Kau nak buang macam benda tu kereta mainan je. Dah pergi ambil sana! Lepastu bawa ke sini. Jangan kantoi lak!"

"Okay. Kau tak payah risau kut. Aku ni Leo James. Trust in me."

"Leo, Leo. Tak sangka kau sanggup khianat Violete kan? Hahaha." ujar Nuh ketawa sinis pula lalu panggilan ditutup. Dia terus melabuhkan punggung di bangku mewah biliknya. "Kau tunggu lah Violete. Aku akan musnahkan kau. With my own hands." ujarnya yakin.

Luth yang berada di sebalik pintu bilik Nuh sudah resah. Dia dengar perbualan tersebut. "Abang nak bunu* Violete? Leo tu siapa pula? Kenapa aku tak kenal? But I'm sure dia ahli VP. Macam mana ni. Aku nak buat apa. Kena bagitahu Violete? Aish. Aku takkan khianat AE. Tapi...." gumam Luth. Dia tersepit di antara dua hal. Sama ada memberitahu Violete ataupun diamkan sahaja. Dia kemudian berlalu dari situ dan masuk ke biliknya.

-sorry late update and enjoy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience