Bab 1

Crime Series 3729

PUNAT 'Enter' pada papan kekunci komputer riba ditekan. Pen yang dipegang mula dipusing-pusing sementara menunggu gurunya masuk ke dalam google meeting itu.

Begini lah kehidupan seorang gadis seperti dia. Setiap hari, kelas secara alam maya bak kata orang. Dari pagi ke siang ke petang. Matanya tidak lari dari memandang komputer riba kesayangannya yang berjenama 'Acer' itu. Penat?Tipu lah kalau kata tak penat,tapi nak buat macam mana? Semua ni kena hadap kerana pandemik yang masih belum berakhir dan menyebabkan sekolah ditutup buat sementara.

Botol air dicapai sambil bola matanya melihat sekeliling bilik yang agak luas untuk dia seorang. Mujur dia anak tunggal dan menyenangkan lagi dia mendapat semua benda yang dia mahu. Anak emas.

"Selamat pagi semua."

Ucapan itu berjaya mengalihkan pandangan Iman kembali kepada komputer riba miliknya. Dia kemudian menjawab ucapan itu dan kelas pada hari tersebut mula dijalankan seperti biasa.

***

Jarum jam sudah menunjukkan pukul tujuh setengah malam dan Iman baru sahaja selesai mandi. Bukan malas cuma kelas dia baru tamat tadi. Baju Adidas dan seluar track disarungkan ke badan. Iman menggeliat sepuasnya di atas katil bersaiz queen itu. Tiba-tiba telefon miliknya berdering. Mujur lah kerja sekolah sudah siap semua.

"Ada apa call?" soalnya straight to the point. Malas betul lah macam ni. Aku baru je habis kelas. Penat pun tak habis lagi. Apa? Ingat ODL tak penat ke?

"Macam biasa."

Dua perkataan itu sahaja sudah cukup membuat gadis itu berdecit menyampah. Kumpulan tu tak reti jemu ke kena dengan dia? Telefon terus diletakkan di atas meja belajar. Hoodie dan mask hitam dikenakan. Walau dalam apa situasi pun dia tetap jaga diri okay! Biasalah kan hehe.

Kunci kereta dicapai lalu kereta itu perlahan-lahan meninggalkan kawasan rumah banglo milik 'keluarganya'. Yes, dia belum ada lesen memandu tapi dia peduli apa? Kena saman pun dia mampu bayar.

Beberapa minit kemudian,kereta mewah itu tiba di sebuah gudang buruk lama. Dia tidak takut sedikit pun malah berasa yakin. Eleh setakat ni apa sangat?

Pisau dikeluarkan dari poket hoodie. Biar ketua mafia Violetta's Pride yang selesaikan. Dia tersenyum sinis sambil mengumam "Uno dos tres."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience