Bab 9

Crime Series 3729

Nuh duduk di salah satu bangku di kelasnya. Ergh! Mana la guard ni? Takkan tak ronda sekolah kot! Jam di pergelangan tangan dilihat. Sudah berginjak ke pukul 7:50p.m. Dia mengusutkan rambut. Ayahanda pun satu! Tak perasan ke aku tak balik-balik? Stres ah! Dia bersandar kerana lelah. Darah yang tadi mengalir sudah mulai kering di hidung dan dagunya. Air dalam botol pun sudah habis. Tekaknya bukan main kering dan perut pun sudah mulai berkeroncong lapar. Dia melelapkan mata dan meletakkan kepalanya di atas meja. Penat!

2 jam kemudian, kedengaran bunyi tapak kaki seseorang di kaki lima kelas itu. Nuh terbangun kerana bunyi yang menganggu lenanya. Ergh sapa pula datang ni?! Matanya sepet akibat terganggu kerana cahaya lampu suluh yang disuluh tepat ke matanya. Nak aku buta ke apa siak?

"Ehem. Tak nak balik?"

Suara itu berjaya menarik perhatian Nuh. Tak mungkin?! "Kau buat apa sini? " soalnya. Aneh betul. Dia yang buat aku macam ni dia juga yang selamatkan aku. Lemah punya perempuan Iman hanya tersenyum sinis. Dalam keadaan macam tu pun nak sombong ke?

"Kau patut berterima kasih sebab aku sanggup tipu pak cik guard yang aku nak ambil barang tertinggal dekat kelas. Tapi semuanya sebab aku nak bawa kau balik!"

"Kau asal ni?" soal Nuh lagi. Tiberh.

"Tak perlu tahu sebabnya. Now,kau nak balik ke tak? Nice nose by the way. Must be hurt right?" sinis Iman. Dia kemudian keluar dari kelas. Rambutnya yang dibiarkan lepas ditiup angin malam.

Nuh sudah berdecit menyampah. Eii minah kerek! Dia kemudian mengekori Iman dari belakang.

--

Iman melabuhkan punggung di atas katil yang bersaiz queen itu. Dia menggosokkan mata kerana mengantuk. Entah apa yang rasuk dia tiba-tiba nak datang sekolah dan hantar Nuh Qhairy bengong tu balik. Dia menggeleng. Apa benda aku buat ni? Buat malu je. Dia melelapkan mata.

Tepat jam menunjukkan ke arah 3:30a.m,dia merasakan tekaknya kering kerana dahaga. Dia turun ke bawah dan mengambil gelas kaca. Susu dituang lalu dihirup perlahan. Bunyi langkah seseorang menuju ke dapur menarik perhatian Iman.

"Ayahanda. Apa buat malam-malam ni?" soalnya kehairanan. Ayahanda Zayn hanya duduk di sebelahnya dan mencapai botol yang sudah terisi air suam. Air diteguk rakus.

"Kamu sekelas dengan jantan Nuh Qhairy tu ke?" soalnya tiba-tiba. Iman yang sedang mengunyah brownies itu hampir tersedak akibat terkejut. "Ya ayahanda. Kenapa?"

Ayahanda Zayn hanya diam. Dia meletakkan kembali botol di atas meja. Dia berlalu menuju ke tangga untuk menaiki ke atas sebelum berkata,

"Stay away from him."

-Enough for today

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience