Violete sudah lelah. Peluhnya keluar menitik membasahi wajah. Baru 30 minit berlalu, sudah hampir 200 orang ahli dia kalahkan seorang. Ahlinya saja sudah banyak terkorban. Dari 600 orang ahli sekarang kurang daripada 320 orang.
Kaki seseorang yang ingin menyepak kepalanya, lantas ditahan lalu lelaki itu ditolak ke belakang sebelum kepala lelaki tersebut dipijak sekuat hati.Seorang lagi ingin mengacukan pistol namun Violete lebih pantas menembak lelaki tersebut.
Tiba-tiba tangannya ditarik dari belakang. Luth Qhaisar!
"Hei! Kau buat apa?! " jerit Violete lalu pistolnya diacukan ke arah lelaki itu. Luth sudah memberi isyarat 'senyap'. Tanpa Luth sedar, Ethan memerhatikan dia dari jauh. Ethan mengukir senyum sinis. "Nak khianat aku? Berani ya?" gumamnya. Tidak mengapa. Kita tengok. Sampai bila Luth bertahan.
"Kau nak apa?! Ahli aku banyak terkorban kau faham tak. Aku nak selamatkan mereka!" jerit Violete. Mukanya yang sudah dilumuri darah musuh dan juga darah dia sendiri itu langsung tidak menganggu Violete.
"This might sounds crazy but I do want to help your squad." bisik Luth berhati-hati. Sesekali,matanya melirik ke arah sekitar. Mungkin bimbang ditangkap.
"I don't need your help. Dah! Go help your own squad."
Violete terus berlari ke arah orang ramai yang masih berlawan. Luth sudah gusar. Dia bimbang Violete dibunuh kerana dia mendengar perbualan Ethan dan Nuh. Tujuan utama mereka ialah memusnahkan Violete.
Tiba-tiba mulut Luth ditekup dari belakang dan badannya ditarik paksa oleh seseorang. Luth meronta namun apakan dayanya. Dua orang lelaki bertubuh sasa yang juga dia kenal siapa itu lebih kuat berbanding dengannya.
--
Mata Violete sudah berkaca. Melihat badan semua ahlinya yang sudah baring dan terkulai lemah itu mendatangkan rasa yang bercampur aduk kepadanya. Marah? Ya. Sedih? Ya? Kecewa? Ya juga.
Kini, hanya tinggal dia dan Ayahanda Zayn yang tinggal. Ahli Benjamin's Squad dan Alistair Edward masih tersisa kurang 200 orang. Violete sudah mulai berasa putus asa. Pertama kali dia merasakan perasaan seperti ini.
Senapang milik salah seorang ahli Alistair Edward dihalakan ke arah kepala Ayahanda Zayn. Aim mereka ialah di paha lelaki tua itu.
PANG!
Violete cepat-cepat menoleh ke arah Ayahanda Zayn yang sudah tersungkur. Darah merah mulai membasahi seluar yang dipakai. Air mata Violete sudah tidak dapat ditahan. Air matanya merembes ke pipi.
"Ayahanda.." ujarnya dengan suara yang serak basah. Ayahanda Zayn diam. "Terima kasih dah berbakti dengan kumpulan ayahanda ya? Terima kasih sebab dah jadi anak angkat yang baik. Hentikan perperangan ni. Ingat, kekalahan tidak bermakna kelemahan." kata Ayahanda Zayn kepadanya. Violete mengangguk dan terus menangis. Perlahan-lahan lelaki itu menutup mata dan nafasnya terhenti.
"Ayahanda!" jerit Violete dengan air mata yang merembes keluar seakan tiada tanda hendak berhenti. Dia sudah tidak mahu meneruskan perperangan ini. Semua orang yang dia sayang telah terkorban.
"Hahahaha! Seorang Violete dah tersungkur? Isn't it a huge achievement for us?" jerit Ethan puas. Jeritannya menerima tepukan dari ahli yang lain.
"Now, look at here my dear Violete." suara Ethan yang seakan mengejek itu menarik perhatian Violete yang masih dibasahi dengan air mata. Luth yang melutut dan menunduk ke bawah menyapa pandangannya.
"Apa kau nak buat dekat Luth? Kau nak apa lagi dekat aku?! Just tell me!"
Ethan dan ahlinya yang lain tersenyum. "Kalau kau tak nak mati, aku tak minta banyak lah. Aku nak MGG je. Boleh?" kata Ethan dengan selamba. Violete sudah mendengus. "Kau pun tahu kan? Alat tu kau takkan dapat guna kalau kau belum dapat musnahkan pengguna yang sebelumnya. So? Kalau aku masih hidup, alat tu takkan berfungsi dekat any of you!" ujar Violete dengan nada tinggi. Tenaganya betul-betul sudah habis sekarang hendak berlawan.
"Well. That is why I need to kill you!"
"Betul!" balas ahlinya yang lain. Ethan tersenyum puas melihat Violete yang masih berfikir tentang permintaannya. "Or. I'll kill Luth instead. I know that you like him right?"
Violete sudah bingung. Pistol Ethan sudah dihalakan ke arah Luth. Poketnya diseluk dan perlahan-lahan alat MGG dikeluarkan sebelum alat tersebut dibaling ke arah Ethan. Ethan terus menyambut alat tersebut dengan puas.
"Awwh. Look at them guys! How sweet." ejek Ethan lagi. Picunya ditarik ke arah Luth. Dia tidak mahu ahli kumpulan gabungannya menyukai ahli musuh. Jadi untuk memenuhkan kemahuan, baik dia musnahkan terus Luth. Luth hanya memejamkan matanya. Tidak mengapa lah. Dia juga tidak mahu hidup di dalam dunia gelap mafia ini. Namun selepas 5 saat, dia belum merasakan mana-mana peluru menusuk ke badan.
Seketika, dia mendengar bunyi rintihan seseorang yang seakan menahan kesakitan. Violete. Dia berada di dalam dakapan gadis itu? Tidak mungkin.
Darah keluar dari mulut gadis itu. Pistol mahal milik Ethan memang mematikan musuh. Violete sudah semput menahan nafasnya yang seakan mahu dicabut dari jasad. Perit sangat.
"Violete. Don't leave me. Please don't." rintih Luth dengan tangisan. " Kita 2-1 ya?" ujar Violete lalu perlahan-lahan menutupkan mata. Tiada lagi kedengaran bunyi degupan jantung dari gadis itu. Kematian Violete secara langsung membawa kepada kekalahan Violetta's Pride. Kekalahan pertama dalam sejarah mereka.
2-1
Violete sudah menyelamatkannya dua kali. Dia? Hanya sekali. Namun dia sudah bersyukur kerana masih dapat membantu gadis itu suatu ketika dahulu.
"Terima kasih Violete sebab dah selamatkan saya buat kali kedua dan yang terakhir."
-THE END-
Share this novel