Mata Iman melilau melihat tempat gelap itu. Mulutnya mengoyakkan senyuman sinis. Ceit.
Tiba-tiba dia merasakan serangan daripada belakang yang ingin menyepak pinggulnya. Namun,tangan milik Iman lebih pantas menangkap kaki lelaki itu. Kaki tersebut dipulas dan pisau terus dihalakan ke arah muka lelaki itu. Muka lelaki itu ditilik. Dia ni lagi?Tangan Iman berhenti. Topeng yang dikenakan lelaki itu direntap kasar sehingga menampakkan wajah putih serta mata bewarna hazel.
"Kenapa kumpulan kau asyik ganggu kami? Aku tak rasa kita ada masalah selama ni." kata Iman kasar sambil menurunkan pisaunya dan kemudian menghalakan pisau itu di leher lelaki tersebut.
Lelaki itu kemudian meludah kasar di sebelah kanan. Tak pasal pasal kena jumpa dengan ketua Violetta's Pride. Memang cari pasal lah kau!
"Kau tak tahu apa kan?! Budak mentah lagi macam kau ni memang tak tahu apa-apa dan buang masa kumpulan aku sahaja!" bentak lelaki itu. Iman tertawa sinis. Siapa yang buang masa sekarang?
"Hoiii!"
Jeritan Ziyyad berjaya menarik perhatian Iman. Ziyyad kemudiannya berlari pantas ke arah Iman. Lelaki yang berada di hadapan Iman tadi berjaya melarikan diri kerana pegangan Iman yang longgar.
"Oh shit! Kau buat apa ni Ziyyad?! Tengok dia dah terlepas. Nanti ayahanda marah kita bodoh!" bentak Iman marah. Ergh menyusahkan lah!
"Sorry Violete tapi jangan main-main dengan dia tu." jelas Ziyyad ketakutkan. Kening Iman bertaut. Pahal?
"Meaning?"
"Di-dia ketua kumpulan Alistair Edward. Bukan calang-calang dia tu!" jelas Ziyyad yakin. Iman mencebik. Eleh tu je?
"Tu je ke? Sapa nama dia tu?" sindir Iman dengan nada dibuat acah ketakutan. Eleh. Dia takut apa? Sedangkan selama ni berapa ketua kumpulan mafia dah dia tumpaskan. Setakat ketua mafia cekeding cam lelaki tadi. Cuih. Celah mata!
"Nama dia Noah!"
Iman terpana.
*****
"Cepat."
Arahan Cikgu Zarimah yang kedengaran tegas itu membuatkan seluruh kelasnya membuka kamera untuk menunjukkan muka masing-masing. Semua ini dilakukan untuk membuktikan mereka hadir kelas pada petang itu. Ya,untuk kehadiran!
Iman masih berfikir dua tiga kali ingin membuka kamera. Ergh. Dia bukan apa,cuma dia segan. Mana tak nya? Kelas dia tahun ini, semua muka asing baginya. Kenapa? Sebab dah tukar kelas lah apa lagi?! Jari Iman perlahan-lahan menekan punat 'On Camera'. Bergetar-getar bak hang!
Buka sahaja kamera, Iman tersenyum manis ke arah gurunya. Seketika pandangannya terkalih kepada seorang pelajar yang sedang tekun menulis. Tertera nama "NUH QHAIRY.' Tulis apa lak mamat tu? Cikgu belum bagi kerja pun! "Kerja semalam kot." sangka Iman. Seketika kemudian lelaki itu mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah kamera Iman. Iman terperanjat kecil.
Jelas riak wajah terkejut yang terpampang di mukanya. Cepat-cepat kameranya di off. Kali ini, Iman hanya menunjukkan muka hairan. Kenapa laki tu?
"Ehem Iman. Jangan tenung Nuh tu lama sangat ya? " tegur Cikgu Zarimah sopan namun berjaya membuat Iman terkejut. Iman tayang sengih. Lalu kamera di off juga. Malas ah nak on lama-lama. Nanti orang jatuh cinta dengan dia. Ihiks!
Tiba-tiba lagu 'good 4 u' nyanyian Olivia Rodrigo berdendang. Iman berpaling ke arah telefonnya yang berdering kuat. Hah?! Tanpa menunggu lama,lantas telefon tersebut diangkat.
"Violete. Kami lapar ah. Bank in RM250 please." rayu Ziyyad. Suaranya dibuat seakan merayu. Tak. Memang merayu pun. Semenjak boss mereka sibuk dengan kelas online, mereka seperti dipinggir.
"Eh kepala bapak kau lah. Minta dekat Ayahanda lah. Ish!"
"Alah Violete. Kitorang tak berani." jelas Ziyyad lagi. Kedengaran juga suara konco-konco yang lain. Iman mengeluh lagi. Haiya!
Iman mengurut pelipis. Ya,kalau kena marah dengan Ayahanda Zayn memang naya woi! Bukan kaleng-kaleng bapa angkatnya itu ketika marah. Dia sendiri takut!
"Okaylah. Nanti aku bank in. RM1500 terus ek. Jangan boros. Korang makan puas-puas. Walaupun umurnya baru sahaja menginjak usia 16 tahun namun duit simpanannya sudah seperti gunung banyaknya. Kedengaran lagi bunyi sorakan yang kuat dari corong telefon. Tidak mengapalah,asal rakan-rakannya itu gembira,dia juga gembira.
Tamat sahaja panggilan telefon itu,dia meneruskan menulis. Apa-apapun pelajaran tetap nombor satu!
***
Share this novel