"Surprise. I guess?"
"You are a great traitor Leo. Congrats. But why? Kenapa kau kena khianat our team?!" herdik Violete. Ahli Violetta's Pride yang lain juga terkejut melihat Leo yang mengenakan pakaian hitam. Sudah terang lagi bersuluh, dia merupakan salah satu ahli Alistair Edward.
Leo tersenyum. "Tak semua benda yang aku buat or berlaku dekat dunia ni, kita kena tahu sebabnya. Hahaha!" ujarnya. Pergelangan tangannya ditunjuk ke arah Violete. Ukiran 'AE' jelas kelihatan. Nuh menepuk bahu Leo dengan puas.
"Just tell me. Apa alasan kau khianat kitorang?!"
Paksaan Violete menambahkan kusut di kepala Leo. "Kau nak tahu?! Sebab kau! Sebab kau, aku punya rank dari nombor 1, jadi nombor 2. Sebab kau, aku tak jadi leader dalam Violetta's Pride. Aku tertanya juga. Apa kurangnya aku dari kau?! Kau hanya seorang perempuan yang lemah! Aku ikut squad tu since I was 11. So? Kau rasa apa aku rasa? Lama jadi ahli squad but tak pernah jadi leader even aku rank pertama masa tu!"
Violete hanya terdiam. Luahan dan penjelasan Leo itu sudah cukup untuk memberi jawapan kepada persoalan di dalam mindanya. Dia mengangguk faham. Tidak mengapa. Dia masih ada ahli yang lain. Matanya masih meliar ke arah setiap wajah ahli musuh.
"Cari aku?" suara garau menegurnya. Violete terus melihat ke arah suara tersebut. Luth. Perasaan rindu menerpa ke hati. Lelaki yang membantunya semasa dia berada di dalam hospital. Violete hanya menggeleng dan terus menundukkan pandangan.
"So bila nak lawan? Kumpulan aku dah lama tak musnahkan orang!"
Tanpa banyak bicara, ahli Benjamin's Squad sudah mahu menyerang Violetta's Pride. Tiba-tiba kedengaran suara seseorang meminta mereka berhenti.
"Stop!"
Violete memandang ke arah sumber suara. Ayahanda Edward. Apa orang tua ni buat sini? "Mana Zayn Malique? Aku nak jumpa dia sekarang. Before korang berlawan, biar aku lawan Zayn dahulu sebagai 'opening' ." tutur Ayahanda Edward dengan sinis. Violete hanya menjeling ke arahnya.
Tiba-tiba kedengaran bunyi jeritan Ayahanda Edward. Mencurah-curah darah keluar dari dadanya. Matanya sempat mengerling ke arah seseorang yang berada di sebalik pokok. Zayn.
Ayahanda Zayn terus berjalan menuju ke Ayahanda Edward yang sudah terkulai lemah. "Berbelas tahun berlalu. Kau masih jenis yang tak peka dengan serangan dari jauh. See? Aku serang kau tanpa kau tengok aku depan kau. Well then." ujar Ayahanda Zayn sinis.
Perlahan-lahan mata Ayahand Edward tertutup sendiri. Degupan jantungnya berhenti tanda nyawanya juga sudah meninggalkan jasad. Ayahanda Zayn senyum sinis.
-one more chapter ya? get ready
Share this novel