Bab 26

Crime Series 3729

"Haha! Sumpahlah kau?"

Suara Nuh yang sedang bercakap dengan seseorang di panggilan telefon itu mematikan langkah Luth. Kenapa ni? Dia mendekatkan diri dengan pintu bilik Nuh yang masih tidak sedar kedatangannya.

"Habis tu? Kau derma ke hahah!"

"Derma? Derma apa pula?" gumam Luth. Perasaan ingin tahunya membuak. Dia meneruskan fokusnya dengan perbualan Nuh.

"Haha. Memang patut pun kau tak derma. Dia dekat mana sekarang? Hospital mana satu?" soal Nuh lagi dengan seseorang. Luth semakin hairan.

"Oh. HKL rupanya. Dah lah. Aku nak letak dah ni. Bye bro." ujar Nuh dan meletakkan telefonnya ke atas meja. Kedengaran bunyi puas hati dari hujung mulut lelaki itu. Luth terus beredar dari situ. Mampus lah kalau abang dia tahu.

Perlahan-lahan bibir Nuh mengukir senyum sinis. Komputer yang menayangkan pandangan CCTV itu diperhatikan dengan perasaan yang bercampur. Berani betul Luth mendengar perbualannya dari luar bilik.

Bukan dia tidak perasan. Bodoh lah dia kalau tidak. Kalau dia bodoh gelaran ketua Alistair Edward tidak akan menjadi miliknya.

-

Hoodie ungu gelap dicapai dan topeng muka dikenakan bagi menutup mulut dan hidungnya. Kunci kereta dicapai lalu dia berlari menuju ke garaj. Kereta itu terus dipandu menuju ke HKL dan perlahan-lahan meninggalkan kawasan rumah banglo milik keluarganya.

Sampai sahaja di sana, dia terus meluru ke arah kaunter pertanyaan. "Boleh saya tanya?" soal Luth. Gadis yang menjaga kaunter tersebut mendengus. "Boleh lah! Dah nama pun kaunter pertanyaan. Aish!" jerit gadis itu. Luth sudah malu ditengking. Perempuan ni period ke?

"Chill. Ada tak pesakit nama Iman Afia? Bilik mana ya?"

"Jap!"

Gadis itu hanya meneliti satu persatu nama pesakit. "Ada. Bilik 325. Dah, pergi sana. Banyak betul orang melawat hari ni. Pening!" ujarnya. Luth tidak mengendahkan gadis period itu. Dia terus belari menuju ke bilik 325 di tingkat atas. Sampai sahaja, dia bertembung pula dengan doktor yang baru sahaja keluar dari bilik tersebut.

"Doktor. Pesakit dalam tu okay ke?" soalnya tanpa banyak bicara. Doktor itu hanya mengangguk. "Dia memerlukan penderma. Kamu kenal mangsa? Boleh derma ke?" soal doktor itu.

Luth mengangguk. Jika ini lah cara bagi membalas jasa Iman kepadanya, dia sanggup. Doktor itu tersenyum. "Mari ikut saya." Luth terus membontoti doktor itu dengan perasaan yang lega.

-

"Apa?! Siapa?!"

Leo sudah mengusutkan rambutnya. Siapa yang sibuk nak dermakan darah untuk perempuan tu? Dari derma kat Iman, baik bagi nyamuk hisap.

"Nama dia Luth Qhaisar. Alhamdulillah, keadaan Iman semakin stabil. Encik nak melawa-.."

Belum habis ayat doktor itu dituturkan, Leo sudah meletakkan panggilan. "Luth Qhaisar tu bukan ke adik Noah?"

Nombor Nuh didail. "Wassup bro!" sapa Nuh di hujung talian. "Anjing lah kau ni! Yang kau pergi bagitahu Luth pasal Violete masuk hospital kenapa? Kau tahu tak jantan tak guna atau adik kesayangan kau tu pergi derma darah kat dia. Elok elok betina tu dah tenat terus jadi stabil balik memandangkan darah adik kau sesuai!" tengking Leo. Nuh hanya diam. Kenapa Luth pergi derma darah dekat Violete? Tidak. Dia tidak akan memarahi adiknya. Adiknya tidak bodoh untuk melakukan sesuatu perkara tanpa sebab. Dia harus tanya. Panggilan terus diletakkan oleh Nuh. Leo sudah mengurut pelipis. Pening aku!

-

Gadis yang masih belum sedar itu ditilik oleh Luth. Dia tersenyum. Akhirnya boleh dia balas jasa Iman. Puas hati dia! Tangan mulus gadis itu dicapai lalu digenggam. Sesuatu perasaan yang aneh menyelinap ke pangkal hatinya. Suka? Tidak mungkin. Cinta? Mungkin. Dia juga tidak pasti. Sayang? Mustahil. Segera tangan gadis itu dilepaskan olehnya.

Dia melabuhkan kepala di katil hospital tempat gadis itu berbaring. Jam di pergelangan tangan ditilik. Jam menunjukkan ke pukul 11 malam. Dia tertidur kerana terlalu penat.

-Enjoy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience