Bab 10

Crime Series 3729

Iman mengerling ke arah iWatch series 6 di pergelangan tangannya. Matanya membulat dan tangannya menekup mulut akibat terkejut. Wait! 7 April? Today is the day?! Dia sudah menggaru kulit kepala yang tidak gatal. Iman kemudian menyarungkan sepasang kasut berwarna hitam itu ke kakinya yang putih melepak.

Dia berjalan menuju ke sebuah kereta berjenama BMW yang dipandu Ayahanda Zayn. Entah kenapa Ayahanda tiba-tiba nak hantarnya pergi ke sekolah. Tentang Nuh kah? Pintu kereta dibuka lalu dia duduk di sebelah pemandu.

"Morning ayahanda. Kenapa nak hantar Violete harini? Mimpi apa?" usiknya sekadar berbasa-basi. Dia mengatur lagi rambutnya. Sudahlah semalam Bonda Victoria memaksanya untuk memotong rambut. Ada rambut 'poni' yang nipis pula tu! Nasib comel huhu.

"Saja. By the way,malam nanti pukul 11 p.m macam tu bersiap ok? Ada misi lawan Alistair Edward." jelas Ayahanda Zayn yang kedengaran tegas dan cukup membuatkan Iman berasa menyampah. Ergh tak puas lagi ke?! Ayahanda Zayn kemudiannya menekan pedal minyak dan memulakan pemanduan ke sekolah Iman.

"Diorang nak apa sebenarnya dari kita? Ish semak lah! Macam takda kumpulan lain." ujar Iman marah. Menyampah nya lah aku! Ayahanda Zayn hanya diam dan meneruskan pemanduan. Ini belum masanya Iman tahu sebab sebenar kumpulan mereka asyik berlawan. Dia mengeluh dalam diam sebelum membuka mulut kembali.

"Ha. Jangan dekat dengan Nuh tu."

Kata-kata Ayahanda Zayn menarik perhatian Iman lagi. "Kenapa ni Ayahanda? Dari haritu lagi. Jangan risau ah. Kebetulan,nanti kami pindah kelas. Doakan lah ya Violete tak sama kelas dengan dia haha." Ayahanda Zayn mengangguk kecil. Kereta yang dipandunya dihentikan di hadapan sekolah Iman.

"Bye!" ucap Iman sebelum dia masuk ke masuk ke sekolah sambil tangannya dilambai ke arah Ayahanda Zayn. Kereta itu terus meninggalkan kawasan sekolah sehingga hilang dari pandangan Iman.

---

"Okay! Nama-nama yang cikgu panggil nanti,sila pergi kehadapan ya. 5 orang pelajar sahaja!" ujar Cikgu Nancy yang kelihatan masih memegang sehelai kertas terisi nama pelajar 4 Planet yang bakal masuk ke 4 Asteroid.

Pelajar yang lain hanya mengangguk malas. Alice Camelia sudah mencebik menyampah dan menyilangkan kakinya. Sambil itu,mulutnya tidak berhenti mengunyah 'chewing gum' dan mukanya sudah tidak kurang seperti seekor unta.

"Yang pertama sekali, Amir Fuad bin Maaruf. Kedua, Faiq bin Mohamad. Ketiga, err macam mana nak sebut ni? Ez- Eze- Ezekiel Fareed bin Adam. Haih susah beno namanya. Keempat, Iman Afia dan yang terakhir sekali adalah Ariesya Dilaila binti Azlan. Cepat masuk kelas 4 Asteroid sana! Nama korang dah lah susah betul nak sebut!"

Iman Afia masih terkedu kerana mendengar namanya. Tapi syukur juga lah sebab tak sama kelas dengan si Nuh Qhairy tu! Dia kemudian menggalas beg dan menuju ke luar kelas untuk ke kelas 4 Asteroid.

Nuh hanya memandang kelibat Iman. Dia berdecit menyampah. Susahlah aku nak 'spy' dia lepas ni!.

-Stay tuned

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience