Bab 17

Crime Series 3729

Nuh memalingkan kepalanya ke arah suara itu. Iman. Dia mengetap gigi. Apa ke bangangnya boleh kantoi ni!
Ethan yang menunjukkan riak wajah selamba itu dipandang. Eish dia boleh selamba pula!

"Hm hai Afia." tegur Ethan seperti tiada apa yang berlaku. Rahang Iman sudah bergerak-gerak melihat wajah selamba yang ditayangkan Ethan itu. Rasa nak pijak!

"Kenapa tak cakap kau ahli AE? Sama dengan mamat gigi kuning belakang tu." ujar Iman sambil bibirnya dijuihkan ke arah Nuh yang diam sahaja dari tadi. Ethan sudah gelak besar. Iman pula kebingungan. Apa yang kelakar?

"Lawak lah kau ni! AE tu bukan standard aku okay? Aku bukan ahli kumpulan tu. Lagipun tangan aku takda simbol AE." jelasnya sambil menunjukkan pergelangan tangan. Iman sudah mengeluh kasar. Kenapa mamat ni? "So who are you?" soal Iman dengan nada yang dingin. Ethan tersenyum.

"Aku anak orang tua tak guna tu. Ayahanda Edward. Mesti kau kenal kan? Dahlah, cau dulu paper roger." ujarnya selamba. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, Iman mahu menghalang kakinya berharap dia jatuh. Namun Ethan lebih pantas. Dia menyepak kaki gadis itu dan menghentakkan tubuh kecil itu ke dinding. Nampak macam ganas tapi Violete ni tak makan saman!

Nuh sudah membulatkan mata melihat aksi itu. Pertama kali dia melihat taktik pantas seorang Violete dimatikan oleh seseorang. Kelihatan seperti gadis itu mengetap bibir. Nuh senyum sinis. Dia pula puas hati! Nuh terus berjalan meninggalkan kawasan kolam ikan itu.

Sementara Iman yang masih terpinga-pinga. Tidak percaya bahawa ada orang dapat mematikan serangannya. Kau tunggu Ethan!

-

Luth Qhaisar melihat pantulan wajahnya di cermin bilik. Rambutnya diraup lalu mukanya digosok kasar. Fikirannya bercelaru. Kata-kata Ayahanda Edward tadi merunsingkannya. Haish! "Kalau bukan sebab dia, aku takkan ikut abang join squad macam ni!" gumamnya geram.

"Prestasi kamu makin teruk. Apa nak jadi dengan kau Luth?! Kita dah takda masa. Bila-bila masa sahaja squad ni akan lawan Violetta's Pride. Kau sendiri cakap kau geram dengan mereka!"

Kata-kata Ayahanda Edward seperti kaset yang berulang di kotak fikirannya. Dia mengeluh kasar. Luth juga sudah diberi amaran. Jika prestasi dia semakin menurun, dia akan disingkirkan dari squad Alistair Edward dan akan dibunuh! Aish! Dia sudah mulai buntu kerana dia tidak mahu peristiwa dahulu berulang kembali.

"ARGH! Kenapa kau tak sedar lagi Iman Afia!" tengkingnya sendiri. Entah kenapa, gadis itu masih tidak ingat dia siapa. Tak ingat atau buat-buat tak kenal? Menyebalkan!

Dia terus baring di atas katil dan melelapkan matanya. Esok kena training lagi!

-sorry for the short chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience