Bab 21

Crime Series 3729

Matanya perlahan-lahan terbuka. Cahaya yang menerobos masuk melalui tingkap bilik rawat itu sedikit menganggu mata bundar yang baru hendak terbuka. Iman akhirnya membuka sepasang matanya dengan luas. Sosok lelaki yang masih meletakkan kepala di atas katil itu menangkap perhatiannya.

Luth.

Baru sahaja Iman mahu angkat dari perbaringannya, kepala kembali mencucuk hebat. Dia kemudian baring semula sambil melihat ke arah Luth.

"Hoi. Bangun. Kau buat apa sini? Masuk kelas sana. Nanti kantoi dengan Nuh." kata Iman perlahan dengan suara yang serak. Luth terjaga akibat terkejut. Wajah Iman yang membuka matanya menyapa.

"Dah bangun ke?" soal Luth ramah. Iman hanya membuat muka jengkel. Tak nampak ke mata aku dah terbuka?

"Masuk kelas lah! Jangan ganggu aku boleh tak? Semak." bentak Iman tiba-tiba. Dia memalingkan mukanya ke arah bertentangan. Menyampah pula dia tengok Luth. Beria.

Luth akur dan angkat dari duduknya dan berjalan keluar dari bilik rawat itu. Iman mengeluh melihat lelaki itu seperti terpaksa. "Sorry. We are enemy." gumamnya dan terus melelapkan mata. Biarlah dia tidur dahulu di sini. Pening kepala lagi.

-

Pintu kereta berjenama mewah itu ditutup kasar oleh Ayahanda Zayn. Kakinya dibawa masuk ke dalam gedung yang tertera dengan 'ALISTAIR EDWARD'. Masuk sahaja dia ke dalam gedung itu, manusia lain memandangnya dengan dingin sebelum dia terus ke tingkat yang paling atas. Bilik Ayahanda Edward.

"What are you even thinking?!" tengking Ayahanda Zayn terus tanpa berbasa-basi. Ayahanda Edward pada ketika itu masih merokok berpaling ke arah suara seseorang yang dia kenali. Senyuman sinis ditayang.

"Why? Takut?" soalan Ayahanda Edward membuatkan Ayahanda Zayn mendengus geram. Berlagak sangat kenapa?!

"Tak. Tapi kau gila ke?! Gabungkan Benjamin's Squad dengan squad kau. Gila?!" soal Ayahanda Zayn dengan tinggi. "Tak pun." jawab Ayahanda Edward dengan selamba pula.

"Apa kau tak puas hati sebenarnya hah? Benda tu dah lama berlaku. Kau nak balas dendam sekarang kenapa?!" bentak Ayahanda Zayn geram. Rambutnya sudah berserabut kerana geram. Ayahanda Edward ketawa sinis.

"Zayn, zayn. Kau dah lupa? Apa kau buat?"

"Tu bukan salah aku! Tu salah kau! Masa kita kawan rapat dahulu, kita dah janji nak bangunkan Violetta's Pride sama-sama. Tapi, apa kau buat? Kau khianat aku, kau khianat squad kita. Sebab apa? Sebab kau tak percaya and memberontak akan keputusan aku nak perempuan yang pegang VP. Itu kan?!" herdik Ayahanda Zayn. Puas hati dia! Berapa lama sudah dia pendam semua ini. Baru dapat luahkan.

Ayahanda Edward tersenyum sinis. "Keluar." katanya. Ayahanda Zayn senyum. "Tak tahu nak balas apa?"

Ayahanda Edward hanya diam namun mukanya bengis. "Keluar aku cakap!"

Tanpa banyak cakap lagi, Ayahanda Zayn terus keluar dari bilik itu. Buang masa sahaja! Keretanya terus dipandu meninggalkan kawasan gedung yang sedikit tersembunyi tersebut.

-sorry late update because im busy and have lots of work to do

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience