Kotak pensel yang bewarna violet dibuka lalu sebatang pen hitam diambil. Iman menulis tugas yang diberikan oleh guru Biology kelasnya iaitu Cikgu Asiah. Banyak betul kerja kena buat! Dia hanya meneruskan penulisan sambil mata bundar itu fokus ke arah buku latihan.
"Hm. Minta kertas kajang." pinta seseorang. Terkejut, Iman mendongak ke arah suara itu dan mengaturkan topeng muka miliknya. Siapa ni? Walaupun sudah lebih kurang dua minggu berada di kelas ini,dia masih tidak hafal nama pelajar yang berada sekelas dengannya. Maklumlah,tak peduli hal orang.
Tanpa banyak soal, dia mengeluarkan dua keping kertas kajang lalu menyuakan ke arah lelaki itu. Tag nama lelaki itu dijeling. Ethan Fiqry Shah. Iman terus menulis kembali tugasnya yang tertangguh.
"Hm. Can I ask you something?" soal lelaki itu sambil rambut yang sedikit perang itu dikuak. Acah cool. "Hm." gumam Iman sedikit. Ethan tersenyum."Your name is Iman Afia?"
Iman mengangguk namun matanya masih fokus kepada buku latihan. Banyak pula Ethan ni soal dia. Naik rimas pun ada. Jangan sampai tangan ni melekat kat tangan dia. Iman memang pantang kena soal banyak-banyak. Lagi lagi orang tak kenal. Rimas!
"Look at me please." pinta Ethan lagi. Iman mengeluh kasar dan memalingkan muka ke arah Ethan. Jejaka yang berkulit sawo matang menyapa matanya. Tak kacak pun? Nak aku tengok apa?
"What?"
"Nothing." ujar Ethan sambil tersengih seperti kera. Iman menghebuskan nafasnya kasar. Dia sudah mengamuk ni. Tak semena-mena tangannya melayang tepat ke pipi Ethan dan meninggalkan kesan merah. Alahai! Terlepas haha!
"What are you doing mate?!" tengking Ethan. Pipinya diusap. Iman mengangkat bahu dan kembali duduk ke tempatnya. Ethan terus beredar dan duduk di bangku kembali. Classmate lain bukannya mahu tolong! Gelak ada lah! Ethan memang terkenal dengan sifat mengusik perempuan.
--
Iman menghulurkan sekeping duit bernilai RM5 kepada mak cik kantin yang menjaga di situ. Nasi lemak dan air teh hijau menjadi pilihannya pada hari ini. Nanti nak PJ jadi kena lah makan sikit. Eh sikit ke?
Matanya melilau ke arah meja yang kosong di kantin. Semua dah penuh?! Tidak mengendahkan, Iman terus berjalan menuju ke kelas untuk makan di sana.
Tiba-tiba bahunya bertemu dengan seorang gadis yang berjalannya lenggok. Air teh hijau Iman membasahi baju sukan gadis itu dan suara rengekan mula kedengaran.
"What are you doing?!!!!" tengking gadis itu. Iman hanya mengucapkan kata maaf dan mahu beredar. Namun, pergerakkannya terbatas semasa gadis itu bertindak menarik rambutnya. Iman sudah tidak tahan. Tangan gadis itu ditarik dan dipusing. Bahu gadis itu disepak dengan kakinya.Gadis itu sudah menangis. Bahunya kelihatan sedikit terseliuh. Orang ramai sudah mula berpusu melihat aksi itu. Namun tiada seorang pun yang berani melaporkan kepada guru kerana takut akan Iman.
Selesai rehat, mereka sekelas menuju ke padang dan mula memanaskan badan. Iman mengikat rambutnya kemas namun tidaklah terlalu ketat. Ni kalau kena tarik,terus terlerai rambutnya.
"Beri perhatian! Tidak lama lagi, kita akan mengadakan sukan secara kecil-kecilan kerana covid. Jadi hari ini, saya akan pilih lima orang pelajar dari kelas kamu. Dua orang perempuan dan tiga lelaki untuk menjadi wakil rumah masing-masing! Faham?!" soal Cikgu Hairi tinggi kepada kelas 4 Asteroid. "Faham!"
Para pelajar mulai beratur mengikut rumah sukan masing-masing. Iman pula beratur di barisan rumah merah. Dia giliran yang kedua. Matilah!
"Sedia,mula!"
Peserta yang pertama mula berlari. Kelihatan rumah merah berada di nombor du- eh nombor satu! Cepatnya si Airel pecut! Dia sudah tersenyum. Tidak sabar mahu menunjukkan bakatnya.
"Okay. Peserta kedua! Sedia, mula!"
Iman sudah memecut laju. Orang lain sudah ketinggalan di belakang. Kurang 10 saat, dia sudah sampai di garisan penamat. Cikgu Hairi menepuk tangan melihat skil yang ditayangkan oleh Iman sebentar tadi. Semua peserta sudah berlumba. Sungguh sengit!
"Okay, cikgu sudah pilih 5 orang terpantas."
Semuanya aman sampailah cikgu itu menyebut..
"Iman Afia."
-Sorry. I know boring. But wait for next chapter!
Share this novel