"Introduce yourself." ujar guru kelas 4 Asteroid. Iman sudah sesak nafas kerana gentar. Suara cikgu itu bukan main keras dan lantang! Dia pula gelabah. Aish macam ni ke kelas budak pandai? "Fuh. My name is Iman Afia. That's all bye." kata Iman dengan sedikit bergetar-getar. Aish sejak bila dia ada penyakit sampai getar-getar ni?
"Okay. Now go to your seat at the back there."
Kata-kata cikgu itu hanya menerima anggukan dari Iman. Dia berjalan dan menemui satu tempat kosong lalu meletakkan beg galasnya tanpa banyak soal. Topeng muka diatur sekejap dan dia melabuhkan punggung ke bangku. Dia masih tidak sedar siapa yang berada di sebelah kiri dan kanan. Malas pula dia nak ambil tahu.
"Okay today,korang takda kelas sampai pukul 12p.m sebab cikgu-cikgu semua mengadakan mesyuarat tentang penjagaan SOP dan SPM tahun ini. So I need the class monitor's help, Amirul." Amirul hanya mengangguk mengiyakan arahan gurunya. Guru kelas mereka terus keluar dari kelas tanpa sempat mereka sekelas mengucapkan terima kasih. Dia terpinga-pinga. Err. Okay je ke kalau tak ucap?
" Kami memang biasa tak ucap terima kasih dekat cikgu." balas seseorang yang seperti membaca soalan yang bermain di benak fikirannya sebentar tadi.
"Well. Aku tahu sebab muka kau memberitahu segalanya." ujar lelaki itu sekali lagi seperti menjawab pertanyaan di dalam hati Iman. Iman tidak mengendahkan lelaki itu. Malas lah aku nak layan. Dia mengeluarkan buku Biology dan mula membacanya. Muka surat demi muka surat dibelek sambil matanya fokus ke setiap huruf yang dicetak pada kertas.
"By the way,your hairs look cute terutamanya your bangs."
Pujian lelaki itu hanya dibiarkan berlalu seperti angin yang lalu. Lelaki itu sudah berasap bengang melihat Iman yang seperti tidak mahu melayannya. Tangannya sudah mahu menarik rambut Iman namun tangan Iman terlebih dahulu menangkap tangannya.
"What is your problem to be exact?" soal Iman marah. Dari tadi tau aku dok tahan marah dengan mamat ni. Muka dahlah serupa tanah kebun. Aish! Tangan lelaki itu masih berada digenggamannya sebelum tangan itu dibelek. Matanya melekat ke simbol yang seolah diukir pada pergelangan tangan.
Simbol 'AE'
-----
Iman duduk di bangku miliknya. Rambutnya dibiarkan lepas sambil tangannya menyikat lembut rambut yang sedikit berwarna violet itu. Losen dicapai lalu dibuka penutupnya kemudian jari itu mengusap cecair losyen itu ke seluruh lengan dan kaki. Dia baring di atas katil sambil berfikir tentang lelaki yang menganggunya di dalam kelas petang tadi. Kenapa logo tu macam sama dengan Nuh punya?
Dia kemudian ingin melelapkan mata sebelum teringat akan pesan Ayahanda Zayn pagi tadi sebelum dia masuk ke sekolah.
"By the way,malam nanti pukul 11 p.m macam tu bersiap ok? Ada misi lawan Alistair Edward."
Iman mengeluh. Jam sekarang baru menunjukkan pukul 9:05 malam namun dia perlu bersiap sedia sekarang juga. Nanti lambat kena marah pula kan? Dia mencapai hoodie,topeng muka dan seluar track hitam. Rambut pula diikat ketat agar tidak menganggu dia nanti. Ish 'poni' ni macam kacau pula!
Dia berjalan ke arah garaj kereta lalu masuk ke dalam kereta Audi r8. Kereta itu dipandu menuju ke tempat misi. Sengaja dia pergi awal sebab ingin memerhatikan jejak musuh. Itu adalah salah satu taktik dia.
"Kau tunggu lah Nuh."
-Sorry pendek
Share this novel