Bab 23

Crime Series 3729

Kepala yang sakit mendatangkan jeritan sakit dari suara garau milik Nuh. Alat itu cepat-cepat dibuka. Otaknya rasa seperti direnjat elektrik. Sebenarnya dia sudah agak ini akan berlaku. Namun, arahan Leo memaksanya untuk mencuba itu diturut juga. MGG itu memang tidak boleh digunakan oleh orang lain.

"Bongok ah kau! Aku dah cakap. Memang tak boleh guna. Biar je perempuan jalang tu simpan. Bukannya dia reti guna. Simpan sampai berhabuk!" seloroh Nuh dengan nada tidak puas hati. Rambutnya diraup kemas. Wajah Leo yang selamba itu menaikkan amarah di hati. Lelaki ni memang nak kena ke?"

"Memang tak ah aku nak buang benda ni. Simpan ja." kata Leo serius. Alat itu diletakkan di atas meja dan dia terus melabuhkan punggung di atas meja. Bangku sudah ada mahu juga duduk atas meja! Adab pun tiada. Nuh hanya menjeling.

"Kau nak simpan sampai bila? Sampai kau mati? Lepastu takda guna dah lah alat tu. " Nuh bingkas bangun dari duduknya. Bingung Macam mana ni?! Alat harapan sudah tidak dapat digunakan.

"I have an idea!" ujar Leo ceria. Nuh mengangkat kepalanya tanda 'apa?'. Leo hanya tersenyum sinis. Dia membisikkan ke arah Nuh sesuatu yang mendatangkan kerutan di dahi Nuh.

"Kau gila? Perempuan tu, nak sentuh kulit dia sikit pun susah! Ni? Kau nak musnahkan dia? Mimpi je lah Leo James. You are strong but she's stronger." ujar Nuh yakin. Leo menggosok kepalanya kasar. Lelaki ni memang nak kena hempuk ke?

"Aku nak cakap kau bengap, kau leader AE pula. Kau lupa ke kita akan bergabung dengan BS? So? Dah cukup kuat ah! Tapi, biar aku pulangkan dekat dia dulu!" Leo menjerit seronok. Nuh hanya menggeleng. Tidak dinafikan, Benjamin's Squad memang kuat. Tetapi walaupun bergabung dengan mereka, dia masih tidak pasti mereka mampu mengalahkan Violete seorang.

-

"Bila?"

Ayahanda Zayn hanya mengangkat bahu. "Benjamin's Squad memang tak pernah rancang serangan mereka. Mereka jenis menyerang secara terkejut. Walaupun mereka bergabung dengan Alistair Edward, ia masih tidak mustahil. That's why kita kena berhati-hati." tegas Ayahanda Zayn. Violete hanya mengangguk. Dia juga sedikit gentar. Jujur, dia belum pernah berjumpa dengan Benjamin's Squad. Dengar kata, kumpulan itu tidak mempunyai ketua. Kenapa? Kerana, ahli mereka kuat semuanya. Ahli mereka sahaja 500 orang lebih.

"By the way, malam ni. Alistair Edward." pesan Ayahanda Zayn. Violete mengangguk lagi. Entah berapa kali dia sudah mengangguk hari ini. Serupa burung belatuk.

"Let me handle it by myself. Korang rehat okay? Alistair Edward itu dah biasa bagi aku sorang." ujar Violete kepada ahli kumpulannya. Ahli lain hanya mengangguk. Mereka yakin dengan Violete. Confirm boleh!

-

Kereta mewahnya diberhentikan di hadapan sebuah gudang lama. Iman perlahan-lahan keluar dari perut kereta sambil memegang sepucuk pistol di dalam poket hoodie yang dikenakan. Dia segera masuk ke gudang tersebut.

Bunyi sorakan para lelaki dari belakangnya mengejutkan Iman. Kepalanya segera ditolehkan. Siapa ni?! Setahu dia, dia kenal muka ahli Alistair Edward. Pakaian kumpulan yang serba kelabu itu berjalan menuju ke arahnya.

"Berani betul datang sorang? Kitorang ni 200 orang lebih ya? Hahaha. Macam mana agaknya. Violete ni lawan." ujar seseorang dari belakang. Violete mengerutkan kening. Macam kenal.

"Surprise!"

Iman sudah terkejut. Wajah Ethan menyapa pandangannya. Setahunya, lelaki ini bukan ahli Alistair Edward. Situasi sekarang mengelirukannya.

"No. We are not Alistair Edward. We are.."

Ayat Ethan berhenti dan dia tersenyum sinis ke arah Violete yang kelihatan keliru. Namun aura ganas gadis itu masih boleh dirasai.

"We are Benjamin's Squad."

-Sorry late update. Tbh, this novel dah habis type and I already have the ending but belum di publish sahaja. So just wait okay?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience