Bab 27

Crime Series 3729

Mata Iman terbuka perlahan. Sakit yang berada di pangkal rusuknya masih terasa sakitnya. Wangian pudina yang sudah lali dengan hidungnya menerpa masuk ke dalam hidung.

Kelibat Luth yang masih tidur itu ditilik. Tangannya diletakkan di kepala lelaki itu lalu diusap. Luth buat apa dekat sini? Luth terjaga dari tidurnya. Mata Iman yang terbuka itu menyapa pandangan. Pantas Iman menarik tangannya. Er. Apa aku dah buat?

"Dah sedar rupanya. Okay ke?" soal Luth dengan senyumannya. Iman mengangguk.

"Bukan nak cakap besar but I donate you some of my blood. So saya dah balas jasa awak." ujar Luth yakin. Iman hanya mengangguk lalu ketawa kecil. Dia tidak meminta lelaki di hadapannya ini untuk mendermakan darah. Namun benda sudah jadi. Darah Luth sudah mengalir dalam badannya.

"Macam mana boleh jadi macam ni? Apa diorang buat?" soal Luth lagi. Iman tersenyum. "Kena tembak dengan Ethan. But well. Biasa je tu kut." jelas Iman dengan nada gurauan. Luth berkerut pelik. Masuk hospital ni kira biasa ke?

"Lapar tak? Kalau lapar, saya belikan nasi goreng ayam dan kek cheese."

Iman hanya mengangguk. Biarlah Luth ni. Malas dia mahu fikir bahawa mereka bermusuhan. Biarlah, dia berkawan dengan Luth. Personal problem dengan work problem jangan campur.

--

Luth masuk ke dalam rumah banglo keluarganya. Nuh yang duduk di sofa yang berharga lebih sepuluh ribu ringgit itu dipandang. Wajah dingin ditayangkan oleh abangnya. Air liur diteguk gementar.

"Duduk sini." ajak Nuh sambil menepuk-nepuk sofa di sampingnya. Luth mengangguk dan terus duduk di sebelah abangnya. Nuh memalingkan muka ke arahnya.

"Kenapa kau buat semua tu?"

Soalan Nuh hanya menerima deruan nafas dari Luth. Keluhan lelaki itu jelas menyapa halwa telinga. "Maybe because I like her? Is it wrong?" ujar Luth serius. Kening Nuh bertaut. Apa benda ni?

"Weh. Wake up. She is our enemy. Their squad is our biggest enemy. Apa kau cakap ni? Please find someone else." ujar Nuh tegas. Luth senyum.

"Hati kita. Kalau nak suka orang, dia takkan pilih musuh atau tak." jelas Luth ringkas. Nuh sudah mengeluh. Adik dia ni gila ke?

"Jap. Kau fikir elok sikit lah!" herdik Nuh lagi. Luth sudah berdiri dan memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Kalau bukan sebab dia, kau dah hilang adik kau. Kalau bukan sebab dia, aku tiada dekat sini. Kalau bukan sebab dia, aku dah mati kena bunuh. Aku terhutang budi dekat dia bang! Aku kena balas juga sebelum aku mati. Tak tenang kalau tak balas! Kau faham tak?! Jangan sebab permusuhan kita dalam kerja ni, kita perlu bermusuhan dekat luar kerja juga. Jangan campur masalah kerja dengan masalah peribadi boleh tak?!" tengking Luth lagi. Nuh terdiam. "But you can't be with her!"

Luth senyum. "Boleh je. Kalau aku keluar dari squad ni!"

Nuh sudah berdiri terkejut. "Kau gila?! Kau ingat senang ke nak keluar? Kalau kau berjaya keluar dari squad ni dengan bernyawa, dah kira bertuah tahu?! Aku tak benarkan kau keluar dari squad ni!" putus Nuh. Luth sudah berasap. "Kau siapa nak tentukan?" soalnya sinis.

Nuh senyum. "Aku abang kau dan ketua kumpulan ni. Aku keluar dulu. " ujar Nuh sebelum menepuk bahu adiknya. Dia terus keluar dari rumah banglo itu dan meninggalkan kawasan tersebut.

Mata Luth sudah berkaca. Apa aku nak buat? Aku tersepit dengan dua keadaan. Tolonglah.

--

Luth duduk di atas katil empuknya. Tali gitar dipetik dengan irama yang sudah sedia ada berada di dalam kotak fikiran.

"Macam mana aku nak keluar dari dunia gelap ni. Aku nak teruskan hidup macam orang biasa." luahnya sendiri. Nak luah kat Nuh pun memang lelaki tu takkan dapat faham.

Gitar diletakkan di atas meja belajar semula. Dia baring pula sambil menutup mata. Bangun pagi esok, kehidupan biasa juga perlu dia tempuh.

-enjoy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience