"Hm sorang ke?"
Teguran seseorang menyentakkan Iman yang berada di dalam kelas seorang diri. Iman menggelengkan kepala. Laki ni buta ke tak nampak dia seorang diri? Nak tanya lagi kenapa?
"Tak. Saya tak seorang diri. Ni ada banyak malaikat lindung saya dari syaitan macam awak haha! Syaitan tu pula tengah tunggu nak cabut nyawa awak." jawab Iman dengan nada jengkel. Dia menompang dagu dan memandang ke arah papan putih. Lelaki ni sibuk betul lah! Dahlah bau asap. Merokok ni confirm!
Muka Ethan sudah merah menahan malu dan marah. Kerusi di sebelah Iman ditarik dan dia duduk di samping gadis itu. Iman hanya diam tidak berkutik. Malas mahu layan mamat Ethan ni.
"Afia,your hair is so pretty." puji Ethan sengaja. Iman sudah kalut. Nampak ke warna violet tu? "Don't worry. Aku dah tahu rambut kau warna apa."
Kata-kata itu membuatkan Iman hairan. Mamat ni gang mafia juga ke? "Are you a mafia?" soal Iman sambil dahinya berkerut.
"No."
Iman sudah lega dan meneruskan melihat papan putih. Elok ah tu!
"But I know who you are darling." ujar Ethan lalu beredar dan duduk di tempatnya sendiri. Pelajar lain pun sudah mula datang dan masuk ke kelas. Iman terpana. Sementara itu, Nuh yang berada di luar kelas sudah mengenggam tangannya. Mamat ni buat kerja ke nak mengorat orang?! Muka dah tak handsome. Dia terus beredar dari kelas 4 Asteroid. Kau tunggu Ethan!
--
Pada rehat hari itu, Iman sengaja bersiar-siar sekeliling sekolahnya. Makan? Sayangnya perut dia tidak lapar. Sudah makan nasi lemak lauk sambal udang pagi tadi sebelum dia berangkat ke sekolah. Masakan Bonda Victoria. Sedap!
Dia berjalan menuju ke blok yang agak sepi kerana tiada seorang pelajar pun di situ. Hanya derapan kakinya sahaja kedengaran. Namun, anggapannya jauh meleset semasa terdengar perbualan dua orang lelaki di kawasan kolam ikan sekolahnya. Dia mendekati diri dengan suara itu. Semakin kuat kedengaran tandanya semakin dekat dia dengan gerangan manusia itu. Kedengaran perbualan yang agak serius.
"Aduh, Ayahanda Edward hantar kau bukan untuk mengorat perempuan Violete tu! Kau jangan nak bukan-bukan eh! Nanti aku kasi tau Ayahanda nangis kau. Ingat yang Ayahanda Edward tu bapa kandung kau!" tengking seseorang. Mata Iman sudah membulat. Dia macam kenal pula suara itu. Noah!
"Bro, chill. Dia bukan taste aku okay? And aku tak lupa sebab aku datang sini. Chill ah. Kita kasi dia 'jinak' dulu. Baru lah serang. Sabar okay?" ujar seseorang dengan tenang. Suara yang sedikit perlahan itu menyukarkan lagi Iman mengesan si pemilik suara. Dia tidak cakap banyak. Dia terus menunjukkan diri kepada dua orang lelaki yang sedang berbual itu.
Ya, betul lelaki itu Nuh dan seorang lagi tu..Ethan?!
Share this novel