Bab 27: The night of the full moon blood

Fantasy Series 3715

"Hiks..hikss..hiss.." Sayu mata Calvin mendengar aku dari tadi menangis sambil merawat luka di belakang lehernya dengan menggunakan kapas.

"Laurel, dahlah tu nangis. Hmm?" Calvin sudah rasa tidak sanggup.

Aku memejamkan kelopak mata. Nafas ditarik sedalam-dalamnya cuba untuk tenangkan diri sendiri.

Kelopak mata dibuka perlahan.

"Bagaimana mungkin saya tidak menangis lihat awak seperti ini, Calvin? Disebabkan saya...awak asyik cedera tahu? S-Saya...saya setiap waktu rasa bersalah pada semua orang Calvin..setiap helaan nafas saya tak pernah saya lupa apa yang saya telah lakukan. Terutamanya awak...Awak selalu cedera disebabkan saya. Awak tak rasa...ini terlalu beban ke?"

Calvin menunduk kepala. Terbit senyuman kecil di bibirnya.

"Awak! Saya tak main-mainlah..seriuslah! Janganlah senyum macam ni." kataku perlahan. Wajah dipamer tidak puas hati.

"Hehe, awak kata ni...macamlah saya rasa terbeban dan teruk sangat. Bukannya awak buat saya koma terus pun dalam hospital."

"Tapi awak..."

"Shhh!" Calvin meletak jari telunjuk ke bibirnya sendiri sebelum kembali diturunkan semula.

"Awak ni....cakap banyak juga eh? Dah... janganlah awak ungkit pasal tu lagi. Awak tak pernah fikir pasal diri awak ke?"

"Maksud awak?"

"Laurel, look at me. Awak pun pernah rasa terseksa dan sakit tahu? Bukan saya seorang. Jadi, apa salahnya kalau kita berkongsi sakit sama-sama. Kan³? Kata sayang dan cinta. Jadi, mestilah kena kongsi segala duka dan bahagia." kata Calvin seraya tersenyum lembut.

Aku mencebik mulut ke tepi.

"Pandai awak cakap eh? Tapi...sepatutnya tadi awak tak hadang badan awak pun. Saya ni dah macam 'kebal'. Kalau terluka pun...boleh sembuh sendiri. Tapi awak?"

"Hmm, dah² saya tak nak dengar lagi. Awak ni... kuat membebel eh?" Calvin sudah menutup telinganya tidak mahu mendengar apa-apa.

Aku mengecilkan mata memandangnya. Eyhh, kecil besar kecil besar je kan aku tengok Calvin ni.

"Laurel..."

"Hmmm?" Aku hanya berhmm manakala tangan masih sibuk merawat kepalanya.

Calvin yang sibuk meneliti setiap inci wajah aku sudah tersenyum sendiri.

"Kita tangkap gambar nak tak? Buat kenangan."

"Boleh saja. Bila tu?"

"Hari ni lah." Tangan aku terhenti seketika. Kini mata bertentang mata dengannya.

"Hari ini awak cakap? Hmm...saya tak rasa ini masa yang sesuai. Sebab awak tengoklah pakaian kita ni. Dah macam tahi ayam dah."

Calvin tergelak kecil.

"Tahi ayam awak cakap? Hehe, betul juga tu. Dah macam apa tah. Tapi, takpelah. Kita kan dah dekat dengan mall. Kita beli baju baru kan senang. Saya belanja." kata Calvin tersengih kecil.

Belanja eh? Hmm! Kalau belanja aku orang pertama yang setuju. Yelah, siapa nak tolak benda free. Heheh..

Apabila matanya terpandang kulit telur yang melekat di rambut aku. Beserta rambut aku yang sedikit basah kena telur Calvin mempamerkan riak sayu di wajahnya.

Melihatkan tangan Calvin yang seperti mahu tolong membuang kulit telur yang terlekat di rambut spontan aku menghalangnya.

"Jangan. Biar saya yang buat je. Lagipun, saya nak pergi tandas dah ni."

"Saya nak ikutlah." Sedikit membulat mataku memandangnya.

"Calvin, awak jangan main-main dengan saya."

"Tak, saya serius Laurel. Kita lari ni pun tanpa pengetahuan orang tahu? Macam mana kalau orang-orang tadi terserempak awak kat tandas pula ke..macam mana?"

Aku tertawa lucu.

"Don't worry..okey? Kalau terserempak pun saya tahu mahu buat apa." kata aku tersenyum yakin. Tangan membuat piss sendiri.

Calvin hanya menggeleng kecil seraya tersenyum.

Akhirnya, tepat kata-kata Calvin...dia membeli beberapa pakaian baru dan sesuai untuk kami pakai. Selesai itu, pakaian tadi dibuang ke dalam plastik untuk dibawa. Ia diteruskan lagi dengan Calvin membawa aku ke satu kedai yang menjual pelbagai cekak rambut. Entah kenapa dia ajak aku ke sini..aku pun tak tahu.

"Awak, tengok ni." Calvin meletak satu cekak rambut yang telah dibentuk seperti Rabbit di kepalanya. Terbit tawa kecil dari bibir aku.

"Ahh, comel."

"Comel kan? Awak pula...nak pilih yang mana?"

Aku tersenyum sendiri. Rambang mata lah pula. Semuanya banyak cekak rambut yang berbentuk haiwan atau hiasan macam-macam.

"Ermmm...saya pilih cekak rambut hello Kitty ni lah. Sebab saya suka hello Kitty hehe." kata aku sambil memakai cekak rambut yang kupilih ke kepala aku.

"Cantik. Memang sesuai macam tuannya." Puji Calvin dengan ikhlas. Aku hanya tersenyum malu apabila dikata begitu.

Selepas membayar cekak rambut tadi...Calvin membawa aku ke bilik khas untuk menangkap gambar pula. Woah...aku tak pernah masuk sini. Jadi...tidak tahu cara tangkap gambar..

Nasib Calvin yang berpengalaman tahu bagaimana caranya.

"Okey Laurel! Get ready...One two cheese!"

Calvin dan aku sudah bersedia. Aku yang membuat gaya piss seraya tersenyum manakala Calvin membuat gaya peliknya sambil menjelir lidah sedikit dan membuat mulut herot-berot. Serius hampir nak tergelak aku dibuatnya. Hilanglah macho nanti.

Kcakk! Satu gambar telah diambil.

Kini, aku turut membuat gaya pelik dan funny seperti Calvin. Calvin pula...dibelakang kepala aku diam-diam membuat bentuk tanduk unicorn.

Kcakk!! Gambar kali kedua telah diambil.

Selepas beberapa banyak gambar yang kami ambil tanpa Calvin sedar aku sudah memandangnya dengan sayu dan lirih.

Terasa panas tubir mataku saat ini. Namun, bibir delimaku tetap tersenyum sambil memandangnya yang tidak henti-henti membuat gaya di kamera.

'Calvin..saya rasa teruk sangat. B-Bila lagi..kita akan selalu seperti ini eh? Masa seakan-akan cemburu pada kita. Hari bulan darah purnama tu sudah hampir mahu tiba. Kita? Itu bermakna kita juga akan berpisah bukan? Bukan berpisah untuk sementara...t-tapi buat selama-lamanya. Andai saja saya ada kuasa yang dapat hentikan masa ini buat jangka masa yang lama. Pasti saya akan selalu menghabiskan masa bersama awak sepuas-puasnya Calvin. Tak, manusia tak pernah puas. Saya hampir terlupa akan hal itu..'

Tanpa aku sedar, setitis air mata jernih sudah menitis ke pipi. Terus pipi diseka kasar dengan telapak tangan tidak mahu dia melihat seraya mencarik senyuman manis padanya.

Calvin yang perasan aku asyik melihatnya bersuara.

"Laurel, tengoklah depan tu. Awak ni...tengok muka saya pula."

"Heheh.." terlepas tawa kecil dari aku.

"Okey². One two cheese!" Giliran aku pula yang berkata. Untuk gambar yang terakhir kami membuat bentuk love melalui tangan sesama sendiri tanpa perlu bersentuh.

Terbit senyuman manis di bibir kami ketika itu.

Kcakk! Serentak itu gambar kenangan yang terakhir telah diambil.

*********
Aku kira jari aku. Sekarang dah masuk hari Khamis. Huhu dah rasa dekat sangat dah ni. Lusa hujung minggu. Tarikh bulan darah purnama akan berlaku.

Aku memeluk lutut sendiri di atas katil. Tanpa langsung semangat, wajah disembamkan ke lutut juga.

Serentak itu, kedengaran esakan halus yang keluar dari bibir aku.

Siapa cakap...aku tak takut. Siapa kata aku menginginkan semua ini. Tapi nak buat macam mana...aku bahkan tidak layak hidup walau hanya sehari. Sudah cukup rasanya untuk aku hidup lagi.

Namun...

Aku juga makhluk biasa. Teringin mahu selalu berada di sampingnya namun aku tahu. Itu pasti tidak akan bisa. Dulu...aku begitu menginginkan kematian. Sekarang? Hikss..hikss..sekarang aku tidak mahu. Aku mahu terus hidup! Apakan daya...Tuhan telah makbulkan doa aku untuk aku cepat-cepat mati.

Tapi!..

T-tapi aku..dah ubah fikiran itu. Semuanya disebabkan oleh Calvin. Aku bahkan tidak sanggup untuk tinggalkannya begitu saja.

Namun, tidak mengapa...mungkin masa ini sudah cukup aku meluangkan masa dengan kenangan indah bersamanya. Asalkan aku mati dalam keadaan puas. Puas dan tenang nanti. Kerna, dirinya...aku dapat selamatkan.

Tuhan... walaupun nyawa aku memang sudah pendek namun sekurang-kurangnya Engkau telah berikan aku kematian yang bermanfaat bagi orang lain. Itu aku rasa gembira. Gembira kerana nanti dapat selamatkan nyawa Calvin dari terkorban.

Hiks.. hikss.. walaupun rasa keinginan ini mahu tetap terus bersamanya namun tidak apalah. Asalkan nyawanya tidak hilang begitu saja. Tanpanya, bagaimana bisa lagi untuk aku hidup di atas bumi ini? Sekiranya separuh jiwa dan hati aku.. kebahagiaan aku.. pergi begitu saja?

Hikss..hikss...

**********
Tiba-tiba cahaya mula keluar dari celahan muka surat buku ajaib tok itu. Tok itu sedikit terpana. Dengan cepatnya tangannya membuka helaian kertas satu per satu dan terhenti muka surat yang bercahaya tadi.

Sekali lagi dia terkejut. Cahaya itu mula dengan sendiri menghasilkan huruf-huruf di atas kertas itu sehingga ke titik terakhir.

Tok itu mula terkumat-kamit bibirnya membaca huruf-huruf itu.

Selepas itu... wajahnya yang kian muram memandang ke hadapan.

"A-Apa benar...hari bulan darah purnama tu..m-malam ini? Ianya...sudah bertukar hari? Itu bermakna...ia bukanlah hari hujung minggu ini.."

*********
"Mom...selamat ulang tahun kelahiran buat ibu Calvin yang tersayang. Hehe, lama Calvin tak jenguk kubur mom kan? Maafkan Calvin...mom. C-Calvin sibuk sikit dengan urusan sendiri. Tapi...Calvin nak mom tahu..dalam kepala Calvin ni tak pernah sehari tak terfikir pasal mommy tahu?" Calvin tersenyum sendiri pada kubur ibunya.

Tangannya mula mengutip satu per satu daun-daun kering dan menarik rumput membersihkan kubur ibunya itu.

Tanpa sedar, pipinya sudah mengalir setitis air mata. Namun, bibir itu tidak henti-henti melekang dengan senyuman.

"Mom... selalunya setiap hari kelahiran mom...atau hari ulang tahun Calvin..mom selalu cium pipi Calvin...peluk Calvin...calit pipi Calvin dengan kek. Hehe, rindunya Calvin dengan kenangan tu. Sepanjang mom tiada...hidup Calvin sunyi je mom. Tapi...Tuhan telah hadirkan seorang wanita ini dalam hidup Calvin. Bakal menantu mom heheh." Calvin tergelak kecil sendiri dengan kata-katanya.

Keadaan menjadi hening seketika. Sayu matanya memandang kubur ibunya itu.

"Tapi sayangnya, semua itu sudah terlambat. Dia tidak akan sempat jadi isteri Calvin mom...dan mom pun tak sempat ada menantu sendiri. Cuma... kebelakangan ni kan..hati Calvin rasa sayu sangat mom. S-sebab...sebab tak lama lagi kiteorang akan berpisah. Dan Calvin...tak sabar mahu jumpa mom di sana nanti. Cuma... mampukah Calvin... sanggupkah Calvin untuk tinggalkan dia begitu saja nanti mom? Alice Laurel. Dia ialah satu-satunya wanita yang Calvin sangat cintai selepas mommy."

"Namun, asalkan dapat selamatkan nyawa dia...Calvin tak kisah kalau nyawa sendiri melayang nanti. Calvin dapat jumpa mom... walaupun..hikss..hikss walaupun hati Calvin mengimpikan untuk selalu berada di sampingnya.." tangisan Calvin semakin lebat.

Selepas itu, dia menangis teresak-esak di samping kubur ibunya.

*********
Aku yang keluar dari bilik secara tidak sengaja terserempak dengan Calvin yang ketika itu baru saja masuk ke dalam rumahnya.

Di saat kami bertembung...kami berbalas senyum manis seketika.

"Calvin awak dari mana?"

"Saya...dari kubur ibu saya tadi. Awak dah makan?" Soal Calvin lembut.

"Heheh, belum."

"Takpe, biar kali ini saya masak pula. Kelmarin kan awak dah masak.." aku hanya mengangguk kecil seraya tersenyum. Bagi aku, masakannyalah yang paling sedap sekali di dunia ini. Untung tahu siapa yang rasa air tangan dia hari-hari..

Calvin di dapur sedang ralit dia mengacau kuah sup ayam yang mendidih di dalam periuk. Tiba-tiba bayangan tok itu kembali muncul dalam kuah sup itu.

Calvin yang perasan hal itu sedikit tercengang.

"Eyhh tok. Kenapa ni...ada berita penting tok mahu beritahu ke?"

"Ada. Penting sangat."

"Errr....apa tu tok?"

"Tok cuma mahu beritahu yang...tarikh bulan darah purnama sudah tertukar. Ia...malam ini nak. Bulan darah purnama ialah malam ini." Calvin yang mendengar sudah rasa terkesima dan terpempan.

"M-Malam ini?.."

Tanpa Calvin dan tok itu sedar, aku di sebalik dinding sudah dengar segalanya. Fikirku mahu tolong Calvin di dapur tetapi tidak jadi apabila telinga ini sudah mendengar segala perbualan Calvin dengan tok itu.

Tidak tersangkanya aku...ia akan terjadi malam ini. Cepatnya aku rasakan saat ini.

Bahkan, aku fikir esok ialah hari terakhir untuk aku luangkan masa dengan Calvin.

Aku tersenyum dalam kepedihan. Malam ini dan esok tidak ada bezanya. Ia cuma lambat dan cepat. Bagi aku ia tetap akan terjadi.

Ainsley..kau dengar itu? Malam ni...malam ni kita akan bertarung habis-habisan. Hanya aku...dan juga kau.

Aku akan pastikan kau telah dimusnahkan sebelum sempat kau menjelma dalam diri aku Ainsley.

Tajam dan tepat renungan mataku di hadapan.

Tangan di sisi sudah menggepal. Apa yang ku rasakan saat ini.. ialah cuma untuk bertahan sedaya yang mungkin malam ini. Rancangan aku malam ini...harus berjaya. Aku harus tetap fokus. Tidak boleh biarkan Calvin memulakan langkahnya dahulu.

********
Aku dan dirinya di kala waktu yang hampir senja ini kami berdua keluar dari rumah.

Baru saja lepas makan masakan Calvin. Aku gembira kerana makanan terakhir yang aku akan makan adalah makan masakan air tangannya.

Lama kami berdiam diri. Calvin seperti teragak-agak seketika mahu berkata-kata.

Aku tersenyum kelat. Sudah tahu benar apa yang dia akan kata nanti. Calvin cuba untuk tersenyum.

"So...here we are. Laurel, cuba tengok bintang yang terang lagi asyik berkelip tu. Cantik kan? Macam awak. Cahaya yang menyinari hidup saya. Lebih cantik dari apapun." Calvin memandang tepat ke arah aku. Lama.

"Namun, cahaya itu tidak lama Calvin. Cepat atau lambat sayangnya ia akan cepat berlalu pergi." kataku dengan penuh maksud tersirat.

Calvin sudah mengerut dahinya.

"A-Apa maksud awak?"

Aku tersenyum memandangnya. Selangkah aku mendekatinya betul-betul berada di hadapannya.

"Panggillah tongkat sakti awak tu. Saya dah dengar segala-galanya di dapur tadi. Malam ini...ialah malam bulan darah purnama bukan?" kataku masih dengan tersenyum lembut.

Calvin sedikit tercengang namun dia kembali tersenyum.

"Yeah, dan itu ialah berita yang sangat gembira bukan? Sebab..tak lama lagi bila saya telah hancurkan Ainsley...kita berdua...hanya kita berdua akan hidup bersama dengan aman dan tenang nanti. Bukankah itu menyeronokkan?" Tipu Calvin pada ku.

Penipu. Awak memang penipu Calvin. Sampai hati...bukan itu saja yang saya tahu..malah saya tahu yang awak malam ini akan korbankan nyawa awak Calvin!

Hati kecilku menjerit pilu. Nasib menyebelahi aku... apabila aku sempat tahu semua itu. Calvin, saya takkan sesekali biar awak buat apa yang awak mahu. Sudah cukup awak buat ikut suka hati awak..sekarang awak akan lihat apa yang saya lakukan pula nanti.

"Tongkat sakti..marilah ke sini." Calvin bergumam perlahan. Terus secara tiba-tiba muncul tongkat Calvin terbang dengan sendiri tergawang ke udara ke arah sini dan menghampiri Calvin.

Aku dengan Calvin tersenyum takjub. Perlahan-lahan Calvin mengangkat tangannya. Serentak itu, tongkat sakti berada di atas telapak tangan Calvin sendiri.

Aku terpandang ke atas langit.

"Calvin..." Calvin yang perasan riak muka aku berubah turut terpandang ke atas.

"Malam sudah menjelang. Bulan darah purnama. Itu adalah bulan darah purnama. Jadi, itulah bentuk rupanya...Memang sangat merah seperti darah." Calvin memandang bulan merah purnama di atas langit. Merah dia memang seperti darah.

Kini, Calvin memalingkan kepala memandang aku.

"Laurel! A-Awak...awak tak rasa apa ke? Selalunya Ainsley sudah muncul waktu ini..Alice.." Calvin memandang lama ke wajah aku yang sedang menunduk itu.

Aku perlahan-lahan mendongak sedikit kepala memandangnya. Terkedu Calvin apabila terpandang mata aku yang asyik bertukar.

"Alice! Tak..s-siapa?" Calvin terundur sedikit ke belakang. Dirinya berasa keliru yang mana satu Alice dan yang mana Ainsley. Mata mereka asyik bertukar-tukar.

"Calvin, ini saya Alice. Alice Laurel." Aku meramas kasar baju di sisi. Seperti kata tok itu, cubalah bertahan semampu boleh dari membuat Ainsley menjelma dalam diri aku. Menggunakan kawalan minda dan hati supaya tetap berada dalam tubuh ini.

"A-Alice...B-Benarkah itu awak? Tapi...b-bagaimana boleh.."

Aku tersenyum dalam kepedihan memandangnya. Manakala satu per satu air mata jernih mengalir ke pipiku.

Sakit. Sakitnya.. Ainsley di dalam sana sedang cuba meronta-ronta untuk menjelma. Aku berjaya 'mengurungnya' dalam tubuh aku sendiri dengan kuasa minda. Dia tidak boleh mengalih fikiran dan hati aku saat ini. Aku tak boleh kehilangan fokus. Aku harus cuba untuk bertahan..walau apapun terjadi harus bertahan. Aku harus pastikan Calvin menikam aku dengan tongkat saktinya itu sebelum Ainsley menjelma dalam diri aku. Arghh!

"Alice!" Terkejut Calvin apabila memandang aku yang sudah memuntahkan darah.

Sakit...sakit sangat. Ainsley seakan-akan menikam dan menggesel dengan mata pisau ke seluruh dalam tubuh aku. Pedihnya tak terkata. Dia betul-betul memaksa aku agar dia dapat mengalih tubuh aku saat ini. Arhhh....Hati kecilku menjerit semahu-mahunya.

"Tok itu pernah berkata...awak dapat tahan diri awak supaya Ainsley tidak menguasai awak ketika malam. Tetapi, dengan cara itu...dalam masa yang sama boleh buat awak dalam bahaya Alice! Alice ... keluarkan Ainsley dalam badan awak! Saya tak sanggup melihat awak kesakitan seperti ini. Alice!"

Aku hanya tersenyum dalam kepedihan. Dagu aku yang terkena darah sendiri tidak aku hiraukan.

"Calvin, kalau seseorang memilih sama ada dirinya dapat hidup tetapi terpaksa korbankan nyawa orang yang dia sayang..maka saya pilih untuk korbankan diri saya sendiri.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience