Alice diusung laju ke bilik kecemasan. Beserta doktor dan nurse sudah bertungkus-lumus mahu menyelamatkan Alice. Darah semakin membuak-buak keluar dari kepala Alice.
"Maaf, encik tak boleh masuk." Nurse itu terus menutup pintu tidak membenarkan Calvin masuk.
Calvin hampir terduduk di situ. Mulut ditekup. Air mata kelakiannya semakin mengalir deras satu per satu.
"A-Alice..Hiks..Hiks..tak mungkin...a-awak tak boleh mati..Alice.." Calvin sudah tidak kuat dari menangis.
Dia kelihatan begitu sedih. Calvin akhirnya terduduk di atas lantai hospital. Tangan masih menekup mulut. Kelopak mata dipejam rapat.
Masa di jam dinding hanya terus berputar tetapi yang Calvin rasakan begitu lama sekali.
Dia nampak begitu lemah dan takut kerana ibunya juga pernah lalui ini dan menghembuskan nafas yang terakhir di hospital.
Dia tidak mahu perkara itu berulang juga kepada Alice.
Beberapa puluhan minit kemudian..
Seorang doktor dan nurse sedang berbual di satu bilik mengenai pesakit yang bernama Alice.
"Doc, doc tak rasa pelik ke pada pesakit yang baru kita rawat tu? Bahkan, nurse-nurse yang lain berasa pelik sangat. Menurut si lelaki kawan mangsa pesakit itu baru saja terjatuh dari tingkat bangunan yang tinggi. Seorang manusia boleh mati akibat terjun dari bangunan.Tapi pesakit ini... unik doc. Ini kali pertama saya berurusan dengan pesakit unik ini. Kita bahkan tidak menemukan kecederaan serius atau ringan di tubuhnya walau seinci. Hanya kehilangan banyak darah." Nurse perempuan itu bersuara pelik tak lupa juga dengan mimik mukanya sekali.
"Saya pun rasa pelik...Kes ini tidak pernah terjadi di list pesakit kita. Bahkan, ia ialah diluar jangkaan kita sendiri. Sangat pelik." Giliran doktor perempuan itu pula bersuara. Kedua-dua siku diletak di atas meja sambil tangan dicantumkan.
Calvin yang mendengar segalanya di sebalik pintu yang tidak tertutup rapat terbit senyuman di bibirnya. Rasa syukur sangat apabila tahu Alice tidak apa-apa.
Akhirnya, selepas lama memanjangkan telinga dia mengetuk pintu bilik doktor itu sebanyak tiga kali.
"Yeah, kawan pesakit itu dah sampai. Awak boleh teruskan kerja awak, Lestari."
"Baik doc. Saya pergi dulu." Nurse itu kemudian bingkas bangun dari duduk selepas menerima isyarat anggukan dari doktor itu.
Nurse itu membuka pintu dengan sedikit luas membenarkan Calvin masuk.
Calvin hanya menghadiahkan senyuman pada nurse itu sebagai tanda terima kasih. Akhirnya, nurse itu keluar dan menutup dedaun pintu dari luar.
"Silakan duduk, Encik Calvin."
Calvin angguk dan menarik kerusi duduk menghadap meja doktor itu.
"Yeah, doktor. Keadaan kawan saya bagaimana?" Soal Calvin pura-pura tidak tahu hal yang sebenar. Tidak mahu terkantoi mendengar perbualan doktor itu dengan nurse tadi.
"Kawan Encik begitu bernasib baik sehingga membuat saya tak terkata."
"Kenapa doc? Apa yang tak terkata?" Calvin menahan senyum. Namun, cuba sedaya-upaya mengawal reaksi agar tidak ketara.
"Yeah, your friend.. langsung tidak cedera parah dalaman mahupun luar. She is very healthy just like us! This is unexpected... She is very unique and special. Hingga buat saya sendiri pun rasa tak terkata, terkejut dan pelik sangat."
Calvin melekap tangan ke bibirnya. Acah-acah turut pelik dengan kata-kata doktor itu.
"Ermm..saya pun rasa pelik doktor. Kerana yelah kan..dia langsung tidak mengalami kecederaan dalaman seperti patah tulang, kecederaan otak dan sebagainya. Tapi kan doktor... mungkin ini namanya takdir dan keajaiban telah berlaku pada kawan saya. Tuhan masih mahu panjangkan umurnya." Nah, jawapan dengan pakej tahap confident Calvin bagi. Ahak! Hanya ini saja satu-satunya alasan yang boleh dibuat agar doktor tidak merasa terlalu aneh. Huhu..
Doktor itu terdiam seketika. Matanya terkebil-kebil memandang Calvin di hadapan.
Calvin hanya tayang sengihan kambing kepada doktor itu.
**********
Calvin merenung sedih ke arah tubuh Alice yang masih tidak sedarkan diri di situ di atas katil. Dia menjenguk Alice di muka pintu.
Calvin menahan dinding dengan satu tangan dari terjatuh. Betapa risau dan terluka hatinya melihat Alice saat ini. Syukur, berasa syukur sangat Alice tidak apa-apa.
"Ainsley, disebabkan kau...Alice dengan sendiri dapat disembuhkan. Walaupun, jatuh dari tingkat bangunan yang tinggi dia masih dapat jadi sihat seperti sediakala. Padahal, kalau manusia biasa ia akan terus mati tapi Alice bukan monster. Tapi kaulah yang jadikan dia monster dan terpaksa mengalami semua ini. Aku tak perlu berterima kasih pada kau Ainsley. Malah, aku lebih benci kau. Kalau bukan disebabkan kau bunuh Jennie Alice tidak akan membuat keputusan mahu terjun dari bangunan.." gumam Calvin perlahan.
Matanya masih merenung sayu ke arah tubuh kaku Alice. Perlahan-lahan kakinya menapak mendekati katil itu. Calvin menghenyak punggung di atas kerusi di tepi katil situ juga.
Tanpa sedar, setitis air mata lelakinya menitik laju ke cadar katil Alice.
Calvin menangis dalam diam. Bahunya sedikit terhinjut-hinjut. Calvin memejam kelopak matanya sambil menangis teresak-esak.
Sudah banyak air mata yang dikeluarkan kerana Alice. Sungguh hati dan jantungnya bagaikan tercabut apabila melihat tubuh Alice terjatuh dari bangunan yang bertingkat tadi. Cuma...Alice saja kehilangan banyak darah disebabkan kepalanya hampir terpecah tapi ia dapat disembuhkan dengan sendiri kerana Ainsley. Begitu juga, tulangnya yang sepatutnya retak dan hancur tetapi Ainsley sekali lagi menyelamatkannya. Tidak mahu dia mati.
Manakala Alice pula saat ini sedang berada di alam mimpi...di mana bawah kesedarannya sendiri Ainsley mengambil kesempatan berhubung dengan Alice.
Alice waktu itu sedar-sedar saja dia sudah ternampak Ainsley yang tiba-tiba muncul di hadapannya. Ainsley yang sungguh mirip dengannya.
Alice memandang sekelilingnya. Seperti yang dia pernah alami, di sekelilingnya hanya kosong dan hitam. Tidak ada apa di sini kecuali dirinya dan juga Ainsley.
Ainsley mencarik senyuman sinis memandang Alice di hadapan.
"Dah puas cuba untuk membunuh diri? Opss...atau lebih tepat kau cuba mahu bunuh kau bersama aku right? Kau cuba mahu bunuh aku dengan korbankan nyawa kau sendiri. Hehe lembabnya kau Alice. Ceteknya fikiran kau."
"A-Apa maksud kau?" Alice memandang tajam ke arah Ainsley yang sedang ketawa sinis padanya. Tangan di sisi sudah membentuk penumbuk.
"Tsk³, Alice...Alice...kau tak fikir ke yang kau...takkan dapat mati kerana aku..." Ainsley berjalan anggun perlahan mengelilingi Alice. Tangan berpeluk tubuh seraya bibir hanya melekat dengan senyuman sinis.
"Kau jangan pernah berfikir mahu bunuh aku. Walaupun, aku tak boleh tahu apa yang kau rancang di waktu siang dengan Calvin...tapi aku boleh cari ingatan kau tu. Aku boleh tahu apa yang kau buat di belakang aku. Apa? Kau dengan Calvin cuba mahu hancurkan aku? Kerana seorang tok tua itu kan? Huh, sayangnya... kelemahan aku sudah terbongkar. Then what? Korang dua cuba ambil kesempatan dengan kelemahan aku untuk bunuh aku. Dasar manusia! Sh*t! Nak saja aku bunuh tok itu."
Alice tersungging senyuman sinis di bibir mendengar Ainsley mencarut menggerutu kesal.
"Kenapa? Kau takut ke Ainsley? Hehehe... seronoknya lihat musuh sendiri takut. Heyy, kau fikir kuasa jahat macam kau akan sentiasa menang ke? Kau paling takut bulan purnama bukan terutamanya bulan purnama darah? Kenapa? Kenapa kau begitu takut? Sebab itu adalah hari dan masa yang sesuai untuk bunuh kau. Sebab apa? Sebab kuasa kau akan menjadi lebih lemah apabila terkena cahaya bulan purnama pada tubuh kau bukan? Hehehehe, kau fikir manusia seperti kami tak tahu? Kita tunggu saja bila saat itu tiba. Waktu itu, kau gunalah seluruh kuasa kau sekalipun supaya... bolehlah kau sekurang-kurangnya dapat lindungi diri kau bukan? Nanti..tak ada lah kau terbunuh dengan semudah itu." Selar Alice dengan sinisnya.
Ainsley terhenti dari berjalan dan kini betul-betul menghadap Alice. Dia merenung tajam Alice dengan bebola matanya yang merah itu.
"Kenapa? Hehe, aku tak tahulah pula monster macam kau ni reti marah."
"Alice! Kalau aku mati...kau pun akan mati juga. Kau tak takut ke?" Ainsley mengangkat sebelah keningnya.
Alice sedikit tersentap. Jujur dia memang takut. Mustahil dia tak takut. Cuma...biarlah dia akan jadi mangsa Ainsley sampai ke mati pun asalkan Calvin...dan dunia ini akan aman tanpa kuasa jahat seperti Ainsley lagi. The evil powers must be destroyed on this earth.
Alice hanya tersenyum apabila Ainsley berkata begitu.
"Takut. Tapi...aku tak kisah kalau dapat mati sekali dengan kau. Kau mati. Roh aku pun aman." Ujar Alice tidak kalah berlawan kata dengan Ainsley.
Senyuman Ainsley kian pudar di bibirnya. Tiba-tiba Ainsley memegang kedua-dua bahu Alice dengan kuat. Kuku tajamnya mula dikeluarkan. Ainsley mula menampakkan sisi monsternya sedikit. Bebola mata Ainsley semakin bertukar merah dan tajam.
"Apa ini? Lepaslah..monster!" Alice cuba meronta-ronta tetapi malangnya tubuhnya tiba-tiba menjadi keras seperti dibeku.
'Apa pula Ainsley mahu lakukan ni?' bisiknya di dalam hati. Resah.
Ainsley tidak berkata apa. Dia menutup perlahan kelopak matanya. Tiba-tiba cahaya merah evil kehitaman mengelilingi tubuh Alice.
Alice sudah beriak takut dan cemas.
"A-Apa yang kau buat pada aku ni? Ainsley..Ainsley! Hentikan! Tak nak...tak nak...tolong jangan pindahkan kuasa kau pada aku lagi! Enough...Hiks..Hiks..aku dah cukup menderita dan sakit kerana kau Ainsley.. Ainsley! Please stop it!" Alice sudah tidak keruan. Air mata semakin lebat ke pipinya. Alice semakin menjerit histeria.
Ainsley langsung tidak menghiraukan jeritan dari Alice. Dengan hanya sekelip mata, saat Ainsley membuka kelopak matanya perlahan serentak itu kuasa misterinya yang lama tidak digunakan terus meresap ke dalam tubuh Alice membuat gadis itu serta-merta memuntahkan darah pekat dari kerongkong.
Tubuh Alice perlahan-lahan dapat digerakkan dengan sendiri oleh Ainsley. Serentak itu tubuh Alice membengkok dan terus-terusan memuntahkan darah. Perit dan panasnya yang dia rasakan begitu menusuk ke segenap tubuhnya. Bagaikan ditusuk dengan mata pisau yang sangat tajam di dalam tubuhnya bertubi-tubi.
Selepas memuntahkan darah, tubuh Alice terus rebah di situ tidak sedarkan diri di hujung kaki Ainsley.
Ainsley sudah tersenyum jahat.
"Now..giliran permainan Ainsley dimulakan. Hihihi..aku bersumpah atas nama aku..kau dengan Calvin akan jadi semakin menderita dan tak akan dapat menyentuh sesama sendiri lagi. Hihihi.." sumpah Ainsley ke tubuh Alice.
Sekali Ainsley sumpah ia betul-betul akan terjadi. Cuma...hanya sumpahan kematian dan keburukan atas manusia itu Ainsley boleh lakukan. Dia.. tidaklah boleh menyumpah Calvin sesuka hati dengan menukarnya menjadi katak seperti cerita dongeng atau patung Spiderman. Tak ...bukan.
Tapi Ainsley pernah menyumpah Calvin supaya cepat mati tetapi malangnya ia langsung tidak berkesan ke atas tubuh Calvin.
********
Alice pov
"Huhh..." Alice bagaikan hidup semula terus bernafas terdesak. Terus terbuka kelopak matanya saat ini memandang siling hospital. Turun naik dadanya saat ini.
"Laurel...awak dah bangun?" Calvin sudah beriak gembira dan lega. Lega akhirnya Alice sudah sedar.
Belum sempat Calvin mahu menyentuh tangan Alice terasa bagaikan ada tolakan magnet tangan Calvin tiba-tiba merasakan kepanasan yang begitu luar biasa membuat dia hampir menggelupur kesakitan di situ.
"Arghhh!!" Terus tertarik tangannya dari menyentuh Alice. Calvin memegang tangannya yang sudah melecur bagaikan terkena cerek panas tetapi lebih panas daripada apa yang dia sangkakan.
Tangan kanannya sudah menggelupur menahan sakit.
"Calvin!" Aku terkejut dan terpana. Sedar-sedar saja sudah berasa terkejut dengan tangan Calvin yang kelihatan tiba-tiba merah melecur. B-Bagaimana... bagaimana tangan Calvin boleh melecur? Gara-gara mahu menyentuh aku?
Aku memegang tangan aku sesama sendiri. Tidak merasakan panas atau apa-apapun.
Aku perlahan-lahan bangun dari pembaringan. Aku duduk sambil menjulur kedua-dua kaki di atas katil.
"Calvin...a-awak tak apa-apa?" Aku cuba menyentuh tangannya yang sakit itu tetapi lebih memeranjatkan sekali lagi Calvin menjerit sakit.
"Arghhh..." Tangan Calvin yang sedia melecur itu semakin melecur. Alice terpejam matanya seketika. Dia memandang kedua-dua tangannya.
"A-Apa yang berlaku? Saya ke yang buat awak sakit? Calvin...saya minta maaf..." Aku sudah serupa mahu menangis melihat dia kesakitan seperti itu. Sudah beberapa kali aku asyik memindahkan sakit pada dirinya tapi Calvin tetap mahu berada di samping aku.
Calvin memandang ke arah aku. Tangannya yang melecur sudah tidak dia hiraukan.
Yang penting Alice sudah bangun. Calvin sangat rindukan gadis itu.
"A-Alice..."
"Yea??" Kami berdua saling merenung sedih sesama sendiri.
"L-Laurel...saya dah tak boleh sentuh awak lagi."
Aku menggeleng kecil dalam kepedihan.
"Tak, Calvin. Di dalam mimpi saya...Ainsley seperti sudah pisahkan kuasa terkuatnya pada saya. Mula-mula saya merasakan sangat panas dan pedih di tubuh. Siapa sangka ini adalah rancangan Ainsley. Sekarang, saya bahkan tidak boleh menyentuh sesiapa lagi termasuk awak." Aku sudah menekup wajah. Melepaskan tangisan kesal dan perit di situ juga.
Calvin yang cuma boleh memandang aku sedang menangis teresak-esak tanpa aku sangka Calvin tiba-tiba memeluk aku tanpa menghiraukan kesakitan yang dia alami.
"Calvin, a-apa yang awak buat ni?! Lepaskan saya... don't touch me! Nanti badan awak akan jadi lagi sakit!" Aku sudah tidak keruan. Tubuh meronta-ronta di dalam pelukan supaya dia lepaskan.
Calvin tidak berkata apa. Dahinya dilanggar dengan dahi aku. Kami menangis dalam diam. Manakala Calvin sudah mengetap bibir bawahnya sehingga mengeluarkan darah cuba menahan sedaya mungkin sakit panas yang begitu menjalar di segenap tubuhnya setiap kali menyentuh aku.
Rontaan aku semakin lemah. Aku memandangnya yang sedang memejamkan mata sambil mengalirkan air mata. Kedua-dua pipi aku diusapnya lembut. Hidung kami bersentuhan.
Aku menangis terhinjut-hinjut memandangnya seperti ini.
"Calvin...saya mohon lepaskan saya..Badan awak...macam berasap. Awak boleh mati kerana kepanasan yang teramat.. Calvin.. Hiks..Hiks.."
Calvin perlahan-lahan membuka matanya. Senyuman meniti di bibirnya walaupun di saat sakit.
"S-Saya...saya rindukan awak.." hanya perkataan itu yang keluar dari seulas bibir merah itu. Lagilah membuat hatiku dilanda sedih dan sakit yang teramat.
Aku tiba-tiba terus menolaknya dengan kuat sehingga pelukan terlerai membuat tubuh Calvin sedikit terbelakang.
Aku menangis memandangnya. Yeah, aku telah menolaknya. Ianya terpaksa. Calvin tidak boleh bertambah sakit disebabkan aku.
Hanya mampu menangis memandangnya tanpa membiar dia sentuh atau menyentuh walaupun sedikit.
Calvin yang menunduk kepalanya sambil kening tercantum menahan sakit lebih membuat aku rasa sedih. Manakala hati kecilku turut menjerit membisikkan bahwa aku turut sangat merinduinya. Hanya Tuhan saja yang tahu. Di saat merasakan berada di hujung maut..aku fikir..a-aku tidak akan berjumpa lagi dengan Calvin. Dengan orang-orang yang aku sayang..
Calvin mendongak memandangku.
"M-Maafkan saya.. m-maafkan saya sebab selalu membuat awak sakit.." ujar aku perlahan dalam kesedihan.
Calvin perlahan-lahan mendekati aku. Aku menggeleng kecil berkali-kali.
Tangannya naik menyeka di pipiku. Terdapat cahaya yang muncul di tangan Calvin setiap kali menyentuh aku. Ia adalah cahaya merah keabuan. Dan itu adalah cahaya Ainsley. Kerana inilah, ia membuat diri Calvin sakit.
"Calvin.." dalam masa yang sama pipiku menyondol lembut tangannya yang mengusap pipiku. Aku begitu rindukan dia.
"Calvin..e-enough.." Calvin menggeleng kecil.
"Disebabkan saya, Jennie mati.. disebabkan itu juga..a-awak lebih merana..L-Laurel. Kalau sesakit ini apalah sangat bukan? Biarlah saya mengganti rasa sakit itu. S-sekurang-kurangnya...s-saya dapat kurangkan kesakitan awak. Sakit di hati lebih sakit melihat awak menangis seperti ini dari a-apa y..yang saya rasakan..uhukk..uhukk.." Calvin bersuara lemah dan tersekat-sekat. Dia terbatuk-batuk kecil sehingga memuntahkan darah.
Aku terpempan dan terpana seketika.
"Calvin!!" Calvin akhirnya rebah ke lantai hospital tidak sedarkan diri.
"Calvin..Hiks..Hiks.." aku mendekat ke arahnya.
"C-Calvin..tolong jangan buat seperti itu lagi..sayalah yang akan lebih sakit melihat awak seperti ini...Hiks..Hiks.."
"Doktor! Doktor! Tolong kawan saya doktor!"
Terdengar jeritan dari dalam bilik wad sini..nurse dan doktor melangkah cepat masuk ke wad ini mahu lihat apa yang terjadi.
*********
Aku perlahan-lahan cuba untuk berdiri selepas merasakan agak lama berbaring di atas katil hospital.
Dalam hati sudah berharap sangat agar Calvin baik-baik saja. Yeah, Calvin tiba-tiba dipindahkan ke wad lain dan dia masih tidak sedarkan diri. Nurse pula aku yakin sudah merawatnya saat ini.
Sebelah tangan cuba menahan rak kecil di tepi katil. Perlahan aku merenggangkan lutut dan berdiri.
Bibir yang pucat automatik tersenyum kecil. Tersenyum dalam kepedihan. Siapa sangka aku....masih dapat berdiri walaupun jatuh dari bangunan yang bertingkat-tingkat?
Namun, senyuman aku pudar apabila teringatkan kata-kata Ainsley di mimpi aku. Terngiang-ngiang kata-katanya di fikiran aku seperti kaset rosak.
"Ingat Alice, kau adalah aku..tapi aku bukan kau. Tanpa aku...kau dah lama mati bersama tubuh manusia kau yang lembik itu. Aliran darah kau sudah mengalir dengan kuasa aku. Kalau tak ada aku dalam tubuh kau..huh! Aku rasa kau dah lama mati..Tsk! Kau sepatutnya rasa bersyukur tahu? Kerana disebabkan aku...kau masih dapat hidup lagi selepas sekarang. Hihi, kau fikir manusia lemah macam kau masih dapat hidup lagi ke selepas jatuh dari bangunan yang tinggi? Heyy, jangan cakap ada kerana keajaiban yang berlaku atau disebabkan takdir. Heh! Alasan tu kolot sangat.."
Aku mengemam bibir menahan gelora di dada. Tangan mengenggam bucu rak.
"Kau tak patut selamatkan aku Ainsley...kau bukan selamatkan aku..tapi kau lebih 'bunuh' aku dengan lebih kejam dan rasa sesakit-sakitnya..Hiks..Hiks.." esak tangisku hanya perlahan kedengaran.
Dada kiri ditekan sekuat mungkin.
Terus kaki yang berdiri tadi terus spontan terduduk lemah di atas lantai. Muka aku terduduk sambil air mata satu per satu menitis ke pipiku. Bahu terhinjut-hinjut manakala bibir dikemam serapat mungkin.
Aku menangis hingga terbatuk-batuk kecil.
Tiba-tiba ada satu cahaya putih yang bersinar di hadapan aku. Cahaya putih itu kian hilang bagaikan dibawa angin. Apabila terasa merenung sepasang kasut di hadapan membuat aku terkedu seketika.
Perlahan-lahan kepala didongak memandang siapa.
"T-Tok?" Aku mencantumkan kening.
Kelihatan tok itu hanya tersenyum manis. Dia menghulurkan tangannya di hadapan aku. Aku merenung kosong tangannya itu sebelum menyambut huluran itu. Aku bangun dari terduduk atas lantai dibantu oleh tok itu.
"Terima kasih.." ujar aku perlahan hampir tak bersuara. Tok itu hanya tersenyum.
"Berusahalah untuk menjadi insan yang kuat. Kerana jodoh insan penyelamat dunia ialah tidak akan jadi lemah. Dia akan kuat dalam menempuh apa-apa cabaran dan rintangan. Tidak kira jatuh beberapa banyak kali pun dia akan tetap bangun. Sejauh sakit yang kamu alami tu...tok tak tahu. Tapi, tok yakin..kamu boleh hadapinya. Kerna kamu..tak keseorangan."
Aku memandang keliru ke arah tok itu.
"J-Jodoh insan penyelamat dunia??" Aku jadi terkesima. Calvin ke?
"Yeah, Calvin. Siapa lagi kalau bukan dia? Hanya dia saja insan terpilih itu. Bukan itu saja kamu juga mempunyai ikatan jodoh dan takdir dengannya. Dan hal itu, kamu tidak boleh nafikannya. Kamu dipilih sebagai mangsa Ainsley tapi..dalam masa yang sama ada orang yang siap membantumu dan mengalihkan kesakitan kamu itu walau hanya sementara. Calvin. Yeah, dialah orang satu-satunya yang boleh selamatkan kamu nak. Jikalau Ainsley menyakiti, Calvin juga akan menjadi penyembuh buat kamu."
Aku sekali lagi tergamam. Dalam masa yang sama, bibir melarik senyum. Jadi, aku dengan Calvin memang ditakdirkan untuk bersama..
"Ainsley berfikir bahwa hanya dia saja yang kuat. Dia berfikir cetek bahwa semua manusia lemah. Tuhan tak buta. Dia juga seorang insan yang istimewa dari yang lain. Walaupun Calvin cuma manusia..tapi tanpa dia sedar dia turut mempunyai kuasa. Kuasa itu hanya sebentar. Ia hanya akan hadir bila dia mula beremosi. Begitu dia melihat kamu sakit aura kuasanya akan keluar tanpa disedari untuk menyembuhkanmu walau sementara." Tok itu berhenti seketika ucapannya.
'Kecuali selepas Ainsley keluar dari tubuh nak...Calvin tidak boleh berbuat apa lagi. Kamu akan rasa lebih sakit dari apa yang pernah dirasakan. Syukur, bunga Hira itu boleh jadi 'penyelamat' buat kamu di saat itu. Namun, boleh ke Calvin akan selamat? Kerna...mahu hancurkan Ainsley pasti akan ada salah seorang yang akan terkorban.' bisik tok itu dalam hati. Lama matanya menatap wajah aku.
Sedang aku ralit termenung... akhirnya aku bersuara.
"Itu bermakna saya perlu sentiasa berada di sisi Calvin. Saya perlukan dia. Walau apapun yang terjadi...saya memang perlukan dia. Dia bagaikan 'hero' buat saya.." kataku perlahan.
Tok itu tersenyum lagi.
"Betul..."
"Cuma..." Ayat aku tergantung seketika. Lama aku terdiam sejenak sebelum kembali bersuara.
"Calvin takkan mati bukan selepas berjaya hancurkan Ainsley? C-Calvin...takkan sesekali sampai rela korbankan nyawanya bukan?" Soal aku merenung tepat pada tok itu.
Tok itu terdiam. Namun, senyuman itu masih meniti di bibir tuanya.
"Jikalau benar bagaimana? Tok pun tidak boleh beritahu perkara yang sebenar. Tok tak boleh jawab soalan kamu tu."
Aku tak terkata. Kening tercantum. Kepala digeleng secara berkali-kali perlahan.
"K-kenapa tok? Kenapa tok kena rahsiakan? Ada perkara apa ke yang saya tak boleh tahu? Tok..jangan buat saya takut.." lirih aku perlahan. Sudah rasa lain macam di sini.
"T-Tapi..." Belum sempat tok itu menjawab sepenuhnya aku sudah memotong.
"Tok...tolong beritahu perkara yang sebenar..Saya mohon...rahsia apa yang tok dan Calvin rahsiakan? Kenapa saya tak boleh tahu?" Aku sudah rasa emosional. Ini tak betul. Ada sesuatu yang tak kena...
Tok itu mengeluh seketika. Anak matanya menatap wajah aku cuba mencari reaksi di situ.
"Kami.. betul-betul mahu tahu?"
"Yeah...saya betul-betul nak tahu.." aku sudah menanti dengan penuh debar apa yang akan dikatakan oleh tok nanti.
"Sebenarnya...Calvin telah membuat keputusan. Menurut di dalam kitab buku ajaib...nyawa seseorang akan dipertaruhkan kerana cuba untuk menghancurkan Ainsley. Ainsley memang mempunyai kelemahannya. Tapi... kekuatannya sangatlah luar biasa dari apa yang kita sangkakan. Jadi, Calvin mahu sasarkan kelemahan Ainsley. Dalam masa yang sama, nyawanya boleh terlibat sama."
Aku menekup mulut dengan rasa yang tak percaya. B-Benarkah apa yang aku dengar ini?
"J-Jadi...jadi Calvin tahu tak hal ni, tok?"
"Tahu. Sebab itu, dia rela korbankan nyawa. Katanya, semua itu demi kamu. Kamu penyebabnya dan dia akan buat apa saja walaupun terpaksa mengorbankan nyawanya sendiri."
Sekali lagi aku tergamam dan terkesima. Tidak terasa kolam mata yang hangat bertakung akhirnya mengalir perlahan ke pipi. Terus terduduk aku di atas katil dibuatnya. Rasa sesak di dada semakin kuat dirasakan. Sungguh mencengkam ke lubuk hati.
Kenapa? D-Disebabkan aku? Tapi kenapa? A-Aku bahkan tidak layak untuk hidup di muka bumi ini..
Aku meramas cadar katil kasar. Pandangan mata jatuh pada tok itu.
"Tidak ada..jalan lain lagi ke tok? Tolonglah...selain dari mengorbankan nyawa Calvin... saya rela buat apa saja. Tolong tok..pasti ada cara lain untuk musnahkan Ainsley.." aku bergumam lirih perlahan.
Mata yang berkaca-kaca memandang tok itu dengan tepat.
"Ada. T-Tapi... kamu sanggup ke guna cara ini? Hanya satu cara tok tahu selain dari terpaksa mengorbankan nyawa Calvin..Tapi..tok mahu tanya kamu dulu. Kamu sanggup? Walau ia juga sendiri boleh menghancurkan kamu?"
Aku tersenyum sendiri dalam keperitan. Teringat akan kenangan indah aku bersama Calvin..ia masih mampu membuat aku tersenyum sendiri.
"Saya sanggup."
Dan...aku sendiri juga yang sanggup mengucap kata itu. Calvin telah banyak membantu aku...dan aku juga sudah banyak terhutang budi padanya. Jikalau aku hidup dan Calvin mati... katakan padaku masih ada lagi ke cebisan semangat untuk aku hidup? Mana mungkin aku akan terus hidup tanpa membuat sesuatu pada Calvin. Biarlah sebelum aku mati...aku dapat membalas sesuatu yang baik padanya? Cinta. Itu cara aku membalas cinta aku padanya. Biarpun perkara ini boleh melibatkan nyawa aku sendiri.
Cinta pada diri sendiri? Tidak ada gunanya untuk jawapan itu. Aku sudah membunuh banyak orang. Sayangnya, bukan sikit tapi banyak. Jadi..buat apa lagi untuk aku teruskan hidup di dunia ini? Perkara yang lepas..dunia yang aman semua itu hanya berlaku dengan secara lepas. Bagi aku, the past remains the past. Tidak ada lagi yang dapat mengembalikan kebahagiaan aku.
Tok itu perlahan-lahan menghulurkan telapak tangannya. Spontan ada sesuatu seperti tongkat dan dihujungnya dibentuk bulatan berganda sehingga di hujungnya turut mempunyai sebilah pisau yang sangat tajam tiba-tiba muncul di telapak tangannya. Di bilah pisau itu pula terdapat tanda seperti bulatan separa. Ianya sukar untuk ditafsirkan rupanya. Macam tongkat dalam cerita dongeng tu tapi ini real.
"Apa ini tok?" Terus aku bangun dari duduk menghadap tok itu.
"Ini adalah tongkat sakti untuk menghancurkan Ainsley. Tok mahu berikan tongkat ini kepada Calvin. Tapi...dia tidak ada pula di sini. Cuma buat saat ini...tok akan beritahu kamu cara kedua apa itu. Ianya berkait tongkat sakti ini. Tapi, jikalau kamu memang sudah kata begitu tok akan beritahu.." tok itu menarik nafas panjang seketika sebelum menghembusnya perlahan.
"Tongkat ini juga berkuasa dan dapat kalahkan Ainsley. Tapi, ia hanya dapat dikalahkan bila Ainsley tidak muncul di dalam tubuh kamu. Pada bulan darah purnama nanti... cubalah tahan diri supaya Ainsley tidak muncul buat saat itu. Dia tidak boleh muncul selagi..." Ayat tok itu tergantung seketika.
"Selagi apa tok?"
"Selagi kamu tidak ditikam oleh Calvin dengan tongkat ini. Selepas itu, kamu akan mati bersama-sama dengan Ainsley." Nada suara tok itu seperti kendur seketika.
"Bagaimana tok? Saya...saya bahkan pernah cuba banyak kali dengan membunuh diri sendiri supaya saya akan mati bersama Ainsley. Tapi...semua itu tak berjaya. Bahkan, saya berada di wad sekarang ini pun kerana saya baru terjun dari bangunan yang tinggi. Tapi, saya masih hidup malah sihat seperti sediakala sekarang ini." ujarku perlahan.
Teringat lagi aku di saat aku terjatuh dari bangunan. Sungguh aku rasa sangat takut. Keadaan aku pula ketika itu mula-mula sangat teruk. Tapi, disebabkan Ainsley aku jadi cepat sembuh seperti ini. Mesti doktor rasa pelik kan ..
"Tongkat ini bukan sebarang tongkat nak...ini juga salah satu kelemahan Ainsley. Saat tongkat ini sudah ditusuk ke dalam tubuh kamu...dan kuasa tongkat ini akan meresap ke tubuh kamu... Ainsley akan menyerang kesakitan di dalam tubuh kamu dan perlahan-lahan akan mati. Cuma...ia perlu ditusuk dengan lebih dalam ke tubuh kamu..kalau tidak ia tak akan dapat meresap kuasanya ke dalam tubuh kamu. Dan hal itu..."
"Dan hal itu boleh membuat saya mati.." kata aku terus memotong percakapannya.
Aku tersenyum hambar.
"Saya tak kisah tok. Bukankah saya dah beritahu pada tok..yang saya sanggup buat apa saja? Tok, disebabkan Calvin saya masih dapat hidup sampai sekarang. Calvin ibarat seperti helaan nafas saya untuk saya hidup tapi..kalau tiadanya..ia juga bahkan seperti membunuh diri saya sendiri. Saya tak akan sanggup hidup tanpanya..tok." aku memandang tok dengan masih dihiasi senyuman di bibir. Tanpa aku sedar, setitis air mata jernih sudah membasahi ke pipiku.
"Tapi nak...hanya Calvin saja yang boleh menikam kamu. Kalau tidak... tongkat ini takkan berkuasa. Ia akan hidup dengan sendiri apabila disentuh oleh Calvin. Tok tak rasa dia sanggup. Kamu masih mahu lakukannya?"
"Saya...akan lakukannya tok. Demi Calvin..demi hancurkan Ainsley..saya lebih memilih untuk mengorbankan nyawa saya..Walau apapun yang terjadi Calvin harus tetap hidup. Tok, tolong jangan beritahunya tentang ini. Kerana saya tahu..dia takkan setuju..Hanya perbualan rahsia kita berdua. Saya akan pastikan Calvin menikam saya sendiri dengan tongkat ini. Tanpa Calvin sedari akan hal itu.."
Share this novel