Aku yang berduaan di sini bersama dengan Calvin satu rumah memang perkara yang gila! Yeah this is crazy. Aku pulak setuju je nak duduk dengan dia lagi satu malam. Heran. Apa motif dia ya ajak aku bermalam lagi satu hari kat sini? Ohh minda aku pula yang mula syak macam-macam. Teringat pula pada kata-kata Jennie yang pernah cakap pada aku. Atau lebih dikenali sebagai nasihat pada aku.
"Ni aku nak bagitau kat kau Lice. Kitakan.. jangan sesekali percaya dengan orang yang kita baru kenal. Zaman moden sekarang ni mana boleh percaya sangat. Nampak je muka macam baik tapi...dalam hati dia kita tak tahu. Jadi, kau yang terlebih baik ni janganlah pulak mudah percaya kat orang lain terutamanya orang yang kau baru kenal atau jumpa. Faham?"
Haa itulah kata-kata yang pernah Jennie nasihatkan. Errr... tiba-tiba rasa...ermm rasa macam tak boleh percaya dengan Calvin la pulak. Rasa janggal berada berduaan dengan dia. Rasa jantung asyik berdebar dengan laju setiap kali aku dekat dengan dia. Erghhh I need fresh air!
"Ermmm Calvin." panggil aku perlahan. Aku duduk di tepi dia saja ni. Muka aku hanya pandang ke depan. Setelah beberapa saat Calvin masih diam. Aik, Calvin ni tak dengar ke ape?
"Calvin.." panggil aku lagi. Kali nih suara aku sedikit kuat aku panggil. Aik, masih diam? Haa jangan cakap dia dah mati!
Aku memalingkan kepala aku memandang ke arahnya yang berada di tepi aku.
Aik, tidur? Mata aku terkebil-kebil memandang ke arah Calvin yang tertidur sambil berdengkur kecil. Ermmm dia tak cukup tidur kut semalam. Tanpa aku sedari aku mencarik senyuman manis perlahan. Aku mendekatkan muka aku dengannya. Hanya ini saja kesempatan yang ada untuk aku tatap wajah tampannya itu puas-puas. Lihatlah segenap wajah dia tu..memang betul-betul perfect! Takde cacat cela sedikit pun di mukanya. Bila dia tertidur wajah dia kelihatan tampan tapi bila dia buka mata terasa dia comel pun ada. Tiba-tiba..rasa terjatuh hati pula dengan muka dia ni. Tengoklah tu...muka dia licin saja. Langsung takde jerawat! Pffft!
Aku ketawa kecil. Aku yang khusyuk menatap wajah tampannya berasa terkejut yang teramat apabila dia tiba-tiba membuka matanya. Ohh god!
Serta-merta aku terbangun dari duduk kerana terkejut melihat dia sudah sedar.
"Errr..err.. awak dah bangun?" kata aku tersenyum kekok. Aku mencubit-cubit tangan aku perlahan ke bawah. Calvin yang baru tersedar dan memandang aku seperti beriak cemas ketawa kecil. Dia tahu yang Alice tadi ni menatap wajahnya.
"Cute." kata Calvin sepatah. Senyuman menggodanya masih tak henti-henti dipamerkan.
Aku berasa hairan. Cute? Apa yang cute?
"Ya?" tanya aku masih keliru.
"Awak. Awak cute la Alice." kata Calvin ketawa kecil.
"Errrr.." aku kehabisan kata. Wajah aku terasa membahang sekarang ni.
"Awak pun cute dan handsome." gumam aku perlahan. Tersenyum-senyum seorang diri. Dah macam orang gila dah.
Calvin mengangkat kedua-dua keningnya.
"Apedia? Saya tak dengar lah." kata Calvin memandang ke arah aku dengan lama. Ya Tuhan kuatkanlah hati hambamu ini. Sesungguhnya aku tak kuat hati dengan renungan matanya itu. Dan senyuman menawan dari dia tu.
"Ermmm takde apa-apa." kata aku. Aku memandang ke bawah sambil mencubit-cubit perlahan tangan aku sendiri. Aku tak suka perasaan kekok ni. Calvin tersenyum. Dia saja-saja tanya tadi. Padahal walaupun Alice tadi bergumam perlahan tapi dia masih dapat dengar butiran perkataan yang keluar dari mulut Alice tadi.
Aha! Tadi kan aku nak tanya dia pasal tu. Apasal lah aku boleh lupa.
"Alice, kenapa berdiri kaku saja ni? Duduklah dekat sini. Jangan segan-segan ye? Saya pun..tak selesa kalau awak rasa segan dengan saya ni." kata Calvin.
Aku hanya tersenyum dan melabuhkan punggung ke atas sofa.
"Ermmm Calvin.."
"Alice.." kami berdua memandang antara satu sama lain. Masing-masing serentak mahu bercakap.
Aku dan juga Calvin spontan ketawa kecil.
"Takpe, awak dulu yang cakap." kata Calvin. Aku hanya mengangguk saja.
"Pasal awak minta saya bermalam untuk satu hari kat sini...saya rasa teringin sangat nak tahu sebab apa. Yelah tiba-tiba je awak suruh saya bermalam kat sini. Padahal saya boleh je terus balik rumah saya sekarang. Please..tell me. Kalau awak tak bagitahu kat saya..mesti la saya rasa curiga dan pelik. Kalau awak jadi saya pun awak akan tertanya-tanya juga." kata aku panjang lebar. Cuma tak ada darab tinggi saja heheh.
"Hmm..saya pun mahu cakap pasal ni juga lah. Dan saya tahu..awak pasti akan tetap mahu tanya saya juga pasal kenapa saya tiba-tiba suruh awak bermalam kat sini. Sebenarnya..ada sesuatu yang misteri yang buat saya tertanya-tanya dalam diri awak. Dan saya..akan cari hal misteri tu malam ni juga. Saya kalau jenis rasa terlalu curious pasti akan cuba sedaya-upaya untuk mencari jawapannya. Semalam..awak bersikap lain Alice." kata Calvin yang menatap aku dengan dalam.
Aku mencantumkan kening.
"Lain? Lain macam mana tu?" kata aku.
"Awak..memang betul-betul tak ingat apa yang berlaku semalam? Saya..saya tak tahu lah nak explain kat awak macam mana. Tapi sebenarnya semalam...awak memang sangat lain. Dan saya rasa..buat masa ni saya tak patut untuk bagitahu pada awak perkara yang sebenarnya lagi. Sebab saya takut nanti saya bagitabu awak akan bersikap lain dan terlalu shock pulak." kata Calvin.
Aku terdiam seketika. Mengikut pandangan dari mata Calvin...cara dia cakap ni memang bersungguh-sungguh dan bukannya main-main. Tiba-tiba perasaan tidak enak hati mula muncul.
"Saya..saya memang tak ingat apa-apa. Calvin, saya nak..lepas je malam ni awak terus bagitau perkara yang sebenar pada saya please? Saya pun..dah mula rasa pelik dengan diri saya kebelakangan ni. Awak tahu tak..saya pernah bangun dari tidur dalam keadaan yang sudah pakai baju dress berwarna merah. Padahal sebelum saya tidur saya yakin sangat yang saya pakai baju tidur. Dan nak cakap saya ada penyakit tidur sambil pakai baju tu tak. Kalau kawan saya yang tukar...memang tak mungkin lah. Sebab tak ada alasan pun dia nak buat macam tu. Hmmm.." kata aku yang menjelaskan apa yang berlaku.
Calvin hanya menjadi pendengar setia. Dia juga berasa terkejut dengan cerita aku yang misteri ni.
"Lagi..awak rasa apa yang misteri dan asing pasal diri awak?" kata Calvin yang seperti polis soal selidik penjenayah pulak.
"Ermmm...saya pernah langgar dengan seorang perempuan ni. Tapi tiba-tiba dia menjerit ketakutan. Dia cakap saya monster sebab saya cengkam tangannya dengan kuat sampai kemerahan. Padahal saya langsung tak sedar yang saya boleh genggam tangan dia sekuat tu. Saya rasa sangat takut Calvin..saya rasa sangat buntu..rasa sangat keliru dengan semua kejadian misteri ni. Saya tak tahu apa yang berlaku pada saya sebenarnya ni. Saya rasa sangat sesak bila fikirkan balik." kata aku yang meraut wajah dengan kasar.
Calvin yang melihatnya berasa sesuatu perasaan asing mula menjalar di hatinya. Dia tak tahu perasaan tu..tapi dia nekad dia mahu tolong perempuan di hadapannya ini. Dia mahu melindunginya.
Aku menekup wajah dengan tangan. Berasa tertekan dan konfius. Calvin mengangkat tangannya mahu memegang bahu aku tapi tangannya serta-merta terhenti. Dia meletakkan balik tangannya dan tak jadi mahu menyentuh aku.
"Awak...mahu keluar tak jalan-jalan dengan saya?" kata Calvin perlahan.
Aku menurunkan tangan aku dan memandang ke arahnya.
"Lagipun, kita duduk sini saja bosanlah kan? Jadi, saya nak bawa awak keluar. Tapi dekat-dekat ni saja. Nanti awak bolehlah rehatkan fikiran awak yang kusut tu di luar dengan mengambil udara segar." sambung Calvin lagi. Dia menunggu jawapan dari aku.
Aku tersenyum dan mengangguk perlahan.
"Okey jom." kata Calvin.
"Wahhh, cantiknya pemandangan kat luar ni awak. Tak sangka dekat dengan rumah awak saja." kata aku dengan mata yang bersinar-sinar memandang tanaman bunga yang pelbagai jenis di sini. Dekat sini dari rumah Calvin hanya beberapa meter saja.
"Heheh kan memang cantik pun kat sini." kata Calvin tersenyum lembut. Angin yang meniup ke arahnya membuat dia terpejam mata seketika. Rasa damai dan tenang saja.
Tiba-tiba aku ternampak bunga Lily yang tidak jauh dari aku Serta-merta mata aku bersinar-sinar. Yeah aku suka bunga Lily. Bunga Lily sesuai dengan diri aku. Suci, bersih dan manis menggambarkan diri aku yang sebenar seperti bunga Lily ni. Aku membengkok sedikit tubuh aku dengan sama jarak bunga tersebut. Aku mencium bau di bunga Lily. Ahh I like this smell! Bau dia sangat manis.
Manakala Calvin pula hanya memerhati gelagat aku. Dia menapak ke arah aku perlahan.
"Awak suka bunga Lily?" tanya Calvin.
"Yeah, suka sangat!" kata aku.
Calvin tersenyum. Tanpa ku sangka dia memetik bunga Lily dan menyelit batang bunga Lily ke belakang telinga aku. Membuat aku sedikit terkedu dan terkejut.
Calvin menurunkan tangannya kembali. Dia memandang aku dengan bunga Lily yang berada di tepi telinga. Terpaku sekejap.
Aku turut memaku pandangan ku padanya.
Perlahan-lahan terbit senyuman manis di bibir Calvin.
"Awak...nampak lain. You looks beautiful with that flower." puji Calvin tersenyum.
Aku hanya tersenyum malu memandang ke arahnya.
"Thank you." kata aku.
"Because of what?" tanya Calvin balik sengaja menduga.
"Thank you sebab...puji saya cantik?" kata aku.
Calvin ketawa kecil. Ketawanya terhenti semula. Dia semakin mendekati ke arah aku membuat jantung aku semakin berdebar.
"Awak..memang dari asal cantik dah pun bila pertama kali saya lihat awak Alice." kata Calvin serius.
Aku tersenyum kekok dibuatnya. Pandangan yang begitu dalam dari Calvin membuat aku jadi tidak selesa.
"Errr..awak pula Calvin suka bunga apa?" kata aku cuba mengalih topik.
"Saya suka semua bunga terutamanya bunga yang berada di hadapan saya sekarang ni." kata Calvin yang menatap aku tanpa henti.
Aku sedikit tersentak. Apa maksud Calvin?
"Err..maksud awak?" kata aku.
"Heheh takde apalah." kata Calvin hanya tersenyum. Dia tersilap yang dia tersasul tadi.
'Calvin apa yang kau cakap nih?! Buat malu saja.' batin Calvin.
*************
Akhirnya...malam menjelma.
"Alice, awak tidur dulu. Biar saya duduk sini tunggu awak tidur. Saya mahu tengok sisi awak yang lain muncul tak malam ni?." kata Calvin.
Aku hanya mengangguk saja.
"Good night.." kata aku perlahan.
"Good night." balas Calvin sambil tersenyum. Dia memandang ke arah aku yang mula memejamkan mata di atas katil.
Satu minit... kemudian. Kelopak mata gadis itu mula terbuka. Kelihatan tubuh Alice yang terbaring di atas katil perlahan-lahan bangun dari pembaringan dan duduk di atas birai katil. Senyuman miring terbit di hujung bibirnya.
Calvin serta-merta bangun dari duduk.
"Who are you?"
Share this novel