"Jangan!!!!" Alice tersentak. Dia perlahan-lahan menoleh ke belakang memandang Calvin. Serentak itu, serta-merta api di tangannya kian menghilang begitu saja. Alice terkejut dan terpana.
Mereka berdua saling bertentang mata lama.
Tiba-tiba bebola matanya yang merah kian bertukar menjadi warna hazel semula. Alice sudah sedar sepenuhnya.
"C-calvin?" Alice mengerutkan keningnya. Dalam masa yang sama terdetik rasa gembira kerana Calvin masih hidup.
Namun, tiba-tiba pandangan matanya menjadi kabur.
"Ehhh Alice.." Calvin terus menyambut tubuh itu. Alice tiba-tiba pengsan tidak sedarkan diri di dalam pelukan Calvin.
Manakala Calvin sudah beriak kalut dan risau. Apa yang terjadi pada Alice sebenarnya ni?
Calvin mula mengangkat Alice ala bridal style. Lelaki itu pula sudah pecut lari dari situ. Kesempatan jangan disia-siakan. Kira bertuah sangat dia sebab Alice tidak sempat membunuhnya tadi.
Calvin jalan satu per satu dengan perlahan sambil mencempung Alice. Wajah Alice yang tidak sedarkan diri tersandar ke dada bidangnya dipandangnya sayu wajah itu.
'Alice awak akan selamat..biar apapun terjadi awak mesti baik-baik saja.'
**********
Tiba-tiba Calvin ternampak sebuah rumah kecil asing yang sedikit usang.
Dia tersenyum dalam kelegaan. Matanya kini jatuh memandang seraut wajah cantik di dalam dukungannya itu sekilas.
Selepas berada di hadapan pintu rumah itu Calvin mengeluarkan suara.
"Hello?? Anyone's here? Please help me..ada seseorang pengsan! Saya perlukan bantuan!" Jerit Calvin di situ. Dia semakin gelisah apabila merasa rumah itu seperti tidak ada orang. Hanya sepi dan sunyi saja di sini. Calvin pun hairan. Tempat apakah ini? Rumah ini pula berada di dalam hutan. Dia langsung tak pernah nampak atau muncul di sini. Jangan cakap kat sini ada hantu sudah. Eh tak mungkin ada hantu waktu siang macam ni.
Kedengaran bunyi dedaun pintu dibuka dari dalam. Muncul raut wajah lelaki tua yang sudah berjanggut putih di muka pintu.
"Ohhh, silakan masuk." kata lelaki tua itu memberi laluan pada Calvin untuk masuk. Dahinya sedikit tercantum. Dia melihat Calvin yang mencempung tubuh Alice masuk ke dalam.
Pintu statik ditutup. Calvin meletakkan Alice di atas tikar apabila disuruh oleh lelaki tua itu.
"Nak, letaknya atas tikar tu." Calvin hanya mengangguk. Cukup hanya tikar saja yang tinggal di dalam rumah kecil itu. Tidak ada sofa lain mahupun katil di situ.
Lelaki tua itu tersentak apabila buku ajaibnya tiba-tiba terbang dengan sendiri ke arah Calvin. Calvin lagilah terkejut kerana sedar-sedar saja buku itu sudah berada di tangannya.
Dia seakan seperti orang dungu sebentar. Terpegun dia di situ. Dia memandang ke arah lelaki tua itu dengan rasa sukar untuk ditafsirkan cuba mencari reaksi di wajah tua itu.
'Patutlah aku merasakan 'sesuatu' di sini. Rupa-rupanya dialah orangnya. Buku ajaib aku takkan sampai padanya dengan sendiri kalau bukan dia orangnya. Jadi..dialah yang manusia yang sempat pertama kali memegang buku aku. Akhirnya.. akhirnya aku sudah jumpa 'penyelamat dunia' yang sebenar.' batin lelaki tua itu seperti biasa tangannya mengusap janggut di dagunya itu.
Matanya melirik lama ke arah Calvin.
"Jangan takut. Itu hanyalah sebuah buku ajaib. Dia takkan bahayakan kau." kata lelaki tua itu mendekati perlahan-lahan ke arah Calvin.
Calvin mengerdip mata keliru.
"B-buku ajaib?" Wahh..tak dia sangka di dunia ini wujud dengan buku ajaib. Selalunya pernah dengar di cerita dongeng kaca tv saja. Kalau Ainsley kuasa jahat pernah wujud di dunia ini tidak mustahil juga kalau ada lagi perkara ajaib di atas muka bumi ini. This is unexpected!
"Nama anak muda siapa?" Soal lelaki tua itu dengan lembut. Dia menepuk bahu kanan Calvin mesra.
"Calvin.." katanya perlahan.
"Calvin, apa yang sebenarnya berlaku pada gadis ini? Melihat wajah anak muda yang begitu risau pasti dia adalah orang yang special dalam hidup kamu bukan? Katakan padaku apa yang terjadi sebenarnya. Mungkin aku boleh tolong." Lelaki tua itu menurunkan kembali tangannya. Dia mengerling sekilas ke arah Alice yang masih tidak sedarkan diri itu.
"Sebenarnya..apa yang berlaku padanya adalah sesuatu perkara mustahil yang diluar kotak fikiran dan logik akal. Sa-" belum sempat Calvin menghabiskan ayatnya lelaki tua itu sudah memotong percakapan Calvin.
"Tidak ada yang mustahil nak apa yang sudah tertulis pada kertas takdir. Di dunia ini banyak perkara yang manusia langsung tidak faham atau tahu itu. Mungkin, kamu dipilih oleh takdir untuk melihat perkara itu. Dan hal itu...kamu patut rasa bertuah."
Calvin tersentak. Dia akui itu. Tetapi, berhadapan dengan kuasa jahat yang membuat dirinya setiap hari bagaikan harus menghadapi 'maut'nya sendirian adakah itu perkara yang bertuah baginya? Cuma... disebabkan kuasa jahat ini juga membuat dia rasa bertuah sebab dapat berjumpa dengan Alice pada hari itu. Jadi, inilah yang dinamanya takdir. Takdir yang manis dalam masa yang sama rasa pahit dan kelat.
"Ohhh sebelum tu kamu boleh panggil saya dengan gelaran 'tok' saja." katanya seperti memahami. Calvin mengangguk kecil.
"Tok...percaya tak dengan namanya kuasa jahat?" Tok itu terpana seketika memandang Calvin.
"Gadis ini nama Alice. Alice dia terkena kuasa jahat dalam tubuhnya. Dan hal itu, kami sedang cuba untuk mencari cara apa saja untuk hancurkan kuasa Ainsley dan pisahkan Ainsley dari tubuhnya. Alice...dia sangat menderita tok. Orang telah banyak mengganggap dia monster padahal hakikat disebaliknya. Tok percaya pada kuasa jahat?" kata Calvin sambil merenung tepat ke arah wajah tua itu.
"Jadi...anak muda telah tahu pasal kuasa jahat yang memang ada mahu hancurkan bumi?" Kedengaran nada berbaur gembira bercampur lega.
"Ye.. kenapa tok?" Buku tadi yang masih berada dalam genggaman tangan Calvin diletaknya di tempat asal semula atas meja. Calvin menghampiri ke arah tok itu.
"Calvin, kalau tok beritahu yang kamu adalah 'penyelamat dunia' kamu percaya tak?"
Calvin tergamam dan terkesima seketika.
"M-Maksudnya?" Tok tadi tidak berkata apa. Dia berjalan ke arah buku ajaibnya di atas meja yang baru diletak kembali oleh Calvin itu.
Calvin hanya mengikut dari belakang. Dia turut melihat buku tebal lama itu yang diselak helaian demi helaian kertas perlahan oleh tok itu. Baru dia sedar, buku inilah kali pertama yang dia jumpa di perpustakaan tu! Jadi...ia adalah milik lelaki tua rupanya.
Selepas itu tok itu kembali menghadap dan merenung ke arah Calvin. Calvin yang berwajah seperti tidak tahu apa-apa mencantumkan keningnya.
"Ada sebab buku ini secara tiba-tiba terbang ke arah kamu. Ianya kerana kamu adalah lelaki yang terpilih untuk hancurkan kuasa jahat tu."
"Jadi tok memang dah tahu tentang kuasa jahat tu? Tapi..kenapa saya? Dalam banyak-banyak orang kenapa saya?" Calvin masih belum dapat menghadam kata-kata tok itu.
Tok itu melepaskan keluhan kecil perlahan.
"Tok tahu.. susah untuk kamu terima semua ini. Tapi mahu tak mahu kamu kena terima juga. Calvin, hanya kamu seorang saja satu-satunya orang yang boleh selamatkan dunia ini dari malapetaka iaitu kuasa jahat Ainsley. Kamu mahu ke dunia ini berakhir dengan sendiri secara perlahan-lahan? Gadis ini..dia akan menjadi lebih sengsara dan mangsa kepada Ainsley. Dia mengguna tubuh manusia ada sebab."
"Dan sebabnya adalah mahu menghancurkan manusia dan seluruh bumi ini." Potong Calvin perlahan. Sebelah tangan Calvin yang berada di atas meja digenggamnya erat.
Bibir bawah diketap pilu.
Pandangan tok itu jatuh pada tangan Calvin yang digepal erat. Terus tangan tua yang sudah berkerut itu disentuhnya lembut tangan putih Calvin itu.
Calvin tersentak. Dia merenung sepasang kasutnya di bawah dengan sepi. Bebola matanya sudah berkaca-kaca. Hanya tunggu untuk menitis saja.
Pandangannya kembali bertembung dengan mata redup tok itu.
"Saya..terima. Saya terima..dan bersedia lakukan apa saja untuk hancurkan Ainsley asalkan Alice tidak dipergunanya hidup-hidup. Saya..." Calvin mengemam bibirnya yang bergetar pilu. Air jernih sudah jatuh di kedua-dua belah pipinya.
Bahunya terlihat seperti terhinjut-hinjut. Namun esak tangisnya tidak kedengaran. Hanya mampu menangis teresak tanpa suara. Tangan tua itu semakin menggenggam lembut tangan Calvin cuba memberi kekuatan padanya.
"S-saya...takkan biarkan lagi Alice menderita. Saya...dah tak sanggup mendengar dia menangis setiap hari. D-dia nampak tersenyum dan ceria di hadapan saya...tapi saya tahu dalam hatinya penuh dengan kedukaan. Dia selalu menangis sendirian di dalam bilik sepi dari pagi sehingga mahu menginjak petang. I-itu..sangat menyesakkan. Mendengarnya menangis sebegitu.." Calvin menumbuk-numbuk dadanya.
"Betul-betul menghibakan dan memilukan hati ini. Rasanya..terseksa. Alice terseksa setiap hari. Tiada siapa yang tahu apa yang dia rasa. Hal tu..buat saya rasa teruk." kata Calvin dengan suara bergetar pilu. Pipinya semakin membasahi dengan air mata.
"Kamu...cintakan dia ye?"
Calvin terdiam seketika.
"Saya rasa...saya lebih cintakan dia dari apa-apapun." kata Calvin akhirnya terluah juga apa yang terbuku selama ini di dalam hati. Mula-mula dia rasa sangat sukar untuk faham perasaannya selama ini. Sekarang dia baru sedar, ianya adalah cinta. Cinta yang membuat dia seperti ini. Cinta yang sanggup berkorban apa-apa saja sekalipun. Yeah dia sanggup. Kalau dia buat semua ini kerana cinta yeah, dia mengaku itu. Jangan tanya padanya kenapa mesti cinta..Kerna dia juga tidak tahu jawapannya..
"Cinta hidup seperti ini membuat kamu lebih semangat untuk hancurkan Ainsley bukan? Yeah, kamu memang patut selamatkan dia, nak. Sebelum terlambat.." Calvin terhenti serta-merta dari menangis. Namun, bahunya masih terhinjut-hinjut.
"Sebelum terlambat a-apa?" Bebola mata Calvin yang berkaca merenung tepat ke wajah tua itu.
"Sebelum...Ainsley kuasai dia sepenuhnya. Andai sampai itu terjadi..pasti akan jadi sangat susah untuk selamatkannya lagi. Ini kerana, jiwa dan raganya yang sudah dikuasai oleh Ainsley sepenuhnya boleh membuat Alice tanpa sedar melakukan perkara diluar jangkaannya."
"M-Maksudnya?"
"Maksudnya.. sekiranya dia gadis yang baik tetapi dia tiba-tiba boleh jadi gadis yang lebih teruk dan sejahat mungkin seperti Ainsley. Dia dengan Ainsley mungkin tidak ada bezanya lagi sekiranya hal itu terjadi." Zapp! Terasa jantung ditusuk tombak dan dihentak kuat. Terasa lemah dan menggigil lutut Calvin saat ini. Apakah ini memang benar apa yang didengarnya?
Setitis air mata jernih mengalir dari mata merahnya itu. Perasaannya mengalir rasa yang bercampur-baur. Seulas bibir merekah merah terkena air matanya.
Terus ingatannya kembali menerjah di saat dia terjumpa Alice yang seperti lain dan cuba untuk membunuh seseorang.
J-Jadi..itu Alice yang sebenarnya.. Calvin semakin terasa dadanya semakin sesak dan sempit. Hatinya begitu mencucuk di setiap penjuru. Dia seakan sudah tidak terdaya lagi.
"Nampaknya..saya harus cepat musnahkan Ainsley sebelum dia mengusai Alice sepenuhnya. Sebelum Alice sudah betul-betul hilang kesedarannya. T-tapi..tapi bagaimana? S-Saya hanya manusia lemah. Tak sehebat Ainsley. Bagaimana saya mahu selamatkan Alice?" Rintih Calvin perlahan. Dia memejam kelopak matanya rapat sambil menunduk ke bawah.
"Kamu adalah 'penyelamat dunia'. Dan kamu pasti boleh nak. Saya akan beritahu bagaimana caranya. Semua sudah tertulis di buku ini. Tapi...adakah kamu memang betul-betul bersedia mahu selamatkan gadis itu walau cara apapun sekalipun? Walau...itu sendiri terpaksa mengorban nyawa kamu?"
"Saya..bersedia. Dan akan lakukan apa saja untuk selamatkan Alice. Biarpun terpaksa mengorbankan nyawa saya sendiri." kata Calvin nekad. Dia membuka kelopak matanya perlahan. Pandangannya kini jatuh pada tubuh Alice yang terbaring lemah itu.
Dia memandang wajah Alice dengan pandangan sayu lama. Senyuman pahit seiring terbit di bibir merahnya. Serentak itu setitis demi setitis air mata jernih masih setia menurun ke pipinya. Calvin cuba menguatkan diri. Kenyataan itu betul-betul memeritkan tangkal hati. Disebabkan dirinya, Alice sanggup membunuh orang lain. Namun, bukan Alice patut dipersalahkan 100%. Alice disaat dia mula merasakan dendam dan amarah aura devil menguasai dirinya tanpa dia sendiri sedari itu.
"Saya..takkan biarkan awak dikuasai sepenuhnya oleh Ainsley..Alice."
*********
Alice pov
Aku membuka kelopak mata secara perlahan-lahan. Kening aku berkerut keliru. Aku..di tempat yang asing? Mata mengerdip lembut. Calvin sedang tertidur sambil tangan menongkat pipi.
Aku tersenyum kecil.
Kelihatan lukanya seperti sudah dirawat. Tangan perlahan-lahan cuba untuk menyentuh pipinya. Pipinya aku usik dengan lembut. Tiba-tiba dada aku menjadi sebak. Calvin hampir meragut nyawanya semata-mata mahu lindungi aku.
Bebola mata kian terasa berat bertakung dengan air mata. Pandangan menjadi kabur.
Aku bangun perlahan dan duduk dari pembaringan. Terus tubuh itu aku peluk seerat-eratnya sewaktu dia masih tertidur.
Aku menangis secara diam. Air mata satu per satu menitis ke pipi aku. Aku memejam kelopak mata. Kening tercantum menahan rasa.
Tanpa aku sedar, seseorang sedang memperhatikanku dengan lama.
"Calvin, awak..awak takkan apa-apa. Awak tak boleh mati Calvin. Syukurlah, awak masih hidup. Saya..saya rasa sangat teruk hiks..hiss..rasa sangat teruk sampai rasa nak mati. Setiap masa saya rasa perasaan ini.. Tak, merasa kehilangan awak saja walaupun sebentar sudah membuat saya rasa teruk lebih dari apa-apapun. Tolong..saya merayu..tolong jangan buat saya teruk seperti tadi. Saya hampir putus nafas apabila melihat awak sudah tidak sedarkan diri tadi." Rintih aku dengan dayu.
Air mata semakin lebat membasahi ke pipi. Aku masih memejam mata lama. Masih terimbas fikiran ini tentang kejadian tadi.
Calvin tersenyum kecil dalam pelukan. Tanpa ku sedar, dia sudah terjaga dari tidur.
"Maafkan saya.. kerana hampir membuat jantung awak hampir berhenti berdetak. Jangan risau saya ada sembilan nyawa tau? Hehe.."
Aku tergamam. Dia dah terjaga dari tidur rupanya.
Terus pelukan kami terlerai. Aku memandang ke arahnya yang sedang tersenyum kecil.
Lagilah membuat tangisan aku semakin lebat. Calvin yang melihat sudah jadi kalut.
"Alice..saya tersilap cakap ke? I'm so sorry. Alaa.. janganlah nangis. Hmm?" Calvin mengelus lembut pipi aku.
"Awak..hu..hu.. boleh pula gelak dan senyum macam tu. Saya cakap betul-betul tau? Hisk.. hisk..awak tak rasa apa yang saya rasa."
Calvin mengerdip mata sayu. Terus tubuh aku ditarik masuk ke dalam dakapannya.
Tok itu yang lama memperhati sudah tersenyum kecil.
'Pasangan yang manis di mata.' desisnya dalam hati seraya bibir tuanya sudah mengukir senyuman lembut.
"Shhh! Dahh..jangan nangis. Awak nangis ni macam saya nampak lemah sangat hehe. Seronoknya saya ada orang tu menangis dan risau giler dengan saya." Ujar Calvin seraya tertawa kecil.
"Alice, selagi saya mampu dan masih bernafas..saya takkan tinggalkan awak. I will always be by your side. Don't cry my girl. "
Calvin memejam kelopak matanya. Telinganya masih mendengar tangisan kecil dari aku di pelukannya. Manakala tangannya tidak henti menepuk lembut tengah belakangku seperti sedang berusaha memujuk anak kecil.
**********
"Nak, sebelum kamu pergi. Bawalah ini pada kamu." Kulihat seorang lelaki tua yang sudah dimamah usia dan berjanggut tebal memberi satu uncang kepada Calvin yang aku tidak tahu apa isinya.
"Apa ni tok?" Soal Calvin cuba membuka tali uncang itu untuk melihat isinya.
Tok itu mendekati Calvin. Dia membisik sesuatu di telinga Calvin. Aku pula sudah mencantumkan kening. Apalah yang mereka bisik tu ye? Hmm..curious pula aku. Huhu..kut nak beritahu kat kite sama.
"Nak, korang dua boleh balik guna pintu ini." Kata orang tua itu sambil berjalan ke suatu pintu yang ditutup rapat.
Aku dengan Calvin hanya mengikut.
"Guna pintu ni??" Soal Calvin semula. Tok itu hanya mengangguk kecil.
Aku dengan Calvin saling berpandangan seketika. Calvin menarik tangan aku dan menggenggamnya lembut. Dapat kurasa tangan hangatnya elok meramas tanganku. Membuat aku rasa sedikit tenang.
"Jom." Aku hanya mengangguk. Kini, pandangan kami hanya tertumpu ke hadapan. Aku mengerutkan kening. Bagaimana pintu ini boleh membawa kami balik? Ahh..Alice. Belum cuba belum tahu. Ada juga banyak perkara aneh dan unik dalam dunia ni ye? Sungguh betul-betul pelik.
Pintu dibuka dengan sendiri. Kelihatan hanya pemandangan putih yang menjamah ke mata kami di dalam pintu itu. Calvin menarik tanganku lembut dan kami sama-sama masuk ke pintu misteri ini.
Aku membuka mata yang terpejam seketika. Sedar-sedar saja kami berdua sudah berada di dalam rumah ruang tamu Calvin.
Aku dengan Calvin berpandangan. Terbit senyuman kecil di bibir kami. Pandangan kami kini jatuh pada genggaman tangan kami yang masih elok mengenggam sesama sendiri.
Serta-merta pegangan tangan kami kembali terlerai. Calvin berdehem kecil. Manakala jantung aku sudah berdebar-debar. Aku melarikan pandangan ke arah lain.
Calvin duduk di atas sofa di ruang tamu. Tubuh badannya disandarkan. Calvin melepaskan keluhan lemah dan penat. Aku duduk di tepinya. Kelihatan kelopak matanya dipejam lama. Belakang tangannya diletak ke atas dahi.
Manakala aku sudah termangu di tepinya. Suasana menjadi hening seketika.
Aku meramas jemari tangan aku sesama sendiri di atas riba.
"Calvin..awak rehatlah. Lagipun, awak baru dibelasah dengan teruk tadi. Luka awak ni... nampak macam tak terjaga rapi. Biar saya ambil ubat dan pembalut luka."
Aku terus pergi ke arah kabinet dapur yang menyimpan peti kecemasan. Aku berlari-lari anak ke ruang tamu dan terus duduk di tepi Calvin yang sedang tertidur sambil menyandarkan kepalanya atas kepala sofa.
Kelihatan bebola matanya yang tertutup itu seperti bergerak-gerak mungkin tidak senang luka di tubuhnya. Sedihnya lihat dia seperti ini.
Aku menaruh ubat di atas kapas. Dengan lemah lembut aku cuba membersihkan luka di tangannya, dahi dan banyak lagi luka di tubuhnya. Selepas itu aku balut lukanya dengan pembalut dengan berhati-hati.
Okey done! Aku menyimpan semua alat tadi di dalam peti kecemasan dan meletaknya di atas meja kecil tengah ruang tamu ini.
Mataku tertancap lama ke arah wajah handsomenya ketika tidur tanpa nyenyak itu.
Bibir menguntum senyuman kelat.
Tiba-tiba tangan Calvin merayap ke tangan aku. Dengan lemah dia cuba membuka kelopak matanya perlahan.
"Thank you Alice." Calvin tersenyum hambar.
Aku hanya mengangguk kecil seraya menghadiahkan senyuman padanya. Wajah cuba untuk dimaniskan di hadapannya.
"Alice..awak tak ingat ke kejadian selepas saya dibelasah tu?" Soal Calvin berhati-hati. Hatinya terdetik rasa hairan. Tak mungkin Alice akan beriak biasa selepas tahu semua itu.
Aku mengerutkan kening.
"W-Why? Saya..ada lakukan salah lagi ke?" Aku sudah rasa takut yang teramat. A-Apa yang berlaku sebenarnya ni? Huhu, tolonglah..aku buat apa pula kali ni? A-Atau..aku bunuh orang lagi ke?
Calvin mengetap bibir bawahnya.
'Bagaimana ni? Perlu ke aku beritahu hal yang sebenar padanya? Aku takut..kalau aku beritahu hal sebenar nanti...dia akan cuba bunuh diri lagi. Aku dah tak sanggup..mahu melihatnya cuba untuk membunuh diri lagi. Oh god.. please help me..' desisnya dalam hati.
Lagilah menambah kerutan di dahi aku. Cuba mencari jawapan dari reaksinya itu. Calvin... seakan teragak-agak mahu bicara.
"Tak ada apa.. sebab..awak tiba-tiba pengsan Alice lepas saya berjaya tewaskan mereka semua. Saya tiba-tiba jumpa awak pengsan di situ. Saya cuma rasa risaulah sebab lihat awak tiba-tiba jatuh pengsan.." tipu Calvin dengan terpaksa.
Teringat aku apabila ternampak Calvin dipukul bertubi-tubi oleh mereka semua. Waktu itu..aku rasa sedih sangat. Mungkin aku pengsan kerana terlalu bersedih dan susah hati. Yelah, melihat kejadian tadi sungguh meruntun jiwa dan hati ini. Tiada siapa yang tahu dan jangka hal itu akan terjadi.
"Hmm..awak lapar tak? Kalau lapar..saya masak." Belum sempat Calvin mahu bangun aku sudah memaut kedua-dua bahunya untuk duduk.
"Awak duduk sini. Rehat. Biar saya masak."
"Eh, awak pun reti masak? Uwu saya tak tahu pula." Sakat Calvin dengan sengaja.
Aku sudah berpeluk tubuh memandangnya.
"Hello, jangan pandang saya sebelah mata tau? Walaupun saya..taklah sehebat awak dalam memasak tapi.. bolehlah. Kalau hidangan simple saya terer. Asalkan boleh dimakan dan kenyang." Kata aku dengan yakinnya.
Tawa kecil kami akhirnya terletus jua selepas aku berkata begitu.
Kemudian, aku bingkas berdiri ke dapur mahu memasak. Calvin hanya mengekori dengan ekor mata menghantar kelibatku ke dapur.
"Okey² Alice. Sekarang kau nak masak apa?" Aku berfikir sejenak. Peti sejuk sudah aku buka. Wahh, Calvin ni orang yang teliti betullah! Setiap hari peti ais selalu saja penuh dengan bahan masakan. Kagum betul aku dengan lelaki seperti dia. Selalunya lelaki mengharapkan perempuan untuk masak.
Rajin sungguh dia masak kat rumah. Walaupun tu kerja perempuan. Tapi tak salahkan?
"Here we go.." aku mengeluarkan sayuran-sayuran, ayam segar dan pasta dari peti sejuk. Dan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk dimasak. Hari ni aku masak spaghetti. Hehe harap Calvin tak kisah. Lagipun, tiba-tiba perut aku lapar spaghetti.
Sedang aku ralit mahu sediakan bahan untuk memaksa tiba-tiba kepala aku menjadi sakit. Sakit dia begitu mencucuk sehingga mulut aku mendesir kecil. Terasa bagaikan almari terhempap atas kepala.
"Ahhh.." aku memejam kelopak mataku. Spontan tiba-tiba memori menerjah ke benak fikiranku.
Dengan lajunya memori itu muncul seperti masa kian semakin berundur ke belakang beberapa jam yang lalu.
Selepas beberapa saat terus kelopak mata yang terpejam aku buka. Kolam air mata sudah penuh bertakung dengan air mata.
"Huhh..erghh.." hampir terduduk dan putus nafas aku dibuatnya. Aku menggenggam erat bucu meja di dapur.
Satu per satu air mata menitis ke pipi aku. Bibir bawah bergetar pilu. Masih rasa terkilan dan seakan tidak percaya itu adalah aku. Tapi..kenapa Calvin harus tipu aku? Kenapa dia tidak berterus-terang saja?
Tiba-tiba aku menjerit histeria seorang diri di dapur.
"Ahhhhhhh!! Hisk.. hiskk.. kenapa mesti aku?! Hisk..hisk..A-Aku dah bunuh banyak orang..h-hanya dengan sekelip mata?"
Calvin yang tiba-tiba mendengar jeritan suara aku dari dapur terus membuka matanya dan berlari anak ke dapur. Dia mendapatkan aku dengan riak wajah yang mulai risau dan cemas itu.
"Alice.. k-kenapa ni??"
Aku tidak berkata apa. Hanya menggeleng kepala berkali-kali dengan laju. Bibir bawah aku ketap dengan kuat sehingga mengeluarkan darah.
Aku mencengkam rambut aku kasar seperti orang kurang siuman.
"S-Saya..saya dah bunuh orang. S-Saya..sayalah bunuh semua perompak tu.." aku sudah mula tidak tentu hala.
Calvin tergamam.
'Kenapa boleh jadi macam ni? Ahh..kenapa Alice mesti ingat semua tu sekarang?' batin Calvin dalam kekesalan.
"Calvin, awak dengar tak saya cakap saya dah bunuh orang!! Sehari ini saya dah bunuh tujuh orang....hisk..hiskk.." aku sudah terduduk lemah di atas lantai. Lutut aku peluk dan rapatkan hingga ke dada. Calvin turut terduduk di sebelah aku.
Tumpah air matanya melihat aku tiba-tiba seperti ini. Calvin cuba memeluk aku. Tapi aku dengan pantas menepisnya dari memeluk aku.
"A-Awak tak boleh kotorkan diri awak.. dengan memeluk monster kejam seperti saya.." lirih aku perlahan.
Calvin terkesima. Tidak menyangka aku akan berkata sedemikian rupa.
"Ahhhhhh!!! Ini semua salah aku...ini semua salah aku!!" Aku menumbuk-numbuk kepala aku bertubi-tubi seraya kembali menjerit histeria.
Kcakk..!!
Serentak itu semua pinggan kaca dan gelas kaca terpecah secara tiba-tiba dengan sendiri apabila aku menjerit.
Calvin sekali lagi terkejut dan terpana apabila melihat kaca-kaca mula bersepai di atas meja mozek dan ada yang sudah tersepai kaca ke lantai. Dia kembali merenung wajah aku dengan reaksi yang masih terkejut dan rasa terkilan. Dalam masa yang sama rasa sedih dan pilu begitu mencucuk hatinya saat ini apabila melihat aku seperti ini.
Aku hanya memandangnya dengan mata berat yang sudah penuh bertakung dengan air mata. Tangan di atas riba sudah menggigil pilu.
Share this novel