Bab 22: Dying

Fantasy Series 3715

Author pov

Ainsley semakin meramas kasar perut Jennie dengan kuku tajamnya membuat Jennie semakin banyak memuntahkan darah. Nafas sudah tersekat-sekat di kerongkongnya.

Terasa begitu sakit yang dia rasakan di perutnya saat ini. Tercantum keningnya sambil air mata satu per satu menitis ke pipinya. Begitu terseksa yang dia rasakan saat ini. Tidak terasa masa cepat berlalu..tak sangka inilah hujung ajal mautnya sendiri. M-Mati kerana kawan baik sendiri?? Tak..dia percaya di hadapannya saat ini ialah orang lain. Namun... sayangnya wajah itu begitu serupa dengan wajah Alice.

Senyuman miring dan penuh jahat dari wajah itu ialah bukan dari Alice. Alice bukan seperti itu. Bahkan, mahu bunuh nyamuk pun sudah dia tak sanggup apatah lagi mahu membunuh.

Jennie tersenyum kecil dalam kepedihan. Teringat memori indahnya bersama kawan-kawannya. Dengan telatah lucu dari Alice, Iris dan Amelia. Hidupnya hanya dipenuhi dengan warna-warna kebahagiaan di saat kawan-kawannya mula hadir dalam hidupnya. Di saat hidupnya gelap, berkecamuk, dan tak terurus seorang insan yang bergelar sahabat telah menukarkan pengalaman pahit itu menjadi pengalaman yang cukup bererti dan bahagia untuknya.

Dia takkan lupakan segala kebaikan dan jasa-jasa sahabat baiknya selama ini.

'Alice.. nampaknya sampai takat sini sajalah persahabatan kita di dunia ini. In the next life, aku harap kita masih dapat berjumpa dan berkawan seperti sekarang.' Jennie tersenyum kecil. Tangan cuba diangkat. Wajah itu cuba untuk dibelainya dengan penuh kasih sayang. Selepas itu, tubuh Jennie yang berlumuran darah akhirnya rebah ke bumi.

Ainsley tersenyum miring memandang tubuh Jennie yang sudah tak bernyawa. Di hujung kuku tajamnya terdapat titisan demi titisan darah yang menitik ke bumi secara perlahan-lahan.

"Jennie!!!" Jerit Calvin terkejut dan terpempan. A-Apa yang dilihat ini?? Ainsley dah bunuh Jennie? J-Jennie kawan baik Alice?!

Ainsley tidak tersentak dengan jeritan dari Calvin tapi disebabkan matahari yang kian mahu terbit membuat dia terpaksa menghilang.

Akhirnya perlahan-lahan dia hilang di dalam tubuh Alice. Kepala Alice tertunduk lemah ke bumi.

Perlahan-lahan Alice cuba untuk sedarkan diri dan membuka kelopak matanya. Dan di saat dia membuka kelopak matanya Alice cuba memandang sekeliling di mana dia berada saat ini.

Kelihatan Calvin seperti berdiri sambil tercengang seketika. Alice mengerutkan keningnya. Apa yang terjadi?

Tiba-tiba...dia ternampak tubuh seseorang yang dia sangat kenal berlumuran darah di badannya.

"Jennie!!!" Jerit Alice terus mendapatkan tubuh Jennie yang terkulai lemah di situ. Alice terjatuh melutut lemah di tepi Jennie. Spontan air mata jatuh ke pipinya menyaksikan tubuh Jennie saat ini.

"A-Alice.." Jennie bersuara tersekat-sekat perlahan. Tangannya cuba diangkat mahu menyentuh wajah Alice. Namun, sudah terlambat. Jennie menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tangan spontan akhirnya terkulai lemah di atas perut. Darah yang semakin banyak keluar mengalir ke perutnya.

Terus tubuh itu dipeluknya dengan seerat mungkin. Tangisan Alice akhirnya terlepas jua. J-Jennie...dah mati ke?

Alice tak dapat kuat melihat tubuh Jennie ini. Dia tak kuat.. betul-betul tak kuat dan tak sanggup.

"Jennie!! Hiks... Hiks..apa yang terjadi pada kau ni?? Tak!! Tak!! Kau tak boleh mati Jennie..arghh! Kau tak boleh mati!! Jennie..Hiks..hikss..jangan tinggalkan aku.." Alice meraung-raung kecil menangis histeria sambil terangkat kepalanya. Pipi sudah membanjir dengan air matanya. Nafas terasa tercungap-cungap di dada. Bagaikan ada satu batu besar yang menghempap ke dada. Merasakan sangat sempit di dadanya saat ini.

"Cepatnya kau mahu pergi..Jen..a-aku masih belum puas mahu kawan dengan kau..mahu luangkan masa bersama dengan kau. Kenapa jadi macam ni?? Arghh, kenapa ni mesti terjadi?! Hiks.. Hiks aku tak kuat ..Jen..betul-betul tak kuat dan aku tak nak lepaskan kau..takkan kau nak pergi macam tu saja.."

Alice tak sanggup. Yeah, dia betul-betul tak sanggup. Di sebelah, Calvin cuba untuk menenangkan Alice. Tangan Alice membelai lembut pipi Jennie yang masih hangat.

"Hikss..hikss.." esakan tangisnya seakan tidak boleh berhenti. Alice bergumam halus perlahan.

"Kenapa kau tinggalkan aku..Jen..Hiks..Hiks..siapa yang buat kau seperti ini.." Alice menarik tangan Jennie lembut. Terus tangan itu diciumnya lama beserta air matanya yang tidak henti-henti mengalir. Bahu Alice terhinjut-hinjut lagi kerana menangis.

Tiba-tiba Alice baru perasan kukunya yang kotor. Ternyata itu adalah darah. J-Jadi..dia sendiri yang bunuh Jennie? Dalam banyak-banyak orang..Jennie?!

Alice terhenti serta-merta esak tangisnya.

"C-Calvin...tolong beritahu saya..siapa bunuh Jennie seperti ini?" Alice sudah tidak keruan. Kedua-dua bahu Calvin digoyang-goyangnya secara terdesak.

"Laurel..."

"Calvin beritahulah! Beritahulah siapa!! Siapa yang buat Jennie seperti ini?? Hiks..Hiks.. tolonglah beritahu saya siapa.." Alice menumbuk-numbuk perlahan dada Calvin. Dahi disandarkan ke dada Calvin sambil menangis tersedu-sedan. Kedua-dua tangan lemah masih menolak dada Calvin perlahan.

"Alice...tolong bawa bertenang.. sebenarnya.."

"S-sebenarnya apa?" Alice sudah mengangkat kepalanya. Dapat didengar getaran suaranya itu. Dapat dilihat oleh Calvin mata Alice yang sudah sedikit merah kerana terlalu banyak menangis. Air mata semakin berlinangan ke tubir matanya.

Calvin menunduk kepalanya ke bawah. Tak sanggup melihat reaksi Alice nanti jikalau dia tahu perkara yang sebenar.

"S-Sebenarnya..Ainsley yang bunuh Jennie..." Perlahan saja nada suara Calvin cuba menahan rasa. Tangan sudah meramas sesuatu.

Alice menekup mulutnya. Sekali lagi dia terkesima dan terpempan. Sakit dan terlukanya hati dia saat ini. A-Ainsley?? I-Itu bermakna tangan dialah yang membunuh Jennie..sahabat karibnya sendiri.

Alice sudah serabutkan kepalanya. Manakala tangannya tidak henti-henti memukul tangan kanannya yang berjaya membunuh Jennie tadi dengan batu.

Calvin tergamam. Terus dia berusaha untuk menghentikan Alice dari memukul tangannya sendiri.

"Laurel! Jangan! Stop it! Hentikannya...Alice!!"

Alice tidak berkata apa. Dia hanya terus-terusan menghentak batu ke tangan kanannya sendiri bertubi-tubi hingga teruk mengeluarkan darah. Namun, seperti biasa tangan Alice dapat disembuhkan dengan sendiri. Usaha Alice untuk mencederakan diri adalah sia-sia. Dan itu lebih membuat Alice merasa sakit yang teramat. Baginya, jika Ainsley membunuh Jennie iaitu kawan baiknya sendiri dia juga turut akan mengalahkan dirinya sendiri. Sebab Ainsley.. menggunakan tubuhnya untuk membunuh. Hal itu lebih menyakitkan dari apapun.

Calvin terus menarik tangan Alice dan cuba memeluknya dari belakang. Terus batu itu terlepas dari genggaman Alice. Calvin dengan cepat melontar batu itu jauh ke tepi.

"Sudah, Laurel...enough! ..this is not your fault..Hiks..Hiks.." Calvin turut menangis melihat Alice seperti ini. Runtun hatinya melihat Alice terus-terusan meronta-ronta di dalam pelukannya.

"Arghhhhh!!! Hikss..hikss..arghhh!! Ini menyakitkan..sangat menyakitkan, Calvin!!" Alice sudah menjerit histeria. Dadanya sudah berombak kencang menahan perit di hati.

Alice terus-terusan menangis lagi. Tak lama kemudian tiba-tiba badannya menjadi lembik di dada Calvin. Alice pengsan tidak sedarkan diri.

"Laurel?..Laurel.." Calvin menggoyang lembut tubuh Alice. Terus tubuh itu dicempung masuk ke dalam rumah.

Mayat Jennie akan diuruskannya. Kawan-kawan Alice masih tidak sedar akan apa yang berlaku di luar. Masing-masing tertidur nyenyak di atas katil.

*********
Akhirnya, majlis pemakaman dibuat. Tidak banyak orang yang hadir ke majlis pemakaman Jennie. Kerana Jennie, ialah seorang anak yatim piatu. Adik-beradik atau keluarga ibu dan ayahnya pun dia tidak terlalu rapat. Hanya orang yang Jennie rapat saja hadir ke majlis pemakamannya.

Orang yang paling banyak berduka hati tentulah Alice, Iris dan Amelia. Ketika ini, Alice bersendirian di hadapan gambar Jennie. Dia terduduk melutut lemah di situ. Esak tangisnya masih tidak terhenti dari tadi. Alice menekup mulutnya.

Tanpa sesuap makanan dari tadi, dia hanya menangis tanpa henti di hadapan gambar Jennie.

"Jennie... maafkan aku..K-Kau adalah sahabat yang aku paling rapat dan sayang. K-Kau...Hiks..Hiks..kau selalu ada di saat aku senang dan susah. Maaf, kerana aku pernah rahsiakan sesuatu dari kau. Padahal...kita dah berjanji..tidak akan ada rahsia antara kita dua walaupun satu habuk." Alice cuba menarik nafas sedalam-dalamnya.

Air mata semakin lebat ke pipi. Bahu Alice masih terhinjut-hinjut kerana menangis. Alice memejam kelopak matanya. Serentak itu, setitis demi setitis tumpah ke pipinya menitik ke bawah.

"Jennie..kau mesti berfikir yang aku bunuh kau kan? Hancurnya hati seorang kawan kerana kau mati di tangan aku. Kau mati... disebabkan aku Jen. Kau boleh salahkan aku..aku memang patut salah. Hati dan diri ini...bahkan langsung tidak layak untuk meminta ampun pada kau Jen.."

Alice semakin menekan dadanya. Terasa perit dan pahitnya untuk dia telan. Sekurang-kurangnya..janganlah biar Jennie mati dibunuh kerana tangannya. Sekurang-kurangnya janganlah biar Jennie mengetahui bahwa dia sendiri yang membunuhnya. Itu...terasa paling kejam dirasakan oleh Alice saat ini.

Tanpa Alice sedar...Calvin di sebalik dinding sambil bersandarkan badannya sedang mendengar Alice merintih dan menangis. Calvin memejam kelopak matanya. Tangan di sisi digenggam. Dia mencantumkan keningnya. Terasa sesaknya dada ini. Dari tadi, telinganya mendengar Alice menangis.

"Jennie..semoga kau tenang saja di sana. Bersemadilah dengan aman.I want to tell you something. Jennie Arianna .. you have always been my best friend forever and ever. Even if you're dead..we're still friends right?" Aku bersuara getar perlahan. Bibir bawah yang menggigil pilu aku ketap sekuat hati.

Kabur pandanganku apabila air mata berat menakung ke tubir mataku. Aku cuba bersabar sebaik mungkin. Cuba untuk bertenang. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

"Jennie, aku pergi dulu ye? Nanti aku datang lagi lawat kubur kau." Okey sayang?" Namun tidak ada suara pun yang balas. Alice seperti bercakap seorang diri. Keadaan menjadi sunyi sepi seketika.

Alice perlahan-lahan bangun dari duduknya. Dia berjalan lemah. Matanya sempat merenung gambar Jennie.

Dia tahu.. sebentar lagi Amelia dan Iris pasti akan tiba di sini. Lebih baik dia pergi cepat sebelum mereka nampak dia di sini. Alice membuat keputusan untuk tidak mahu mendekati Iris dan Amelia lagi. Bukan untuk sementara tapi buat selama-lamanya. Memang ini lebih menyakitkan buat Alice tetapi ini juga demi kebaikan Iris dan Amelia. Alice sudah berasa cukup. Sudah cukup sangat dia bunuh Jennie. Dia tidak mahu perkara itu terjadi lagi pada Iris dan Amelia.

Dia sanggup menjauhkan diri dan mengelak dari Iris dan Amelia asalkan keselamatan mereka terjamin. Yeah, mulai itu Iris dan Amelia boleh balik ke rumah sendiri. Alice pernah menyuruh mereka berdua balik dengan alasan Jennie baru meninggal. Takut mereka akan terbayang-bayang kenangan setiap kali bersama Jennie di rumah Calvin.

Alice memandang Calvin beserta kedua-dua matanya yang sudah sembab. Calvin tersenyum pahit.

Terdengar detapan kaki dua sepasang kasut yang melawat ke sini. Alice dan Calvin berada di sebalik dinding secara diam tanpa diketahui oleh Iris dan Amelia.

"Jennie..Hiks..Hiks.. bagaimana ini boleh terjadi... I-Ini..ini terlalu cepat dan tak disangka. Siapa sangka...kau akan pergi dulu. Hiks..hiks..Jennie semoga tenang kau di sana. Kami di sini..akan terus bertahan tanpa kau. A-Aku...aku dah mula rindu kau Jennie." Amelia bersuara lirih sambil menangis teresak-esak. Tangan yang mengenggam sejambak bunga ros putih diletakkan di hadapan gambar Jennie yang sedang tersenyum girang. Melihatkan gambar Jennie menambahkan lagi rasa sebak di dalam hati.

Iris turut meletakkan sejambak bunga itu. Dia juga menangis teresak-esak seperti Amelia. Terus mereka berdua saling berpelukan sambil menangis bersama-sama.

Alice yang mendengar apa yang terjadi sudah menekup mulutnya. Air mata satu per satu berjuraian ke pipi tanpa suara sehingga menitik ke hujung kasutnya. Perasaan sebak dan sedih semakin mencengkam ke lubuk hatinya. Begitu juga dengan Calvin.

Walaupun Calvin tidak terlalu bersedih hati, tetapi dia berasa bersalah yang teramat dan boleh rasa betapa sakitnya kehilangan insan tersayang. Dia merasa bersalah kerana kalau bukan idea rancangnya mahu mempertemukan dan mengajak Jennie, Iris dan Amelia tinggal bersama Alice semua ini takkan terjadi. Tentu Alice begitu membencinya saat ini.

Alice sudah tidak sanggup di situ. Dia akhirnya berlari keluar dari situ sambil menekup mulutnya. Calvin turut mengejarnya dari belakang.

"Laurel!!" Alice serta-merta terhenti langkahnya tanpa menoleh ke arah Calvin.

Calvin yang sudah berada di sebelah Alice menekur wajahnya ke bawah.

"L-Laurel..saya tahu. Awak mesti bencikan saya kan? Kalau awak mahu salahkan saya, mahu marah saya, pukul saya.. buatlah saya tak kisah. Tapi, tolong...jangan cuba mengelak dari saya. Itu saya tak sanggup...kalau awak pergi."

Alice menurunkan tangannya perlahan-lahan. Bibir bawah diketap kuat. Rambut yang berterbangan ditiup angin tidak dihiraukan.

"I-Ia...bukan salah awak Calvin. T-Tapi..ia..salah saya sendiri. Saya yang setuju dengan cadangan awak tu.. disebabkan saya pentingkan diri..saya terlalu rindukan mereka..Dan sekarang? Lihatlah apa yang terjadi disebabkan keputusan silap yang saya ambil. Jennie sudah terbunuh! Saya pasti..tidak maafkan diri saya Calvin.." ujar Alice dengan hiba memandang sedih ke arah Calvin.

Calvin tidak terkata. Setitis air mata lelakinya mengalir ke pipi. Tengoklah Alice saat ini. Serabut, sedih.. betul-betul memilukan hatinya.

"Laurel..." Alice tidak berkata apa. Dia memandang statik ke hadapan. Mata dipejam rapat. Kening tercantum. Tangan di sisi meramas kasar baju hitamnya.

Calvin memegang tangan Alice lembut.

Tiba-tiba..

"Erghh.. Arghh!!" Alice mencengkam kuat bahu Calvin. Cuba menahan sakit di tubuhnya. Kening tercantum. Terpejam matanya cuba menahan sakit.

Calvin memegang kedua-dua bahu Alice. Wajahnya mula bertukar risau dan kalut.

"Laurel, kenapa ni??" Alice semakin kuat mencengkam ke bahu Calvin dengan sebelah tangannya. Dan hal itu membuat Calvin terasa sedikit sakit namun dia tidak kisah kerana sakit yang dialami oleh Alice lebih perih darinya.

Terasa perut dipulas dan diperah. Bergelora di dalam sana. Alice terasa mahu muntah. Sangat menyempit dadanya saat ini.

Alice spontan membengkok badannya. Terus dia memuntahkan darah pekat di situ juga.

Calvin tergamam. Dia menggosok-gosok belakang Alice lembut.

"Laurel.. tolonglah beritahu saya..kenapa ni?" kata Calvin risau.

Alice tidak berkata apa. Dia menyeka kasar bibirnya yang terkena darah. Alice masih membengkok badannya membuat Calvin turut terpaksa menunduk wajahnya dan mencangkung sedikit memandang Alice. Sebelah bahu Alice disentuhnya.

Alice mencengkam kuat lututnya. Bibirnya semakin diketap kuat sehingga mengeluarkan darah.

Apa yang dirasakannya saat ini ialah rasa sakit yang sangat luar biasa. Terasa seluruh inci dalam tubuhnya begitu panas. Terasa darah begitu mendidih sehingga ke tahap tinggi. Kulit Alice mula bertukar merah. Perutnya semakin tidak selesa. Dadanya seperti ditindih dengan sesuatu yang berat seperti tidak langsung mengizinkan dia untuk bernafas. Nafasnya mula tercungap-cungap.

Alice sudah mengalirkan air matanya satu per satu kerana terlalu sakit dirasakannya saat ini. Bukan saja hati tapi seluruh anggotanya saat ini. Bahkan setiap helaian rambutnya terasa begitu perit. Begitu sakit! Sakitnya hingga dia tak mampu untuk berkata-kata.

Peluh dingin membasahi tubuhnya. Alice menggigil kecil menahan sakit. Alice merasakan cairan pekat keluar dari hidungnya.

Melihat Alice yang seperti teruk terus dipeluk erat oleh Calvin.

"Laurel.. bertahanlah..saya akan..saya akan cuba untuk panggil tok tu untuk pulihkan awak! Tolong.. saya merayu.. bertahanlah.." kata Calvin sesak dadanya ini. Bagaimana dia mahu panggil tok itu sedangkan dia tidak tahu caranya? Alice kelihatan begitu sakit. A-Apa yang dia harus lakukan?

Bibir Alice yang pucat dan sedikit menggigil cuba untuk mengeluarkan suara. Hampir tak terkeluar suaranya saat ini.

"S-Sakit..ss..sakit sangat, Calvin..P-Panas..s-saya panas.."

"Hiks..hiks..ye saya tahu.." Calvin sudah tidak sanggup. Dia menangis dalam diam sambil memejamkan matanya. Tangan masih erat memeluk tubuh Alice.

Tiba-tiba ada suatu cahaya biru mengelilingi tubuh mereka berdua. Cahaya biru itu ialah dari Calvin sendiri dan menyerap ke tubuh Alice. Tanpa Calvin sedar, dia sudah menyalurkan kekuatan pada tubuh Alice dan menghilangkan sakit dan panas itu perlahan-lahan dari tubuh Alice.

Lama mereka berpelukan sehingga cahaya biru itu sudah hilang dengan sendiri.

Alice membuka kelopak matanya secara perlahan. Rasa sakit di dalam tubuhnya sudah hilang dan terubat. Cuma ada satu saja luka yang tidak hilang. Hati.

"Calvin...sakit saya dah hilang.." Alice bersuara perlahan. Pelukan dileraikan.

"Betul ni?? Awak dah tak apa-apa, Alice?" soal Calvin berhati-hati.

"T-Tak.." Alice menggeleng kecil. Air mata yang bergenang cuba menahan dari jatuh ke pipi.

Walaupun begitu, merasa sakit ini walaupun sebentar membuat dia sedar akan hal sesuatu. Mungkin, dia begitu derita kerana perbuatan kejinya selama ini dengan membunuh banyak orang. Memikirkan hal itu membuat Alice sedang cuba menahan perit.

Tiba-tiba Alice membuka langkahnya seribu berlari dari situ.

"Laurel!!" Calvin tersentak. Tiba-tiba Alice sudah berlari jauh dari pandangannya. Calvin turut berlari mahu mengejar Alice. Namun, sayangnya kelibat Alice sudah hilang dari radar. Hanya kelihatan orang asing lalu-lalang.

"Laurel!! Alice Laurel!! Where are you?!" Tiba-tiba Calvin menjerit cuba melaung memanggil namanya. Orang yang lalu-lalang hanya memandang pelik ke arah Calvin yang tiba-tiba menjerit seperti orang gila. Masing-masing sibuk membuat hal sendiri.

Calvin terus-terusan menjerit. Hanya langkahnya diterus tanpa hala tuju masih cuba mencari Alice.

'Ke mana Alice pergi? Tak...dia tak boleh menghilang macam tu saja. Jangan-jangan.. tak²! Alice takkan buat begitu! Mesti Alice sekarang cuba untuk mencari ketenangan sekarang ni. Fikir positif sajalah Calvin ..' bisik hati kecilnya. Dia cuba untuk think positive. Tak mungkin Alice mahu bunuh diri..

*********
Manakala Alice terus berlari dan berlari di celahan orang-orang yang lalu lalang. Dia hanya terus berlari sekuat mungkin tanpa mempedulikan orang lain. Dengan sengaja menghabiskan tenaganya.

Setitis air mata jernih mengalir ke pipi tidak Alice hiraukan.

'Ini semua salah aku...ini semua salah aku.. arghh!!' sementara hati Alice sedang menjerit sekuat hati mengalahkan dirinya sendiri. Hanya mampu menjerit dan menahan dalam hati.

Akhirnya larian Alice terhenti seketika. Terus terduduk lemah Alice di situ. Dada tercungap-cungap kerana penat berlari bagaikan tanpa henti tadi.

Alice mengemam bibirnya.

Kenapa?! Kenapa?! Kenapa Jennie harus mati awal sedangkan dia masih belum puas lagi untuk mengecapi kebahagiaannya bersama Jennie?..bersama Iris dan Amelia..Separuh hatinya sudah diberi pada Jennie. Dan Jennie sudah tiada. Itu bahkan bererti separuh hatinya sudah hilang lesap ke mana. Alice rasakan sekarang ini hanya mahu mati saja.

Bahkan dia belum sempat lagi memberi hadiah pada Jennie di saat hari ulang tahun jadinya itu. Yeah, Jennie mati pada hari ulang tahunnya sendiri.

Katakan padanya bagaimana dia harus hidup lagi selepas semua ini? Jennie mati di tangannya.. semuanya sudah lesap bagaikan tiada.

Alice diulit dengan rasa sedih yang teramat. Hatinya begitu hancur saat ini. Masih terngiang-ngiang di memorinya bagaimana Jennie sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semua itu hampir membuat dia hilang akal.

Alice mendongak kepalanya memandang langit yang dilitupi awan yang berarak.

"Erghh..." Alice masih terhanyut dengan rasa yang sedih. Kepalanya yang didongakkan tidak sengaja memandang bumbung bangunan yang sangat tinggi. Bangunan itu boleh dilihat ketinggiannya sehingga bertingkat-tingkat.

Tiba-tiba idea lain terlintas di benaknya.

Seperti seseorang menghasut di telinga dan fikirannya Alice perlahan-lahan bangun dan berjalan longlai ke arah bangunan itu.

********
Calvin berlari sekuat hati. Butiran peluh yang merenik ke dahinya tidak dia hiraukan. Langkah larian semakin dipercepatkan.

'Laurel!!' hanya nama itu yang terlintas di fikirannya saat ini.

Tolonglah...jangan terjun..tolong!! Argh...

Kenapa dengan Calvin yang tiba-tiba menjadi cemas?

Imbas kembali beberapa minit yang lalu..

Semua orang di sekitar situ sudah berkumpul. Masing-masing menjerit kerisauan dan ada yang beriak takut, biasa, risau semua ada reaksi di wajah mereka.

Manakan tidak, apabila ternampak seorang gadis sedang berdiri di atas hujung bangunan yang bertingkat-tingkat itu. Jikalau gadis itu sudah menapak satu langkah ke hadapan bila-bila masa saja dia akan terus jatuh ke bawah dari bangunan. Ada orang sudah merakam apa yang terjadi untuk dimuat naik dan disebar ke media massa dan sosial.

Tentang seorang gadis yang mahu bunuh diri terjun dari bangunan!!

Gadis itu ialah Alice sendiri.

Alice mengemam bibirnya. Dia tersenyum dalam kepedihan. Mata merenung ke bawah dari tingkat yang sangat tinggi terlihat banyak orang berkumpul memandangnya ke atas saat ini. Ada orang menjerit dari bawah memintanya untuk turun. Namun, Alice hanya membeku di situ.

Rambutnya menutupi separuh wajahnya disebabkan angin yang meniup. Setitis air mata jernih terus mengalir laju ke pipi.

"Jennie...tak sabarnya aku mahu jumpa kau. Aku yang salah di sebalik semua ini. Semua ini salah aku Jennie.. Seorang gadis yang jatuh dari bangunan tinggi yang bertingkat-tingkat agak-agaknya dia akan terselamat ke? Tak...dia tak akan selamat. Dan disebabkan itu..aku pilih jalan ini. Sudah lama aku menginginkan kematian..Biarlah kali ini aku betul-betul mati. Lagipula, aku dah jadi monster. Semua orang mahu aku mati..So, aku akan turuti permintaan 'diaorang' sekarang.."

Alice terhinjut-hinjut bahunya menangis teresak-esak. Bergelora hatinya kerana memandang ke hujung kaki. Membunuh diri sendiri tetapi dia masih rasa takut. Alice memejamkan kelopak matanya serapat mungkin. Tolonglah..dia mesti boleh lakukan..

Hatinya begitu terluka dan hancur saat ini. Jikalau sudah cukup takdirnya cukup sampai di sini hari ini..Alice rela. Lagipun dia sudah lelah. Lelah dengan semuanya. Buat apa dia mahu teruskan hidup lagi..buat apa dia mahu jadi monster untuk seluruh hidupnya? Itu bahkan lebih teruk dari kematian. Lebih terseksa diri sendiri.. berbanding apapun. Ini demi kebaikannya dan kebaikan semua orang. Dia akan mati bersama Ainsley di tubuhnya.

Alice menangis dalam kepedihan.

Manakala Calvin yang ketika itu sedang duduk di luar menunggu Alice tiba membulatkan matanya apabila terpandangkan video viral yang baru tersebar di telefon pintarnya itu.

Sekejap...i-itu Alice? Terus berdiri tegak Calvin dibuatnya.

Itu memang Alice..yeah dia tahu bangunan itu. Alice mahu bunuh diri!

Bagaikan nak tercabut hatinya apabila betul-betul merasakan di dalam video itu gadis yang mahu terjun bangunan itu adalah Alice.

Imbas kembali tamat...

Tanpa Calvin sedar...air mata lelakinya sudah jatuh mencurah-curah ke pipi. Kaki masih cuba berlari dengan pantas. Tidak mengendahkan rasa penat di dada hanya terus berlari. Perasaannya bercampur-baur saat ini.

Alice... tolonglah jangan buat begitu sayang.. Tolonglah!! Saya mohon..Saya merayu sangat-sangat...Hati kecil Calvin menjerit pilu. Nak saja dia menjerit satu dunia untuk hentikan Alice saat ini.

Manakala Alice hanya masih terpegun di situ. Dia mendepakan tangannya. Bersedia untuk terjun. Tidak mempedulikan jeritan dari orang ramai di bawah dan di atas ini. Yeah, ramai cuba memujuknya tetapi tidak berhasil.

Akhirnya, kaki Calvin sudah tiba di sesuatu tempat. Kelihatan orang banyak berkumpul sambil masing-masing mendongak langit. Riuh-rendah di sini.

Calvin perlahan-lahan mendongak kepalanya.

"A-Alice.." spontan bibir merah itu meniti namanya. Terus Calvin berganjak pergi memasuki dalam bangunan syarikatnya itu. Pintu atas bumbung dibuka kasar. Kelihatan orang-orang di atas bumbung ini turut ada sekali mahu memujuk Alice supaya turun.

"Boss, ada seorang gadis nak terjun bangunan ni boss. Dia akan mengugut kitaorang kalau cuba mendekat dia akan terus terjun dari bangunan.." kata salah seorang pekerjanya cemas bersama beberapa orang dengan orang lain di atas bangunan ini.

Alice yang mendengar seseorang sedang mengadu tidak berpaling wajahnya walaupun sedikit. Tidak menyedari kehadiran Calvin di situ.

"Laurel!!" Jeritan dan suara yang sangat dikenali itu membuat kelopak mata Alice terbuka seketika. Baru sebelah kakinya mahu mencecah ke udara terhenti seketika.

Terasa tangan ditarik kasar dari belakang tapi Alice dengan pantas cepat menarik tangannya kembali. Pautan di pegangan digenggam dengan ketat supaya tidak jatuh buat masa ini. Kepala Alice menoleh sedikit memandang Calvin.

"Calvin! Jangan paksa saya! Perbuatan awak ni lebih membuat saya rasa mahu terjun, awak tahu tak?!"

"No! Awak tak boleh buat begitu..awak tak akan sanggup, Alice Laurel!"

"Kenapa pula saya tak sanggup? Saya sanggup..sanggup sangat..kenapa saya tak boleh buat pula? Apa hak awak mahu hentikan saya, Calvin?!"

"Because I love you!"

Alice terdiam seketika. Kata-kata Calvin menusuk ke jantungnya.

"Alice.." Calvin merapati perlahan ke hadapan. Kemudian dia berhenti. Matanya yang sudah bergelinangan... jantungnya yang sudah berdetak laju...membuat dia betul-betul takut kalau Alice tiba-tiba menerjunkan dirinya. Tak, itu lebih buat dia takut dari segala-galanya.

"Calvin! Saya nak awak jauhkan diri awak dari saya. Tolonglah! Awak masih tak faham bahasa ke?! Saya ni monster awak tahu tak?! Saya layak untuk mati! Dengan kehadiran saya dalam hidup awak..berkali-kali saya cuba cederakan dan sakiti awak! So please..biarkan saya..just move on in your life. Awak..dah banyak menderita kerana saya.."

"No! Saya tak kisah pun! Tolong hadamkannya...saya sangat mencintai awak Laurel. Dan saya tetap akan pulihkan awak menjadi sediakala. Itu janji saya. Hanya saya saja yang boleh kawal diri awak dari orang lain. Hanya saya. Aura jahat dalam badan awak tu sangat memberi kesan impak pada awak. Laurel, saya tak nak awak menderita lagi. Please bagi saya pulihkan diri awak.."

Alice menggeleng kepalanya. Air mata satu per satu menitis ke pipi. Alice bernafas sesak. Pucuk hidungnya sudah kemerahan.

"Dah terlambat.. Calvin. It's too late.. lupakan hasrat awak mahu hancurkan Ainsley..sebab ia boleh membunuh diri awak sendiri juga! Tolonglah saya...saya merayu sangat..please don't die..jangan mati disebabkan saya lagi? Saya dah berasa terlalu tertekan dan terseksa sangat, Calvin! Saya dah bunuh ramai orang! Termasuk kawan baik saya sendiri.. bagaimana saja awak senang-senangnya mahu pujuk saya...atas segala yang telah berlaku ini!"

Alice menjerit sekuat hati di situ melepaskan rasa yang terbuku di dalam hati. Turun-naik dadanya saat ini. Air mata Alice semakin lebat ke pipi.

Calvin tersenyum dalam kepedihan.

"Bukankah saya pernah beritahu pada awak, Laurel? Kecintaan seseorang itu boleh membuat diri dia melakukan apa saja! Dia sanggup...dan awak tak faham orang tu! Orang tu adalah saya..Saya dah menyesal tahap mahu mati sejak ibu saya meninggal kerana ayah saya. Saya tekad! Saya akan buat apa demi orang yang saya sayang selagi masih ada di muka bumi ini. Dan orang yang saya sayang tu.. adalah awak sendiri.."

Alice tersentap. Dia menoleh memandang Calvin. Lama matanya menatap wajah itu.

"Calvin, kata-kata awak menyentuh hati saya..I'm so sorry for everything. Maaf saya pentingkan saya sendiri. Tapi, biarlah kali ini saya pentingkan diri saya pula. Bahkan dalam hidup saya sebelum ini, saya hanya lebih pentingkan orang lain dari diri sendiri. Jadi, biarlah kali ini saya pentingkan diri..."

Tidak perasan air mata Calvin jatuh di hadapan mata Alice.

"Awak rasa bersalah pada Jennie, bukan? Sehingga buat awak jadi seperti ini. Awak tahu tak...sebelum dia meninggal. Dia pernah meninggalkan surat pada awak. Katanya, dia akan tetap percayakan awak dan berada di sisi awak. Dia lebih kenal awak, Alice. Dan saya yakin..sebelum dia mati pun dia takkan fikir itu ialah awak. Tapi, saya rasa dia akan malah bahagia kerana mati di tangan awak sahabatnya sendiri sebelum sempat menghembuskan nafas yang terakhir."

"Dia pasti sekarang sedang senang di atas sana. Cuma...Jennie akan bersedih hati kalau lihat awak begini. Dia pasti mahu awak bahagia dan tak perlu rasa bersalah! Saya pernah sempat memberitahunya pasal Ainsley pada dia. Saya kata...awak akan jadi orang lain di waktu malam..dan baru saya tahu dia percaya. Cuma.. malangnya ketika itu, dia buat keputusan salah dengan keluar rumah."

Alice terdiam. Dia memandang Calvin dengan rasa tak percaya.

"B-Betul ke ni??"

Calvin hanya mengangguk menggiyakan. Dia tersenyum pahit.

"Kalau begitu..saya mahu hidup! Saya mahu hidup Calvin! Demi kawan saya..demi Jennie...dia pasti akan rasa kecewa dan sedih lihat saya begini! Saya tak mahu dia rasa begitu.. Saya mahu menjalankan hidup bersama awak, Calvin dengan sisa-sisa hidup saya... hanya bersama awak.." Alice tersenyum perit.

Calvin tidak terkata. Namun, dia berasa gembira apabila Alice berkata begitu.

Tangannya mahu menangkap tangan halus Alice. Namun, belum sempat dia menangkap..lutut Alice tiba-tiba menjadi lembik dan longgar. Alice hilang pertimbangan. Dirinya sudah melepasi bangunan. Badannya tertolak ke belakang.

Calvin terus mendekat dan cuba mengenggam tangan itu tapi terlambat hanyq tangan mereka sempat bersentuhan tanpa dapat dipegang Alice sudah jatuh dari bangunan dengan sendiri.

"Alice!!!"

Buuuuuuk..!!!

Tubuh Alice terjatuh di atas kereta. Kereta mula berbunyi sendiri. Orang ramai semakin terkejut dan riuh di sini.

Telinga Alice terasa berdesing. Kepalanya sudah hampir terpecah mengalir banyak darah di atas kereta. Kereta pula sudah remuk kerana dihempap tubuh Alice dengan kuat dan cermin kaca mula bersepai sana sini.

Sayangnya, aku sudah membuat keputusan mahu hidup. Tetapi, nampaknya keadaan tidak mengizinkan aku untuk hidup lagi. Selamat tinggal.. Calvin. Sayangnya juga, saya baru sedar perasaan saya pada awak..

Mata Alice yang terbuka sedikit. Pandangan semakin kabur. Melihat Calvin menjerit di atas sana dan cuba untuk turun terbit senyuman kecil di bibirnya seketika.

Senyuman semakin pudar. Akhirnya, kelopak mata Alice terpejam perlahan. Serentak itu, setitis air mata jernih menuruni ke pipinya.

Darah semakin membuak-buak keluar dari kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience