Bab 16: Warmth, love and affection

Fantasy Series 3715

Author pov

Calvin mengerdip mata sayu sambil menyandarkan kepalanya di pintu bilik Alice sambil terduduk lemah di atas lantai. Dia memejam matanya sambil mencantumkan kening. Telinga masih setia mendengar tangisan Alice dari dalam sehingga ke sini.

Tangisan, jeritan, rintihan semua itu dapat dia mendengar dari sini. Ianya sakit. Sakit sangat apabila asyik mendengar tangisan mendayu darinya dari tadi. Alice mengunci pintunya tidak mahu dia masuk.

Tanpa Calvin sedar Alice turut tersandar lemah badannya di pintu. Mereka berdua saling bersandar ke pintu sambil melayan perasaan sendiri. Alice menangis teresak-esak seorang diri di dalam sana. Manakala Calvin secara diam menitiskan air matanya.

Calvin terdongak kepalanya ke atas. Mata dipejam lama. Serentak itu air mata keluar mengalir di kedua-dua belah pipinya.

"Alice... seandainya awak tahu. Selama ini ...saya langsung tidak menganggap awak sebagai monster. So please..jangan pernah anggap diri awak sebagai monster. Awak adalah Alice. Hanya seorang manusia yang bernama Alice. Alice yang sangat hebat di mata saya. Bagi saya, walau apapun terjadi..awak tetap Alice saya. Tidak ada siapa yang dapat mengubahnya. Jadi saya mohon..selagi saya satu-satunya orang masih menganggap awak Alice Laurel..hanya sekadar manusia biasa..tidak lebih dari itu. Tak kiralah satu dunia sekalipun menganggap awak monster tapi kalau saya masih tidak ubah kenyataan itu..maka..tolong..tolong anggap diri awak sebagai manusia juga. Walau satu dunia melayan awak dengan buruk tapi percayalah..saya akan layan awak lebih baik dari apapun." Calvin bersuara perlahan. Cukup hanya mereka berdua saja yang dengar saat ini.

Manakala Alice di dalam terhenti serta-merta esak tangis kecilnya. Namun, air mata masih setia mengalir ke pipinya. Kata-kata Calvin meresap ke kalbunya.

Alice memejam matanya seraya tangannya yang berlumuran darah sudah jatuh terkulai lemah ke lantai. Ya, Alice cuba untuk membunuh dirinya lagi.

Tanpa Calvin sedar, Alice menoreh-noreh pergelangan tangannya berkali-kali dengan pisau tajam. Dia tidak kisah mahupun berasa sakit. Kerna, dia sudah pernah mengalami sakit lebih sesakit ini.

Namun, seperti biasa tangan yang terluka dalam dengan torehan pisau darinya itu secara sendiri sembuh tanpa ada bekasan luka walaupun sedikit. Alice mengeluh dalam kepenatan. Nafasnya terasa tersekat-sekat saat ini. Melihat pergelangan tangannya yang asyik sembuh dengan sendiri bahunya sekali lagi terhinjut-hinjut menangis di dalam kepedihan dan keperitan.

Setiap jiwa dan raga..setiap penjuru hatinya.. bagaikan sudah hancur sekecai-kecianya. Hati kecilnya menjerit pilu.

Terus lutut dibawa rapat ke dada. Kepala disembamkan di situ juga. Alice melepaskan segala derita kesakitannya di situ juga. Walau dia tahu..itu hanya akan membazirkan air mata. Tidak boleh lagi menghidupkan orang yang mati dibunuhnya itu. Namun, biarlah dia dengan dunia kesedihannya saat ini. Dia tidak kisah. Biarlah merapati dalam hidup selama-lamanya sekalipun. Biarlah dikata dirinya lemah sekalipun tetapi sungguh dia memang dah lemah dan tidak terdaya. Dia sudah rapuh..serapuh-rapuhnya. Hilang terus semangatnya untuk hidup. Semuanya sudah hancur menjadi abu.

Dalam fikirannya saat ini hanya fikir mahu mati saja. Tak ada siapa yang tahu perasaannya saat ini. Siapa sangka kuasa jahat sudah berjaya dengan senangnya menghancurkannya sekali gus. Hanyut dengan namanya kegelapan yang sangat dalam. Bahkan dirinya hanya seperti 'mayat' yang hidup.

Kebahagiaannya sudah diragut, kebaikan dalam dirinya sudah hilang begitu saja. Sekarang yang tinggal, hanya kegelapan dan kejahatan. Begitu asing..dia rasa asing sangat dengan dirinya. Tiada siapa yang tahu itu. Dalam dirinya terasa sangat gelap.

Rasa gelap..rasa takut..tolong..tiada siapakah yang mahu menolongnya? Dia betul-betul berada dalam ketakutan. Tangannya yang cuba untuk tergapai-gapai untuk keluar dari semua ini tiada seorangpun yang mahu sambut. Hatinya yang menjerit dalam kepedihan tiada sesiapa yang mengerti.

Tolong...dia merayu sangat.. hatinya masih meronta-ronta..Namun, yang dia tahu...dia cuma seorang diri yang menyedihkan. Di dalam kegelapan yang sangat dalam..yang pastinya sudah tidak ada penghujungnya.

*********
Calvin pov

Beberapa jam kemudian...

Aku tersedar dari lamunan. Tangisan darinya di dalam sana sudah tidak lagi kedengaran. Aku mengerling sekilas ke arah jam tanganku. Habislah..masa semakin mahu menginjak ke malam.

Tangan menyeluk poket seluarku. Aku menggenggam satu uncang diberikan oleh tok tadi. Teringat kata-katanya.

Imbas kembali..

"Serbuk kunyit?? Untuk apa ni tok?"

"Itu bukanlah serbuk kunyit semata-mata. Ianya adalah serbuk kunyit yang telah dicampur dengan mantra. Ia bertujuan untuk 'mengurung' dan mengawal Ainsley buat sementara."

"Bagaimana tok?"

"Nak, tok tahu malam ini dia akan munculkan diri. Kalau begitu, ambillah serbuk kunyit ini dan taburkan di sekeliling tubuh Alice dalam bentuk bulatan. Kuasa Ainsley akan menjadi sangat lemah apabila mendekati serbuk kunyit. Dengan ini, dia tidak akan berbuat apa-apa melainkan hanya duduk di bulatan kunyit ini. Cuma... pastikan kamu menaburkan kunyit ini di sekelilingnya sebelum Ainsley mula menjelma dalam diri Alice." Yeah, itulah kata-kata yang diucapnya oleh tok itu.

Aku tersenyum nipis. Di dalam hati, bersyukur sangat kerana tok itu sudi mahu menolong aku.

Tapi, siapa tok tu eh? Kenapa dia macam misteri sangat? Siap ada buku dan pintu ajaib lagi. Jangan-jangan..dia pun ada kuasa juga apa?

Aku menggeleng kecil. Haih tak usah fikir bukan-bukanlah Calvin..

Mulut buat keberapa kalinya mengeluh lagi.

Aku harap..dia dah tak kunci pintu.. tolonglah..aku perlu bersama-samanya ketika malam..

Perlahan-lahan aku angkat tangan mahu memulas tombol pintu.

Klakk..(bunyi pintu dibuka)

Aku tersenyum dalam kelegaan. Nasib dia sudah buka kunci pintu.

Aku terus membuka luas pintu biliknya tanpa menutup dari dalam. Kaki menghampiri tubuhnya yang sedang tertidur atas lantai tanpa beralaskan apa-apapun.

Terdetik rasa sayu di hati aku apabila masih melihat sakit-baki air mata di pipinya.

Dia menangis sehingga tertidur di atas lantai.

Aku duduk mencangkung di tepinya. Air mata di pipi mulus itu diseka lembut oleh aku. Pipinya yang agak bergetah dengan air mata kering dapat aku rasakan itu.

Aku menunduk pandangan ke bawah. Tak Calvin..bukan waktu ini untuk kau dibawa emosi sedih. Sekarang ini sudah hampir mahu menginjak malam kau harus cepat-cepat bersedia sebelum Ainsley menjelma.

Aku tersenyum dalam kepahitan. Mata kembali merenung ke arahnya yang sedang tertidur itu. Sempat aku mengambil selimut menyelimuti tubuhnya itu. Terus aku menaburkan serbuk kunyit dari dalam uncang atas lantai dalam bentuk bulatan mengelilingi Alice. Sepanjang membuat bulatan, fikiran aku asyik melayang ke arah lain. Sekali lagi aku terhanyut dengan perasaan aku sendiri.

Bila difikirkan balik, nyawa aku selalu berasa terancam setiap kali bersama Ainsley. Aku harap malam ni.. semuanya akan berjalan lancar dan baik sahaja.

Aku kembali berdiri secara tegak. Habis satu kerja. Mulut mengeluh kecil sekali lagi.

Mata mengerling lagi ke arah jam tangan.

Hanya tunggu masa saja lagi. Matahari tak lama lagi akan terbenam.. selepas itu perlahan-lahan Ainsley akan menjelma dalam diri Alice.

Akhirnya Alice secara tiba-tiba membuka kelopak matanya. Iris matanya mula bertukar menjadi merah semerahnya.

Calvin hanya berdiri tegak termangu memandang Ainsley. Keningnya tercantum. Jari runcing dibawa ke bibir.

Alice terduduk bersimpuh seketika. Bangun-bangun saja dia sudah lihat ada sesuatu di sekelilingnya. Ainsley mencantumkan keningnya. Dia bangun dari duduk. Seperti biasa, dia melarik senyuman senget setiap kali ternampak tubuh Calvin.

"Hye my sweetie blood. Akhirnya kita dapat berjumpa juga eh? So.." Ainsley mahu berjalan perlahan-lahan ke hadapan menghampiri Calvin.

Namun belum sempat kakinya mahu mencecah melepasi bulatan itu tiba-tiba badannya terundur sendiri ke belakang dengan cepat membuat dia serta-merta terjatuh secara tertiarap.

Ainsley sudah beriak pelik dan terkejut. Tajam renungan matanya memandang Calvin yang sedang tersenyum kecil seperti tertawakan dirinya.

'Kenapa ni? Kenapa aku tak boleh pergi padanya?' Ainsley sudah memandang garisan bulatan di sekelilingnya.

'Serbuk apakah ini? Jangan cakap...ini adalah serbuk kunyit yang telah diletak dengan mantra!' Ainsley sudah beriak cemas semacam. Dan itu adalah kali pertama buat Calvin melihat wajah Ainsley seperti ketakutan. Kalau tidak selalu saja wajah itu mempamerkan senyuman jahat, miring dan penuh dengan aura kejahatan tersendiri.

Hujung bibir Calvin mencarik senyum.

"Kenapa? Apa yang terjadi? Kau tak boleh datang sini ke? Opss... takkanlah. Kau kan kuasa evil yang sangat hebat. Yang langsung tidak setanding dengan apa-apapun. Tapi, kenapa tiba-tiba badan kau tertolak dengan sendiri pula? Hmm? Jangan cakap..hantu yang buat pula." Selar Calvin dengan nada mengejek.

Dia sudah tertawa kecil menampakkan gigi putihnya.

Manakala Ainsley pula sudah angin semacam. Dia perlahan-lahan bangun dari duduk.

'Ahhh..ini tak boleh jadi! Kuasa aku semakin lemah. Maknanya sepanjang malam ini aku harus duduk di bulatan ini ke? Arghh..shit!'

Ainsley menghentak-hentak kakinya sehingga bergegar sedikit lantai bilik ini.

Calvin masih dengan sisa baki tawa kecilnya.

"Ainsley, malam ni kau rehat jelah dalam bulatan tu ye? Aku pun perlukan rehat ni. Dah berapa hari tak tidur. Good night!" Calvin melambai-lambai kecil.

"Hehehehe..." Tawa kecilnya masih tersisa. Akhirnya tubuhnya direbahkan atas katil Queennya itu.

Calvin tidur mengiring menghadap Ainsley. Mata mereka bertembung seketika.

"Aku harap..kau janganlah mengamuk kat bilik aku ni pula ye? Kalau sampai aku terjaga dan nampak bilik ni macam kapal pecah kau kena bertanggungjawab Ainsley." kata Calvin dengan berani. Dia mengecilkan mata memandang Ainsley.

Ainsley sudah mencebik mulutnya ke tepi. Dia berpeluk tubuh seraya terduduk bersila di atas lantai. Disaat-saat ini kuasanya jadi sangat lemah membuat tubuhnya juga menjadi lemah. Entah kenapa malam ini dia terasa geram sangat dengan Calvin. Takpe, ada kesempatan nanti dia akan bunuh juga my sweetie bloodnya itu. Tapi... bagaimana Calvin boleh tahu kelemahannya? Banyak persoalan yang bermain-main di benaknya ketika ini.

Tiba-tiba..

Ainsley memandang tepat ke arah wajah Calvin. Kelihatan lelaki itu sudah berdengkur kecil. Letih sangat gamaknya.

'Haih cepatnya tidur. Dia langsung tak risau ke kalau aku keluar dari bulatan ni? Erghh..' Ainsley sudah berdecit kegeraman dan kesal di dalam hati.

Ainsley tiba-tiba duduk secara menegak.

"Kalau Calvin berjaya 'kurung' aku malam ni.. maknanya tak mustahillah kalau dia boleh hancurkan aku kan? Tak-tak..dia takkan boleh hancurkan aku. Dia bukan orangnya. Dia bukan si penyelamat dunia yang dipilih oleh takdir untuk menghancurkan aku. Jangan harap sebelum aku hancurkannya dulu. Calvin..tidak ada tanda-tanda dirinya adalah sebagai 'penyelamat dunia'. Tak..tak mungkin dia.." Ainsley bergumam perlahan seorang diri di situ. Dia menggeleng kecil.

A few hours later...

Calvin tiba-tiba terjaga dari tidur. Dia mengerling ke arah jam tangannya. Masih ada masa sisa baki sebelum menginjak ke siang. Malam ni dia tidur tanpa menutup lampu.

Nasib dia terjaga awal sebelum hari menginjak siang. Lagipula, mimpi buruknya yang selalu berjaya menyedarkan dia dari tidur dan selalu terbangun awal. Sekali dia bangun, matanya sudah tidak dapat dipejam lagi.

Calvin mengeluh lega. Benar sangkaannya. Ainsley langsung tidak dapat keluar dari bulatan tu. Disebabkan kuasanya mulai lemah malam ini dia tidak dapat melesapkan dirinya begitu saja seperti hari tu.

Calvin melirik ke arah Ainsley yang hanya duduk termangu di situ. Mereka berpandangan lama. Terbit senyuman kecil di bibir Calvin.

"Kenapa kau tengok aku macam tu? Hye manusia seperti aku memang tak dinafikan handsome bukan?" Calvin sudah bangun dari pembaringan. Kening diangkat berkali-kali memandang Ainsley. Haih angkat bakul sendiri pula.

Ainsley mencebik sinis.

"Tsk, memang. Buat aku makin mahu cepat-cepat bunuh kau." kata Ainsley merenung tepat ke arah Calvin tanpa senyuman. Serius. Kelihatan aura di sekelilingnya sudah lain macam.

Namun Calvin hanya tertawa kecil. Dia menghampiri ke arah Ainsley dan duduk berhadapannya.

"Ohh don't kill me so early darling. Kau pun beritahu kat aku yang aku ni adalah manusia special dan kau paling sukakan aku." kata Calvin sambil menunjuk dirinya sendiri.

Ainsley tersentak. D-Darling? Dapat dia dengar degupan jantung Alice berdetak laju. Dia memegang dadanya. Tidak suka sangat dengan perasaan ini.

Selepas itu tangannya diturunkan semula. Dia memandang Calvin berserta senyuman yang menghiasi di bibir merahnya itu.

"Ohh yeah? But..what a pity! Now I don't like you anymore Calvin. Malah buat aku makin rasa mahu bunuh kau juga sekarang ini." kata Ainsley dengan datar. Dia tersenyum miring.

"Oh ya? I'm look so sad huh? But, sorry. You can't do that tonight."

'Cuz I will destroy you first, Ainsley.' desis Calvin di dalam hati. Senyumannya semakin pudar di bibir merekah itu.

"Calvin..do you know what? Kau tak terfikir ke dengan buat aku seperti ini Alice pun akan turut boleh memudaratkan dirinya?" Soal Ainsley sinis.

"M-Maksud kau?"

Calvin menatap lama wajah Ainsley. Selalu saja bibir itu melarik senyuman sinis setiap kali melunturkan kata-kata.

"Yelah, aku berada di tubuh Alice. Dan Alice sudah dianggap monster kerana ada aku. Jadi, aku dengan dia seperti saling menyambung sesama sendiri. Of courselah tubuh Alice akan jadi lemah dan mungkin tidak akan dapat menanggungnya. Hanya aku kuasa jahat yang boleh menanggungnya." Kata-kata Ainsley bagaikan menghentak bertubi-tubi tangkai jantung Calvin.

"Tak..tak mungkin. Dia orang yang kuat..Alice adalah orang yang kuat."

"Yeah dia memang kuat. Selagi dia boleh bertahan dia akan bertahan. Tapi, kalau sudah tidak lagi say goodbye jelah pada dia ye? Hihihi.." Ainsley tertawa kecil.

Tangan Calvin sudah menggeletar dengan sendiri. Teringat pula dia dengan kata-kata tok siang tadi.

"Nak, cuma ada satu saja tok nak pesan. Alice. Kuasa jahat seperti Ainsley yang menetap ke tubuh Alice lama...mungkin juga boleh memudaratkan gadis itu sendiri. Alice adalah manusia. Bergantung pada tahap seseorang itu. Ainsley adalah kuasa jahat yang sangatlah kuat. Sekiranya menetap di tubuh Alice dengan lama ..takut..Alice mungkin tidak akan mampu lagi untuk bertahan. Nyawanya juga bila-bila masa saja boleh dalam bahaya. Kerana manusia dan kuasa jahat tidak boleh bersatu."

Selepas teringatkan akan hal itu jiwa dan hati Calvin tiba-tiba meruntun sayu dan sebak. Dia tidak mahu itu terjadi pada Alice.

Tiba-tiba Calvin memaut kedua-dua bahu Ainsley. Dia merenung dalam ke anak mata merah Ainsley.

"Ainsley... berjanjilah dengan aku yang kau takkan apa-apakan tubuh Alice selagi kau masih berada dalam tubuhnya."

"Tsk! Aku tak boleh janji. I can't do that." Jawapan Ainsley membuat Calvin terkedu seketika.

Tak lama kemudian, senyuman sinis kembali mekar di bibir Calvin. Calvin semakin mencengkam erat bahu Ainsley dan terus menarik tubuh itu merapatinya.

"Aku terlupa..kau kuasa jahat. Kau mesti tak faham semua ini kan?"

"Apa yang aku masih tidak faham? Just talk to me." kata Ainsley tenang. Dalam masa yang sama keningnya tercantum.

"Cinta. Kau tak pernah faham cinta sebab kau bukan manusia. Yang kau tahu mahu menghancurkan dan menghancurkan. Tsk. Kesian pada kau Ainsley. Kerna tak dapat rasa kelazatan dan kehangatan cinta bahkan langsung tidak dapat menyertikannya."

Ainsley mengetap rahangnya. Terasa dicabar oleh kata-kata Calvin.

"Cinta huh? Aku pernah dengar perkataan itu. Bagi manusia cinta amat penting huh? Dan disebabkan cinta juga membuat manusia yang lemah semakin lemah. Hehe, kau tak terfikir itu ke Calvin? Manusia memang selalu bergantung sesama sendiri. Because. They. Are. So. Weak." Selar Ainsley dengan pedas satu per satu di hujung ayat.

"Tak, kau salah. Aku selalu mengajarkan ayat ini pada pemusuh-pemusuh cinta. Kalau tidak tahu atau mengerti apa itu erti cinta..jangan sesekali memperlekehkannya. Kerana sekali cinta itu bangun..dia akan terus berperang dan berjuang habis-habisan. Jangan main-main dengan cinta. Dan senjata cinta sangatlah kuat. Seperti lautan api..sekali pemusuh-pemusuh renangi maka hanguslah dia tenggelam di dalam itu selama-lamanya."

"Woahh!! Wow³, hebat sungguh cinta eh? Kalau begitu kau mesti belum tahu apa itu kehebatan kuasa Ainsley." Ainsley semakin mendekatkan wajahnya dengan muka Calvin.

"Dan kau juga tidak tahu seperti apa kehebatan cinta saat dia sudah marah." Calvin turut semakin merapati wajahnya dengan muka Ainsley sehingga membuat hidung mereka berdua hampir terlanggar.

Terbit senyuman sinis di bibir mereka berdua sambil saling menatap tajam sesama sendiri.

Tiba-tiba...Calvin melekap belakang tangannya ke pipi Ainsley.

Ainsley tergamam. Dia tidak terkata dengan tindakan Calvin ini.

"Dapat rasa kehangatannya?" Ainsley membulatkan matanya. Matanya merenung ke tangan Calvin yang masih lembut memegang sebelah pipinya.

Jantung semakin mengepam laju. Ainsley meramas kecil tangan di atas ribanya. Yeah, dia mengaku itu. Dia rasa kehangatan yang sangat menyenangkan. Rasa sesuatu yang sangat asing. Tidak pernah dia mengalami rasa ini.

"Yeah, rasa hangat. W-What's this feeling? I've never felt this. " luah Alice perlahan.

"Yes I know. This is first time you felt this feeling, Ainsley."

Ainsley tidak berkata apa. Redupan matanya yang lembut bertentang mata dengan Calvin.

Tiba-tiba Calvin menarik Ainsley ke dalam dakapannya.

"Kali ini lebih rasa hangat?"

"Yeah, sangat hangat.." wajah Ainsley tersandar di dada bidang Calvin. Dia memejam kelopak matanya perlahan.

'Terasa hangat mengelilingi tubuhku. Tidak pernah kurasa tenang begini. Yang aku tahu rasanya begitu sejuk, gelap, suram, dan kejahatan. Apakah...ini dipanggil cinta?' batinnya.

"Jangan pernah berfikir aku memeluk kerana cinta atau sayang. Aku berbuat ini hanya mahu berkongsi hangat denganmu. Kerna, aku tahu..kau tak pernah merasa ini. Kuasa jahat tidak mempedulikan kehangatan, cinta, dan kekenyangan. Ini kerana, merekalah yang tidak pernah merasakan nikmat itu sama sekali."

"A-Aku nampak menyedihkan?" Soal Ainsley perlahan. Posisi mereka masih dalam berpelukan.

"Tidak. Hanya kerana kau terlahir seperti itu. Tetapi, bolehkah kau hanya pendamkan keinginan kau untuk menghancurkan hidupan makhluk hidup dan di bumi ini? Mereka tidak bersalah apa-apa. Jangan kerana kau kuasa jahat ..kau boleh buat apa-apa di atas muka bumi ini. Pergilah sebelum aku atau sesiapapun menghancurkan kau, Ainsley. Kau tidak punya alasan kukuh untuk hancurkan bumi ini..."

"Siapa kata?" Potong Ainsley dengan cepat.

"Hahh??" Soal Calvin semula dalam kehairanan. Pelukan mereka akhirnya terlerai.

"Aku tidak perlu berterima kasih kerana telah berkongsi kehangatan kau pada aku untuk beberapa minit yang berlalu. Tapi, aku tetap dengan keputusan aku. Hell, aku tahulah kau bicara semua ini sebab cuba mahu tukarkan fikiran aku kan? Kau takkan dapat Calvin. Aku dengan namanya Ainsley tidak akan berubah fikiran."

"Dan siapa cakap kami kuasa jahat tidak punya alasan yang kukuh untuk hancurkan bumi?"

"Aku mahu menghancurkan bumi bukan kerana keinginan sendiri tapi kerana seorang manusia sendiri yang menginginkan ini."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience