Bab 9: You're not monster

Fantasy Series 3715

Kelihatan seorang gadis terbaring seperti posisi sedikit mengiring. Kedua tangannya terjulur sedikit ke hadapan. Dengkuran halus yang keluar dari bibirnya sudah tidak kedengaran. Kelopak mata gadis itu buka secara perlahan-lahan.

Pertama yang dia lihat adalah semuanya warna hitam dan kosong. Gadis itu mencantumkan keningnya. Dia mendesah kecil.

"Ergh.. Kat mana aku sekarang ni? Kenapa..semuanya nampak begitu hitam? " Soalnya perlahan. Dia sudah bangun dari pembaringan dan seperti duduk bersimpuh. Dia melihat sekeliling. Perasaan takut mula menyelubungi dirinya.

Kat sini..betul-betul hitam. Tidak ada barang atau sesuatu pun kat sini. Semuanya hanya hitam.

"Hello.. " Sebaik saja dia bersuara seakan ada gelombang suara di sini yang menghasilkan bunyi beberapa kali.

Gadis itu beriak hairan bercampur takut. Tiba-tiba...

"Huh, dah sedar pun kau Alice? " Tanya Ainsley sambil tersenyum miring.

Alice tergamam. Perlahan-lahan dia bangun dari duduk. Mata cuba untuk dikecilkan. Tersentap dia dibuatnya apabila orang di hadapan betul-betul mirip dengannya.

"K-Kau..siapa? " Tanya Alice dengan suara sedikit bergetar. Dia bereaksi takut.

"Aku? Hihihi..betul kau mahu tahu aku siapa?"

"Your darkness. I'm your darkness. Hihihi..." Ainsley ketawa mengekeh menampakkan giginya yang tersusun cantik.

Manakala Alice yang mendengar gelak ketawa dari Ainsley terasa meremang bulu romanya. Apatah lagi melihat tubuh dia yang begitu mirip dengan dirinya. 100% mirip! Kecuali suaranya..yang agak menyeramkan. Sukar untuk dirinya percaya apa yang dia sedang lihat sekarang ini.

"Alice..Alice..Well, kau ingat tak masa kau pernah kutip sebuah kotak kecil dekat pantai hari tu? Kau tak tahu..bila kau buka saja kotak tu. Hidup kau akan hancur selepas itu. Hihihi, and now...welcome to your dark world Alice Laurel. Ohh wait..betulkan nama panjang kau Alice Laurel. Hmm? Hehe.. "

Ainsley sudah ketawa jahat sambil mengangkat kedua tangannya ke udara. Dia tersenyum miring apabila terpandang wajah takut Alice.

Ainsley merenung tajam ke arah Alice. Bebola mata merahnya menikam ke dalam anak mata Alice.

Alice tersentak. Kepalanya tiba-tiba jadi pusing seakan benda sekeliling berputar-putar. Dia memegang kepalanya yang seperti berpinar-pinar.

Alice menggeleng kepala berkali-kali akibat terlalu pening. Terasa si-dia ada dua di hadapan mata.

Tiba-tiba satu demi satu ingatan buruk menjelma dalam fikiran Alice.

'I-itu aku ke?'

"Arghhh!! "

"T-Tolong.. Tolong.. Tolong jangan apa-apakan aku! Urghh..tolong.."

"Erghhh..sakit..sakit..tolong hentikan! Aku tak nak mati..ahhh sakitnya!!"

"Hiss..hiss.. Kau memang monster! Kau monster! Ahhh!! "

Jeritan kesengsaraan yang diisi penuh dengan kesakitan dan keperitan di dalam fikirannya sangat menyentak tangkal hati. Seakan-akan hati ditoreh berkali-kali sehingga mengeluarkan darah. Dalam fikirannya, dapat dia lihat seorang gadis iaitu dia membunuh orang lain dengan begitu kejam tanpa belas kasihan. Tanpa Alice sedar, dia sudah menitiskan air mata.

"Aku..A-Aku bb..bunuh orang? A-Aku..adalah monster? " Alice bergumam perlahan. Dia menggeleng kepala beberapa kali. Seakan tidak percaya ingatan dalam kepalanya tadi.

"Erghhh..." Alice memegang dada kirinya. Sakitnya di situ.

Alice jatuh terduduk. Sementara telinga mendengar si-dia ketawa menyeramkan.

"Kau memang monster, Alice. Aku dah buat kau ingat segala apa yang aku lakukan. Kau ingat ni Alice. Aku..adalah kau. Tapi aku, bukan diri kau."

Alice tersentak. Manakala hatinya sudah beberapa kali tersentap.

A-Apa semua ni?? K-kenapa semua ini harus terjadi pada aku?

Alice mengangkat kepalanya perlahan memandang Ainsley. Dia beriak takut bercampur sedih. Tidak ada siapa yang faham perasaannya kala ini. Perasaannya bercampur-baur.

Dia mengenggam tangannya di bawah. Badannya menggigil seperti kesejukan. Bagai mendapat kejutan hebat dalam hidupnya. Tak, hari ni memang kejutan yang hebat dia terima. Kejutan yang paling tidak tersangka dan masuk dek akal. Dia...rasa sangat teruk.

"Tsk..tsk..Alice, dah berapa banyak kau bunuh orang yang tak bersalah dengan tangan kau tu? Hihi..menarik. Suka juga aku buat kau macam ni. Aku boleh pergunakan kau. Dan aku..sudah jadikan kau monster. Orang lainlah yang akan anggap kau monster Alice. Hihihi..kesian dengan manusia macam kau. Kesucian dan kebaikan dalam diri kau sudah tiada." kata Ainsley tersenyum sinis.

Alice sekali lagi tergamam. Matanya berkaca-kaca. Masih beriak tidak percaya.

Tiba-tiba Alice memandang Ainsley dengan tajam seperti bilah pisau. Dia menuding jari ke arah Ainsley.

"Kau. Kaulah monster tu! Bukan aku!! Kau..kau yang rasuk badan aku. Kau...aku benci kau monster! Dasar monster! Kau..memang tak guna! " Jerit Alice dengan berani. Jari telunjuknya yang diangkat ke arah Ainsley boleh dilihat sedikit menggigil.

Ainsley hanya tersenyum miring. Mulutnya dicebik ke tepi. Dia melangkah setapak demi setapak perlahan-lahan ke arah Alice.

Alice pov

Melihat dia semakin menghampiri ke sini membuat jantung aku berdebar. Apa..pula kali ni? J-Jadi hidup aku dah musnah dan jadi hitam disebabkan dia? A-Aku bukan monster kan?

Please tell me..anyone tell me!! I'm.. Not monster right? A-Aku hanyalah manusia macam orang lain. A-Aku ada ibu dan ayah. Aku dilahirkan dari perut rahim ibu aku sejak aku masih kecil lagi. Kenapa aku rasa teragak-agak pula? Jangan-jangan.. Ahhh!!

Aku.. Aku memang ditukar menjadi monster oleh dia? A-Aku dah jadi pembunuh! Ahhh.. Iya, dalam fikiran aku..itu adalah aku. Aku..dah bunuh orang yang tidak bersalah dengan tangan aku sendiri. Aku..monster.

Terus aku tunduk ke bawah memandang kedua telapak tangan aku yang menggigil tak henti-henti.

Setitis air jernih mengalir laju ke pipi dan mendarat ke telapak tangan kiriku.

Manakala mata aku memandang telapak tanganku. Tanpa mempedulikan dia yang berdiri di hadapan aku.

Author pov

Calvin tersentak apabila terpandang air mata Alice yang elok mengalir ke pipi.

Yeah, Alice menangis ketika tidur. Hati Calvin terasa tersentuh dan mula diulit rasa risau. Dia mengusap perlahan pipi Alice. Wajahnya yang risau cukup dapat tahu betapa berat pedulinya dia pada gadis itu.

Dia cuba untuk gerakkan tubuh Alice supaya terjaga dari tidur.

End pov

Sekali lagi aku mengalirkan air mata.

J-Jadi tangan ni..sudah tidak bersih lagi? Aku..memang monster? Aku yang dianggap baik oleh semua orang kini bertukar menjadi jahat dan teruk hanya dengan sekelip mata. Wow, kejutan yang sangat kejam dan menyakitkan.

Aku bangun secara perlahan dari duduk dan berdiri setentang dengannya. Mata tajam memerhatinya tepat. Kening aku bertaut.

Memandangnya dengan jarak yang lebih dekat membuat jantung aku lagi kuat berdebar.

"Aku..takkan biarkan kau rasuk aku wahai monster. Aku..bukan kau. Dan kau juga bukan aku. Kau..adalah kau. Aku..adalah aku. Kalau terpaksa, aku akan hancurkan kau. Makhluk seperti kau..tak layak hidup di atas muka bumi ini! " Jerit aku di hadapannya. Tangan aku genggam seerat yang mungkin. Bibir aku ketap dengan kuat.

Tersentak aku apabila mendengar dia tertawa kecil.

"Hehehe..ohh ye ke? Huh, I know. Makhluk seperti aku..mesti harus dimusnahkan right? Aku memang layak macam tu kan? Supaya kau dengan kaum kau dapat hidup dengan aman, right? Hehe..aku akan tunggu saat tu. Manusia lemah. " Ainsley tersenyum sinis.

Orang berada di hadapan cukup buat dia puas hati. Dia boleh pergunakan tubuh manusia di hadapan untuk hancurkan manusia. Dan juga suatu hari nanti..dunia ni pasti akan disaksikan olehnya apabila hancur nanti. Yeah, itulah mengapa Ainsley diwujudkan.

Ainsley. Yeah, dia.

************

"Alice.. Alice..wake up please.. Bangunlah.."

Terasa tubuhku digerakkan oleh seseorang beberapa kali.

Aku membuka perlahan mataku.

Calvin mengeluh nafas lega. Dia tersenyum apabila terpandang aku yang sudah terjaga.

Perlahan-lahan aku bangun dari pembaringan.

Aku berjeda seketika sebelum tiba-tiba menangis teresak-esak. Aku memegang dada kiriku.

"Hisk.. Hisk.. "

Terkejut Calvin apabila melihat aku tiba-tiba menangis teresak-esak.

Bahu aku sedikit terhinjut-hinjut kerana menangis.

"Shhh, kenapa nangis ni? Hmm? " Lembut saja suara Calvin cuba memujuk aku.

Aku tidak berkata apa.

"S-Saya dah j-j..jadi monster. Hiss..Hiss..s-saya..dah bunuh ramai orang. S-saya..dapat lihat betapa takutnya mereka dan betapa deritanya mereka. Mereka menangis..mereka merintih..tapi saya? Nak tahu saya buat apa? Saya bunuh mereka dengan kejam. Saya.. Jahatnya saya awak. Kalau boleh nak saja saya gantikan nyawa saya ni untuk mereka yang saya dah bunuh. " Kata aku dengan lirih dan perlahan.

Calvin menggeleng perlahan.

"No, please don't say like that Alice. Awak..bukan monster. Awak adalah perempuan yang baik dan innocent bagi saya. Awak tahu first time bila saya jumpa awak? Perasaan saya bila jumpa awak waktu pertama kali saya dah tahu awak orang bagaimana. So please..jangan lagi fikir macam tu. Ainsley yang buat awak macam ni. Ainsley yang bunuh orang-orang tersebut. Awak..hanya mangsa keadaan Alice. " Kata Calvin lembut.

Dia mengusap perlahan tengah belakang aku.

Aku menggeleng perlahan.

"Tak²! Itu dulu..tapi sekarang? Sekarang saya dah lain! Walaupun Ainsley yang rasuki saya tapi tangan ni.. Tangan ni dah bunuh ramai orang yang tak berdosa! Tangan ni dah tumpahkan darah orang. Arghh! Jahatnya aku!!" Aku mula jerit histeria. Aku bangun dari duduk dan mencengkam kuat rambut aku. Aku serabutkan rambut aku dan menangis seperti orang gila merapati nasib aku sendiri.

Aku..tak boleh terima kenyataan tu. Ianya memeritkan. Begitu perit..Aku..dah tak lagi baik. Tangan ni dah buat orang menderita dan mati. Ianya betul-betul dalam fikiran aku. Aku asyik teringat jeritan sengsara dari orang lain seolah-olah begitu dekat di telinga aku.

"Urghh..Alice.. apa yang kau dah buat..apa yang kau dah buat.. " Aku bergumam sendiri. Hanya itu yang keluar dari mulut aku. Tangan mengetuk kepala berkali-kali.

Manakala Calvin lagilah sedih melihat aku begini. Dia terus bangun dari duduk dan menarik aku masuk ke dalam dakapannya.

"No..no..no..awak tak bersalah Alice. Awak bukan monster.."

Aku menggeleng perlahan. Tangan meronta-ronta dalam pelukannya.

"Tak.. Tak!! Saya monster. Lepas..lepaskan saya! Saya takut..awak pula nanti yang saya bunuh atau cederai. Keep you away from me! Arghh.. " Aku menjerit histeria dalam pelukannya lagi.

Tangan masih meronta-ronta dalam pelukannya.

Calvin tidak berkata apa. Dia terus memeluk aku dengan erat biarpun aku menyakitinya dan menumbuk-numbuk kuat di dadanya.

Akhirnya aku penat dan tidak lagi meronta dalam pelukannya. Tapi, tangisan aku masih kedengaran dalam pelukannya.

Aku terduduk perlahan di atas lantai. Begitu juga Calvin sambil masih memeluk aku.

Dia meletakkan dagunya ke atas kepala aku.

"Hiss..hiss.. "

Calvin memejamkan matanya perlahan. Mendengar esak tangisan mendayu dari aku membuat hatinya begitu sakit.

Tak semena-mena setitis air mata jantannya mengalir juga ke pipi.

'Aku akan buat apa saja untuk kau Alice. Asalkan kau dapat hidup bahagia dengan normal seperti orang lain. Kalau terpaksa, aku akan cuba untuk musnahkan monster dari dalam badan kau, Alice. Itu janji aku. '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience