Author pov
"Excuse me.." kedengaran suara seorang lelaki yang tiba-tiba menegur Ainsley dan juga dia. Wahh dasar manusia! Aku baru saja nak nikmati darah lelaki ini. Kacau betul! Jerit Ainsley di dalam hati.
Mata merah Ainsley melihat gerangan yang berani sangat menganggu detik nikmatnya untuk menghisap darah. Ainsley terpaku seketika. Woahh. Masih lagi dalam keadaan menghisap jari mangsanya. Matanya hanya memandang ke arah Calvin dengan begitu tepat dan tajam.
Begitu juga Calvin yang memandang ke arahnya dengan wajah... terkejut. Yeah, reaksi tu adalah reaksi terkejut dan sangat terkaku.
'Huh aku suka betul kalau manusia takut dengan aku. Ianya membuat aku lebih berkuasa. Manusia mana yang tak terkejut kan kalau aku hisap darah manusia iaitu kaum sejenis. I mean..manusia dengan manusia.' batin Ainsley.
Ainsley menarik semula gigi runcingnya dan terus menukarkan gigi yang asal dengan sendirinya. Jari mangsa sudah lepaskan. Terlihat darah di jari mangsa bercucuran keluar dengan laju. Macam air pancut pun ada.
Selepas Ainsley lepaskan jari lelaki itu terus lintang-pukang lari daripada Ainsley. Takut sangat gamaknya.
'Arghh...baru saja aku nak bunuh dia cukup-cukup. Tapi dia terlepas macam tu je? Huh! Ini semua salah lelaki ini yang kacau aku.' batin Ainsley. Matanya merenung Calvin seperti mahu menerkam hidup-hidup. Kelihatan muka Calvin masih beriak terkejut membuat senyuman miring muncul di bibir Ainsley. Matanya yang tajam kini bertukar redup.
"Alice? Kenapa ni? Apa yang terjadi? Wah tak sangka akhirnya takdir menemukan kita lagi. Nampaknya kita ada jodoh tak? Hehehe.." kata Calvin ketawa kecil. Dia tidak berkelip memandang ke arah Ainsley yang menjelma dalam diri Alice. Perempuan yang buat dia jatuh suka apabila pertemuan pertama mereka lagi. Dan akhirnya mereka bertemu semula tetapi dia tidak tahu yang sebenarnya itu adalah Ainsley dan bukannya Alice.
Ainsley memandang ke arah Calvin dengan lama. Apabila ditatap lama lelaki itu serta-merta ingatan Alice yang lepas timbul dalam fikirannya. Dari mana ingatan ketika pertemuan pertama Calvin dengan Alice sampailah ke ingatan di mana Calvin terasa ingin bertemu dengan Alice lagi.
"Eih awak tunggu dulu!" kata Calvin.
"Ya?" Alice menoleh badannya untuk melihat Calvin
"Lepas ni kita akan berjumpa lagi?" kata Calvin menanti jawapan dari aku. Soalan darinya membuat aku sedikit sebanyak tersenyum. Macam something je soalan dia ni.
"Tengoklah macam mana nanti. Kalau takdir mahu menemukan kita maka kita akan berjumpa lagi. Tapi kalau tak maknanya kita takkan jumpa lagilah." kata Alice tersenyum.
Apabila ingatan itu mula mengimbas detik pertemuan mereka dari awal hingga habis Ainsley sudah tersenyum penuh makna.
"Jadi...kau dengan dia pernah bertemu. Dan tak sangka juga baru bertemu korang dua dah jatuh suka antara satu sama lain. Yeah. Patutlah hati aku rasa berdebar bila terus nampak muka kau. Huh rupa-rupanya perempuan milik tubuh ni dilamun cinta. Hihihi..menarik." gumam Ainsley perlahan. Dia mencarik senyuman miring lagi.
"Err apadia? Saya tak dengar. Awak cakap apa tadi Alice?" kata Calvin. Ainsley tidak berkata apa sebaliknya terus mendekati Calvin perlahan-lahan. Semakin lama semakin dekat. Tumit kasutnya kedengaran bunyi mencecah ke jalan tar.
"Well..well..tengok siapa ada kat sini. Huh! Nampaknya walaupun aku kehilangan mangsa aku..kau aku boleh ambil. Hihihi...and you're the special one... because she like you.." kata Ainsley ketawa kecil.
Kata-kata Ainsley membuat Calvin buntu. Entah apa yang dicakapkannya pun dia tak tahu. Tetapi perasaan gembira apabila dapat bertemu dengan Alice tidak dapat dinafikan.
Ainsley memandang ke arah Calvin dari bawah hingga ke atas. Membuat dia tersenyum hingga ke telinga. Sudah macam-macam terbit dalam benaknya untuk berbuat apa pada Calvin nanti.
Ainsley semakin mendekatinya membuat Calvin sedikit mengundur ke belakang.
"Err..jap kenapa awak makin dekat ni?" kata Calvin. Kelihatan seperti wajahnya pucat. Yelah sekarang hatinya semakin berdebar apabila Alice yang dianggap semakin mendekat.
"Hihihi I like you. You are such..you know sexy. Tapi malangnya kau adalah manusia." kata Ainsley.
"Dan aku sangat bencikan manusia.." sambung Ainsley lagi. Calvin semakin buntu. Dia hanya merenung Ainsley. Dia tak tahu apa yang terjadi sekarang ini.
'Apa maksud Alice dan kenapa dia cakap seolah-olah dia bukan manusia? Entahlah perasaan aku bercampur baur sekarang ini. Situasi ini tiba-tiba saja berlaku.' batin Calvin.
Calvin berhenti daripada mengundur ke belakang apabila merasakan dinding di belakangnya menghalang. Ini kerana mereka berada di tempat lorong kecil yang ada dinding.
Ainsley menahan tangannya ke dinding supaya Calvin tidak lari. Mereka berdua sangat dekat sekarang ini.
Ainsley tersenyum. Dia melihat wajah pucat Calvin dan dia tahu wajah pucat itu bukan kerana takut dengannya tetapi kerana takut dan berdebar apabila tubuh Alice semakin mendekat.
"Alice.." panggil Calvin. Dia merenung kedua-dua bebola mata merah dari Ainsley.
"Tsk..tsk... Calvin. Malangnya I'm not Alice. Your girl akan ada bila menjelangnya waktu siang. But, for every night..Ainsley yang akan sentiasa menjelma nanti. Eh wait a second..why I tell you about this huh? You kan tak tahu apa-apa. Huh mesti kau tengah rasa sangat keliru kan? Heyy don't show that face. Takpe, suatu hari nanti..kau akan tahu perkara yang sebenar.." kata Ainsley semakin mendekatkan jarak antara mukanya dengan Calvin. Jarak mereka hanya kurang seinci saja.
"Calvin, your lips are so sexy. And.. that makes me really want it." Kata Ainsley. Tangannya yang memegang pipi Calvin kini berkalih mengusap bibir Calvin lembut tetapi Calvin diam saja memerhati Ainsley seolah-olah terpukau. Yeah, Ainsley boleh membuat seseorang itu terpukau dengan senang.
Mereka semakin lama semakin dekat. Ainsley semakin merapatkan bibirnya dengan bibir Calvin. Dia mahu menggigit bibir Calvin.
Ainsley menggigit bibir Calvin sehingga keluar sedikit darah. Yeah bibir mereka bersentuh. Dan hal itu membuat Calvin serta-merta tersedar. Mulutnya terkunci rapat apabila Ainsley menghisap mulutnya.
"A-apa yang awak buat?!" kata Calvin. Dia menolak Ainsley perlahan. Sedikit berjauhan dengannya.
Ainsley memejam matanya. Dia menyilat bibirnya. Calvin pula menyentuh bibirnya yang terluka.
'Perempuan ni... benar-benar gila.' batin Calvin. Dia memandang ke arah Ainsley dengan reaksi tidak percaya. Terasa pedih bibirnya saat ini.
"Ermmm, nyummy². Sooo..delicious. Hihihi..Calvin..Calvin..you are the one person special to me. I want to keep you." kata Ainsley dengan suara yang menggoda dan menyeramkan.
Dia mendekati Calvin lagi dan memegang kedua-dua bahu Calvin. Ainsley mendekatkan mulutnya ke telinga Calvin. Dia membisikkan sesuatu di telinga Calvin membuat Calvin sedikit geli. Hembusan nafas Ainsley mengena ke telinganya.
"Calvin, saya takkan lepaskan awak. I like you and I want your blood. You know what..darah kau sangat manis." bisik Ainsley perlahan di telinga Calvin. Calvin membulatkan matanya lagi. Malam ini bagaikan satu surprise untuknya. Tak semena-mena dia yang jadi mangsa. Ainsley sudah suka padanya dan dia...takkan sesekali lepaskan Calvin dengan begitu mudah.
"What do you mean you like my blood? Who are you? Vampire?" kata Calvin memandang tepat ke arah Ainsley. Mereka berdua sekali lagi sangat dekat. Calvin memandang ke arah Ainsley dengan tajam.
"Calvin..kau akan tahu perkara yang sebenarnya nanti. Perempuan ini..kau suka perempuan ini kan? Don't worry ini bukan apa yang kau fikirkan. Ini bukan Alice. Alice akan ada bila waktu siang. And sekarang sudah mahu siang. Tak lama lagi..kau akan jumpa dengan dia. See you soon..my sweetie blood." kata Ainsley tersenyum miring.
Tidak lama kemudian tubuh Alice terus pengsan tidak sedarkan diri dan mahu jatuh tapi sempat disambut oleh Calvin.
"Heyy what's wrong? Alice?" panggil Calvin. Dia menggoyangkan tubuh Alice tapi takde reaction. Dia menepis sedikit rambut yang terjuntai di muka Alice.
"Alice? Alice?" panggilnya lagi. Namun masih tak ada tanda-tanda Alice mahu buka mata.
"Huh, lepas beri kata-kata yang mengelirukan awak terus pengsan? Hehe macam-macam. Saya rasa awak mabuk ni." gumam Calvin perlahan. Dia ketawa kecil dan memandang ke arah Alice yang masih terpejam rapat matanya.
Calvin tanpa berlengah lagi dia terus mendukung Alice ala bridal style. Sudah tidak tahu tempat mana dia mahu pergi untuk bawa Alice. Mahu pergi ke rumah Alice alamatnya tidak tahu. Jadi..bawa pergi ke rumahnya sajalah.
Hehehe korang masih suka novel The Power Evil: Bad girl lagi ke? Hehe...korang boleh komen. Sebab mungkin cerita ni..agak sedikit membosankan hehe.
Share this novel