Bab 10: Sign

Fantasy Series 3715

Calvin pov

Kulihat wajah pucat Alice sambil bersandar ke kerusi sofa. Aku hanya melutut di hadapannya sambil kedua-dua tangan memegang sisi kerusi seperti mengurungnya.

Alice hanya berwajah muram dan seperti murung. Dia hanya memandang ke hadapan dengan pandangan kosong. Matanya mengerdip perlahan. Sesekali air mata mengalir ke pipinya.

Sejak lepas itu, dia langsung tidak mahu bercakap. Hanya mengangguk dan menggeleng.

Aku mengeluh lemah perlahan. Mata mengerdip kuyu. Aku bangun dari duduk berdiri tercegat di hadapan kerusinya. Manakala mata Alice still sama. Hanya lihat ke hadapan. Langsung tidak bertentang mata denganku.

Aku membengkok sedikit tubuhku dan mengelus lembut pipinya yang basah dengan air mata dengan jari runcingku.

Aku memejam mata perlahan. Bibirku kemam. Sampai bila?? Sampai bila dia mahu jadi macam ni??

"Alice...awak nak makan? Jom kita breakfast nak?" kata aku cuba untuk tersenyum.

Alice hanya menggeleng kecil. Namun, matanya hanya kosong pandang hadapan.

Aku mencantumkan kening. Kedua-dua tangan menyentuh lembut bahunya. Mataku memandang tepat ke dalam anak mata coklat cairnya. Kepala menyama ke wajahnya.

"Don't cry..kalau awak akan terus macam ni..saya juga pasti akan sedih. Saya tak sanggup..saya tak sanggup lagi lihat awak seperti ini Alice." kata aku perlahan dengan suara bergetar pilu. Cuba menahan rasa gelora di dada.

Alice tidak berkata apa. Dia seperti patung hidup di situ. Hanya matanya saja yang asyik bergenang dan mengalir air mata.

Aku terus memeluknya erat. Air mata yang cuba untuk ditahan akhirnya terlepas jua. Aku menangis tersedu-sedan di dalam pelukan.

Manakala Alice hanya membiarkan aku memeluknya. Dia langsung tidak membalas pelukanku. Alice yang merasakan bahunya basah terkena air mata aku hanya terdiam sepi.

Sesekali air matanya turut keluar. Dia hanya menangis tanpa suara. Matanya dipejam rapat. Hanya terdengar esak tangisku di dalam pelukan. Penat. Dia cuma rasa penat dan rasa teruk. Rasa sakit yang tak terhingga di dalam sana. Seakan hatinya seperti mahu pecah. Begitu pedih dan perit sekali.

Selepas sudah merasakan lama memeluknya, aku meleraikan pelukanku. Air mata yang berjuraian ke pipi aku lap kasar dengan telapak tanganku. Aku terduduk di atas sofa di tepinya.

"Alice..awak duduk sini dulu ye? Saya mahu pergi ke dapur sekejap." kata aku perlahan cukup hanya dia saja yang boleh dengar.

Namun, Alice masih statik sama. Aku tidak berkata apa lagi. Dengan hati yang berat, aku bangun dari sofa dan mahu pergi tetapi dihalang oleh Alice apabila pergelangan tanganku terasa ditarik lembut olehnya.

Aku tersentak. Perlahan aku memalingkan kepala ke belakang. Mata terlekat pada tangannya yang elok memegang tanganku.

Alice bangun perlahan dari duduk. Dia berjalan perlahan mendekatiku. Dia mengangkat kepala sedikit dan bertentang mata denganku.

Mataku yang tadi terlekat ke tangannya kini berkalih ke wajah mulusnya. Aku memandang tepat ke dalam anak mata Alice yang sudah bertakung air mata itu.

Alice melepaskan perlahan tanganku. Tangannya kini beralih memegang lenganku yang berbalut ini.

"Dia yang..buat?" Soal Alice yang memandang tepat ke lenganku yang berbalut.

Aku mengangguk perlahan.

"Iya."

Mendengar pengakuan mulut dari aku Alice mengetap bibir bawahnya. Dia menarik nafas dalam sehingga ternaik sedikit bahunya.

Mata Alice kini melirik ke bibir bawahku yang sedikit luka.

Tangan Alice yang lagi satu cuba diangkat perlahan mahu menyentuh bibirku yang luka.

"Bibir awak ni..saya dah lama nampak. Bibir awak seperti luka. D-Dia juga kan yang b-buat?" kata Alice sedikit tersekat-sekat.

Tersentak aku apabila bibirku disentuhnya lembut. Mata masih memandangnya. Keningku tercantum.

"I-Iya."

Bibir Alice sedikit menggigil. Alice cuba menahan rasa. Dia seolah sudah tidak lagi bersemangat.

"Calvin..you know what? Saya..dah fikir masak-masak." Kelihatan Alice membelakangiku. Dia berjalan perlahan-lahan ke sebuah alas meja kecil.

Pasu bunga yang berada di atas meja itu dia ambil.

Papp!!

Terperanjat dan terpempan aku dibuatnya apabila melihat Alice memecahkan pasu bunga tersebut.

"Alice..a-apa yang awak buat??"

Terbuntang mataku apabila melihat Alice membengkok badannya sedikit mengambil serpihan kaca pasu bunga yang pecah itu.

Tak..tak..sekarang aku dah tahu dia mahu buat apa. She wants to try to kill herself!

"Alice...letak kaca tu balik. Please..I'm begging you. What are you doing?" kata aku dengan lirih. Aku cuba mendekatinya.

"Jangan dekat, Calvin. I wanna die. Saya tak main-main. Biar saya mati. Calvin, did you forget that? I'm a monster. Dan monster tak boleh hidup di atas bumi ini. Mungkin, kalau saya bunuh diri..Ainsley pun mati juga sekali dengan tubuh saya. Who knows right?" ujar Alice tersenyum. Namun, malangnya itu adalah senyuman yang pahit.

"No..no..you can't. Saya takkan benarkan. Alice! Tolonglah.. Saya merayu sangat. Jangan buat kerja gila boleh tak?!" Jerit aku histeria.

Alice menggeleng perlahan.

"Sudah terlambat.." Selepas dia berkata begitu tanpa ku sangka Alice terus menikam kaca tajam itu ke pergelangan tangannya bertubi-tubi tanpa henti sehingga mengeluarkan darah yang banyak.

Alice tercantum keningnya.

"Arghh.." Dia cuba menahan rasa sakit yang mencucuk di pergelangan nadinya. Dia mahu mengelar nadinya tapi dia takut. Dia tak boleh..dia hanya dapat menikam pergelangan tangan berkali-kali. Rasa sakit ini tidak dapat menandingi rasa sakit di hatinya.

"Alice!!" Aku terus menghampirinya dan cuba untuk menghentikannya.

"Lepas..L-Lepaslah." Alice cuba meronta-ronta tangannya dari dicengkam erat oleh aku.

"Tak..tak..saya takkan lepas!" kata aku tegas. Kaca yang masih berada dalam genggamannya aku sedaya-upaya rampas. Akhirnya kaca itu terlepas juga ke lantai. Aku menarik nafas lega perlahan.

Kulihat darah Alice setitis demi setitis jatuh ke lantai.

"Alice! Apa yang awak buat?! Kalau rasa teruk sekalipun janganlah sampai cuba bunuh diri! Awak langsung tak fikirkan saya juga ke? Walaupun sedikit? Kalau awak mati..macam mana saya mahu hidup lepas ni?" Marah aku pada Alice.

Alice tidak berkata apa. Hanya menunduk ke bawah. Air matanya berjuraian ke pipi mendarat ke kakinya.

Aku menarik nafas perlahan dan menghembusnya kasar.

"Alice, I'm so sorry. Saya tak berniat mahu marah awak." Aku cuba menyentuh lengannya.

"Saya takut..mahu kehilangan awak."

Alice mengangkat kepalanya memandang aku.

"Calvin, ini..terlalu menyakitkan. Saya dah tak mampu lagi mahu menghadam semua ini. Awak bagitau saya Calvin. Apa yang saya harus lakukan? Awak tak faham saya. Awak tak faham apa yang rasa. Rasanya seperti mahu mati tau tak?" kata Alice sambil tangan kirinya yang tidak cedera dia menumbuk sekuat hati ke dadanya.

Alice mengenget kepalanya memandang aku. Matanya sudah sembab dan merah kerana terlalu banyak menangis.

Aku menggeleng perlahan. Pipiku sekali sekala turut basah dengan air mata.

"Alice.. "

"Kepala ini.. Kepala ini sungguh rasa sakit. Sakitnya sungguh mencengkam. Rasa macam mahu pecah. Kepala asyik teringat hal tu. Telinga ni..telinga ni asyik mendengar rintihan sakit dan laungan dari mereka semua. Erghh..so, beritahu saya macam mana boleh tidak apa-apa?" kata Alice yang kini menumbuk kepalanya sekuat hati.

"Erghhhh!!" Alice menyerang kecil. Mulutnya menggigil. Aku terus membawanya ke dalam pelukan aku.

"Saya akan buat apa saja untuk singkirkan rasa sakit awak tu Alice. Saya janji pada awak Alice. Saya janji. Suatu hari nanti..awak takkan apa-apa." kata aku perlahan. Aku mengelus lembut rambut panjangnya di belakang.

Alice memejamkan matanya. Dia cuba untuk fikirkannya lagi. Cuba mahu rehat diri. Cuba mahu tenangkan diri. Dia sudah terlalu banyak rasa tertekan. Dia sudah sangat lelah sekarang.

Andai bagusnya rasa sakit yang dialaminya ini cepat-cepat boleh hilang pergi bagaikan angin yang lalu. Pasti dia boleh berehat sekejap. Hanya sekejap saja bolehlah. Daripada asyik fikirkan hal itu dan asyik rasa kesakitan itu. Ia boleh buat dirinya semakin menjadi teruk. Dan aku..takkan biarkan hal itu terjadi.

Aku cuba lepaskan pelukan darinya.

"Stay here. Just biar macam ni sekejap. Berada dalam pelukan awak..buat saya rasa sedikit tenang." kata Alice perlahan. Matanya masih terpejam tanpa terbuka.

Aku tersenyum nipis. Dan membiarkan dia berada dalam pelukanku. Belakangnya aku tepuk lembut dan perlahan.

"Bunga Lily tu..dah jadi hitam.."

Aku pandang beberapa kuntum bunga Lily yang kini tersadai di atas meja tanpa palsu. Faham dengan maksudnya.

"Jangan risau. Kalau dia buat bunga Lily awak bertukar hitam..saya akan tukarkan yang baru. Bunga Lily awak takkan hitam selamanya. Selagi ada saya." Alice tidak berkata apa. Dia hanya memejam mata seketika di dalam pelukan.

Aku memegang pergelangan tangannya yang berdarah.

Terpempan aku dibuatnya apabila melihat luka di pergelangan tangan Alice terus jadi sembuh dengan sendiri. Luka tu dengan sendiri tertutup. Darah sudah tidak mengalir keluar.

"Alice...luka awak sembuh dengan sendiri." kata aku dengan nada seakan tidak percaya.

Alice tidak menyandar kepalanya ke dada bidang ku lagi. Dia melihat pergelangan tangannya.

Matanya memandang aku. Turut beriak sedikit terkejut seperti aku.

"Mungkin..kerana saya monster." kata Alice tertawa dalam kepedihan.

"Tak..mungkin itu kerana kuasa Ainsley yang berada dalam tubuh awak." kata aku.

Alice berjeda.

"Auchh! Panas.." Alice tiba-tiba mendesir mulutnya. Dia memegang dahinya.

"Panas?" Soal aku lagi seperti tak tertangkap kata-katanya tadi.

"Yeah, panas. Dahi saya kat sini. Tiba-tiba jadi panas. Rasa macam kulit terbakar." kata Alice mencantumkan keningnya cuba menahan sakit.

"Aku memegang tangannya yang menutup dahi. Cuba awak letak tangan awak. Saya mahu tengok dahi awak." kata aku lembut.

Alice hanya mengangguk. Dia meletak tangannya perlahan ke bawah. Serentak itu, bulat mataku apabila terpandang dahinya. Terus spontan tangan ku terlekap ke dahinya.

"Alice dahi awak..tiba-tiba ada tanda." kata Calvin.

"Hahh?? Tanda? Tanda apa? Dahi saya langsung tak ada tandalah." kata Alice keliru. Dia beriak pelik.

"Ada. Takpe, saya ambil cermin." kata Calvin yang mahu mengambil cermin di dalam bilik. Namun, sudah terlambat. Alice terlebih dahulu nampak wajahnya melalui meja kaca yang boleh memantul dirinya.

Alice tersentak.

"Tanda ni..tanda apa??" Gumam Alice sendirian. Keningnya tercantum. Berasa keliru dengan diri sendiri.

Terpempan Alice dibuatnya apabila tangannya turut tiba-tiba mempunyai tanda. Tanda ini pula..seperti bentuk api yang sedang marak. Dan tanda ni mempunyai lingkaran merah. Perasaan takut menyelubungi dirinya lagi.

"Alice.."

Alice mendongak memandang aku.

"Calvin..dahi saya..."

Aku berjeda. Cermin ku letak di atas sofa. Tidak jadi memberi cermin padanya.

"Awak dah tau? Itu ialah tanda..seperti tanda Ainsley. Yeah, betul tu. Sewaktu Ainsley muncul dalam diri awak, dia ada tanda tu juga. Ada tanda di dahi dan juga di tangan. Sama seperti awak." kata aku apabila terpandang tangan belakang kanan Alice yang turut ada tanda juga.

Aku terus memegang tangannya mahu melihat dengan lebih dekat tanda apa itu.

"Tanda ni..bentuk dia macam.." Aku cuba analisis dengan mata tajamku.

"Api." kata Alice yang memotong percakapan aku.

"Yeah, betul tu." kata aku melirik ke arahnya pula.

Tersentak kami apabila sedar-sedar saja wajah kami berdua begitu hampir. Lama kami bertentang mata sebelum aku meletak kembali tangannya ke bawah.

"Err, sorry. Saya terpegang tangan awak pula." kata aku menggaru belakang leher yang tidak gatal.

"It's okay. Cuma..saya mahu tanya. Ainsley? Siapa Ainsley?" Soal Alice yang seperti tidak kenal nama itu.

"Ainsley(energi). Itu adalah nama bagi monster tu." kata aku menjawab pertanyaannya.

Alice terdiam. Sudah mengagak itu jawapannya. Tak lama kemudian, dia bersuara lagi.

"Awak..saya nak minta tolong. Kalau 'dia' menjelma dalam diri saya waktu malam nanti, tolong berada di sisi saya? Tolong jangan biar Ainsley kawal diri saya sehingga sanggup melakukan apa saja. Hanya awak saja yang boleh bantu saya, Calvin. Jangan biar dia bunuh atau cederakan siapa-siapa." kata Alice dengan pandangan seperti berharap padaku.

Aku tersenyum.

"I will..Alice. I will.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience