"Good morning Jen!" kata aku tersenyum. Aku duduk di meja makan. Hari ini giliran Jennie masak. Nampak macam terliur pula aku dengan nasi goreng ni. Hehe..
"Good morning Lice!" kata Jen membalas senyuman dari aku. Aku tanpa berlengah lagi terus mencedok nasi ke pinggan aku. Nyum...nyum...
Tengah kami berdua ralit makan terdengar suara berita dari tv. Hmm biasalah. Jennie selalunya pasti akan buka tv di ruang tamu dan biar macam tu. Kalau nak masak pun sama. Lagipun Jennie ni dia tak suka sangat dengan suasana yang sunyi dan sepi saja. Pasti dia akan buka tv atau buka lagu di telefonnya.
"Semalam terdapat tiga orang mati di New Mexico dalam sekaligus. Malah kematian mangsa sangat kejam. Lebih banyak pula kemalangan yang berlaku di sana. Banyak keluarga atau ikatan apa-apa dari mangsa menangis dan berteriak. Ada yang mengatakan mangsa iaitu kawannya sendiri sebenarnya dibunuh dengan kejam. Kerana terdapat bukti yang menunjukkan ianya adalah mangsa bunuh. Dan tidak dapat mengesahkan lagi sama ada ketiga-tiga ini memang adalah mangsa bunuh ataupun tidak."
Aku yang khusyuk makan turut menadah telinga mendengar berita. Aku terhenti daripada menyuap makanan ke mulut apabila terdengar 'tiga orang mati di New Mexico' di kaca televisyen. Jennie turut terhenti makan dan kami berpandangan seketika.
"Kau dengar apa yang aku dengar? Tiga orang mati semalam di New Mexico. Dekat sini kut! Dan ada yang cakap tu adalah mangsa bunuh. Wahh dengar perkataan bunuh terus buat bulu roma aku mencanak naik. Rasa seram pula." kata Jennie yang seperti menggosok kedua-dua lengannya tanda seram.
Aku tidak berkata apa. Sebaliknya hanya memandang ke arah Jennie.
Serta-merta kepala aku menjadi sakit. Aku pernah mimpi semalam yang aku bunuh orang yang tidak bersalah dengan kejam pula itu. Waktu itu banyak yang pandang ke arah aku dan bila orang dekat pada aku..aku bunuh diaorang. Yeah mimpi tu seakan-akan betul dan sangat menyeramkan dan menyedihkan. Kali pertama aku mimpi benda yang menggerunkan terutamanya tentang diri aku. Dan selepas itu aku terus terkejut dan terbangun dari tidur dengan mimpi yang menggerunkan itu. Tubuh aku statik bergetar dan terasa takut yang teramat.
Dan lebih memeranjatkan aku apabila aku bangun saja dari tidur aku sudah berpakaian dress berwarna merah. Heran. Sangat heran. Pelik bin ajaib. Apa yang sebenarnya berlaku pada aku semalam? Sedar-sedar saja terus pakaian dress tersarung di tubuh badan aku padahal aku sudah yakin benar yang semalam aku pakai baju tidur. Hmm tak mungkin Jennie yang tukar baju aku pula kan atau jangan-jangan aku salin baju sambil tertidur apa. Eii macam tak kenalah pulak. Aku mana ada penyakit tidur sambil berjalan atau pakai baju.
Tapi sekarang..aku tengok ada kematian di sini. Dan ada yang cakap kes bunuh. Woah adakah ini adalah kebetulan? Huwaaa!
"Lice. Lice! Kau ni. Berangan eh? Aku punyalah tunggu kau komen berita tadi tahu huhuhu tengok-tengok kau diam saja. Hmm nak merajuk lah kalau macam ni." kata Jennie menyilangkan tangannya dan memandang ke arah lain tanda merajuk.
"Ala² buat merajuk pulak dia. Eei comel tau. Hehe sorry lah Jen. Ni haa kepala aku tiba-tiba sakit pula dalam masa yang sama rasa terkejut juga sebab jarang ada kes bunuh kat sini. Tapi tengok-tengok semalam ada. Malah tiga orang kut mati kira banyaklah tu." kata aku dalam masa yang sama berasa sangat simpati pada ketiga-tiga orang itu. Semoga roh mereka dapat bersemadi dengan aman. Aku tengok Jennie. Seperti acah-acah merajuk dengan aku. Haih merajuk manja ler tu.
"Cik Jennie lagi cantik dan bergaya janganlah merajuk lagi. Cak! Cak!" kata aku yang buat cak pada dia seperti seolah-olah memujuk budak kecil.
"Hehehe.. apalah kau ni." kata Jennie yang ketawa kecil sambil menampar manja bahu aku. Adoihh manjalah sangat sakit kut dia tampar.
"Haa macam tulah Jen. Kau lagi cantik tau kalau kau asyik senyum-senyum macam ni. Gerenti lelaki kat luar sana mesti cair terus ni lepas nampak senyuman dari kau." kata aku melepaskan ketawa kecil. Lucu lihat muka Jennie.
"Hehe but I think..kau lah yang lagi cantik dan manis. Sehingga nak saja aku goreng kau ni jadi sate." kata Jen ketawa besar.
"Eih² apasal pula.. tak naklah aku daging aku mana sedap pun nak dibuat sate. Tak akan ada rasa umami punya percayalah." kata aku.
"Hahaha sedaapp kalau dibuat panggang. Ngeheheh nyum²!" kata Jennne yang menyilat bibirnya. Eei Jennie ni boleh pulak dia usik kite.
"Eh dah² kalau lapar sangat makan banyak-banyak ni ha. Kau ni suka sungguh usik orang. Fiuhh!" kata aku yang mencubit pipinya dengan kuat.
"Awww² sakit²." kata Jennie mengaduh sakit. Aku hanya ketawa terbahak-bahak melihat Jennie yang menggosok pipinya selepas aku cubitnya tadi. Bukan main mukanya yang masam mencuka tu.
"Hehehe alololo kesyian." kata aku ketawa kecil.
"Tulaah lain kali jangan usik orang tengoklah akibatnya. Kan dah kena cubit." kata aku masih dengan gelak ketawa aku.
"Hmm kalau betul macam mana?" kata Jennie saja membuat muka serius pada aku. Okey ni dah seram.
"Jennie!!" kata aku menjerit. Habis suara aku bergema di rumah ini.
Kami bermain kejar-kejar di antara meja makan. Tak lama kemudian kami berdua ketawa girang antara satu sama lain. Rasa seronok sangat apabila bersama dengan Jennie ni. Biasalah kiteorang sangat rapat dari dulu lagi. Saudara, kawan, adik, kakak semua aku anggap pada diri Jennie. Hidup aku jadi tidak sunyi dan gembira selepas Jennie muncul dalam hidup aku.
************
'Kesengsaraan, kepedihan, keperitan hidup memang sangat sukar untuk dialami. Dan itu berlaku pada Elena yang sekarang ini melaluinya dengan penuh rasa sabar dan tabah. Baginya tidak siapa yang akan tahu erti cinta kalau tidak tahu erti pengorbanan. Bilamana dia dikeji dan disakiti semuanya membuat dia tumbang ke dalam lembah gelap yang sangat dalam. Namun, dia tidak keseorangan. Dan itu membuat hidupnya lebih baik. Tetapi tanpa disangka-sangka lelaki itu pula menderita disebabkan dirinya. Membuat dia merasakan dirinya tidak patut untuk bersama dengan lelaki itu lagi. Semuanya hanya berpunca pada dia.'
Aku menaip satu per satu perkataan di komputer riba aku. Aku mahu buat novel baru dengan judul yang baru iaitu 'Kegelapan hidup seorang gadis'. Tapi itulah tak pasti sama ada idea ini bernas ataupun tidak. Bukan senang nak buat novel ni. Kena fikir semua strategi dengan baik untuk fikirkan jalan ceritanya. Supaya orang yang membacanya tidaklah berasa bosan dan memahami maksud-maksud ayat yang tersirat yang diperkatakan. Nah, nak lebih menarik lagi selitkan part² yang lucu dalam novel yang kita buat. Supaya readers akan menjadi seronok lagi untuk membaca.
Dan..antara kelemahan yang terbesar bagi penulis apabila seseorang author itu mengarang novel tetapi kehabisan idea bagaimana untuk mengarangnya lagi.
Tiba-tiba sakit di kepala aku menyerang semula.
"Arghh sakitnya..." rintih aku perlahan. Aku mengurut dahi di kepala tapi nampaknya ianya tak membantu malah kepala aku semakin sakit.
"Erghh.." disebabkan ianya teramat sakit aku mengetuk kepala aku dengan tangan aku berkali-kali.
"Alice, kenapa ni? Apa yang jadi? Kenapa kau pukul kepala kau?" kata Jennie cemas dengan aku sekarang ini.
"Kepala aku sakitlah Jen..sangat sakit. Seolah-olah aku tanggung beban yang sangat berat." kata aku. Aku menyerabutkan rambut aku.
"Sakit kepala? Ermm..mmm.. kalau kau makan Panadol macam mana? Mana tahu dapat kurangkan sikit sakit kepala kau tu." kata Jennie.
"Okey boleh juga." kata aku.
"Nah Panadol untuk kau." kata Jennie yang menghulurkan Panadol pada aku. Aku hanya menyambutnya dan memakan Panadol dua biji sambil telan air kosong.
"Kepala kau sakit lagi Lice?" tanya Jennie prihatin. Dia sedang mengurut kepala aku sekarang ini.
"Hmm tak terlalu sakit dah. Terima kasih Jennie." kata aku tersenyum lembut.
"Hmm tengok keadaan kau macam ni rasa berat hati lah pula mahu tinggalkan kau seorang ² malam nih." kata Jennie.
"Ala kau ni.Takpe janganlah risau. Jangan ambil cuti kerja lagi disebabkan aku. Nanti boss kau marah pula. Takpe. Nanti bila aku tidur nanti tak akan ada rasa sakit dah. Jadi malam ni kau pergi kerja ye Jen? Boss kau kan jenis baran sikit. Aku tak nak kau kena marah pula." kata aku memegang tangan Jennie dengan lembut. Cuba untuk memujuknya.
"Hmm takpalah dah kalau kau cakap macam tu. Aku fikir nanti lepas habis kerja sebelum balik tu aku nak beli pelekat untuk orang yang sakit kepala tu kat dahi. Ada kat farmasi. Nanti aku beli kat kau ye?" kata Jennie.
"Aik, ada ke farmasi buka waktu tengah-tengah malam?" kata aku mencantumkan kening. Sedikit pelik di situ.
"Eih² bukan farmasi la tapi kedai runcit. Kedai runcit tu aku yakin dia ada beli. Kedai runcit yang buka 24 jam tu. Kita kan banyak kali dah pergi kat situ." kata Jennie.
"Ohh yang tu! Okey². Sekarang aku dah faham." kata aku tersenyum.
"Haa okeylah Lice. Aku nak pergi bersiap dulu." kata Jennie pada aku.
"Okey." kata aku sambil tersenyum.
***********
Di malam Ainsley mula menjelma. Seperti biasa dia keluar seorang diri di waktu malam.
"Okey, malam ni siapa mangsa seterusnya ye? Hihihi.." ujar Ainsley seorang diri sambil tertawa halus mengekek. Bunyi kasut tumitnya di sepanjang jalan juga memberi tanda bahawa Ainsley sudah datang. Macam biasa. Ainsley pasti akan menyanyi dan membuat rentak sebab dia tahu manusia bukankah suka dalam muzik dan nyanyian yang merdu? Dan ini juga dari caranya untuk mengumpan manusia.
Tiba-tiba ada seorang lelaki melanggarnya dengan kuat. Dia hampir terjatuh tetapi disebabkan dia ada kuasa jadi dia pandai untuk mengimbang diri.
"Sorry² cik. Saya tak sengaja langgar cik." kata seorang lelaki yang pastinya akan menjadi mangsa bagi Ainsley.
Ainsley memandang ke arahnya dengan lama. Dia tersenyum gembira. Di sebalik senyumannya penuh dengan maksud tersirat. Sasaran sudah mengena. Ainsley memandang ke arah lelaki itu dengan tepat. Dia mendekatkan dirinya dengan lelaki itu dan membisikkan sesuatu. Suaranya yang lunak dan menyeramkan.
"Hari ini aku teringin mahu minum darah manusia. But, don't misunderstand dear. I am not vampire or ghost. But you can call me as a demon, powerful spirit or..human destroyers? Or you can call me..power evil. Something like that huh?" kata Ainsley tersenyum miring.
Lelaki itu membuntangkan matanya memandang Ainsley.
"W-what? C..cik nn..nak mm..makan darah saya?! C..cik bbukan mm.manusia?" kata lelaki itu mula tergagap-gagap. Dia memandang ke arah Ainsley dengan takut-takut.
"Hehe cik nih main-main saja kan?" kata lelaki itu cuba untuk tersenyum. Tak mungkinlah..dia nampak macam manusia. Eihh perempuan ni saje nak kenakan aku ke apa. Saja buat bagi mata merah la tu padahal pakai kanta sentuh. Ingat orang tak tahu. Kata lelaki itu di dalam hati. Dia tersenyum sinis memandang ke arah Ainsley. Dia tidak boleh mempercayai kata-kata orang asing ni. Tambah dengan perkara yang mengarut lagi. Memang susah lah kalau nak percaya.
Mata Ainsley yang tadinya merah menjadi lebih merah menyala menandakan yang dia marah sekarang ini. Matanya akan jadi lebih merah juga kalau dia mahu membuat sesuatu yang jahat seperti.. membunuh.
'Manusia ini memang benar-benar mencabar diri aku! Dia cakap aku ni main-main? Huh matilah kau hari ini.' batin Ainsley.
Lelaki itu yang melihat mata Ainsley semakin merah membuat dia buntu seketika.
"Kau tak percayakan aku?! Heyy manusia. Kau ni memang buat aku marah! Aku yang namanya Ainsley tak main-main tau. Huh! Kali ni...apa yang aku harus lakukan eh untuk matikan kau? Dengan menyumpah...menusuk badan kau dengan pisau? atau dengan 'lirikan kematian'? Huh! Atau..aku boleh terus robek jantung kau dan terus makan darah kau hidup-hidup? Ngahahaha." kata Ainsley ketawa seram.
Serta-merta lelaki itu berwajah pucat seakan-akan tidak ada darah yang mengalir di muka. Badan dia sekali lagi bergetar hebat. Jantungnya memang tak cakap lagilah rasa macam nak terlompat dari dalam jasad gamaknya.
"Jj..jadi kau memang syaitan?!" kata lelaki itu menjerit ketakutan. Dia menuding jari ke muka Ainsley. Jari telunjuknya nampak dengan jelas seakan menggigil. Dia mahu mengundur ke belakang dan lari sekuat mungkin tetapi apakan daya tubuhnya kala ini terasa sangat keras dan kaku seolah-olah kaki di gam ke tanah.
"Heyy manusia. Aku bukan syaitan sepenuhnya okey? Aku memang macam syaitan. Tetapi lebih kepada kuasa jahat." kata Ainsley tersenyum sinis sambil menyilangkan tangannya ke dada. Dia memandang ke arah lelaki itu dengan tepat dan tajam.
Lelaki itu tidak berkata apa. Akibat terlalu takut yang teramat. Habis bajunya basah dengan peluh.
"Eeii peluh. Kau ni pun. Macam manalah aku nak makan kau dengan keadaan badan kau yang peluh ni. Jijik tahu tak? Hmm tak apa. Kalau boleh hisap darah kat jari kau pun boleh juga muahehe." kata Ainsley tersenyum miring. Dia mula mengeluarkan taringnya tetapi bukan macam taring vampire. Taring tu pula banyak di giginya tapi taklah macam ikan piranha tu yang giginya sangat tajam dan halus. Dia macam gigi taring tapi tak terlalu tajam.
Ainsley serta-merta memasukkan mulutnya ke dalam jari lelaki itu. Huh! Kau main tunjuk sangat kan jari kau kat muka aku sekarang ambil kau!
Apabila merasakan seolah-olah benda yang tajam tertusuk ke jari dengan dalam lelaki itu menjerit tanda kesakitan.
"Arghhh!!" jerit lelaki itu dengan keras.
Calvin pov
Aku yang terasa damai menghirup udara segar di langit malam. Aku memang suka jalan-jalan makan angin waktu malam-malam. Rasa lebih sejuk dan nyaman. Tiba-tiba aku terserempak dengan pasangan yang sepertinya tengah bergaduh. Seorang perempuan cantik dan seorang lelaki tinggi lampai. Macam mana aku tahu perempuan tu cantik sebab tengok gaya, pakaian dia memang cantik dan elegan. Cuba aku tak nampaklah muka dia sebab lindung tubuh lelaki itu yang membelakanginya. Dan mereka seperti bergaduh.
Aku hanya perhatikan dua orang di hadapan aku ini. Lelaki tu pula seolah-olah takut. Lebih daripada takut bini. Hahahaha..tak pun perempuan tu memang isteri dia tak? Dan sekarang ni mereka berdua tengah bergaduh. Wouh.. mungkin isteri dia nampak menakutkan apabila marah.
"Arghhh!" kedengaran lelaki itu menjerit dengan keras serta-merta membuat aku terkejut sehingga ternaik sedikit bahu aku. Kenapa? Apa yang terjadi ni? Aku mengurut dada aku berkali-kali seakan-akan terasa jantung seperti mahu terlompat dah tadi dek angkara terlalu terkejut. Aku memandang ke arah mereka. Apa yang sebenarnya terjadi? Aku tak tahu dan tak nampak apa yang berlaku kerana jarak aku dengan mereka agak jauh. Bukan main tadi lelaki tu jerit dengan kuat. Hampir kena heart attack dah aku tadi. Fiuhh!
Masih kedengaran lagi lelaki itu seperti menahan sakit suaranya gamaknya. Dah macam suara kambing yang nak beranak gamaknya.
"Tolonglah lepaskan aku..sakittlah!!" jerit lelaki itu lagi. Woahh nih mesti ada apa-apa ni. Aku harus bertindak dengan segera. Lelaki itu seperti berada dalam kesusahan. Dan aku rasa aku patut untuk masuk campur hal mereka.
Haih bergaduh sampai tercedera ke apa tak tahu.
Aku berjalan perlahan ke arah mereka. Semakin lama semakin dekat. Jantung pula dah rasa macam tengah menari dangdut. Dan...
"Excuse me.." kata aku mula menegur mereka berdua. Tiba-tiba mata aku menjadi terbeliak akibat menyaksikan apa yang terjadi di sini. Dalam masa yang sama hati aku seakan-akan mahu luruh dan terasa sesak. Tak..tak mungkin..
Share this novel