Bab 24: Let me live today

Fantasy Series 3715

Aku memintal-mintal hujung baju aku. Aduhh...bosan ni asyik duduk terperap dalam wad.

Huwaargh...bila boleh keluar ni?

Aku menghempuk badan aku kasar ke atas katil terbaring terlentang menghadap syiling.

Mata terkebil-kebil memandang atas syiling.

Perlukah aku kira berapa tahi atas syiling hospital ini bagi elakkan bosan?

Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Terus anak mata mengerling ke arah pintu.

"Calvin.." terus aku terduduk di atas birai katil apabila memandangnya yang berdiri merenung aku sambil tersenyum.

Kelihatan tangannya buat keberapa kali dibalut lagi.

Calvin menghampiri aku dan duduk di atas birai katil.

"Calvin, awak..dah okey?" Aku bersuara perlahan. Entahlah.. memandangnya seperti ini betul-betul membuat aku rasa sesak dan sangat bersalah.

Aku rasa...diri aku sangat tak guna..Terasa panas tubir mataku saat ini memandangnya.

"Okey..eyhh kenapa tiba-tiba nangis ni? Awak tak apa-apa, Laurel?"

Aku menggeleng kecil dalam kepedihan. Bibir delimaku mengukir senyuman halus dalam kesedihan.

Aku mendongak kepala ke atas. Tidak mahu air mata yang bertakung jatuh ke pipi.

Selepas itu anak mataku kini merenungnya sambil tersenyum.

"Tak ada lah...m-mana ada saya nangis..Mata ni haa...aduhh tiba-tiba rasa pedih pula. Hehe sebab tulah berair." kataku perlahan. Jari runcing menyeka kasar bawah mata.

Calvin tersenyum hambar.

Di saat tangannya mahu membelai lembut rambut aku..terus terhenti tangannya daripada berbuat begitu.

Tangan Calvin yang terhenti digenggam perlahan.

Pandangan dilarikan ke arah lain.

Aku tersenyum kecil. Keadaan menjadi hening seketika.

Kami berdua terhanyut dengan perasaan sendiri.

Aku memandang setiap inci wajahnya dengan tepat.

'Calvin..kenapa..kita tak boleh hidup tenang eh? Saya...saya rasa kita berdua akan berjauhan nanti. Bahkan, hingga saat ini hati saya terasa jauh sangat dengan awak..Jauh. Sangat jauh sehingga...tak terkira lagi jarak jauh dan tidak tercapai lagi. Ianya terlalu jauh sehingga buat saya rasa sakit sangat.. perasaan ini..sangat menyebalkan. Betul-betul saya tak suka. Ia lebih teruk..dan sangat gelap.'

Aku hanya menatap wajahnya dengan sayu. Tanpa aku sedar, setitis air jernih sudah menitis ke pipi mulusku.

Calvin yang sedang memandang ke arah lain sedang memendam rasa.

'Laurel...saya tak tahu apa yang akan berlaku nanti. Tapi..saya harap..ergh..saya harap kita masih dapat bersama dan boleh menjadi pasangan yang bahagia. Hanya awak dan saya..sambil pimpin tangan..dan tersenyum mekar. Saling mencintai..dan tidak akan berpisah sehingga ke ajal..Tapi...itu semua hanya satu impian..Ia..tak mungkin akan terjadi.'

Calvin memejam kelopak matanya. Kepala ditundukkan. Manakala sebelah tangannya yang tidak berbalut mencengkam kuat cadar katil.

Perasaan sayu hanya mengelilingi kami berdua. Rasa sangat sepi..dan rasa sangat gelap.

Manakala Calvin...aku tak tahu apa yang dia rasa saat ini..

Calvin perlahan-lahan mengangkat kepalanya memandang aku.

"Doktor kata...awak dah boleh keluar wad esok ni.." katanya memecah kesunyian.

Aku hanya menggangguk kecil tanda mengerti.

Kelopak matanya diturun ke bawah seketika sebelum kembali melirik ke arah aku lama.

"Saya ...pergi dulu ye? Sekarang ni...mesti Iris dan Amelia sedang bersedia mahu balik ke rumah mereka masing-masing. Saya mahu hantar mereka. Awak..tak apakan duduk sini seorang diri?" Calvin menanti aku bersuara.

Tangan di atas riba aku ramas sesama sendiri.

Mendengar nama Iris dan Amelia lebih menyepak ke tangkal hatiku.

Calvin terpandang tangan aku yang kasar meramas tangan satu lagi di atas ribaku.

"Saya..tak kisah. Awak tolong beritahu saya perkembangan mereka sentiasa ye? Ini kerana..saya dah tak boleh jumpa mereka dah. Sekarang..hanya mereka berdua satu-satunya kawan saya." kataku perlahan.

Calvin mengangguk kecil. Kelopak mata dikerdip perlahan.

Selepas itu, Calvin perlahan-lahan berganjak mahu pergi. Kelibatnya sudah hilang di sebalik muka pintu.

Aku duduk memeluk lutut di atas katil. Bibir bawah yang bergetar pilu aku ketap sekuat hati.

Wajah disembamkan ke lutut.

*********
"Iris, Amelia..korang dah readykan barang korang? Saya hantar korang balik.." ujar Calvin yang ketika itu sudah melihat Iris dan Amelia di sisi sudah menyangkut bag pakaian.

Wajah dua sekawan itu masing-masing keruh. Langsung tidak ada selarik senyum. Masih berduka dengan pemergian Jennie..Kawan baik mereka sendiri.

Amelia memakukan pandangan terhadap Calvin. Tajam renungan matanya itu membuat Calvin terpaksa menelan air liur kasar yang terasa payau.

"Di mana Alice.." ujarnya dengan nada serak. Suara orang baru lepas nangis.

Calvin tidak terkata. Mulutnya terkunci rapat. Dia hanya mampu menunduk menekur bawah.

"Mana kawan saya Calvin?!" Jerit Amelia lantang. Bulat matanya memandang Calvin yang hanya menunduk. Setitis air mata jernih mengalir ke pipi gadis itu. Sungguh dia rasa terkilan. Batang hidung Alice langsung tidak kelihatan sejak Jennie meninggal.

Tergamam seketika Calvin apabila mendengar Amelia menjerit. Iris di sebelah menepis perlahan lengan Amelia.

Amelia hanya memandang tepat ke arah Calvin. Matanya yang tidak berkelip tidak henti mengalir satu per satu air mata di tubir matanya.

"Saya tanya...mana Alice, Calvin? Perlu ke saya tanya berjuta-juta kali baru awak jawab? Kenapa Alice menghilangkan diri? Adakah dia tahu Jennie sudah meninggal? Kenapa dia seolah-olah mahu mengelak dari kami? Jennie dah meninggal. Kami hanya punya dia.. Langsung tidak tahu perkhabaran dia bagaimana. Semua persoalan tu bagaikan membuat saya hampir hilang akal, Calvin! A-Apa mungkin dia sudah tahu Jennie meninggal?" Rintih Amelia perlahan.

Kelopak matanya kini dipejam. Amelia menangis tanpa bersuara cuba disenyapkan. Kedua-dua bahu sudah sedikit terhinjut-hinjut.

Calvin yang melihat sudah rasa sebak.

Tangannya perlahan-lahan menyua sapu tangan kepada Amelia.

Amelia tidak mengambil sapu tangan itu. Matanya masih dipejam rapat sambil menangis. Iris lah yang mengambil sapu tangan itu.

"Alice tahu semua itu. Dia tahu Jennie meninggal. Dan hal itu membuat dia terpaksa membawa diri jauh dari kalian berdua. Tidakkah kalian berfikir dia cuma mahu mengambil ketenangan? Dia juga sedih seperti kalian berdua. Jennie sahabat yang paling rapat buat Alice. Bahkan dia sentiasa berada di sisi Alice sebelum ini. Bila Jennie sudah mati.... hatinya juga hancur dan remuk. Maafkanlah dia kerana tidak bertemu dengan kalian. Tapi dia buat semua tu bersebab. Tolong fahamkannya?" Calvin memandang sayu ke arah Amelia dan Iris silih berganti.

"Tapi, kami rindukan dia..kami rindukan Jennie. Hiks..hiks..Kami rindu..mahu berkumpul berempat seperti dulu. Bermain...memeluk sesama sendiri dengan penuh kasih sayang..kami selalu mengenakan sesama sendiri..selalu mengusik..selalu tersenyum bersama-sama..Kami rindu Hiks..Hiks.." ujar Iris yang sudah menangis teresak-esak.

Calvin terdiam seketika. Rindu ..yeah dia tahu rindu itu ialah perkara yang juga menyeksakan. Apatah lagi merindui orang yang disayang yang sudah tiada di atas bumi ini. Lagilah sangat memeritkan. Calvin pernah rasa perit itu. Dia kehilangan ibunya..insan yang paling disayanginya. Mana boleh dia tidak berduka. Selalu rindu itu menerjah ke hatinya setiap kali memikirkan sang ibu yang tercinta.

Calvin tersenyum pahit.

Manakala Amelia sudah berhenti dari menangis. Air mata diseka kasar. Dia cuba pura-pura nampak baik di mata orang.

"Tak apa. Saya faham... mungkin Alice lagi sedih dan berduka. Takpe, saya dengan Iris sudah lama tempah teksi. Kami boleh balik sendiri. Tidak perlu untuk awak hantar kami.." ujar Amelia dingin.

Manakala Iris di sisi ... disentuhnya lembut jemari tangan itu cuba menenangkan Iris dari menangis lagi.

"Kalau awak kata begitu...saya tak boleh nak halang. Hati-hati semasa balik.."

Amelia hanya mengangguk kecil tidak berkata apa.

Calvin perlahan-lahan membuka langkah pergi dari situ. Senyuman hambar yang meniti di bibirnya perlahan-lahan semakin pudar.

Calvin masuk ke perut keretanya sebelum membelah jalan pergi dari sini. Pintu rumah sudah lama dikuncinya. Buat apa lagi dia mahu duduk sini seorang diri.

Setelah kereta Calvin pergi membelah jalan terus teksi diberhenti di bahu jalan.

"Cepat..cepat Iris. Kita kena kejar kereta dia." ujar Amelia kelam-kabut.

Iris mengangguk kecil dan terus masuk ke perut kereta selepas mendahului Amelia. Terus teksi dibawa pergi jauh apabila sudah mendengar Amelia bersuara untuk mengejar kereta Calvin tadi.

Mereka berdua sudah lama merancang untuk tidak mahu dihantar oleh Calvin pulang tetapi disebaliknya mengekori Calvin secara diam tanpa disedari. Sengaja mereka mengikut Calvin kerana sangkaan dan firasat mereka mengatakan bahawa Alice berada di samping Calvin sebenarnya selama ini.

Kereta Calvin akhirnya terhenti di parking hadapan hospital megah. Kereta teksi Iris dan Amelia turut terhenti di belakang.

Hospital megah itu menjamah ke mata mereka.

"Hospital? Buat apa dia datang sini eh.." gumam Amelia perlahan.

"Aduhh, mungkin dia sakit dan ada appointment dengan doktor. Lia..buat apa kita nak ekori dia? Kalau dia perasan macam mana?" Rungut Iris perlahan. Matanya sudah sembab kerana menangis tadi.

"Takpe, kita dah mulakan plan dah pun. Ala rugilah kalau nak tarik diri awal. Kita masuk dulu tengok apa yang berlaku. Please...mungkin dia datang sini mahu jenguk seseorang yang sedang sakit." kata Amelia.

"Hmm yelah."

Tanpa Calvin sedar, ada dua orang yang sedang berjalan terjingkit-jingkit di belakang mengekorinya.

Calvin yang terasa seperti diekori spontan menoleh ke belakang. Namun, tidak ada orang yang curiga pun. Mungkin.. perasaannya saja.

Calvin kembali menyambung langkahnya mahu ke wad Alice.

Amelia merenung Iris yang turut memandangnya. Masing-masing diangguk sendiri seperti membuat isyarat di sebalik dinding.

Amelia membuat isyarat tangan menyuruh ke depan. Iris hanya mengangguk. Buat kedua kalinya mereka berdua kembali menyambung langkah cuba mengekori Calvin.

Calvin ketika itu sudah masuk ke bilik wad Alice.

Iris dan Amelia perlahan-lahan melangkah ke hadapan dengan lebih dekat ke arah pintu bilik wad itu. Amelia sudah memanjangkan telinga di muka pintu maju mendengar suara di dalam.

"Calvin?"

Calvin tersenyum kecil. Dia meletakkan plastik kecil di tangan di atas rak tepi katil.

"For you..Laurel. Spicy cheese fried chicken." Calvin tersenyum menawan.

Mendengar nama Laurel dan suara yang agak familiar di dalam hampir membuat Amelia terjatuh. Dia memandang ke arah Iris di sebelah.

Iris menjungkit sebelah keningnya kenapa.

"I-Itu...di dalam sana ..ada Alice. Dia berada di dalam sana, Iris.." ujar Amelia perlahan cukup didengari oleh Iris.

Iris sudah membuntangkan matanya tidak menyangka. Baru dia sempat mahu berkata-kata tiba-tiba kelihatan pintu seperti mahu dibuka dari dalam.

Amelia dan Iris sudah seperti cacing kepanasan. Terus mereka berpecah cuba menyembunyikan diri.

Dan yeahh.. Calvin yang membuka pintu itu. Dia keluar sebentar kerana ketinggalan sesuatu.

Inilah kesempatan buat Iris dan Amelia. Sebaik Calvin pergi, terus mereka berdua masuk ke bilik wad Alice.

Aku yang ketika itu mendengar pintu seperti dibuka terfikir itu ialah Calvin.

"Calvin, cepatnya awak ambil..." Tergantung seketika ayat aku apabila terpandang kedua-dua wajah yang ku sangat kenali dan rindui itu.

Terpegun aku di sini juga tidak menyangka akan berjumpa dengan Iris dan Amelia di sini.

B-Bagaimana... bagaimana mereka boleh jumpa aku di sini? A-Apa mungkin Calvin yang beritahu?

"Alice..." Hampir serentak nama aku disebut oleh mereka berdua. Bergenang air mata mereka apabila bertembung mata dengan aku.

Aku menggeleng kecil. Tak... mereka sepatutnya tidak jumpa aku di sini.

"Korang..pergi. Tolong pergi..aku tak nak jumpa koranglah. Go! Please get away from me!" Jerit aku tiba-tiba histeria. Aku mencengkam rambut aku kasar dan menyerabutkan kepala aku.

Iris dan Amelia yang mendengar aku tiba-tiba menjerit membuat mereka tercengang seketika. Jatuh air mata mereka apabila memandang aku seperti tidak sudi bertemu dengan mereka. Aku sudah berasa pedih yang teramat. Pasti mereka fikir aku sudah tidak menganggap mereka kawan lagi. Tak apa... biarlah mereka menganggap seperti itu. Ini...demi kebaikan mereka sendiri juga.

Melihat mereka semakin mendekat membuat aku semakin resah dan gelisah.

"Jangan dekat! Ahh pergilah! Iris dan Amelia! Aku tak perlukan korang lagi. Please..let me alone. Get out. Get out!" Aku semakin menjerit histeria dan mengundur ke belakang apabila mereka semakin menapak ke hadapan.

"Alice..." Runtun hati Iris dan Amelia melihat aku seperti ini. Wajah mereka sudah beriak mendung dan sedih. Sedikit terkilan dengan tindakan aku hari ini.

Aku menggeleng kecil. Nampaknya mereka tidak mahu keluar. Maka aku harus buat sesuatu.

Aku terus mendekati mereka berdua dan menolak perlahan berkali-kali tubuh mereka membuat mereka terundur ke belakang sedikit hingga ke muka pintu. Tanpa berlengah lagi aku terus menutup pintu dan menguncinya dari dalam.

Iris dan Amelia sudah terlolong-lolong dan merintih memanggil nama aku. Aku tersandar di pintu. Hanya mampu menangis dan mendengar mereka merintih.

"Alice! Bukalah pintu ni! Hiks..Hiks.. kenapa kau tiba-tiba jadi begini? Kau kejam Lice..Kau kejam.." rintih Iris sambil tangan masih mengetuk pintu berkali-kali.

"Jennie dah meninggal dan sekarang? Kau seperti ini..kau lebih buat kami sedih...Lice. Aku tak sangka kau tiba-tiba bertindak begini...kenapa kau tiba-tiba jadi begini? Hiks..Hiks..kami kawan kau apa. Sanggup kau buat kami seperti ini. Kehilangan Jennie kami turut berduka..bukan kau sajalah!" Amelia sudah lemah tangannya dari mengetuk pintu.

Manakala aku di sini..sudah menekup mulut menahan perasaan. Mendengar mereka menangis lagilah membuat hati aku bertambah sakit.

Aku terduduk seketika sambil melipat lutut. Kepala disandarkan ke pintu. Masih telinga ini mendengar mereka merintih mendayu.

Setitis demi setitis air mata menitik ke pipi aku. Aku masih menekup mulut sambil menangis. Cuba menahan diri daripada mengeluarkan suara tangisan. Namun tidak boleh, masih kedengaran suara esak kecil aku yang berbunyi dalam tangisan.

"Hiks..Hiks ..Alice! Kau dah tak sayangkan kami ke? Kau dah tak anggap kami seperti kawan? Kalau ye pun janganlah layan kami seperti ini. Biarlah kami berada di samping kau. I miss you..Alice..kami rindu kau sangat-sangat.."

Iris...Amelia.. maafkan aku korang.. disebabkan aku sayang korang lah aku terpaksa buat begini. Korang takkan pernah faham.

"Alice...aku benci kau..sampai hati kau layan kami begini kan?" Rintih Amelia sengaja berkata begitu.

Hati kecilku menjerit sayu. Bencilah aku Amelia...korang dua memang patut benci aku.. Supaya korang..Hiks...Hiks..tak akan jumpa aku lagi. Jangan pernah datang ke sini atau cuba-cuba mahu jumpa aku..aku mohon..Kalau korang jumpa juga aku takut...aku takkan dapat tahan lagi bila pandang wajah korang..aku akan rasa lebih sakit.

"Alice...bukalah pintu ni. Aku nak peluk kau.."

Aku memeluk lutut aku erat. Lutut dirapatkan ke dada.

"Aku pun rindu ...Hiks..Hiks..." Gumam aku perlahan. Cukup hanya aku yang dapat dengar.

Manakala minda aku mengimbas ke segala kenangan aku, Iris, Amelia dan Jennie..

Teringatkan akan kenangan indah kami..ketika bergelak ketawa sama-sama..semakin mencengkam ke lubuk hati. Dada kiri aku yang semakin sesak aku tekan.

"Erghh...Hiks..Hiks.." kepala terdongak memandang atas. Kelopak mataku dipejam. Air mata aku semakin banyak merembes keluar. Sudah banyak kenangan indah yang kami semua lalui. Satu per satu kenangan manis terlayar di minda. Alangkah indahnya, kalau Jennie masih ada di saat ini. Semua ini takkan berlaku kalau bukan disebabkan aku.

Jennie... aku pun sangat rindukan kau...dulu ...kau selalu jerit kuat dekat telinga aku dengan suara mic kau tu. Aku rindu semua tu. Rindu sangat. Jika sepanjang aku hidup hanya satu doa yang dapat dikabulkan maka aku minta...aku minta sangat supaya Jennie dikembalikan. Walaupun itu adalah perkara yang sangat mustahil aku tetap akan berharap supaya Jennie kembali padaku. Walau hanya sekadar mimpi...itu sudah cukup bagi aku. Tolonglah... tolonglah kembali ke sini semula.. Jennie. Dengarlah rintihan aku ini...sungguh aku berasa sangat sakit Jen..

Aku tidak percaya akan ada kehidupan seterusnya nanti bila kita mati tapi sekiranya benar-benar ada..aku betul-betul harap agar kita masih dapat berjumpa lagi. Bersama-sama dengan Iris dan Amelia. Seperti masa yang lalu...

Akhirnya selepas beberapa minit, suara mereka merintih sudah tidak kedengaran.

"Jomlah, Iris. Kalau ada orang tu tak sudi tengok muka kita ...buat apa kita nak merayu lagi kat sini? Jom...buat membazir suara dan air mata saja." Selar Amelia tajam.

Aku hanya mampu tersenyum kelat mendengarnya.

Akhirnya, mereka seperti sudah pergi dari sini. Kini, aku sendirian sepi di sini.

Aku menggosok-gosok kedua-dua bahu secara melintang. Cuba untuk tenangkan diri sendiri. Aku hanya boleh bertahan kerana bergantung pada diri aku sendiri.

**********
"Lia, kita baru sudah kehilangan Alice ke? B-Benar ke ni? Kita..takkan jumpa dengan Alice lagi? Selepas...Jennie pergi meninggalkan kita..kemudian Alice pula yang akan pergi? Selepas baru kehilangan Jennie...sekarang.. kita harus merasa kehilangan Alice juga ke?" Kata-kata Iris menyentuh ke tangkal hati Amelia.

Iris yang masih tidak habis menangis sudah mengalirkan setitis air jernih ke pipi.

Amelia tersenyum dalam kepedihan. Pipi Iris yang basah disekanya lembut sekilas sebelum tubuh itu ditariknya masuk ke dalam dakapan.

Amelia mengemam bibirnya menahan perasaan.

"Dah...jangan nangis. Iris, kau jangan risau. Kau masih ada aku...walau apapun yang terjadi kita berdua akan tetap bersama. Tentang Alice...aku yakin dia sengaja berkata begitu. Kita sudah kenal sangat dengan Alice. Dia tak mungkin sanggup berkata atau berbuat begitu kalau ia bukan satu paksaan. Alice mungkin...masih perlukan masa. Kita tak kehilangan Alice kok. Don't worry dear..."

Iris mengangguk kecil di dalam pelukan Amelia. Tangan membalas pelukan di belakang Amelia.

Akhirnya pelukan dileraikan.

"Dah, stop menangis air mata. Kita dari semalam tak habis menangis sampai terlupa pada diri sendiri. Jom, kita pergi makan. Nanti kita pula yang sakit nanti. Ingat Iris, walau apapun yang terjadi...sejauh mana kepahitan yang kita alami sepanjang hidup ini berusahalah untuk teruskan hidup. Walau terpaksa merangkak sekalipun..tapi hidup kita yang masih panjang ni harus tetap diteruskan. Tidak boleh berhenti walaupun sebentar. Okey?" Nasihat Amelia pada Iris. Dia tersenyum lembut memandang sahabatnya itu.

Iris mengangguk seraya tersenyum kecil membalas senyuman Amelia.

Akhirnya mereka berdua jalan keluar dari hospital sambil berpimpinan tangan. Tanpa disedari, mereka sudah melepasi Calvin yang ketika itu mahu masuk ke hospital semula.

Calvin terhenti seketika langkahnya.

"Ma-cam... familiar je dua orang tu.." Calvin menoleh ke belakang. Namun, dua kelibat yang terasa dikenali itu sudah tiada. Hanya orang asing yang kelihatan.

Calvin menaikkan kedua-dua bahunya sendiri.

"Hmm...mungkin ini perasaan aku saja kot." Dengan kedua-dua tangan yang membawa air tin dia berlalu pergi masuk ke hospital.

Di saat Calvin cuba memulas tombol pintu bilik wad dia cuba melaung memanggil nama aku.

Aku tersentak. Terus aku berdiri dan menyeka kasar air mata di pipi. Memperbetulkan rambut dan baju. Tidak mahu Calvin perasan spa yang berlaku.

Aku perlahan-lahan membuka kunci dan pintu. Selepas itu, aku menghadiahkan senyuman pada Calvin yang sedang berdiri di muka pintu.

"Laurel, kenapa awak kunci pintu?" soal Calvin kehairanan lalu meletak tin air di atas rak tadi.

Aku menggaru pipi yang tidak gatal.

"Ermmm...saja? Hehehe.."

Calvin hanya menggeleng kecil seraya menahan senyum.

"Calvin..."

Calvin yang mahu minum tin air yang baru dibelinya itu tidak jadi minum apabila aku memanggil.

"Hmm?"

"Pasal Iris dan Amelia...awak tak beritahu dia kan yang saya ada kat sini?" Aku merenung tepat memandangnya. Aku betul-betul mesti tahu jawapannya. Kalau Calvin beritahu...tapi sebab apa? Dia malah sudah berjanji pada aku tidak akan memberitahu mereka.

"Tak..saya kan dah janji. Cuma...macam biasa mereka ada juga tanya pasal awak pada saya ..tapi jangan risau saya tak beritahu hal yang sebenar." kata Calvin mengengit mata nakal padaku.

Aku hanya tersengih kecil.

'Jadi...kalau Calvin tidak beritahu...macam mana mereka boleh sampai di sini dan jumpa aku?' semua itu menjadi persoalan di benak aku.

*********
"Hello ma..."

"Hello nak, sayang..kenapa dengan suara kamu ni? Macam serak je. Kamu nangis eh? Are you okay, dear?"

Aku tersenyum hambar dalam masa yang sama suara hatiku menjerit. Ma! I miss you... Lamanya aku tak dengar suara ini. Terasa tubir mata bergenang dengan air mata. Hati aku begitu lembut dalam masa yang sama sangat rapuh. Mendengar saja suara sang ibu tercinta membuat tangkal hatiku bergetar. Hanya Tuhan saja yang tahu bahwa masa aku dengan ibu aku untuk bersama seakan semakin terhad.

Ma... alangkah ibu tahu dari sana...Alice memang betul-betul tak okey ma..tapi Alice tak mampu untuk terluahkan. Terasa begitu berat..hati Alice ma..Sakit sangat.

Aku tersenyum dalam kesedihan.

"Hmm? Mana ada Alice nangis pun. Hehe, Alice baru bangun tidur ma..sebab tu serak sikit tu." kata aku tertawa kecil. Air mata yang sudah mengalir aku seka dengan jari runcingku.

Bibir delimaku masih setia mengukir senyuman manis. Namun, sayangnya ini bukan senyuman manis tapi senyuman yang penuh pahit di sebalik semua kesakitan ini.

"Betul ni? Kamu baik-baik saja?" Suara sang ibu kedengaran di corong telefon sangat manis dan lembut suaranya mampu menyebakkan hatiku yang mudah goyang ini. Ma...apa mungkin ini kali terakhir Alice bercakap dengan ma?

Ma... maafkan Alice kerana kali ini terpaksa menipu ma di sana. Alice langsung tak okey! Alice...nak peluk mak ketat-ketat..Alice takut ma...Hiks..Hiks..takut sangat. Kegelapan ini akan berakhir tapi di saat ia dah berakhir...Alice pun akan berakhir ma..Masih ada peluang lagikah untuk Alice masih bertemu dengan mama? Walau hanya bertentangan mata? Walau...hanya sekejap?

Aku mengerutkan dahi. Bibir bawah mula menggigil perlahan. Air mata seakan makin lebat ke pipi. Namun, bibir masih merekah senyuman lembut.

"B-Betul...hehe ma ni overthinking pula. Alice...Alice okey saja ma. Tengok ni. Alice ketawa. Alice bahagia saja kat sini ma! Hehehehe.." sekali lagi aku tipu pada diri aku sendiri. Ma..Alice tak bahagia! Alice...sakit ma..tolong Lice. Manakala di dalam hati, aku tidak dapat tipu diri sendiri.

Kedengaran suara ibuku menarik nafas lega.

"Lega mama dengar Alice bahagia di sana. Haa, ni kenapa lama sangat tak call ma ni? Rindu tau? Bila ma call ni..baru nak berbual ye?"

"Hehe ya ampun ma..Alice sibuk sangat kat sini sampai terlupa pula dekat ma. Ma maafkan Lice eh? Lice pun rindu sangat-sangat dengan ma. Moah!"

"Hihi, yelah tu rindu. Tapi tak ingat pun nak balik sini. Tak boleh ke kamu tinggal sekejap rumah sewa kamu tu dan duduk sini sekejap. Lagipun...Jennie.." ayat ibu aku tergantung seketika. Mungkin rasa bersalah kerana tersebut nama Jennie.

Ma! Alice takkan tolak untuk tinggal dengan mama. Tapi tak boleh ma...kita tak boleh berjumpa. Alice cuma boleh dengar suara ma dari telefon saja. Sedangkan hati Alice merintih.. sekarang juga Alice mahu pergi ke rumah ma. Mahu peluk mama dengan papa dengan seerat-eratnya.

"Takpe ma.. nanti. Bila Alice dah siapkan satu karya novel untuk diterbitkan lepas tu juga Alice lawat rumah ma ya? Waktu tu...mahu tinggal dengan mama dan papa sebanyak mana pun tak kisah."

"Betul ke ni sayang? Wahh..tak sabar mama mahu jumpa kamu. Nanti kalau kamu mahu balik kamu telefonlah mama ye? Biar mama siapkan lauk kegemaran kamu yang sedap-sedap tu." Aku mengangguk kecil perlahan dalam kepedihan. Bibir menguntum senyuman pahit.

"Betul ma.."

Ma! Maafkan Alice kerana tipu ma... maafkan Alice ma..masa itu tidak akan tiba. Kerna, waktu itu Alice akan sudah lama tiada. Bila saat itu tiba...Alice harap mama kuat..

Aku menekup mulut. Kepala ditundukkan ke bawah. Aku menangis dalam diam. Terus aku cepat-cepat mahu menutup panggilan. A-Aku..dah tak sanggup. Hatiku begitu relai saat ini.

"Ma...Alice tak makan lagilah. Perut lapar. Nanti...Alice call ma lagi eh? Bye²."

"Ohh, dia ke? Kamu ada makanan apa tak nak dimakan? Dah masak?"

"Ada ma..ma jangan risau. Don't worry be happy!" Dalam nada suara kedengaran ceria tapi di dalam hati aku sedang menjerit sekuat hati menahan perit dan rasa gelora di dada.

"Hmm, okeylah sayang. Kamu pergilah makan ye? Ingat, jangan selalu lupa bila waktu timing makan. Kamu ni...memang selalu lewat-lewatkan waktu makan." Aku hanya mendengar ibu aku membebel.

Bibir sekali lagi mengukir senyuman pahit. Ma...bilalah lagi Alice dapat dengar suara ma membebel ni eh? Hehe, biasanya bila Alice selalu bersama dengan mama...Alice pasti akan ada je yang buat mama marah dan selalu membebel kat Alice. Hehe, tapi sayangnya semua itu akan menjadi kenangan tidak lama lagi.

"Okeylah sayang. Bye², lagi satu..jangan selalu tidur lewat sangat tau? I love you sayang..."

Tidur ye? Disebabkan Ainsley selalu muncul waktu malam automatik aku jadi tidak sedarkan diri dalam tubuh badan aku sendiri. Jadi... bukankah itu dikira aku tidur awal? Akulah 'manusia' yang paling tidur awal sekali. Bila malam menjelma, aku terus tidak sedarkan diri dalam tubuh aku sendiri. Pelik, tak masuk akal tapi ini memang kenyataannya.

"Hehe, mama ni macam tak kenal perangai Alice yang suka jadi 'burung hantu' waktu malam. Tapi takpe ma, perangai 'burung hantu' Alice dah berubah. Sekarang ni...Alice jadi... burung pipit pula! Hihi..yang selalu tidur awal ma tahu?" Jap, burung pipit pun burung pipit jelah.

"Hmm yelah tu."

"I love you too ma...malah lebih cinta dan sayang ma lebih dari apapun tahu?"

"Hehe yelah tu. Mama tutup panggilan dulu ye?"

"Okey ma..."

Sebaik meletak telefon yang sudah gelap skrin telefon ke tepi. Lutut aku dipeluk rapat ke dada. Wajah disembamkan ke lutut. Terus aku menghamburkan tangisan aku di situ juga.

*********
Aku berjalan bersiar-siar sendirian di taman luar hospital. Wajah hanya beriak kosong dan lemah.

Tangan di sisi dihayun longlai dengan malas.

Aku harap .. dengan keluar ini dapat memulihkan hati aku yang banyak terluka sedikit sebanyak daripada asyik terperap di dalam bilik wad.

Kelihatan seekor anjing berbulu putih campuran kelabu. Mukanya yang ada janggut menyerlahkan kecomelan itu. Ahh.. anjing.

"Hai, anjing cute..alone here?" aku duduk mencangkung di hadapan anjing itu seraya membelai halus bulu lembut di badannya. Kelihatan anjing itu hanya menjelirkan lidah sambil berkelip mata memandang aku.

Terbit senyuman kecil di bibir aku.

"Such a little dog..you made me smile. Thanks to you sweetie." Nada aku menjadi kendur perlahan. Janggutnya aku belai lembut. Ahak! Ini bukan janggut atau lebih dikenal bulu tebalnya yang ada di dagu. Hehe..

Tiba-tiba anjing itu melarikan diri dari aku. Hmm....mungkin dia mahu pergi ke tuannya. Sebab di lehernya ada rantai itu bermakna dia sudah 'dicop tuan' atau lebih senang disebut telah dimiliki.

Aku mendongak memandang ke arah langit yang terbentang luas dan indah.

Rambut aku yang ditiup angin membuat aku terpejam kelopak mata seketika.

Angin...teringinnya diri ini mahu menjadimu..hanya terbang bebas tanpa perlu memikirkan apapun.

"Ouch!" Aku terduduk seketika di atas rumput tanah. Mata mendongak memandang gerangan siapa yang terlanggar aku.

Hanya seorang pak cik tua yang sudah beruban rambut...

Terus aku terdiri di hadapannya.

"Pak cik..tak apa-apa kan?" Aku bertanya lembut lebih prihatin padanya. Langsung tidak sedar kaki aku yang sudah sedikit terguris luka perlahan-lahan disembuh dengan sendiri. Hanya lebihkan orang di hadapan kerana dia lebih tua dari aku.

Pak cik itu tidak berkata apa. Sebaik anak matanya terpandang ke arah aku terus terbeliak matanya secara tiba-tiba.

Tanpa aku sedar, anak mata aku bertukar bebola mata merah sekejap sebelum kembali ke warna asal. Dan hal itu, telah disaksikan oleh pak cik itu sendiri.

"M-Monster...M-Monster.." tak terkeluar suara pak cik itu. Jari runcingnya tepat menuding ke wajah aku. Tangannya sedikit bergetar seperti ketakutan.

Kata-katanya lebih menoreh dalam luka di hatiku.

Aku tersenyum perit. Memang. Diri sendiri memang layak digelar monster. But the fact is.....not monster. But...evil powers..bad girl. Yeah, that's actually me. Tetapi juga, itu tak ada bezanya dengan namanya monster. Aku tetap jahat. Aku.. memang layak dimusuhi manusia.

Pak cik itu tiba-tiba menjerit lantang memandang aku.

"Ainsley! K-kau...Ainsley? Bukankah aku dah kurung kau? Ainsley...siapa yang keluarkan kau hahh?!"

Aku terpana seketika. A-Apa maksudnya? Dia kenal Ainsley?

Tiba-tiba pak cik itu mencengkam erat kedua-dua bahu aku. Kukunya yang tajam menekan kuat bahu aku membuat aku mendesir mulut kesakitan.

"Ahh..sakit..tolong lepaskan saya pak cik ..." Aku menggenggam tangannya yang erat mencengkam kedua-dua bahu aku. Sedaya-upaya untuk buat dia lepaskan tangannya. Mata sudah berkaca-kaca memandang pak cik itu.

"Kau Ainsley! Macam mana kau boleh keluar?! Aku perlu bunuh...I need to kill you! Kau monster Ainsley yang tak guna!"

Pang!!

Ahhh...kepala aku terteleng seketika ke tepi. Aku memegang pipi aku yang sudah kemerahan ditampar kuat olehnya.

Aku merenungnya dengan tajam. Tangan di sisi sudah mengeluarkan kuasa cahaya evil dari celahan tangan. Mata aku mula mahu bertukar.

Tak..Alice. Hentikannya...Jangan biarkan emosi menguasai kau. Nanti...kau akan jadi tak terkawal dan boleh bunuh pak cik ini juga dengan hanya sekelip mata. Kau kena sedar Alice! Sedar! Tahanlah diri kau walau berjuta-juta kata-kata perit yang menusuk ke hati kau.. tahanlah semampu boleh. Kau...tak boleh beremosi Alice..Atau... manusia di sekeliling akan musnah dan merana disebabkan kau.

Kata hati kecilku menjerit dan berjaya mengedarkan aku. Iris mata kini bertukar warna hazel asal. Tangan yang mengeluarkan cahaya sudah tidak kelihatan. Perlahan-lahan genggaman tangan di sisi aku leraikan.

Mata yang merenung pak cik itu tajam aku pejam serapat-rapatnya. Kening tercantum. Bibir dikemam rapat. Tanpa aku sedar...setitis air mata jernih sudah mengalir ke pipi aku.

"Pak cik...saya tak nak cederakan pak cik. S-Saya mohon.... tinggalkan saya seorang diri? Biar saya seorang diri di sini. Jangan sesekali dekati saya.." aku masih memejamkan kelopak mata rapat tanpa sedikitpun memandang. Sepatah kata yang aku keluarkan.

"Saya...sakit pak cik.." bibir bawah aku sudah bergetar pilu. Tolong...pergi. Aku harap dia sudah pergi lesap dari pandangan aku... tolonglah..

Terkejut aku apabila terasa kedua-dua bahu aku dicengkam erat sekali lagi olehnya.

"Tak, aku takkan pergi selain tidak membunuh kau. Ainsley berada di dalam tubuh kau bukan? Dia harus mati bersama kau." Bisiknya keras di telinga aku.

Terus terbuka kelopak mata aku secara statik memandangnya.

"Bagaimana pak cik boleh tahu? Pak cik siapa? Siapa pak cik sebenarnya?" Aku memandang dalam kedua-dua belah matanya.

"Itu tak penting. Yang penting kau harus mati bersama Ainsley di tubuh kau! Mari sini..." Tanpa aku sangka pak cik itu mengheret tangan aku memaksa aku untuk mengikutnya.

"Pak cik! Apa yang pak cik buat ni?! Lepaskan saya..." Disebabkan heretannya yang begitu kuat membuat lutut aku terduduk ke atas rumput tanah. Sambil itu, pak cik itu masih mengheret aku kasar seperti patung.

Malang sekali, hanya ada pesakit yang berkeliaran berjalan di sini. Why ... selalunya akan sekurang-kurangnya orang nurse di sini yang tolong jaga.

"Pak cik...ahhh..sakit.." aku masih sedaya-upaya meronta-ronta diri dari cengkaman tangan kuat di kedua-dua belah tanganku. Kulit aku yang terguris luka terkena batu, kayu yang tajam atau apa-apa luka tu hanya hilang dengan sendiri.

"Pak cik..tolong..T-tolong bukan hari ini! Ianya terlalu cepat! Beri saya masa.." aku sudah serupa mahu menangis.

Aku sedaya-upaya menahan perasaan dan diri apabila diperlakukan tidak ubah seperti anjing olehnya. Dia langsung tak fikirkan aku ke? Manusia apakah...

"How dare you!"

Pak cik itu terhenti seketika dari mengheret aku. Terus wajah kami statik memandang ke hadapan ke arah suara itu. Si penyelamat aku..

"Tolong saya...hikss..hikss...save me.." Rintih aku perlahan. Air mata satu per satu menitis ke pipi aku.

Lelaki itu terpana seketika memandang raut wajah pak cik itu. Kini, wajahnya ditoleh memandang aku yang dibasahi pipi dengan air mata.

Dia menggeleng kecil. Riak wajahnya yang terpana dan berwajah bengis.

"Let her go with your sh*t hands...or I will kill you now. Sekali lagi kau buat dia sakit.. beribu-ribu kali aku balas dengan buat kau sengsara."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience