Bab 12: Mystery book

Fantasy Series 3715

Seorang lelaki tua yang berjanggut putih merenung lama ke arah sebuah buku tebal dengan aura asing di sekelilingnya. Buku tebal itu..di atasnya ada corak yang berbentuk bulatan berganda dan hal itu membuat buku itu sangat menarik dan misteri. Buku apakah itu? Tiada siapa yang tahu melainkan orang tua itu sendiri.

Orang tua itu mengelus lembut janggut di bawah dagunya yang sudah separas dada.

"Buku ini datang semula padaku. Itu bermakna si dia sudah menyentuh buku ini. Sekarang ini aku hanya perlu tunggu. Cepat atau lambat tubuhnya dengan sendiri akan datang ke sini."

"Walau apapun yang terjadi dia tetap harus datang. Agak-agaknya dia sudah tahu atau belum..yang..kuasa jahat sudah mula menguasai bumi."

"Sebelum bumi ini akan berakhir..Mesti sekarang ni Ainsley sedang menumpang di tubuh orang lain. Kedengaran berita kematian orang semakin meningkat hari demi hari. Tiada siapa yang tahu mayat seseorang itu apa mungkin dibunuh dengan sengaja. Mereka tak mungkin boleh tangkap pelakunya. Sungguh, aku dapat rasakan aura kejahatan Ainsley semakin kuat. Semakin dia kuat..maka semakin susah untuk hancurkan dia." Orang tua misteri itu mengeluh kecil perlahan.

*********
Aku tersentak. Kata-kata Calvin membuat hati aku tersentuh.

Aku memegang tangannya yang menyentuh lembut kedua-dua pipi aku. Dia turut menyeka lembut air mata di pipi aku.

Calvin tersenyum kecil memandang aku.

"Awak tahu..perkara yang apa yang saya paling takutkan dalam hidup ini?"

Calvin menggeleng kecil.

"Tak tahu.."

"Melihat seseorang terluka disebabkan kita. Atau..mati disebabkan kita. Itu buat saya..rasa menyesakkan. Merasa ini membuat saya rasa paling tak guna. Awak faham maksud saya?"

Calvin tersenyum pahit.

"Awak tak rasa..ini beban untuk awak Calvin? Awak tahu bila-bila masa saja awak boleh mati disebabkan Ainsley. Tangan ini bila-bila masa boleh terus bunuh awak Calvin.. sekiranya monster itu mahu. Mana mungkin saya..tak takut akan itu?" air mata semakin deras mengalir ke pipi. Aku merenungnya sedih.

"Calvin..awak boleh tarik diri kalau awak mahu. Awak tak perlu lakukan perkara yang boleh merugikan dan merosak awak untuk orang yang baru kenal seperti saya. Kita..tiada hubungan apapun tapi..awak dah kata awak sanggup korbankan nyawa awak. Bukan itu saja..masa depan awak.. cita-cita awak..ianya, akan jadi abu-abu saja. Sebab nyawa awak bila-bila saja boleh terancam! Kalau..awak buat semua ini untuk saya hanya kerana atas rasa simpati..lebih baik awak lupakan saja semuanya." kataku tersenyum dalam kepedihan.

Calvin tersenyum. Air mata yang hampir menitis ke pipinya dia seka. Kelihatan wajah itu cuba pura-pura baik saja di hadapan aku.

"Awak tahu tak.. perasaan saya sejak pertemuan kali pertama kita hari tu? Saya rasa..takdir memang mahu menyatukan kita. Alice, bukan awak seorang. Tapi kita. Marilah kita sama-sama hancurkan kuasa jahat di dalam tubuh awak Ainsley." Aku merenungnya dengan tepat. Cuba mencari reaksi di wajah itu.

Wajah itu.. kelihatan begitu ikhlas dan jujur mahu menolong aku. Apakah maksud reaksi ini? Aku benar-benar tak faham.

"Dan.. saya nak awak tahu. Ini semua yang saya lakukan bukan hanya rasa simpati. Saya pun sedang mencari jawapannya. Tapi takpe, anggap saja saya ni abang awak atau orang special dalam hidup awak yang sudi mahu berbuat apa saja untuk awak. Hmm?" Calvin tersenyum manis.

Bibirku kemam. Kolam mata yang penuh bertakung dengan air mata memandang mata hazel nutnya dengan tepat.

Terus tubuh itu aku dakap seerat-eratnya.

"Terima kasih..thank you so much. Sebab tidak biar saya lalui semua ini seorang diri. Kalau saya tiada awak...saya tak tahu sama ada saya mampu atau tidak mahu atasi semua ini seorang diri." kata aku mengalirkan air mata di kedua-dua belah pipiku. Bulu mata sudah basah dengan air mata. Kelopak mata ku pejam perlahan.

Calvin..yeah aku rasa..dia sudah menjadi sebahagian dari hidup aku sendiri. Orang yang special dalam hidupku. Pelik. Kiteorang yang baru kenal seakan sudah rapat bertahun-tahun lamanya. Adakah ini dinamanya..hubungan hati?

Calvin hanya tersenyum kecil di dalam pelukan. Dia membalas pelukan aku.

Kepala yang kusandar ke dadanya dapatku rasa degupan jantungnya yang begitu laju.

*********
"Calvin, awak tak rasa buku tu.. telah dipinjam oleh seseorang. Atau.. perpustakaan ni yang dah buang buku tu sebab dah jadi buruk?" kata aku menghela nafas lelah dan bosan.

Dari pagi tadi aku dengan Calvin mencari buku di perpustakaan yang dia kata ni. Tapi.. kiteorang langsung tak nampak buku tu. Ada buku yang berjudul tentang cinta, goblin, raksasa, hantu dan lain-lain ada lah.

Calvin yang sedang masih tekun mencari buku itu tersenyum kecil.

"Kita cari lagi ye? Walau cara apapun..kita perlu dapatkan buku tu Alice."

"Tapi bagaimana? Kita dah cari dari tadi Calvin. Penatlah.." rungut aku.

Calvin menghampiri aku. Pipi gebu aku tiba-tiba dicuitnya lembut.

"Tak apa..biar saya yang cari. Awak rehatlah dulu." kata Calvin. Dia menghampiri aku setapak demi setapak membelakangi aku.

Tersentak aku apabila dia mahu mencapai buku dari atas rak lebih tinggi dari aku membuat tubuh hadapannya begitu rapat dengan belakang aku.

Aku yang ketika ini sedang mencuit-cuit buku di rak terhenti seketika gerak tanganku. Terasa jantung sudah berdebar-debar laju. Aku memegang dada kiriku yang berdegup laju.

Dupp..dup..dap..dapp

Aku menoleh badan menghadapnya. Tersandar tubuhku di rak buku sambil mendongak memandangnya sedikit tinggi dari aku.

Calvin hanya tersenyum menawan. Dia ambil satu buku untuk saja-saja menyelak. Lagipun cover buku tu pun dia sudah lupa macam mana. Yang dia ingat, buku tu agak tebal.

Selepas Calvin menjauhi sedikit tubuhnya dari aku sambil sedang ralit menyelak helaian demi helaian buku serta-merta aku menghela nafas lega perlahan. Fuhh!

Aku mengurut dadaku perlahan. Kenapalah jantung aku berdegup tak stabil bila dekat dengan dia ni?

Aku memandangnya secara diam-diam yang ralit membuka sehelai demi sehelai kertas.

Tanpa aku sedar, bibir sudah menguntum senyuman lembut.

Ahhh.. tengoklah muka tu handsomenya..

Tanpa aku sedar, aku sudah terpujinya dalam hati.

Calvin yang perasan aku asyik melihatnya terus membuat kepala aku statik menoleh ke arah lain. Aku terus membelakanginya menghadap rak buku tadi. Malu..malu..!!

Aku memegang kedua-dua pipiku. Terasa membahang di situ.

Manakala Calvin tertawa kecil lagilah membuat pipi aku bertambah blushing. Hell!

"Awak, saya rasa..buku tu tiada di sini." Calvin bicara perlahan.

"Hahh?" Aku menoleh menghadapnya.

"T-Tapi...awak kata awak yakin buku tu memang ada kat sekitar rak ni. Sekarang dimanakah keyakinan anda, Encik Calvin?"

Calvin mengeluh kecil perlahan.

"Saya tahu..apa kata kita pergi tanya orang kaunter? Mungkin mereka dah pindah buku tu ke tempat lain.." kata Calvin perlahan.

"Okey jom."

Kami berjalan beriringan pergi ke kaunter. Kelihatan seorang perempuan di kaunter yang berkaca mata ditegur oleh Calvin.

"Cik, cik tahu tak..buku seperti legenda yang berkulit tebal itu? Rupa bentuknya yang unik sikit dari buku biasa yang lain. Berkulit tebal dan berkertas lama. Saya pernah terserempak buku tu kat sini. Apa mungkin..buku tu dipinjam oleh orang lain?" Mendengar kata-kata itu cik di kaunter tadi sudah berubah riak wajahnya.

"Jangan merepek! Tiada buku seperti itu kat sini."

"Tapi.."

"Takde tapi-tapi..kat sini tiada buku yang seperti Encik katakan tu. Encik dah habis cari tapi dah tak ada kan? Okey sekarang, encik boleh pergi. Don't ask me that weird question." kata cik itu. Aku memincingkan mata memandangnya. Kenapa dia.. seperti kelam-kabut sangat? Tegasnya suara tu. Calvin cuma tanya je kot. And..mata tu langsung tak merenung tepat ke arah mata kami. Macam memang betul dia sembunyikan sesuatu.

"T-Tak mungkin..saya pernah jumpa buku tu kat sini. Di manakah buku tu menghilang? Cik mungkin tak pernah nampak buku misteri seperti itu kat sini sebab tu cik tak tahu kan?"

"Awak.." aku menggoyang lembut hujung baju lengannya.

"I think..buku tu memang tak ada kat sini. Tengoklah cik tu. Lain macam. Nampak sangat dia tak selesa awak tanya soalan itu pada dia." Bisik aku perlahan di telinganya.

Calvin mencantumkan keningnya. Bila terpandangkan meja yang pernah dia duduk ingatannya sejak pertama kali bertemu dengan buku itu kembali menerjah ke fikirannya.

Yeah, dia pernah baca buku kat sini. Tiba-tiba dia ternampak sebuah buku misteri tiba-tiba berada di tepinya terletak atas meja. Berkemungkinan juga, itu buku hak milik orang lain dan bukannya milik perpustakaan. Mungkin juga, pemilik buku tu sudah ambil buku yang telah disentuh dan telah disusun oleh Calvin ke rak semula.

"Awak, baru saya tahu..saya bukan jumpa buku tu kat atas rak ni. Tapi, saya tiba-tiba jumpa buku tu atas meja tu."

"Haa! Mungkin buku tu..buku story orang lain. Takpelah awak..saya rasa memang buku tu tak ada kat sinilah." kataku perlahan.

Akhirnya kami dua hampir serentak menghela nafas lelah.

Kami akhirnya keluar dari perpustakaan itu.

Calvin berfikir sejenak. Kami terdiam seketika.

"Awak, jom kita pergi hospital nak tak?" Calvin bersuara secara tiba-tiba selepas lama kami mendiam.

"Hospital? Jenguk siapa? Siapa yang sakit?" Soal aku konfius. Aku mencantumkan kening.

Calvin berjeda seketika. Dia merenung aku dengan tepat.

"Sebenarnya... semalam Ainsley pernah cederakan seorang lelaki ni..waktu tu saya tak sempat halang sebab dia terlalu bertindak dengan cepat. Nasib baik dia tidak hampir membunuhnya. Sekarang ni dia berada di hospital."

"T-Teruk ke dia cedera?" Soal ku masih terkejut dengan kebenaran yang terkeluar dari mulut Calvin tadi.

"Entahlah..maybe cedera ringan saja."

"Kalau macam tu.. jomlah kita jenguk dia kat hospital sekarang. Awak pun tak pasti dia cedera ringan saja atau cedera teruk." kataku yang sudah beriak risau. Ahh..ini semua salah Ainsley!

Calvin hanya mengangguk. Dia membawa aku ke hospital. Keretanya di parking betul-betul di hadapan hospital.

"Awak tahu..dia berada di bilik wad mana?"

"Tahu, jom ikut saya. Tapi.." Calvin terhenti seketika langkahnya. Aku turut berhenti jalan.

"Awak, jomlah. Kenapa berhenti? Saya mahu jenguk dia. Mana terletak wad dia?"

"Awak..saya rasa lebih baik awak tak perlu kot jenguk dia."

"Laa..kenapa pula?"

"Sebab..dia dah nampak wajah awak semalam. Mesti kalau dia nampak wajah awak hari ni dia mungkin akan tiba-tiba takut, cemas dan boleh jadi marah tak tentu arah. Kita tak tahu dia orang macam mana. Saya takut awak pula yang akan dia lukainya lepas nampak wajah awak kat sini. Padahal, hakikatnya awak langsung tak menyakiti dirinya. Semua itu diluar kawalan."

Aku termangu seketika.

"Tak apa, saya..saya akan jenguk dan intai dia secara diam-diam. Saya takkan jumpa dia secara depan-depan. Okay? Awak janganlah risau."

"Hmm..betul ni?" Aku tertawa kecil. Lucu lihat dia nampak begitu risau pada aku.

"Beetuul.."

Mendengar sepatah yang keluar dari mulut aku tu..dia menarik tangan aku menuju ke bilik wad seseorang.

Aku tersentak. Mata asyik melirik ke tangannya yang erat mengenggam lembut tangan aku. Bibir menahan senyum.

Akhirnya, sampai juga kami berhenti di hadapan bilik wad seseorang.

"Ini ke wadnya?"

Calvin hanya mengangguk kecil tanda menggiyakan.

"Awak, saya mahu tolong bayarkan bil wad hospital untuk dia. Setahu saya..kata doktor petang ni dia dah boleh keluar dah dari wad."

"Okey awak pergilah." kataku tersenyum kecil. Tangan menolak kecil tubuhnya.

"Ingat, hati-hati.." tegur Calvin seperti aku ni budak kecil gamaknya.

"Yee.." kataku tertawa kecil. Calvin hanya tersenyum. Selepas itu, kakinya mula pergi meninggalkan aku.

Senyuman di bibir mulai pudar. Aku mengintai sedikit pintu bilik wad yang memang sudah terbuka itu memandang sekujur tubuh lelaki yang hampir tua wajahnya terlantar baring di katil hospital. Kelihatan, dia seperti baru bangun dari tidurnya.

Aku memandang sayu ke arahnya. Jadi..dialah orang tu..

Kelihatan lelaki itu seperti cuba untuk mencapai gelas air di tepi meja bersebelahan katil kepalanya. Namun, baru tangannya menguis sedikit gelas kaca itu secara tak sengaja gelas kaca itu tertepisnya dan akhirnya gelas itu terus pecah berderai apabila terhentak dengan kuat ke lantai.

Bahuku ternaik sedikit. Terkejut. Mulut ditekup dengan tangan. Kesiannya..Tak, ini tak boleh jadi. Aku kena tolong dia. Dia mesti haus sangat ni. Hairan. Tiada siapa ke yang jaga dia kat sini? Atau... keluarga dia masih belum tahu dia tiba-tiba berada di wad sini?

Tak semena-mena kaki aku tiba-tiba bergerak sendiri menghampirinya. Aku tidak boleh terus diam seperti ini. Dia perlukan pertolongan.

"Pak cik..tolong jangan bergerak. Biar saya ambilkan gelas air untuk pak cik ye?" kataku dengan bicara lembut.

Aku mengambil cawan plastik yang turut ada di atas meja dan menuang air kosong ke dalamnya. Aku menghulur cawan plastik berisi air ini kepada pak cik itu.

Apabila pandangan kami bertembung. Pak cik itu memandang aku lain macam bagaikan tidak berkelip. Selepas itu pandangannya tajam menikam ke dalam anak mataku. Pak cik itu tidak mengambil huluran dari aku.

Aku tidak berkata apa. Sebaliknya memegang tangan pak cik itu untuk menyambut cawan plastik ini. Tiba-tiba..

Tanpa ku sangka, pak cik itu menolak aku kuat dengan kasar sehingga membuat tubuhku tak seimbang dan jatuh terlentang di atas lantai. Aku mengeringai kecil. Terasa tulang belakang aku hampir mahu retak.

Pak cik itu berada di atas aku. Tangannya mencekik leher aku sekuat hati membuat aku tidak boleh bernafas. Aku menampar-nampar tangannya yang erat mencekik leher aku.

"K-kau? Ke..kenapa kau datang sini? Ahhh..monster! Mati kau.. Mati!! Biar aku cekik kau sampai mati!" Jeritnya pada aku.

Setitis air mata jernih mengalir ke pipi aku. Rasanya begitu terseksa. Membuat nafas aku semakin tersekat-sekat. Tidak dapat menghirup oksigen. Muka aku sudah merah. Aku seakan hampir berada di hujung maut.

"Mati kau..monster dasar monster!" Manakala mulutnya tidak henti menjerit memanggil aku monster.

Telinga berdesing. Seakan telingaku tidak dapat menangkap lagi suara sesiapa. Hanya kedengaran suaranya yang mencaci maki ke arah aku.

Kelihatan nurse-nurse dan doktor yang lain cuba menarik dan mencengkam lengan pak cik itu daripada mencekik aku.

"Pak cik..tolong lepaskan dia!" Beberapa orang nurse cuba menolong aku. Akhirnya cengkaman tangan dari pak cik itu semakin longgar dan terlerai. Membuat aku serta-merta menarik oksigen berkali-kali secara terdesak. Dada turun-naik. Aku mula tercungap-cungap.

Manakala mereka semua cuba menyuntik ubat penenang pada pak cik itu yang sedang meronta-ronta di atas katil.

"Lepaskan aku! Dia ialah monster! Dia patut mati! Sebelum ramai orang dia bunuh..sebelum terlambat dia patut mati sekarang ni! Jangan halang aku..lepas..biar aku bunuh monster tak guna ni! Ahh..dasar monster! Memang layak mati!" Akhirnya pak cik itu serta-merta terdiam seketika selepas disuntik. Tak lama kemudian, kelopak matanya dipejam perlahan.

Manakala aku..sudah tertawa kecil dalam kepedihan. Tubuh masih terbaring di atas lantai.

"Hehehehe.." setitis air mata mengalir lagi ke pipi sehingga menitis ke lantai hospital.

Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya sangat menguris ke hati. Seseorang mengharap untuk aku mati. Katakan padaku.. bagaimana lagi untuk aku hidup di dunia ini? Hati kecilku menjerit, merintih dan menangis. Aku adalah monster. Aku memang patut mati. Tapi kenapa Tuhan uji aku sebegini? Kenapa aku tidak boleh mati.. sedangkan aku sudah membuat dosa besar yang tak terhitung luasnya.

Apa memang aku dipatut hukum seperti ini? Ini memang menyakitkan sehingga teringin sekali untuk aku mati saat ini.

Alangkah baiknya..kalau Tuhan cepat-cepat ambil nyawa ini. Supaya aku..tidak lagi menumpahkan darah orang lain dan membunuh lagi.

Hehe, kelakarkan? Tangan ini yang membunuh orang lain tetapi diri sendiri tidak tahu sudah berapa ramai orang yang diri sudah bunuh.

"Alice!!" Kedengaran suara seseorang melaung namaku. Dia terus mendapatkan aku dan mencangkung di tepi aku.

"Alice? Kenapa ni? Awak sakit? Kenapa baring atas lantai ni? Mari, saya tolong awak bangun." Aku tidak berkata apa sebaliknya memandang kedua-dua telapak tanganku dengan mata yang begitu sayu.

Aku duduk dari terbaring apabila Calvin mendudukkan aku. Terkejut dia melihat air mata aku yang mengalir laju ke pipi. Terus jari runcing itu menyeka lembut air mata di pipi aku.

Calvin tidak berkata apa. Apabila terpandang tubuh lelaki yang hampir menginjak tua itu terbaring kaku tidak sedarkan diri di atas katil baru dia sedar dan tahu. Calvin tidak bertanya apa lagi seakan sudah faham dengan reaksi yang terpancar di wajah aku. Terus tubuh kecil aku ditarik masuk ke dalam dakapannya.

"Awak boleh nangis sepuas-puasnya. Saya akan sentiasa ada untuk memeluk dan menenangkan awak." Calvin berbisik perlahan. Dia mencium lembut ubun-ubun aku.

Aku memejam kelopak mata. Tangis kecilku akhirnya terlepas juga dalam pelukannya.

*********
Manakala ketiga-tiga perempuan cantik yang sedang termenung kecil di atas tempat duduk di meja bulatan risau memikirkan seorang gadis iaitu kawan baik mereka sendiri.

"Ish, kau rasa Alice pergi mana eh? Kelmarin dulu dia cakap nanti dia datanglah sebab ada urusan mustahak. Haih, aku risau betullah. Lepas tu dia call kata mungkin dia tak duduk rumah sewa kami buat beberapa hari lagi. Macam biasa, alasannya suka berahsia. Apalah dengan kawan sendiri pun nak berahsia." Jennie mula membuka suara.

"Hmm, aku rindu Alice. Huwarghh.." Amelia sudah berjiwang sedih.

"Aku pun.." ujar Iris.

"Hmmm.." ketiga-tiga gadis itu merebahkan kepala mereka secara serentak di atas meja. Masing-masing melepaskan keluhan kecil perlahan dan menyambung balik termenung mereka yang tertangguh sebentar tadi.

'Alice, apa masalah kau sebenarnya eh? Kot kau nak kongsi dengan aku. Kami di sini dahlah risau sangat dengan kau. Haih, nasib malam ni Amelia dan Iris masih setia mahu teman aku di rumah. Nanti taklah aku sunyi sangat. Huhu, rindunya aku nak dengar suara kau, Alice. Sambil berbual dan melawak dengan kau macam dulu.' desis Jennie di dalam hati.

Hati ketiga gadis ini begitu gusar dan risau akan kawan baik mereka yang tidak ketahui lokasi yang ia berada. Risau bercampur takut pun ada sekiranya perkara buruk terjadi pada gadis itu.

Sudahlah bermacam-macam mereka membuat andaian mengapa dan di mana Alice menghilang selama beberapa hari ini.

**********
Aku berjalan perlahan-lahan seperti tak bermaya merenung kosong ke hadapan. Hanya kosong seperti sekosong-kosongnya hatiku saat ini. Kolam mata yang masih bergenang dengan air mata tidak aku hiraukan. Manakala fikiran masih terngiang-ngiang kata-kata pak cik itu yang hampir membunuh aku di hospital tadi seperti kaset rosak.

Manakala Calvin hanya merenung sayu ke tubuh belakang aku. Dia berjalan perlahan-lahan mengikut langkahku tanpa hala tuju.

Ekor matanya yang memandang sisi wajahku melalui belakang mengerdip matanya lembut. Seakan boleh membaca perasaan aku dia hanya membiarkan aku dan menemani aku secara diam.

Hanya kedengaran angin yang menyapa ke tubuh kami. Rambut aku yang melepasi bahu dengan beralun sedikit bawahnya ditiup perlahan oleh si angin.

Angin.. andainya aku boleh jadi seperti kau. Terbang bebas tanpa lagi memikirkan masalah yang dihadapi. Hanya terbang tanpa mempedulikan siapa-siapa. Tidak perlu buat baik dan tak perlu juga buat jahat.

Selepas lama berdiam diri, aku bersuara perlahan.

"Calvin, andai awak tahu..saya hanya ibarat seperti kayu yang bila sudah tidak bertahan asyik jatuh, tersepak oleh manusia dan bila bangun apabila manusia itu mendirikan saya. Dipahat lagi dengan paku tetapi bila sudah tidak bertahan akhirnya ia jatuh juga. Lepas tu dipahat lagi seterusnya dipahat lagi sehingga ia masih tetap tidak bertahan lama dan jatuh juga. Hidup ini..memang suka jatuh dan bangun. Sehingga gadis kecil polos yang bernama Alice Laurel tidak mahu rasa bangun lagi. Sama ada dibangun oleh seseorang atau dibangun dengan sendiri dia sudah tidak mahu lagi bangun. Dia sudah rasa lelah dan putus-asa. Kayunya sudah asyik terpatah. Kenapa tak saja kayu itu dihancur terus? Supaya..dia tidak akan boleh lagi untuk bangun. Tak kira dibantu oleh orang lain sekalipun. Ia masih takkan dapat bangun lagi." Aku bersuara halus dan perlahan.

Air mata jernih sudah menitis laju kedua-dua belah pipiku. Aku tersenyum lirih. Wajahku tunduk perlahan merenung sepasang kasut ku di bawah.

"Saya takkan biarkan kayu tu terus terlerai. Kalau dia patah saya akan cuba buat cara apa sekalipun untuk sambungkan semula. Walaupun, ia sudah tidak sempurna lagi seperti asalnya."

Terasa bahu aku disentuh lembut oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan dirinya.

Calvin mengangkat lembut daguku supaya memandangnya. Pipiku dielusnya lembut membuat aku terpejam mata seketika. Diriku terasa dihanyut dengan sentuhan belaian lembutnya.

Aku menyondol pipi ke tangannya yang masih menyentuh lembut pipiku. Perlahan-lahan ku buka kelopak mata. Kelihatan dia menggeleng kecil.

"Shhh, jangan nangis dan kata apa lagi. Nanti tubuh kecil Cik Alice dihanyut angin kencang dibawa angin. Nanti..kalau Cik Alice dihanyut angin siapa nak teman saya lagi? Hmm?" Calvin cuba berlawak hambar.

Serta-merta bibir mengukir senyuman kecil. Tangan Calvin mengelus lembut ulas bibirku.

"Haa kan bagus kalau senyum macam ni. Manisnya senyuman cik Alice sehingga mampu membuat saya terbuai."

"Ia? Berhenti berlawak Calvin. Awak ni suka je usik saya." kataku perlahan.

"Tak, saya tak berlawak. Saya serius. Senyuman cik Alice sudah buat hati saya luluh bila pandang." kata Calvin melekap tangannya ke dada.

Aku tersengih kecil.

Tiba-tiba, Calvin meniup lembut ke wajah aku membuat aku terpejam mata seketika.

Jari runcingnya menyentuh dahiku lembut hingga turun ke hidungku. Calvin terhenti seketika. Dia terpandang bibir delimaku lama.

Aku tertawa comel. Mataku buka semula.

"Apa yang awak buat?"

"Sedang tiup muka awak. Ni baru angin kecil. Kalau senyuman dan tawa kecil dari awak terhenti walaupun sebentar biar saya yang tiup muka awak hari-hari."

Aku mencebik mulut ke tepi.

"Alaa..takkan nak senyum sepanjang masa. Lenguhlah nanti asyik senyum. Lagi satu, awak takkanlah dapat tiup wajah saya setiap masa bila saya dah tak senyum. Lagipun, kita bukannya dapat bersama selalu pun." kataku bertentang mata dekat dengannya. Aku mengenyit mata seraya tersenyum kecil.

Calvin semakin dekat wajahnya dengan aku.

"Ohh ya? Kalau saya kiss pipi awak setiap masa boleh?"

Aku terkedu. Kelihatan dia sudah tertawa kecil. Ahh.. handsomenya wajah tu bila dia ketawa.

Kami dua tersentak dan terkedu apabila menyedari hidung kami berdua sudah berlanggar. Tidak sedar wajah kami begitu hampir. Hanya seinci saja lagi bibir kami mahu bersentuh.

Aku dengan dia bertentang mata lama. Dari mata turun ke hati. Lepas pergi ke hati..pergi ke perut ke? Ahak! Merepek saja aku ni.

Kami dua melari pandangan ke arah lain. Berjarak sedikit antara satu sama lain. Calvin berdehem kecil.

Aku pula sudah beriak tidak tentu hala dan canggung. Haih, apa kena mengena dengan aku ni? Tak pernah pula aku canggung dengan orang sampai tak tentu arah macam ni. Tak senang duduk dibuatnya.

Tiba-tiba..

Ada sekumpulan lelaki yang berpakaian serba hitam menerpa ke arah kami berdua dengan alat masing-masing di tangan.

Aku terpempan dan terkedu. Calvin pula sudah memandang tajam ke arah wajah-wajah mereka satu per satu. Malangnya, wajah itu tidak ditunjuk kerana dipakai mask menutup separuh wajah dari mereka semua. Orang macam ni apa lagi kalau bukan perompak.

Ahhh, kat sini juga jumpa perompak ye? Ramai pula tu. Apa mereka semua memang dah rancang untuk buru dan rompak kami berdua? Haih, licik! Aku sudah beriak takut dan cemas. Dengan kami berdua dan mereka yang berlapan. Mana adil!

"Jangan gerak! Angkat tangan masing-masing! Buang segala benda-benda berharga dan baling ke arah sini!" kata salah seorang dari mereka. Sekarang ini, kami berdua sudah terkepung dalam satu bulatan.

"Calvin..macam mana ni?" Aku sudah berbisik risau di tepinya.

"Saya cuba lawan dengan mereka semua. Kalau ikut saja cakap mereka nanti makin menjadi-jadi perangai mereka. Kita bukan orang dungu atau hamba yang senang hati mahu ikut arahan dia." kata Calvin sambil mengetap bibir bawahnya menahan geram. Tangan sudah digenggam erat seperti mahu menumbuk orang.

Aku mengangguk kecil perlahan. Tangan Calvin mengenggam lembut pergelangan tanganku dan menarik tubuhku perlahan ke tubuh belakangnya. Aku memandangnya dengan rasa terharu. Terpegun seketika.

"Langkah mayat aku dulu." kata Calvin lantang dengan keras. Matanya tajam menikam mata-mata yang memandangnya.

"Huh, okay kalau tu pilihan kau. Bunuh dia! Dan culik perempuan cantik di tepinya itu!" Jerit salah seorang lantang memberi arahan pada yang lain. Jadi, itu ketua mereka.

"Yarghh!!" Beberapa orang sekaligus mahu menerkam ke arah Calvin dengan alat pisau dan pemukul di tangan mereka masing-masing.

"Alice, lari!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience