Bab 2: I am back

Fantasy Series 3715

"Jennie²! Aku ada nak bagitau kau something ni." kata aku menggoyang lengannya berkali-kali.

"Eih² janganlah goyang kuat sangat. Nanti terputus kang tangan aku kau nak ganti?" kata Jennie. Hehe aku hanya tersenyum lucu menahan ketawa.

"Dah² pergi sana. Shuh... shuh..aku nak tengok cerita favourite aku ni." kata Jennie yang acah-acah mahu menghalau.

Jennie pulak sekarang ni tengah menonton drama hangat Korea di televisyen. Sempat lagi makan keropok tu. Haih macam kucing pula nak halau aku shuh shuh. Apa ke patut..

Aku mengintai sedikit drama Korea di televisyen yang Jennie suka sangat tu. Wuuu..macam bestlah pulak.

"Saranghae, oppa!!" tiba-tiba ada seorang perempuan yang meluahkan perasaannya pada seorang namja di televisyen. Dia menjerit-jerit sambil membuat bentuk love di tangan di atas kepala. Uwuu..seorang perempuan sedang meluah perasaan dekat namja. Ahak!

Hehe alangkah indahnya kalau aku dapat buat macam tu. Hehe malangnya aku tak ada crush. Hehe... lagipun kalau ada pun mungkin aku akan pendam je perasaan tak macam perempuan tu berani sungguh gamaknya.

Uishh! Alamak aku pun terkena dengan penangan hasutan dari drama Korea! Ouhh tidak kali ni aku takkan boleh tergoda lagi. Silap hari bulan sekali tengok sampai lewat malam baru habis.

Hehe sebenarnya...aku pun peminat drama Korea macam Jennie tapi tulaah berazam tak mahu tengok dah cerita Korea sebab rasa macam buang masa pula hehehe..

"Oihh Jen! Kau nih..meh aku tutup tv lah senang sikit." kata aku yang sepantas kilat mahu menyambar rimut tv tapi apalah daya seinsan lemah seperti aku ni tak dapat juga untuk melawan kepantasan kilat dari Cik Jennie. Laju saja dia terus ambil sebelum sempat aku sentuh lagi.

"Ala kau nih Alice! Huhu kut nak bagi aku tengok. Dahlah best ni. Ala nanti-nanti jelah kau cerita yer Cik Alice? Please..." kata Jennie mengerdip mata berkali-kali.

"Ouhh okey. Aku fikir kau mahu dengar cerita Cik Alice yang tadinya waktu joging tiba-tiba terjumpa dengan Putera Handsome. Tapi takpelah ada orang tu tak nak dengar pulak." kata aku yang mula pura-pura mahu pergi.

"What?! Kau ada jumpa dengan putera handsome beb?! Wei kenapa tak cerita kat aku? Ala takpe lah cerita Korea ni aku ketepikan dululah. Sekarang ni aku nak dengar cerita kau dulu." kata Jennie dengan mata yang bersinar. Kini, giliran dia menggoyang lengan aku berkali-kali bagai mahu tercabut gamaknya.

"Hehe sabar². Begini ceritanya..pagi tadi kan aku joging. Tengah kusyuk joging tu tiba-tiba hujan turun. Haa akhirnya berlakulah perang kelam kabut iaitu mahu cari tempat berteduh. And aku jumpalah tempat berteduh tu. Tak lama kemudian..." kata aku panjang lebar. Tapi belum sempat aku menghabiskan ayat Jennie sudah menyampuk.

"Lepas tu tiba-tiba ada suara lelaki yang panggil kau dari belakang kan? Lepas tu bila kau pandang terus kau dah terjatuh cinta untuk pandangan pertama. HAHAHAHAHA...." Jennie mula ketawa terbahak-bahak. Haih luku pala dia baru tahu. Pandai-pandai jer mereka cerita.

"Jennie, dengar aku cerita bagi habis dulu." kata aku yang mula bernada serius.

"Hehehe okey² janganlah marah. Nanti berkedut muka pretty princess ni." kata Jennie yang ketawa mengusik.

"Hehehe." aku hanya ketawa kecil saja.

"Okey sambung. Lepas tu..."

***********

Calvin pov

Aku lihat jam tangan kesayangan aku menunjukkan pukul 12 tengah hari. Teringat pula pada pagi tadi.

"Tengoklah macam mana nanti. Kalau takdir mahu menemukan kita berdua maknanya kita akan berjumpa kalau tak maknanya kita tak berjumpa lagilah." kata-kata tu hanya terngiang-ngiang di dalam fikiran aku.

Aku tersenyum-senyum seorang diri seperti orang kurang siuman gamaknya.

"Alice Laurel...Alice Laurel...she's so cute." gumam aku seorang diri. Bibir aku tidak lekang-lekang dari tersenyum. Aku lihat tangan kanan aku. Inilah tangan yang buat aku usap lembut bulu anak kucing. Dia juga turut pegang tangan aku tadi. Fiuhh! Aku ni macam kena angau pulak. Haih padahal baru jumpa kali pertama.

***********

Alice pov

"Uishh! Jadi kau pegang tangan dia beb?! Wah beraninya kau! Kalau aku jadi kau pun aku takkan buat macam tu. Nanti dianggap mengambil kesempatan pulak." kata Jennie. Macam biasa Jennie mula keluarkan suara dia yang kuat tu. Jennie..Jennie...tak pernah-pernah kalau tak jerit satu hari. Kepoh saja mulut dia apabila bercakap. Heheh..

"Uihh Jen.. janganlah jerit kat telinga aku. Bergegar telinga aku tau dengar kau jerit. Geletek kang baru tahu." kata aku yang menggeletek badannya.

"Hehehe janganlah!" kata Jennie tergelak terkekeh-kekeh. Dia ketawa tak henti-henti apabila aku menggeleteknya. Aku pun turut ketawa apabila dia geletek aku sama.

"Hehe dah² letih dah ketawa ni." kata aku yang sudah penat ketawa. Jennie turut mengangguk. Habis keluar sedikit air mata dari tubir matanya sebab ketawa tanpa henti.

"Hehe sebenarnya kan...aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tu. Keberanian dari celah hutan mana pun aku tak tahu sampai aku boleh pegang tangan dia. Lagipun dalam otak aku cuma nak bagi dia pegang kucing dan tak takut dengan kucing. Yang tu jer." kata aku.

"Hehehe aku faham beb tak apa. Cuma rasa sedikit lucu jugalah di situ sebab dia takut dengan kucing hehe. Apa-apapun beb aku terlupa pula nak gitau kat kau. Petang nih kan...Amelia dan Iris mahu ajak kita pergi ke pantai. Kau ikut kan? Hehe sebab lama kita tak berkumpul sama-sama kat tepi pantai." kata Jennie.

"Eih mestilah ikut kenapa pulak tak ikut. Lagipun kita rindu sangat kat diaorang. Masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. Lagipun kawan akan akan sentiasa berhubung dengan kawan. Haa gitewwww." kata aku ketawa kecil. Amelia dan Iris tu kan...kawan aku dan juga Jennie. Hehe kami semua berkawan rapatlah juga. Kawan dari sekolah lagi. Sebab tulah aku selalu tak sunyi. Walaupun Amelia dan Iris kadang-kadang sibuk dengan kerja sendiri tapi tak apa Jennie kan duduk dengan aku satu rumah. Persahabatan kitaorang menjadi lebih rapat seperti adik-beradik.

"Okey beb.." kata Jennie tersenyum. Aku hanya mengenyit mata sebelah padanya sambil tersenyum.

***********

"Korangg!!!" laung Jennie dengan kuat berlari untuk memeluk Iris dengan Amelia. Aku turut memeluk mereka dengan erat. Bukan senang tau nak berkumpul macam ni lagi. Cuaca terik matahari tidak terlalu panas petang ni. Jadi sangat sesuai untuk melepak.

"Jennie...Alice...korang dua sihat?" kata Amelia dan Iris hampir serentak. Aku dan Jennie tersenyum dalam pelukan.

"Sihat. Korang dua sihat? Lama kita tak berjumpa." kata aku yang terasa sebak pula. Kami meleraikan pelukan.

"Hehe tulaah..I miss you guys." kata Amelia yang memeluk bahu aku dan juga Jennie.

"Hehe I miss you too.." kata Jennie dan aku secara serentak.

"Korangg cantikkan pantai nih? Hehe rindu pulak zaman sekolah dulu. Sekarang kita dah besar dan dah dewasa. Dah tak macam dulu-dulu." kata Iris memandang ke arah air laut.

"Hehe tak apalah Iris. Lagipun kita boleh berjumpa lagi. Walaupun..tak selalu." kata aku yang memegang tangannya dengan lembut. Iris hanya tersenyum lembut memandang aku.

Aku berjalan seorang diri di tepi pantai. Angin yang sangat damai aku hanya biarkan mengena ke tubuhku. Iris dan Jennie tengah beli makanan sekarang ni yang berdekatan kat sini. Manakala Amelia pula katanya ada urusan yang sangat penting pasal family dia tapi takpe dia cakap nanti dia datang sini balik.

Aku menghirup udara yang segar di tepi pantai. Aku cuba buang kasut ke tepi. Hehe teringin juga nak main air ni.

Macam budak-budak? Hehe tapi aku tak kisah. Bila ada ombak mahu datang aku pergi ke tepi sedikit bila sudah tiada aku pergi lagi dekat air. Macam tulaah berulang-ulang kali. Hehe memang macam budak-budak betul. Dengan masa yang ada untuk tunggu kawan aku nilah kesempatan untuk aku main. Muahehe..

Tapi tidak lama aku main tiba-tiba ada sebuah kotak kayu yang misteri menuju ke sini dibawa oleh air laut. Ia betul-betul terhenti di kaki aku. Wahh..ape benda nih? Aku lihat sebuah kotak kayu yang bersaiz kecil berukiran seni yang sangat halus dan cantik bagi aku. Oh my god..

Dengan sedikit teragak-agak aku mencapai kotak itu di kaki aku. Aku membelek-belek kotak tersebut berkali-kali. Tiba-tiba perasaan berkenan terhadap kotak ini menerjah ke dalam hati. Yeah aku dah jatuh cinta dengan kotak ni dan rasa mahu ambil dia dan bawa balik ke rumah aku dan kurung dia dalam laci hehe. Tapi.. misterinya. Kenapa tiba-tiba kotak ni muncul dekat air laut and tengok-tengok dah ada kat kaki aku. Hmm tapi boleh jadi juga kalau ada orang yang buang kotak nih kat dalam laut dan akhirnya kotak nih dibawa oleh air laut datang ke sini. Dan akhirnya tersadai di kaki aku.

Hmm kalau betul jangkaan aku siapalah orang tu yer yang sanggup buang kotak secantik ni. Walaupun ianya hanya sebuah kotak berkayu tapi aku sangat sukakannya. Dia ada ukiran unik yang tersendiri yang susah untuk aku terangkan macam mana. Tapi kotak ni sangat berukiran halus. Lagipun aku suka seni. Sebab tulah aku mudah jatuh suka kat kotak ni.

Hmm...patutkah aku bawa balik jer senang? Haih tak ke jahat namanya tu? Tiba-tiba bawa balik hak orang. Manalah tahu orang tu sebenarnya tak buang pun kotak ni dan sebenarnya tercicir ke dalam laut? Haa boleh jadi juga. Agak-agaknya apa yang ada dalam kotak nih yer? Jeng³ perasaan ingin tahu mula membuak-buak dalam hati. Aku menggoyang sedikit kotak tersebut namun tak terasa pun ada benda kat dalam dia. Rasanya kotak ni kotak kosong. Nak lebih tak ragu-ragu lagi aku membuat keputusan untuk buka kotak tersebut. Kan senang...habis cerita..

Aku terpaku seketika. Dada aku mula terasa berdebar-debar. Terasa badan aku sangat kaku. Terasa ada sesuatu yang masuk ke dalam mata aku membuat aku terpejam seketika. Tiba-tiba dada aku menjadi turun-naik. Terasa seperti sesak nafas.

"Arghh.." aku terduduk seketika di atas pasir. Badan aku sangat lemah. Aku tak dapat gambarkan bagaimana perasaan aku saat ini. Aku terasa mahu pitam. Aku picit dahi aku dengan kuat. Tiba-tiba terasa sangat berat kepala ini. Aku menumbuk-numbuk kuat kepala aku. Terasa berdengut-dengut di situ. Terasa sakit dan mencucuk juga.

"I am back...I am back..." kata-kata tu. Yeah kata-kata tu asyik berulang di telinga ku. Suaranya macam perempuan tapi sangat menyeramkan. Bila dengar suara dia automatik bulu roma aku meremang.

"I am back..I am back.." suara tu asyik berulang membuat aku semakin menggigil ketakutan.

"Erghhh diam. Diam! Diamm!" jerit aku seorang diri. Aku menyerabutkan rambut aku berkali-kali.

Tanpa aku sedari mata aku mula bertuka warna merah-semerahnya. Dan hanya selepas beberapa saat mata aku kembali bertukar menjadi warna asal. Aku mengerdip mata aku berkali-kali. Apa yang terjadi? Apa yang aku ternampak tadi? Suara siapa tadi tu? Seramnya..Sampai buat aku rasa sangat sesak. Aku tak pernah punya perasaan ni selama ni. Ini kali pertama. Yeah, tadi...aku macam nampak ada aura warna merah kehitaman. Macam aura evil yang aku tengok dalam cerita dongeng. Ish tapi takkanlah...

Tiba-tiba bahu aku terasa ditepuk oleh seseorang membuat bahu aku ternaik sedikit dek terkejut.

"Alice..kenapa ni?" kata Jennie dan juga Iris yang tiba-tiba muncul dari belakang.

"Jennie..Iris.." panggil aku perlahan. Aku terus bangun daripada duduk dan memeluk mereka dengan erat kerana terlalu takut. Iris dan Jennie sedikit tersentak. Hati mereka mula diulit risau. Fikiran mula berfikir yang bukan-bukan.

"Alice.. Kenapa ni?" kata Jennie yang meleraikan pelukan. Dia memegang kedua-dua pipi aku dengan lembut.

"Alice kau menangis?" kata Jennie sedikit terkejut. Begitu juga Iris.

"Kenapa ni? Kenapa kau nangis? Muka kau pucatnya beb.Ada seseorang yang sakitkan hati kau ke beb? Waktu sepanjang kami dua tiada apa yang berlaku?" soal Jennie dengan bertubi-tubi. Jennie dan Iris sangat risau bila mereka berdua nampak keadaan aku sekarang ni. Memanglah mereka risau tengoklah keadaan aku sekarang ni. Lesu, pucat, serabut, sedih. Memang kalau orang tengok ni macam aku ni orang yang baru kena buli pun ada. Manakala Iris pula membelai lembut tangan aku berkali-kali cuba memberi kekuatan pada aku.

"It's okay korang. Janganlah tunjuk muka simpati macam tu. Aku tak apa-apalah. Jangan risau okey?" kata aku yang memandang ke arah mereka berdua.

Namun Iris dengan Jennie hanya diam saja membisu. Masing-masing menunjukkan reaksi risau pada aku.

"Ermmm Amelia tak datang lagi eh? Hmm dia ada masalah dengan family dia kut." kata aku cuba mengalih topik. Namun mereka berdua hanya diam saja membisu. Alamakk..macam mana nak yakinkan mereka yang aku tak apa-apa eh? Adehh..gawat...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience