Bab 21: Ainsley's evil plan

Fantasy Series 3715

Calvin kebuntuan ayat seketika. Otaknya ligat cuba mencari idea untuk menipu Jennie. Alice pernah menyuruhnya supaya berjanji untuk tidak akan memberitahu masalah ini pada kawan-kawannya.

"Saya pun dia tidak mahu cerita..Maaf ye? Tapi, saya akan cuba pujuk dia okey? Awak tak perlu risau." kata Calvin yang mahu bangun dari duduk dan berganjak pergi tetapi terhenti serta-merta langkahnya apabila Jennie bersuara.

Jennie terus bangun dari duduk.

"Saya tahu mesti ada sesuatu yang tak kena diantara kalian berdua! Firasat kawan tidak pernah silap, Calvin. Saya bahkan kenal dia lebih dari apa yang awak kenal tentang Alice. Saya tahu! Saya tahu..mesti ada yang tak kena ni. Saya mohon..tolong beritahu saya apa yang berlaku sebenarnya ni. Saya berhak untuk tahu! Calvin, Alice tu dah macam adik saya awak tahu tak?" Kata-kata Jennie menyentak tangkal hati Calvin.

Calvin menunduk wajahnya menekur lantai. Mata dipejam rapat. Tangan di sisi sudah mengenggam erat cuba menahan perasaan.

Jennie hanya memerhati tubuh belakang Calvin lama. Menunggu reaction dari Calvin.

Tak lama kemudian, Calvin perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Ia merenung tepat ke hadapan dengan reaksi kosong.

"Betul awak mahu tahu, Jennie?" Soalnya dengan halus.

"Yeah! Please..beritahu saya.."

Calvin mengetap bibir bawahnya.

"Sebenarnya..Alice dikuasai oleh kuasa jahat yang bernama Ainsley. Alice akan jadi lain di waktu malam. Dia akan jadi orang lain. Mindanya tidak akan mengingat kita lagi. Kerna, ada sesuatu yang mengawalnya. Kecuali siang..Alice akan jadi dirinya sendiri." Calvin menoleh tepat memandang Jennie.

Kelihatan gadis itu seperti tidak terkata. Bibirnya dikemam serapat mungkin. Dia terduduk seketika di atas lantai. A-Apa itu memang benar..

"Kalau awak masih tak percaya. Terpulang. Saya sudah beritahu perkara yang sebenar. Maafkan Alice dan saya sebab merahsiakan perkara yang besar ni pada korang semua. Tapi, saya mohon buat malam menjelma tolong berkurung dalam bilik saja bersama kawan-kawan awak? Supaya saya tak perlu letak lagi ubat tidur dalam makanan korang. Saya minta maaf tapi tolong.. dengar cakap saya. Alice memang betul-betul akan jadi orang lain pada waktu malam. Kesedarannya di bawah kendalian. Ini demi keselamatan korang semua. Saya pergi dulu." Selepas Calvin berkata begitu dia terus pergi dari situ meninggalkan Jennie yang terpinga-pinga di situ.

Jennie memeluk lututnya. Dia bernafas lelah.

"B-Bagaimana ini..boleh terjadi pada kau Alice?" Gumam Jennie dengan lirih. Dia sudah menyembamkan wajahnya di lutut. Melepaskan rasa kesal dan bercampur-baur di dalam hati.

Rambutnya mula sedikit serabut. Tanpa dirinya sedar, dia menangis teresak-esak memikirkan kawan baiknya itu.

***********
Jennie dengan muka pucat dan lelahnya hanya berjalan perlahan-lahan ke hadapan dengan lemah. Mata merenung kosong ke hadapan. Terlihat Alice, Iris dan Amelia sudah tertawa kecil gembira sambil berkejaran sesama sendiri di luar rumah. Jeritan kecil dari Iris turut kedengaran apabila Alice dan Amelia mahu mengejarnya dan kenakannya pula kali ini.

Jennie melarik senyuman kecil. Pemandangan yang sangat indah di hadapan mata. Tanaman yang berbagai-bagai jenis bunga yang penuh di sini serta gadis-gadis yang sedang berkejaran sambil bergelak ketawa. Dah macam budak-budak tapi itulah pemandangan yang paling indah bagi Jennie. Entah kenapa, hatinya tiba-tiba terdetik rasa sayu dan sebak.

Matanya lama merenung ke arah Alice yang sedang tersenyum manis menampakkan lesung pipit comel itu. Ternyata, di sebalik senyuman itu ada 1001 kepahitannya yang dia sendiri tidak tahu. Bahkan, dia dapat rasa Alice sedang berusaha menyimpan beribu-ribu luka di hatinya.

Jennie tersenyum sendiri. Siapa sangka gadis yang periang seperti Alice mengalami duka dan lara yang orang sendiri langsung tidak dapat memahami. Jikalau orang kata memahami dia itu bermakna orang itu salah. Tidak ada satu pun orang dapat faham dan rasa apa yang Alice rasa.

Merasa asing dengan diri sendiri, kadang-kadang takut dengan diri sendiri, merasakan gelapnya di mana-mana, bukan hatinya yang saja rapuh dan hancur tapi tubuh badannya saja membuat dia hampir tidak tertahan dengan kuasa jahat Ainsley yang menetap di tubuhnya.

Alice memang boleh dikatakan turut ada kuasa disebabkan Ainsley. Dia juga sekarang sudah menjadi manusia yang agak 'unik'. Tapi, dalam masa yang sama tubuhnya sendiri juga akan menjadi rosak dan serapuh-rapuhnya seperti hatinya saat ini.

Disebabkan Ainsley ialah kuasa evil yang sangat kuat dan tubuh manusia Alice yang lemah boleh memakan diri Alice secara perlahan-lahan. Dan tidak ada siapa yang dapat memahami apa yang dia lalui. Cuma, hanya seorang saja yang boleh hentikan deritanya ini. Calvin. Dialah orang itu. Tanpa Alice sedar atau tahu, Calvin ialah destiny nya yang telah ditetapkan oleh takdir dari dulu lagi.

Jennie tidak tahu apa-apa lagi. Tapi, dia berasa malu dengan dirinya sendiri. Manakan tidak, kawan baiknya sendiri yang telah melalui bermacam-macam tidak dia tahu atau sedar itu. Dia tidak dapat rasa atau faham apa yang Alice rasa. Tapi sebagai seorang sahabat dia dapat rasa betapa sukarnya untuk Alice menghadapi semua ini.

Dia tidak kenal dengan namanya kuasa jahat. Dan dia tahu itu semua diluar logik akal. Tapi, sebagai sahabat wajarkah dia menindakkannya? Dia tetap akan percayakan Alice. Walau tak kiralah ia diluar logik akal sekalipun. Cuma...dia perlu cari kebenarannya dari mulut Alice sendiri. Kenapa tak gadis itu berterus-terang saja dengannya? Dia pasti akan percaya. Apa mungkin Alice takut dia akan mengelak darinya. Tak, mana mungkin seorang sahabat akan berbuat seperti itu.

Kalau itu yang memang dialami oleh Alice dia akan percaya. Tapi, seorang sahabat apa yang dia harus lakukan? Tolong beritahunya..apa yang dia harus lakukan?

Jennie sudah bergenang air matanya. Matanya hanya statik merenung lama ke arah Alice.

Tiba-tiba dirinya dipanggil lantang.

"Jen! Marilah sini! Main dengan kiteorang. Kau ni..kerja hobi memang suka melamun dan berangan je kan." Laung Amelia berjaya menyedarkan Jennie. Terus air mata yang hampir mengalir keluar disekanya dengan jari.

Alice pov

Badan statik memandang ke arah Jennie. Bibir delimaku perlahan-lahan menguntum senyuman lembut.

Senyuman meniti juga di bibir Jennie apabila memandang ke arah kami bertiga.

"Yeah! I'm coming! Kau ni kan Lia sedap je mulut tu kata aku ni kuat berangan." Jennie yang sudah menghampiri mereka sudah menepuk bahu Amelia perlahan.

"Hehehehe.." Amelia hanya tersengih kambing.

Tiba-tiba, giliran Iris pula menjerit.

"Weh! Apa kata kalau kita main Frozen bila dia sentuh orang tu akan jadi beku dan bila orang lain sentuh dia balik dia akan jadi cair."

"Ohhh! Permainan tu..boleh juga! Waktu kita remaja kita pernah main dulu bukan?" Ujar Amelia dengan ceria.

"Ish, tu bukan permainan budak-budak ke?" Ujar Jennie pula mengecilkan matanya. Dia berpeluk tubuh sambil memandang Iris dan Amelia.

"Yeah, memang. Tak dinafikan permainan macam budak-budak pun. Tapiii, permainan ini direka khas oleh aku sendiri. Ada kelainan sikit."

"Maksud kau?" Soal aku pula. Aku hanya melayan saja kerenah kawan-kawan aku ni.

"Maksud aku.." Iris mula memberikan idea merapunya. Kononnya, ia adalah permainan yang direka khas olehnya sendiri.

"Ohoh, maksud kau bila dia sentuh orang tu jadi ais lepas tu dia akan pusing badan dia di hadapan orang tu sebanyak tiga kali. A-Apa motifnya?" Soal Amelia yang sudah tersenyum menahan tawa dari terkeluar. Dia tersenyum keliru memandang Iris.

"Yelah, sekurang-kurangnya ada bezanya. Kan³?" Spontan aku, Jennie dan Amelia menepuk dahi secara hampir serentak. Datang dah perangai merapu dia.

"Aku rasa kita ikut jelah cakap bff kita ni. Lagipun, bukan selalu kita main macam ni. Kan³?" kata aku tersenyum kecil.

"Haah! Betul cakap Alice tu. Amacam bernas tak permainan rekaan aku tu?" kata Iris mengangkat kening berkali-kali seraya tersenyum kecil.

"Berrrnaaaass sangat Iris!" Jerit aku, Jennie dan Amelia hampir serentak. Selepas itu, terlepas jua tawa kecil dari kami. Lucu dengan kerenah Iris yang seperti perangai budak-budak ini.

Iris hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Okey sekarang siapa nak jadi ais?" Soal Jennie pula.

"Kita main gunting, batu, kain lah. Siapa kalah dia jadi dulu." kata Amelia memberi cadangan.

"Okey, kita main gunting, batu, kain." Putus Jennie pula.

Aku hanya mengangguk kecil.

"Gunting batu, ka..in..!"

"Ahh! Yeayy Alice kalah! Kau jadi." jerit Iris ceria.

"Hahh? Aku? Aduhh..selalu saja kalah part main ni." Rungut aku tidak semangat.

"Ala, takpelah kau jadi. Nah, aku tolong ikatkan kain untuk tutup mata kau." kata Iris.

Aku hanya mengangguk kecil. Pasrah. Sementara Iris sudah mengikat kain di kepala menutupi kedua-dua mataku.

Okey, sekarang..aku kena cari mangsa untuk tukarkan dia jadi ais. Lepas tu, jangan lupa pusing di hadapan dia tiga kali lepas sentuhnya jadi ais. Pfft! Rekaan permainan dari Cik Iris katakan.

Aku sudah tergawang-gawang tangan ke udara. Langsung tidak nampak apa-apa. Kut, mereka nak tutup mata aku dengan kain jarang ke apa ke pfft!

"Ala..korang di mana?? Janganlah lari jauh. Aku tak boleh kejarlah!" Kedua-dua tangan aku sudah tergawang-gawang ke udara.

Sementara aku yang seperti orang dungu di sini melangkah perlahan-lahan ke hadapan mahu mencari tanpa sedar kawan-kawan aku sudah menahan tawa mereka dari terkeluar.

"Ishh korang kat mana.." belum sempat aku mahu merungut lagi terasa tangan sudah tersentuh badan seseorang.

"Haa! Jadi ais! Bekulah kau di situ. Jap, tapi siapa ni ye?" Aku meraba-raba wajah di hadapan. Menyentuh kelopak matanya, hidung mancungnya sehingga ke ulas bibirnya. Aduhh, siapa ni ye? Aku tak boleh teka pula.

"Jennie kau ke?" Jennie yang berada di tempat lain sudah tersenyum suka. Hampir tergelak dia dibuatnya apabila melihat aku seperti terkial-kial.

"Bukan akulah!" Aku tergamam. Ahh, lantaklah siapapun. Yang penting baru seorang yang aku sudah tukar jadi ais. Tak ada siapa yang boleh tukarnya jadi air lagi. Sekarang hanya tinggal dua orang lagi yang tersisa.

Calvin di hadapan juga sudah tertawa kecil dalam diam.

'Seriuslah! Alice tak kenal aku?' bisiknya dalam hati.

Manakala aku sebelum tu sempat aku pusing badan aku sebanyak tiga kali di hadapan orang tu. Aduhh..ni semua rancangan Iris lah ni. Makin susah pula permainan dia ni ye?

Namun, baru sempat aku mahu pusing buat kali ketiga terasa kaki tersangkut sesuatu dan buat aku hampir mahu terjatuh.

Aku mahu hilang pertimbangan spontan aku mahu terjerit kecil.

"Ahhh..." Namun belum sempat aku jatuh terasa sepasang tangan kekar sempat merangkul pinggang aku erat dari terjatuh.

Aku tak tahu dia siapa disebabkan kain masih menutupi mata aku. Hati aku pula yang berdebar-debar. Macam mana kalau aku tersentuh orang asing dan hakikatnya bukan kawan yang aku sentuh tadi. Ahhh...habislah aku nanti. Mesti akan malu tujuh keturunan nanti!

Calvin tersenyum kecil. Fuhh! Nasib sempat dapat tangkap.

Manakala hal itu yang disaksikan oleh kawan-kawan aku sendiri sudah tersenyum mengusik dan tertawa mengekek.

"A-Awak.. siapa??" Kata aku yang kini sudah betul-betul pasti itu bukan kawan aku. Pinggang aku masih dirangkul erat olehnya.

Calvin membuka perlahan ikatan kain di kepala aku dengan sebelah tangannya.

Apabila ikatan sudah dibuka, tergamam aku apabila melihat wajah Calvin yang betul-betul dekat dengan aku.

Calvin tertawa kecil. Lucu dengan reaksi aku. Terus dia mendirikan aku semula.

Argh!!

Aku melarikan pandangan ke arah lain. Malunya! Mesti pipi aku dah blushing ni. Huwaa...

Calvin menahan senyum. Sukanya dia lihat aku malu-malu kucing ni.

"Alice, awak dah buat saya terjatuh.." kata Calvin berbisik halus di telinga aku.

Aku tersentak. Mata mengerling sekilas dirinya di sebelah.

"Terjatuh? Tapi, saya tak nampak awak jatuh pun. Apatah lagi mahu buat awak jatuh." kata aku pelik. Dah buang tabiat ke dia ni..

"Awak buat hati saya terjatuh pada awak. Buat saya terjunam jauh ke dasar laut cinta sehingga buat saya hampir tidak bernafas." kata Calvin yang sudah tersenyum-senyum menawan menampakkan gigi putihnya.

Are you serious? Pfft! Dia ni..saja mahu mengusik aku ke?

"Takk...awak tu yang buat saya terjatuh. Terjatuh dalam dasar laut garang." kata aku sambil mempamerkan penumbuk di mukanya.

"Uihh, memang garang sangat cik Alice..garang and sweet." Di hujung ayat Calvin berbisik perlahan di telinga aku. Dapat aku rasa hembusan nafasnya ke telinga aku.

Muka aku sudah beriak pucat semacam. Manakala Calvin sudah tertawa mengekek. Kelihatan dia mahu berganjak pergi tetapi tiba-tiba menarik tangan aku.

"Eh ², kenapa tarik tangan saya?"

"Jom, kita pergi atas bukit tu. Tengok awan."

"A-atas bukit tu?!" Aku menelan air liur kasar yang terasa payau.

"Yeah, ala awak jangan risau. Bukit tu tak licin pun dan senang dipijak." Calvin masih cuba mengajak aku. Dia menarik tangan aku untuk ke sana.

Tapi aku turut menarik tangannya semula ke sini.

"Kenapa ni?"

"Saya..ermm..saya gayatlah." kataku perlahan. Muka cuba bereaksi comel atau kasihan cuba meraih simpati darinya.

Aku mengerdip-ngerdip mata beberapa kali padanya.

"Ahhh, jangan buat muka macam tu. Nanti saya sakit."

"Hahh? Sakit?? Sakit kat mana?"

"Awak buat hati saya cair perlahan-lahan seperti aiskrim. Jadi, macam mana saya nak cantumkan balik hati saya ni?" kata Calvin melekap tangannya ke dada.

"Argh Calvin! Saya tak main-mainlah." kata aku berpeluk tubuh. Mulut sedang berusaha menahan senyum. Aduhh, dah kenapa Calvin ni? Dah terlebih makan gula ke?

"Betullah! Saya pun tak main-main. Alice jangan buat muka macam tu lagi. Kalau tidak...siapa nak cantumkan balik hati saya yang dah cair ni? Awak? Awak nak cantumkan? Nanti saya takut awak pula buat saya lagi cair. Huhu.." Calvin sudah tersengih mengusik.

Dia memegang tangan aku dan diletakkan ke dadanya. Dapat aku rasakan degupan jantungnya yang berdetak laju.

"Calvin! Dahlah tu.." Kata aku perlahan dengan nada marah. Bibir tidak henti-henti menahan senyum. Mulut dicebikkan ke tepi. Nanti aku pula yang cair dengan kata-kata manisnya itu.

"Okey, sekarang awak nak ikut saya atau tidak? Takpe, kita berpegangan tangan macam ni. Saya pasti awak takkan jatuhlah. Lagipun bukit tu tak tinggi pun. Tak macam bukit lain." Pujuk Calvin lagi.

Aku mengeluh kecil.

"Ala... please... please..please..." Calvin mengerdip matanya beberapa kali acah-acah comel. Sudah hilang macho di wajahnya.

Aku tersenyum sendiri.

"Yelah², saya ikut." Kata aku pasrah.

"Hehe macam tulah darling!" katanya menyengit mata sebelah nakal. Sebelum itu, sempat dia beritahu kawan-kawan aku yang sedang ralit masih bermain sebelum menarik tangan aku pergi ke bukit itu. Gulp! Dia panggil aku darling.. huhu hati bersabarlah duhai hati..

Jantung aku dah macam hampir melorot jatuh bila dia panggil aku darling. Pfft!

Aku hanya mengikut jejak langkah kakinya dari belakang ke bukit itu.

Manakala Jennie, Iris dan Amelia sudah tersengih-sengih memandang aku berpegangan tangan dengan Calvin.

"Okey dah sampai!" Jerit Calvin ceria.

"Aik, dah sampai saya fikir jauh lagi nak daki."

"Darling,kan saya cakap bukit ini tak tinggi mana pun. Tak macam bukit lain." kata Calvin dengan nada meleret. Dia tersenyum manis.

Aku pula cepat-cepat melarikan pandangan. Tidak mahu bertentang mata dengan mata comelnya.

"Alice, cuba duduk sini. Tengok tu. Cantik kan?" kata Calvin yang sudah duduk bersila. Aku turut duduk di sebelahnya.

"Cantik...tapi kalau ada matahari terbit atau terbenam kat sini..mesti lagi cantik." kata aku tersenyum memandang langit awan yang cerah. Nasib kat sini matahari tak terik sangat. Kalau panas pun.. panas-panas pagi.

Calvin hanya tersenyum kecil menggiyakan.

"Alice, awak nak tahu tak apa beza awak dengan langit?"

Haa, dah mulalah tu.

"Bezanya ialah saya manusia dan yang tu ialah langit yang cantik." Nah, jawapan paling senang kacang aku bagi.

Calvin tertawa kecil. Lucu pun ya?

"Langit tu nampak luas sangat malah lagi luas dari apa yang kita sangkakan. Luasnya hingga ke pelusuk atas dalam bentuk spera bumi. Tapi awak? Cinta saya pada awak melebihi luas dari segala-galanya." Kata Calvin sambil merenung tepat ke arah aku.

Aku turut memandang tepat ke wajahnya. Sedikit tersentuh mendengar kata-katanya.

"Kenapa? Kenapa awak beri cinta awak yang sangat besar dan luas tu pada saya? Padahal saya tak dapat balas cinta awak. Lagipun...kita baru hampir mahu kenal hati budi masing-masing."

"Alice, cinta tu tak kenal erti lama atau baru tau? Tak kiralah kita baru berjumpa ke..baru nak kenal hati budi masing-masing ke..yang saya tahu..cinta saya pada awak semakin bercambah hari demi hari, Alice.." kata-kata Calvin membuat aku sekali lagi rasa terkedu.

Pandangan aku dituju ke hadapan semula. Dapat ku lihat terbentangnya pemandangan yang luas di bawah. Ada macam-macam di bawah. Dapat kulihat juga kereta-kereta di jalan raya yang sesak.

"Alice, kalau saya panggil nama awak Laurel boleh?"

Aku mencantumkan dahi mendengar dia berkata begitu.

"Laurel? Tapi..tak pernah-pernah pun orang panggil saya dengan nama tu."

"Ala.. takpelah. Lagi bagus kalau orang langsung tak pernah panggil awak dengan nama tu. Biar saya saja yang jadi orang yang paling special yang panggil nama awak 'Laurel'. Ala bolehlah.." Calvin sudah menyondol bahunya dengan bahu aku manja. Macam kucing pun ada.

"Hmm okeylah awak boleh panggil saya nama tu." kata aku tersenyum. Mata statik ke hadapan tidak memandang wajahnya.

Manakala Calvin tersenyum menang.

"Okey thank you darling! Moah!" Calvin sudah membuat flying kiss nya. Aku hanya menggeleng kecil dengan kerenahnya yang satu ini. Jadi, inilah salah satu sisi Calvin yang sebenar. Manja tapi dalam masa yang sama sweet.

"Laurel, petang ni saya nak bawa awak dengan kawan-kawan awak pergi jalan-jalan tau? Awak tolong beritahu kawan-kawan awak. Mesti mereka bosan gila nanti duduk rumah ni tak buat apa-apa."

Aku menoleh memandangnya yang sedang mendongak ke langit.

"Okay." Pandangan aku tiba-tiba terhenti seketika menatap wajah kacaknya.

Tuhan...kalau dia dongak kepala macam tu..nampak lagi kacak lah pula. Ehh², Alice! Wake up...wake up..kau merepek apa tadi hah??! Hatiku terjerit kecil.

Calvin yang terasa seseorang seperti memerhatinya dari tadi turut menoleh memandang aku. Terus aku cepat-cepat mengalihkan mata merenung ke hadapan menghadap pemandangan. Naya kalau kantoi nanti!

Calvin turut memandang ke hadapan semula.

Dia menahan senyum.

'Ingat saya tak tahu awak tengok saya diam-diam tadi Laurel..hehe so cute..'

**********
Akhirnya Calvin membawa aku, Jennie, Iris dan Amelia pergi berjalan-jalan. Orang yang paling seronok sekali of course lah kawan-kawan aku sebab dapat pergi berjalan-jalan. Nantiy tak adalah asyik terperap dalam rumah saja.

Aku duduk di atas bangku kerusi di dalam pasar raya ini. Orang hanya lalu-lalang hanya sibuk dengan hal masing-masing. Aku memperbetulkan topi yang berada di atas kepala aku. Tak ada mood nak berjalan-jalan. Sekarang ni pun, aku biar kawan-kawan aku pergi bershopping bersama. Tapi, aku tak ikut. Mula-mula mereka rasa pelik dengan aku tapi bila aku beri alasan dengan mengatakan kaki aku sakit baru mereka faham dan lepaskan aku pergi.

Manakala Calvin pula..aku tak tahu dia menghilang ke mana.

Tanpa aku sedar, sewaktu aku berjalan pergi dari mereka semua Jennie memandang curiga ke arah aku. Hakikatnya, dia sudah tahu apa yang terjadi tanpa aku sendiri tahu itu.

Kaki digoyang berkali-kali tanda bosan. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk mendengar lagu melalui earphone. Aku menyumbat earphone ke lubang telinga dan menikmati lagu sendirian.

"Laurel!"

"Uish Calvin! Terkejut saya. Awak pergi mana tadi?" kata aku menggosok lembut dada aku berkali-kali. Dia ni..tak sah kalau satu hari tak buat aku terkejut.

"Hehe saya belikan untuk kita sandwich dan crispy fried chicken. Jom makan sama-sama." Aku hanya mengangguk kecil tidak menolak. Rezeki jangan ditolak, hehe.

"Awak dengar lagu apa tu? Nak dengar juga." Calvin terus menarik satu earphone di telinga kiri aku dan disumbatkan ke telinganya.

"Ehh²..." Cepat saja dia tarik ye..

Calvin bermuka mendung seketika. Dia memandang aku lama yang sedang mengunyah ayam goreng spicy.

"Hmm? Kenapa awak tengok saya macam tu?" Kening sebelah aku diangkat.

Calvin mengeluh kecil.

"Laurel, awak memang suka lagu sedih eh?"

"Suka. Sebab makna lirik dia begitu dalam dan penuh tersirat. Seperti jalan hidup saya.."

"Ohh? Kalau saya...saya tak suka lagu sedih. Sebab kita dengar lagu pasti untuk bergembira dan mahu menyeronokkan hati bukan? Untuk cari mood.."

"Tak semestinya..saya suka dengar lagu sedih sebab ia dapat menyentuh hati saya sebagai pendengar. Tak semestinya orang dengar lagu untuk berseronok Calvin.." kata aku perlahan.

Calvin tidak terkata. Dia hanya menatap seluruh wajah aku tanpa berkalih. Dan hal itu buat aku rasa sedikit tak selesa.

Nak makan pun tak senang bila dilihat sebegitu.

Tiba-tiba Calvin mendekatkan wajahnya dengan muka aku. Sedikit terkejut dengan tindakan spontannya. Terus kepala aku turut terundur sedikit dari dekat dengan mukanya. Hampir-hampir saja hidung kami mahu bersentuhan.

"Ehh..kenapa ni??"

"Awaklah. Makan pun nampak cantik." kata Calvin selamba. Dia kini menjarakkan sedikit muka aku dengan dia dan kembali duduk tegak.

Aku mengerlingnya manja sekilas. Yelah tu cantik. Nasib aku tak makan comot di hadapan dia tadi.

Namun, tanpa aku sedar..bibir aku perlahan-lahan sudah mencarik senyum.

"Saya nak buang sampah sekejap."

"Okey." Calvin bingkas bangun dan pergi ke tong sampah untuk membuang apa yang patut.

Selepas itu, belum sempat dia mahu datang ke sini semula ada seorang perempuan tinggi lampai terlanggarnya. Bila perempuan itu mahu terjatuh Calvin sempat memeluk bahunya dari terjatuh.

Aku ternganga mulut seketika. What..scene apakah ini?..Aku fikir scene ni cuma ada banyak di drama Korea dan yang lain. Tak sangka dapat tengok 'wayang free' depan mata kat sini juga ye?

Macam apatah tu..si hero sambut si heroin dari jatuh lepas tu saling menatap sesama sendiri ohh dari tatapan matamu hingga turun ke hatiku..macam tu ke? Pfft!

Terasa mengalir suatu rasa aneh di hati. Aku mengecilkan mata memandang mereka berdua.

Tangan yang mengenggam hujung tempat duduk digenggam seerat mungkin. Kecil besar..kecil besar je aku tengok diaorang ni. Eyyh sempat lagi mahu tatap mata ke mata. Orang asing pula tu.

"You tak apa-apa? Sorrylah, air kopi I terkena kat baju you. Meh I cucikan." Wanita cantik itu cuba mengelap baju T-shirt putih Calvin dengan tisu yang terkena air kopinya tadi.

"Eihh tak apa. Nanti balik rumah saya boleh terus rendam je baju ni." kata Calvin tersenyum kecil.

Eyyh³, tengok tu..bukan main mesra lagi eh? Calvin siap tersenyum lagi pada wanita itu.

Aku mengetap bibir bawahku. Kenapa aku rasa begitu tak selesa lihat mereka berdua terlalu lama bermesra? Dahlah perempuan tu tak cukup kain. Lepas tu nak menggatal dengan Calvin pula ye? Ini tak boleh jadi..okey done mengutuk perempuan tu dalam hati.

"Atau..you nak I tolong basuhkan baju you?" kata wanita cantik itu yang sudah menatap wajah Calvin dengan dalam sampai nak tertembus otak.

'Handsome juga ye mamat ni? Ahh..bertuah juga aku terlanggar dia tadi.' desis wanita itu dengan gedik di dalam hati. Dalam hati sudah pasang niat mahu jadikan Calvin sebagai kekasihnya. Berangan saja kerjanya.

"Err..tak apa.. it's okay. Don't worry. Saya boleh basuh sendiri." kata Calvin mahu mengelak. Tak selesa apabila kedua-dua tangan wanita itu berada di dadanya cuba untuk menggodanya lah tu.

Wanita itu sudah tersenyum penuh makna.

"Ahem³..." Aku berdehem kuat membuat mereka berdua statik memandang aku di sini. Jarak mereka dengan tempat aku duduk ini tidaklah jauh sangat.

Tanpa aku sedar, bebola mata merah terpancar sekejap dalam anak mata aku. Hanya seketika...sebelum kembali bertukar warna asal. Serentak itu, segala barang-barang di sekitar sini kecuali bangku yang aku duduk sekarang ini bergetar perlahan secara tiba-tiba. Termasuk barang yang di atasnya juga turut bergerak-gerak dengan sendiri. Seperti ada seseorang yang goyangkan.

Tanpa aku sedar juga, meja kedai yang menjual sesuatu di atasnya turut bergoyang dengan sendiri.

"Eihh², kenapa ni?" Kalut owner kedai tersebut.

"Errr.. okeylah you. Sekali lagi I minta maaf sebab langgar you. I pergi dulu." kata wanita itu tiba-tiba cemas mahu pergi. Manakan tidak, apabila matanya bertembung dengan mata tajam aku membuat dia merinding bulu romanya. Seram! Lebih baik dia pergi cepat.

Calvin yang melihat wanita itu seperti tergesa-gesa mahu pergi sehingga tersenget badannya hampir mahu terjatuh disebabkan kasut yang bertumit tinggi berinci-inci itu.

Terus Calvin mengerutkan keningnya dalam masa yang sama lega akhirnya wanita itu pergi juga. Kelakar juga ya apabila melihat wanita itu hampir mahu terjatuh tadi. Eeii, boleh buat dia rasa trauma dan seram dengan perempuan yang berjenis seperti begitu. Tiba-tiba sentuh dia mau dia tak seram.

Calvin menghampiri ke arah aku dan berjaya menyedarkan aku ketika ini.

"Awak.."

"Hahh? Ohh ye?? Kenapa?" Terus barang-barang yang bergoyang dengan sendiri di sekeliling aku tiba-tiba kembali terhenti. Aku menoleh memandang Calvin di tepi yang sudah duduk di sebelah.

"Hehe tak ada apa. Sebab saya tengok awak macam lain macam je tadi. Kenapa?" Soal Calvin bertanya terus.

Aku mengeluh kecil perlahan.

"Perempuan itulah..bergedik pula dengan awak ye? Dasar tak tahu malu.." namun di hujung ayat aku hanya bergumam perlahan. Cukup hanya aku seorang saja yang dengar.

Alice..sejak bila kau pandai mengutuk orang dari belakang ni??

Calvin terdiam seketika. Tak lama kemudian, dia bersuara semula.

"Awak... jealous eh?" Tuding Calvin pada aku. Bibirnya sudah tersengih nakal.

"Eh! Mana ada! Siapa cakap? Malas nak layan awak ni. Kawan-kawan saya pergi mana? Masih shopping lagi eh?" kataku terus menukar topik.

Calvin menaik kedua bahunya.

"Tak tahu..masih shopping lagi gamaknya." kata Calvin menyedut air di tangannya seteguk sekilas. Selepas itu, dia mengelap bibir basahnya dengan telapak tangan.

Tanpa aku sedar, bibir aku sudah melarik senyum memandangnya dari tadi.

**********
Seperti biasa disaat malam menjelma Ainsley akan memunculkan dirinya. Dan kali ini Calvin mengurungnya di dalam lingkaran bulatan di luar rumah. Nanti tak pasal-pasal kawan-kawan Alice perasan ada sesuatu yang aneh dan bising dari dalam bilik.

Calvin harap..Jennie buat keputusan yang bijak. Dia percayakan pada gadis itu. Kerna, Jennie merangkap sebagai bff Alice. Setidaknya, dia sedikit memahami dan tidak akan membiarkan Iris dan Amelia syak sesuatu. Entah gadis itu percayakannya atau tidak..dia tak pasti.

Calvin merenung tajam ke arah Ainsley. Ainsley dengan muka cemburut plus tidak puas hati asyik terkurung dalam lingkaran bulatan ini.

'Tsk! Aku kena buat sesuatu ni. Dia tak boleh perangkap aku seperti ini. Calvin..kau dah buat kesilapan besar dengan menaikkan kemarahan Ainsley.' desisnya geram di dalam hati.

Tiba-tiba idea jahat terlintas sesuatu di benaknya.

'Ada lagi manusia di dalam rumah tu. Aku dapat rasakannya dari kelmarin dulu lagi. Di dalam rumah Calvin bukan cuma ada dua orang termasuk Alice tetapi mempunyai lima orang..wahh menarik. Kalaulah salah seorang dari tiga orang tu nampak tubuh Alice di sini..hihi aku akan cuba umpan dia ke sini.' Ainsley sudah tersenyum miring seorang diri.

Calvin yang melihat senyuman penuh makna di bibir Ainsley itu mengerutkan dahi. Dah kenapa dengan dia ni ...haih ini tak boleh jadi.

Namun, tiba-tiba poketnya bergetar menandakan panggilan masuk.

"Hello.."

"Hello boss, maaf ganggu percutian bos. Tapi saya ada perkara penting mahu bincang dengan boss ni.." Calvin sudah mengeluh buat keberapa kalinya. Dia memandang Ainsley sekilas sebelum pergi jauh sedikit untuk bercakap di corong telefon.

Manakala di dalam bilik Jennie..

"Err..korang dua duduk sini sekejap. Tiba-tiba aku rasa dahagalah pula. Aku turun bawah kejap ambil air." kata Jennie. Ketika ini, dia bersama Iris dan Amelia sedang menonton movie melalui komputer.

"Ohh okey, jangan lama-lama sangat tau?" Kata Iris. Manakala Amelia hanya khusyuk menghayati movie di hadapan. Langsung tidak menyedari apa yang berlaku.

"Okey.." Jennie tersenyum kecil lalu bingkas bangun dari katil dan keluar dari biliknya. Pintu ditutup perlahan dari luar.

Jennie melepaskan keluhan kecilnya. Sebenarnya, dia bukan dahaga pun. Tapi, mahu siasat sesuatu tentang Alice. Dia sudah berjaya pastikan Iris dan Amelia hanya duduk diam di biliknya mengikut cakap Calvin. Sekarang, biar dia pula yang siasat apa yang berlaku sebenarnya.

Jennie secara diam-diam membuka pintu bilik Alice. Namun, sayangnya Alice tiada di biliknya. Dalam bilik Calvin pun tiada..bukan cuma Alice saja tiada tapi Calvin turut sama tiada di dalam rumah.

Jennie mengeluh seketika.

"Aduhh..mana diaorang pergi pula ni??" Gumamnya resah. Jennie menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal.

Tiba-tiba hatinya terdetik untuk keluar. Jennie perlahan-lahan merapati pintu rumah utama. Dedaun pintu perlahan-lahan dibuka dari dalam.

Tergamam dirinya seketika apabila melihat Alice yang berdiri di situ.

"Alice!!" Jennie tiba-tiba menjerit dan memanggil nama Alice.

Ainsley tersentak. Dia terpandang tubuh kelibat Jennie.

"Ohh, jadi kawan-kawan Alice yang tinggal di sini? Tsk³, sayangnya kawan kau ini sudah termasuk dalam perangkap aku, Alice." Gumamnya perlahan. Dia tersenyum sinis.

Tiba-tiba Ainsley berteriak dan merintih seorang diri. Ainsley bijak menghilangkan warna merah di bebola matanya. Serentak itu, dia sudah betul-betul seperti Alice.

"Jennie! Huhu..tolong aku! Hiks..hikss..aku takut.."

Jennie yang sudah mendengar rintihan Alice terus mendapatkan kawan baiknya itu. Hatinya begitu resah dan risau teramat pada Alice.

Apabila Jennie semakin mendekat, Ainsley sudah secara diam-diam mengeluarkan kuku panjangnya.

"Jennie..huhu tolong aku..A-Aku sakit..." Rintihnya lagi membuat Jennie semakin tidak tentu hala. Tanpa teringat amaran dari Calvin dia terus berlari anak mendekati Alice tanpa dirinya sedar hal itu boleh membuatnya berada dalam bahaya.

Apabila Jennie sudah mendekat terus tubuh Alice dipeluknya erat.

"Alice, kau tak apa-apa? Huhu...kenapa ni?" Apa yang dirasakan Jennie saat ini ialah perasaan yang bercampur-baur. Keliru, sedih semua ada.

Tiba-tiba baru dia teringat akan amaran dan kata-kata Calvin siang tadi. Terus kata-kata itu terngiang-ngiang di kepala.

Jennie perlahan-lahan melepaskan pelukannya. Baru dia rasa dan syak ini bukan Alice yang sebenar. Alice akan membalas pelukannya setiap kali dia peluk tetapi tidak kali ini. Aura Alice pula terasa lain macam malam ini.

"Alice..." Belum sempat Jennie bersuara habis Ainsley sudah menikam kuku tajam lima jarinya menusuk dalam ke perut Jennie.

Terus darah tersembur keluar dari mulut Jennie. Jennie tak terkata. Air matanya mula menitis ke pipi. Sementara darah di perut semakin membuak-buak keluar mengalir.

Ainsley tersenyum jahat.

"Jennie!!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience