Calvin menggeleng kecil berkali-kali secara terdesak. Air matanya semakin lebat ke pipi.
"L-Laurel...kenapa awak buat saya macam ni?..Why Alice?! Why?! Awak tahu kan...yang saya..s-saya tak mampu kehilangan awak.. Ia lebih terseksa jiwa dan hati saya awak tahu tak.." Lirih Calvin perlahan. Matanya berkaca-kaca merenung ke arah aku.
"Habis tu saya macam mana haa?! Hikss...hikss..awak tolong beritahu saya..adil juga ke kalau awak turut terpaksa tinggalkan saya? Calvin! Saya tanya awak ni...Adil ke bagi saya? Sanggup awak mahu tinggalkan saya kan...Hiks..hikss Calvin! Kenapa awak mesti tipu saya? Sampainya hati awak..Saya pun tak sanggup Calvin! Saya juga tak sanggup kehilangan awak! Awak tahu...betapa besarnya cinta kita.. Demi Tuhan... kenapa awak sanggup korbankan nyawa awak untuk saya?..Saya yang derita..saya yang terkena. Jadi, biarlah...saya tanggung semuanya. Biar saya yang korbankan nyawa sendiri! Tapi kenapa mesti awak pula yang harus masuk campur dalam segala hal ni?!" Jerit aku sekuat hati melepaskan rasa yang terbuku.
Turun-naik naik dada aku sambil air mata semakin mencurah laju ke pipi.
"Because... I'm your destiny.." kendur dan lemah kedengaran pada suara Calvin. Aku tersenyum dalam kepedihan.
"Jadi awak tahu segala-galanya? Termasuk...nyawa saya yang bakal dikorbankan? T-tapi... bagaimana??" Aku tidak menjawab pertanyaannya. Hanya menunduk sedikit kepala ke bawah. Bibir bawah sudah bergetar pilu. Manakala hatiku berbisik lirih halus padanya. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh laju mencurah ke pipi. Aku mengetap bibir bawahku. Kesakitan semakin kuat dirasakan. Aku harus lakukannya dengan cepat sebelum terlambat.
"C-Calvin... s-saya..saya sebenarnya takut. T-Tapi, biarlah saya sendiri yang akan musnahkan Ainsley. Hehe, selama ini pun...a-awak...awak selalu buat apa yang awak mahu. Now, biar saya..y-yang lakukan sendiri..a..a-apa yang perlu. Hiks..hikss... kesakitan ini memang sakit. Betul-betul sakit sangat. T-Tapi...saya... s-saya yang lebih sakit apabila kehilangan awak Calvin.." aku tersenyum sendiri memandangnya sayu.
Calvin tidak terkata. Jatuh air matanya juga di situ. Calvin semakin mendekati ke arah aku. Matanya berkaca-kaca saat ini. Dia seperti tidak merelakan apa yang aku lakukan nanti. Calvin masih tidak henti-henti menggeleng kepalanya.
"A-Alice...k.. k-kenapa...kenapa awak buat saya macam ni?.." tangan di sisi Calvin sudah bergetar pilu.
'Alice, apa yang awak fikirkan saat ini? T-Tak... saya takkan biarkan awak yang hancurkan Ainsley..Saya t-takkan sesekali biarkan itu terjadi..'
Melihatkan wajahnya yang sedih dan pipi sudah basah dengan air mata lebih menekan dalam ke hati ini.
Telinga masih setia mendengar setiap patah butir perkataan yang keluar dari mulutnya. Dia seakan-akan masih tidak sedar atau tahu apa yang akan aku lakukan nanti.
I-Ia... adalah perkara yang bagus. Ini.. inilah masanya yang sesuai untuk aku buat sesuatu.
Sementara itu, wajah Calvin aku mahu tatap sepuas-puasnya. Beserta air mata yang berlinangan tidak aku hiraukan.
'Calvin, I love you...' hanya satu patah perkataan itu yang meniti ke hati aku. Kulit aku sudah mengeluarkan peluh. Ia...semakin berasa sakit dan mencucuk.
Hujung bibir aku buat keberapa kalinya mengeluarkan darah pekat.
Tidak ku sangka...aku mampu menahan rasa sakit ini sendirian. Hanya kerana namanya cinta. Sungguh, dulu aku tidak begitu hiraukan dengan namanya cinta...t-tapi..tak ku sangka cinta juga boleh memakan diri sendiri. Hikss..hikss..tak ku sangka..aku masih dapat hidup dan bertahan sehingga ke saat ini.
Namun, sayangnya...a-aku..dah rasa tak tahan. A-Aku dah tak mampu..Sudah tiba masanya untuk aku lepaskan semua ini. Sayangnya juga, aku..
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Bibir teresak kecil sendiri. Air mata hanya setia mengalir ke pipi.
Sayangnya...A-Aku tidak dapat hidup selalu dengannya. Mata kian meliar ke arah sekeliling.
Padahal, hakikatnya...aku masih belum puas untuk hidup di atas muka bumi ini. A-Aku...bahkan masih belum tahu dan pasti apa tujuan aku hidup selama ini.
Mata yang berair memandang tepat ke arah Calvin.
Kini, mataku turun memandang tangan kekar Calvin yang masih memegang tongkatnya itu.
Sekali lagi bibir tersenyum dalam kesedihan. Kalau mahu lakukan ini, harus terpaksa memegang tangannya itu. Bahkan, hikss..hikss..mahu korbankan diri sekalipun terpaksa mencederakan dirinya sendiri.
Dengan pantas tangannya yang masih memaut tongkat itu aku genggam seerat mungkin dengan kedua-dua tangan aku membuat Calvin sedikit tersentap. Seakan-akan ada kejutan elektrik.. kepanasan yang melampau tiba-tiba mengena kulitnya. Tindakan refleksnya ialah kelihatan dia sedikit terkejut.
Serentak itu, tangannya yang aku sentuh itu terus aku tolak ke belakang menusuk di hujung tongkat tajam itu tepat ke dalam perut aku sendiri.
"Alice!! No...no³, what are you doing?! Hikss...hikss.. j-jadi, jadi ini memang rancangan awak Alice? Mati..dalam tangan saya sendiri?" Calvin sudah menangis hampir histeria. Melihatkan aku tiba-tiba berbuat seperti ini .. betul-betul membuat dia merasa terpempan dan terkejut.
Aku hanya tersenyum dalam keperitan. Tidak sedar, tangan aku masih erat memegang tangannya sambil berpegangkan tongkat itu.
"M-Maaf..." Yeah hanya perkataan tu yang mampu aku ujarkan saat ini. Kesakitan di perut kian terasa. Darah pekat mula mengalir keluar dengan sendiri. Aku mengetap bibir bawahku sekuat hati memandangnya dengan lirih.
Calvin tidak berkata apa. Spontan, dia terus menarik tongkat itu dari tusukan perut aku sendiri. Terlepas tongkat itu di tangannya sendiri ke tanah. Seperti hatinya yang sudah jatuh dan pecah berderai saat ini melihat aku.
Air mata kelakiannya semakin merembes keluar.
Mataku turun melirik ke perut sendiri. Tiba-tiba, bulat mataku saat ini. Terkejut dan terpana. Rasa kecewa. Apa yang aku saksikan ialah lukanya tiba-tiba sembuh dengan sendiri.
T-Tak, tak...please jangan. Bukan ini yang aku minta! Arghh, kenapa...k-kenapa ini pula yang terjadi?! Tok itu kata...hanya dengan tongkat ini tidak akan membuat luka aku pulih sendiri malah boleh membunuh diri ini sekiranya aku terluka dengan lebih dalam.
Wait, yeah itu pointnya! A-Aku...aku tak tusuk tongkat tadi dengan terlalu dalam...Arghh! Dungunya diri aku. Plan tidak menjadi. Why?! Hiks..hikss..kenapa semua permintaan atau harapan aku hanya terhenti sekerat jalan?..Hikss...hikss..itu bermakna..Calvin..Calvinlah yang akan korbankan nyawanya nanti! Arghhh...takk!!
Calvin tersenyum lega sendiri melihat luka aku seperti biasa sembuh dengan sendiri. Kesedihannya masih berbekas di hati. Dia masih rasa terkilan dan tidak percaya dengan apa yang aku lakukan sebentar tadi.
"Alice..." Calvin sudah berjalan setapak demi setapak ke arah aku. Pipi aku sudah lebat dengan air mata. Calvin mahu dekati aku...Itu bermakna dia mahu mengorbankan dirinya sendiri?..Erghh..mengapa takdir selalu tidak menyebelahi aku..
Belum sempat Calvin semakin mahu melangkah mendekati ke arah aku..
"Calvin, stop!" Aku dengan pantas membuat tembok halangan halimunan pada Calvin.
Hal itu membuat Calvin serta-merta terundur sedikit ke belakang apabila cuba mahu mendekati aku. Menggesel tapak kasutnya ke tanah.
Calvin tersentak. Dirinya yang terduduk ketika itu memandang aku dengan rasa tidak percaya.
"Alice.." Calvin cuba untuk bangun lagi dan mahu berjalan mendekati aku..namun malangnya seperti tadi Calvin dengan sendiri tertolak ke belakang dan jatuh sendiri.
Tembok halimunan yang aku cipta ialah menjadi.
"Alice...a-apa yang awak buat?.." Calvin meliar sekeliling kemudian matanya melirik tepat ke arah aku. Seakan-akan ada penghalang yang menghalang dirinya untuk mendekati aku.
Aku tersenyum dalam kepedihan. Bibir teresak kecil sendiri.
Melihatkan dirinya terus-terusan cuba untuk mendekati aku..dan akhirnya tidak guna jatuh sendiri beberapa kali aku sudah menangis teresak-esak sehingga terhinjut bahu aku.
Kaki berjalan sendiri ke hadapan.
Tembok yang aku cipta ini..hanya aku seorang saja yang boleh lihat. Sebelah tangan diangkat secara perlahan-lahan dan melekap ke tembok itu.
Aku hanya tersenyum memandang Calvin yang melirik aku dengan dalam.
"Awak...tidak akan boleh dekati saya. Ini kerana..saya sudah membuat tembok penghalang bagi kita berdua. Hanya dengan cara ini..mampu selamatkan diri awak.. I'm so sorry..Hiks Hiks.."
Calvin juga perlahan-lahan mendekati tembok ini. Walaupun dirinya tidak boleh lihat tapi dia boleh merasa. Kedudukan kami yang setentang membolehkan dia memandang aku dengan tepat.
Calvin tidak terkata. Tanpa sedar, dia sudah menitiskan air matanya. Calvin cuba mengangkat perlahan-lahan cuba merasa tembok yang aku bina.
Tangannya cuba untuk mencapai tangan aku tetapi tidak boleh. Calvin sudah menangis secara teresak.
"Kalau beginilah caranya... adakah itu bermakna awak juga sanggup menjadi tembok bagi cinta kita berdua?.."
Aku memejam perlahan kelopak mata. Kata-kata Calvin betul-betul menusuk tepat ke hati.
Calvin...katakanlah sebanyak manapun yang awak mahu..hakikatnya, saya sendiri yang buat tembok ini..ini kerana mahu menjadikan perisai pelindung sendiri buat awak Calvin..Hiks..Hiks tidak kira walau ia terpaksa memisahkan kita berdua sendiri.
"Arghh!!!" Calvin sudah menggeleng kepalanya beberapa kali. Dia memandang ke arah aku yang tiba-tiba menjerit sekuat hati.
Sebelah kaki aku mula menghentak tanah. Serentak itu, tanah di antara kami menjadi retak. Aku mula mengeluarkan kuasa terkuat Ainsley.
"Alice! Please, stop it!"
"Jadi, awak lebih tak sanggup kehilangan saya.. berbanding sanggup melihat dunia ini sendiri hancur disebabkan Ainsley?.."
Aku terdiam seketika. Pecah air mata aku mendengar kata-katanya.
"B-But..why?..Kenapa ia harus mesti awak korbankan? Hikss... hikss..kenapa tak saya?! Saya yang punca ini semua terjadi...jadi biarlah saya yang settlekan semua ini!!"
Calvin hanya senyap mendengar kata-kata yang keluar dari mulut aku. Perit! Begitu peritnya saat ini apatah lagi mendengar kata-kata itu.
"Saya tak kisah..mahu buat apapun. Tak...saya.. s-saya akan lakukan apa saja untuk musnahkan Ainsley dengan cara sendiri! Tanpa perlukan awak Calvin...Biar saya yang tanggung segala semua inilah!!" Bergema suara aku saat ini sehingga membuat pokok-pokok sudah bergoyang hebat kerana angin yang kencang.
Zappp! Tanpa Calvin sangka aku dengan tindakan luar kawalan meresap seluruh kuasa Ainsley ke dalam tubuhku sendiri membuat aku terus menjerit nyaring kesakitan.
Calvin sudah tergamam.
"No³...no!! Alice!!!!!!" Calvin menjerit dan berteriak sekuat hati sehingga bergema suaranya saat itu. Tangan Calvin menumbuk-numbuk sekuat hati tembok halimunan di hadapannya saat ini secara terdesak. Tidak terdaya dia rasakan untuk menghalang Alice. Menangis dan menjerit Calvin semahu-mahunya menyaksikan hal itu.
Serentak itu, cahaya yang begitu terang dan menyilau dari tubuh Alice bagaikan meledak menusuk tepat ke dalam mata Calvin membuat dirinya terpaksa melindung mata dengan tangan sendiri.
Keadaan tiba-tiba menjadi hening seketika.
Angin yang kencang tiba-tiba menjadi perlahan.
Author pov
Calvin perlahan-lahan menurunkan tangannya.
"Uhukk..ahukkk!" Terus terduduk lemah Calvin di atas tanah apabila terpandangkan tubuh Alice yang lemah jatuh rebah ke tanah sambil mulutnya tidak henti-henti memuntahkan darah.
Calvin rasa terkilan dan hampir tak terkata. Bagaikan tidak mahu berhenti air mata semakin merembes keluar ke pipinya.
"Alice..tak..tak mungkin. Awak..awak tak boleh mati.. Alice!!! Hikss..hikss..tolong lepaskan tembok ini! Awak lebih menyeksa saya Alice!!"
Alice sudah menitiskan air mata.
"Arhhh..Erggg.." dirinya masih tidak henti-henti memuntahkan darah. Alice.. benar-benar dalam keadaan teruk saat ini.
Segala kuasa Ainsley terus diresap ke dalam tubuhnya. Menarik segala kuasa Ainsley.. membentuk satu gumpalan besar dan terus meresap ke hatinya. Alice boleh menghilangkan kuasa Ainsley sendiri dengan syarat meresap ke hati dan jiwanya. Sekiranya Alice masih dapat kuat dan bertahan..jiwa dan hati Alice turut tidak akan terkena juga dengan kekuatan jahat dari kuasa Ainsley. Namun, itu adalah cara yang paling tidak selamat sekali. Kerana...ia dapat membuat seseorang itu mati secara perlahan-lahan dengan rasa begitu terseksa.
Dan yeah, itu berlaku pada Alice saat ini. Jiwanya begitu bergelora..kulitnya seakan-akan merasakan begitu terhakis dengan asid..tulangnya dirasakan begitu remuk secara perlahan-lahan. Begitu sakit sehingga tidak terucapkan lagi. Di dalam dadanya, dirasakan seperti mahu pecah dan meledak di dalam sana.
Habis tanah dibawah Alice terkena darah pekatnya.
Telinga Alice masih mampu dapat mendengar dengan jelas Calvin yang berteriak dan merintih semahu-mahunya.
"Alice!! Alice!! Kenapa awak buat saya macam ni?..Hikss..hikss..why Alice Laurel?! Why?! Arghhh!!" Calvin sudah menjerit sekuat hati melepaskan rasa perit yang terbuku.
Sebelah tangan sudah mengenggam tanah sekuat hati. Wajah ditundukkan ke bawah. Sambil memejamkan kelopak matanya. Dapat dilihat kesan air mata Calvin yang jatuh satu per satu ke bumi. Calvin benar-benar merasa tertekan dan sedih. Keadaan Alice sudah begitu teruk membuat hatinya begitu hancur lebur saat ini.
Serentak itu, tembok di hadapan Calvin pecah dengan sendiri.
Disaat tangan Calvin mahu memukul lagi tembok di hadapannya terasa seperti tangannya memukul angin.
Calvin merasa tangannya. Otaknya ligat menafsirkan tembok pemisah Alice dengan sendiri sudah terpecah. Ini kerana kuasa Ainsley sudah tidak ada lagi kerana Alice sudah meresap semuanya.
Namun, Alice tiba-tiba merasakan satu energi di dalam tubuhnya.
"T-Tak mungkin..T-Tolong jangan.." bibir bawah Alice sudah bergetar. Dia sudah betul-betul berasa penat. Namun sudah terlambat. Sayangnya Alice ketinggalan satu energi iaitu kuasa Ainsley yang terakhir yang masih berada di dalam tubuhnya.
Dan hal itu, seakan masih memberi kesempatan buat Ainsley.
Baru belum sempat Calvin mahu menghampiri ke arah Alice dirinya sudah terpandang perubahan dalam diri Alice.
Dalam hanya sekelip mata... sayangnya Alice sudah tidak dapat menahan tubuhnya lagi. Ainsley sudah menjelma dalam tubuhnya sendiri.
Ainsley perlahan-lahan mengangkat kepalanya memandang Calvin. Terbit senyuman miring di hujung bibir manisnya itu.
"Ainsley..." Nama itu terus meniti keluar dari bibir Calvin apabila perasan perubahan dalam diri Alice.
Ainsley tiba-tiba tertawa halus secara mengekek. Kedua-dua tangan didepakan sambil tergawang ke udara. Dengan sendiri, tubuhnya turut tergawang ke udara. Kakinya tidak meminjak ke bumi. Ainsley hanya tersenyum miring.
"Haha, tsk³...kesian². Silap besar korang semua. Ternyata, korang lebih dungu dari apa yang aku sangkakan. Senangnya aku perbodohkan korang semua! Hihihi, tak bestlah kalau macam tu. Kalau aku terus menang tanpa langkah lagi. Malam darah bulan purnama. Ia adalah hari yang paling membuat segala aura kuasa jahat muncul dan menjadi kuat. Nampaknya, aku lebih bijak dengan terlebih dahulu memanipulasikan buku ajaib itu. Hihi kesian. Silap besar Alice cuba untuk meresap kuasa aku dalam tubuhnya. Hihi..Hanya sia-sia. Nampaknya, dirinya sudah tidak dapat bertahan lagi. Alice akan semakin tenat hihi.."
Calvin terkesima. Tersentak tangkal hatinya saat ini tidak menyangka itu adalah hakikatnya. Lidahnya mahu berkata-kata tetapi terkelu dan seperti digam untuk berkata walau sepatah.
Namun, Ainsley silap. Biarpun malam ini Ainsley tetap berkuasa sekuat mana pun...ia tetap akan kalah dengan seorang manusia istimewa seperti Calvin.
"Sekarang, kau akan lihat kehancuran dahsyat dari Ainsley yang sebenar-benarnya..hihihi.." selepas Ainsley berkata sedemikian, tangannya sudah mengeluarkan kuasa yang hebat. Serentak itu, dia mengarah ke bawah tanah di bawah kakinya berada.
Terus tanah tiba-tiba bergoncang dan bergegar dengan sendiri. Seperti mana gempa bumi berlaku namun kali ini lain apabila tiba-tiba muncul gergasi yang berupakan raksasa dari tanah sudah berada betul-betul di hadapan Calvin. Ainsley tersenyum senang apabila raksasa tanah bercampur api yang dibuatnya sangat menjadi dan nampak menggerunkan.
Calvin pula bereaksi tergamam dan tak terkata. Matanya terpaksa melangut ke atas memandang biji mata merah raksasa itu yang sedang merenung begitu tajam ke arahnya. Calvin menelan air liur kasar. Dia cuba menahan perasaan yang sedang bergelora di dada. Kuasa Ainsley nampaknya lebih berkuasa dari apa yang dia fikirkan.
"Sudah tiba masanya untuk aku cukup simpan kau my sweetie blood. Sekarang, inilah saatnya untuk kau mati! Hahahaha...hahaha!!" Bergema gelak tawa dari Ainsley. Tawanya kedengaran lebih menyeramkan mampu menaikkan bulu roma sesiapapun.
Calvin sudah menggenggam seerat mungkin tongkat di tangannya.
'Aku tak tahu sama ada aku boleh menang ataupun tidak. Tapi...aku akan terus melawannya biarpun sehingga ke hujung nyawa sekalipun. Alice...maafkan saya..' Calvin memejam kelopak matanya. Tangannya yang digenggam diletak ke dada kirinya. Hati yang telah dimiliki oleh Alice sang ratunya sendiri. Serentak itu, setitis air mata jernih mengalir ke pipi lelaki itu.
Selepas itu, kelopak matanya kembali dibuka. Pandangan tajam kini dilontar pada Ainsley. Disebabkan angin yang begitu kencang di sini membuat dia terpaksa mengecilkan matanya.
Suara Ainsley yang seakan kuat seperti mikrofon menerjah ke gegendang telinganya.
Kelihatan raksasa itu mula menunjukkan bebola api mahu mengarah pada Calvin. Calvin semakin mempererat genggaman di tongkatnya. Kalau dia tidak berkuasa..tapi tongkatnya itu yang berkuasa. Bahkan sekiranya apa-apa yang buruk terjadi padanya...hanya tongkat ini satu-satunya harapan dia untuk menghancurkan Ainsley.
"Wait, rasa tak seronoklah pula kalau my sweetie blood mati dengan senangnya oleh raksasa aku sendiri. Takpe, kita bagi raksasa kita musnahkan manusia di sekeliling sini dulu hihi. Calvin, kau..akan lawan aku. Ainsley si kuasa jahat yang paling terkuat sekali." Ainsley sudah mendepakan tangannya. Serentak itu, raksasanya tadi pergi berjalan ke arah lain. Sepanjang raksasa itu berjalan, tanah sudah bergegar. Calvin sudah menggelabah dan cemas.
"Ainsley, apa yang kau buat?!" Calvin menjerit sekuat hati ke arah Ainsley. Kelihatan lelaki itu mahu menuju ke arah raksasa tadi yang sudah pergi.
'Tak..tak boleh. Raksasa tu...dia..dia pergi ke arah kota yang diduduki oleh manusia! Maka, nyawa jutaan manusia akan dibunuh begitu saja oleh raksasa tu! Arghh! Ainsley...kau memang syaitan!'
"Calvin..." Suara lunak dan menyeramkan yang mampu menggetarkan tangkal hatinya membuat langkahnya spontan terhenti.
"Kalau kau...tidak mahu lebih ramai manusia yang mati begitu saja..Maka kau harus terpaksa lawan aku. Bila aku mati...baru raksasa itu juga akan lesap dengan sendiri. Sekarang ni, hanya antara aku dan kau. Kau..aku akan hancurkan kau dengan tangan aku sendiri. Hehe, seronok bukan? Nampaknya...semua nyawa manusia hanya mampu berada dalam genggaman kau. Sekali kau kalah dan mati, maka semua manusia dan hidupan ini.. termasuk muka bumi ini akan hancur begitu saja. Hihi untuk keesokan paginya, bumi ini tidak akan lagi melihat cahaya matahari.Dan disaat itu...aku akan keluar dari tubuh badan Alice sehingga ke saat dia mati disebabkan kehancuran bumi ini. Hihi.."
Calvin sudah merenung sedih ke arah kota di mana semua manusia cuba untuk melarikan diri bertempiaran. Ada yang sudah menjerit ketakutan dan menangis. Satu per satu nyawa manusia mati di hadapan matanya. Dengan hanya sekelip mata, kota di situ hancur teruk dan berkecamuk dengan mayat manusia sana-sini. Ada yang kulitnya dirobek dengan kejam oleh raksasa tanah itu. Ada yang sudah mati... dengan hanya sekali pijakan.
Nyawa manusia kelihatan seperti begitu murah saat ini. Paling sadisnya, apabila ada juga kanak-kanak kecil dan wanita yang mati dengan kejam diramas oleh raksasa itu.
Calvin sudah menangis menyaksikan kejadian yang begitu dahsyat di hadapan matanya tika itu. Seakan-akan, dunia ini sudah kiamat. Hatinya begitu dikoyak-koyak saat ini. Hati kecilnya menjerit semahu-mahunya.
Dia mahu selamatkan nyawa manusia...tapi dia sendiri pun tidak mampu untuk melawan raksasa itu. Kelemahan raksasa itu hanyalah ada pada Ainsley. Dia harus secepat mungkin mencari cara untuk hancurkan Ainsley s-sebelum.. sebelum nyawa manusia lebih ramai terkorban!
Mata Calvin yang sudah bertukar merah memandang tajam ke arah Ainsley. Pandangan matanya kelihatan penuh dengan dendam dan kesakitan yang tersemat.
Ainsley sudah memijak kakinya ke bumi semula. Mereka saling berpandangan seketika. Calvin yang memandang dengan pandangan tajam menikam manakala Ainsley hanya beriak santai sambil tersenyum menyenget. Mereka berdua betul-betul berdiri setentang cuma jarak membezakan mereka saat ini. Hanya beberapa meter. Angin yang kencang sebentar tadi dengan sendiri bertukar menjadi perlahan. Hanya angin sepoi-sepoi.
Setitis air mata satu per satu mengalir perlahan ke pipi Calvin. Pucuk hidungnya sudah bertukar merah. Calvin cuba untuk menguatkan diri.
"K-kau... Disebabkan kau...manusia tidak pernah tenteram. Kau tahu tak..kau dah bunuh beribu-ribu juta nyawa manusia yang tak bersalah! K-kau... disebabkan kau juga.. keluarga aku tidak pernah tenteram..Ibu aku..i-ibu aku sendiri pun..mati disebabkan kau..Ainsley, kau memang syaitan.." Calvin sudah terhanyut dengan perasaan sedihnya. Suaranya yang lirih dan bergetar mampu menyentuh ke tangkal hati siapapun.
Dan hal itu berlaku pada Ainsley. Tidak semena-mena... dia harus rasa perasaan itu.
Calvin sudah menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia perlu bertahan.. Calvin harus tetap kuat untuk melawan Ainsley. Jiwa dan hatinya harus sentiasa bersemangat.
Calvin terhenti dari menangis. Tangan di sisi berserta tongkatnya digepalnya sekuat hati sehingga timbul urat-urat di lengannya.
Ainsley mengerutkan keningnya.
"Ohh? Jadi...kaulah anak manusia tu ye? Orang yang pernah berjaya mengurung aku buat pertama kalinya. Apa nama apatah tu..Haa aku tahu! Jayden...kau anak Jayden hehe..Kenapa kau nak salahkan aku pula? Bapa kau yang puncanya. Bapa kau yang bunuh ibu kau sendiri! Tsk, kau kena terima itu."
"No!! Hiks..Hiks..ibu aku mati disebabkan kau. Disebabkan kau Ainsley! Ainsley ...hari ini walau sedarah atau seteruk mana keadaan aku..sampai ke hujung nyawa aku sekalipun aku akan tetap cuba hancurkan kau Ainsley! Walau setitis darah terakhir sekalipun.. Arghhh! Kau akan terima balasannya! Selepas kau keluar dari jasad Alice! Bahkan sekalipun kalau aku mati..aku akan turut pastikan kau juga mati Ainsley!" Keras nada Calvin saat ini. Turun-naik dadanya. Penuh dengan amarah dan dendam yang membara di dalam diri Calvin saat ini.
Selepas Calvin berkata begitu, sebelah tangan yang digenggam tongkat diangkat dan mula mengarah ke Ainsley. Spontan itu, bagaikan ada tarikan roh jahat Ainsley dipaksa keluar dari jasad Alice.
"Arghh.." tidak sangka Ainsley kuasa tongkat Calvin seakan turut berkuasa. Fikirnya, Calvin tetap tidak boleh buat apa-apa bahkan hanya cuma mampu tunggu dirinya mati hidup-hidup.
Ainsley menahan sakit dan perit. Dia seakan-akan hampir terkeluar dari jasad Alice. Tak...tak! Tak semudah itu dia akan mengalah!
Dengan sepantas kilat, Ainsley sudah mengeluarkan bebola cahaya merah di atas tangannya dan terus mengarah ke Calvin membuat lelaki itu terjatuh melutut di atas tanah.
Calvin memegang dadanya yang terasa begitu perit. Spontan itu, bibirnya mula mengeluarkan cecair pekat dengan banyak. Calvin.. seakan-akan sudah 'berkarat'. Namun..dia takkan mengalah begitu saja. Ainsley harus cepat dikeluarkannya dari jasad Alice!
Tanpa Calvin sedar, Alice yang berada dalam tubuhnya seakan-akan terkurung di dalam kegelapan yang penat menahan begitu perit dan sakit di tubuhnya. Mahu menarik Ainsley dari tubuhnya lebih menyakitkan dari apa yang dia sangkakan. Terbaring lemah juga dia di situ.
'Alice.. tolong bertahan dear...demi saya..' Calvin sudah menumpahkan air matanya.
Dia tahu..pasti Alice akan merasakan begitu sakit di tubuhnya. Kerana tubuhnya selama ini..hanya bergantung pada Ainsley. Mahu membuang Ainsley dari tubuhnya lebih membuat gadis itu lemah selemah-lemahnya.
Dia turut berasa sakit di tubuhnya. Di dalam dadanya seakan-akan terpecah di dalam sana. Terasa begitu perit dan juga..berasa panas. Rasanya begitu sakit sehingga membuat dia sudah tidak mampu berkata.
"Arghh.." Alice mencantumkan keningnya. Kelopak matanya dipejam rapat.
"K-Kenapa..kenapa badan aku terasa begitu lemah..j-jangan-jangan.. Calvin.." secara diam Alice sudah menitiskan air matanya. Tubuhnya masih terbaring lemah berlapikkan lengan. Selepas apa yang terjadi.. begitu tidak terdaya dia rasakan. Satu .. merasakan kesakitan..dua merasa begitu takut..takut kerana Calvin akan diapakan-apakan. Sedangkan dia..Hiks..hikss..hanya mampu terkurung di sini. Tak! Alice takkan biarkan itu terjadi. Ainsley sudah membuatnya membunuh ramai orang..tapi kali ini dia takkan biarkan Ainsley membunuh Calvin. Takkan biarkan..
"Ya Tuhan...hanya satu permintaan terakhir aku padamu..T-Tolong..tolong kuatkan aku supaya aku dapat selamatkan Calvin..Hiks..Hiks.. please help me.."
Alice masih memejamkan kelopak matanya. Bahkan, mahu membuka matanya terasa begitu berat sekali. Satu per satu air mata menangisi ke pipi gadis malang itu.
Manakala Calvin tangannya sudah mencengkam erat pasir. Dirinya seakan melutut tetapi bertahankan satu kaki. Darah pekat mula tidak henti-henti membuak keluar dari bibirnya. Manakan tidak, apabila Ainsley tidak henti-henti mengarah kuasa yang membuat dia rasa begitu perit sekali. Bebola kuasa Ainsley seakan-akan menikam bertubi-tubi dengan mata panah betul-betul tepat ke dadanya. Sangat sakit!
Setitis air mata mengalir ke pucuk hidung Calvin.
"Ahukk..ergg.." Calvin sudah terbatuk-batuk tenat. Membuat dia semakin banyak memuntahkan darah. Telinga mendengar Ainsley tidak henti-henti tertawa seram.
Dengan kudrat yang masih ada, Calvin tidak berputus-asa begitu saja. Bawah tongkatnya yang memijak ke tanah secara berdiri Calvin bengkokkan sedikit ke arah Ainsley.
"Ainsley..Nak atau tidak kau harus cepat keluar dari tubuh Alice..." lemah saja suara Calvin saat ini.
"Ahhhh..." Ainsley bagaikan ada tarikan kakinya seakan-akan dipaksa tarik ke hadapan sehingga menggesel ke bumi. Dia sudah hampir mahu keluar dari jasad Alice tetapi disebabkan kuasanya yang begitu kuat seakan-akan melekatnya seperti gam di tubuh Alice di situ.
Calvin tidak mengalah. Dia terus-terusan cuba untuk menarik Ainsley keluar dengan tongkatnya itu. Terkeluar erangan kecil dari Calvin. Dengan keadaannya yang agak tenat itu...namun cuba untuk bertahan semampunya.
"Erghh...tak guna kau Calvin! Tak semudah itu kau akan keluarkan aku dari badannya!"
Manakala Alice di dalam sudah mengerang kesakitan. Dia sudah menangis kerana terlalu sakit.
"Arghh...ergggg..Hiks..Hiks.." Alice dapat mendengar suara Calvin dari sini. Air matanya jatuh lagi ke tepi. Serentak itu, tiba-tiba cahaya putih mengelilingi aura hitam di sekelilingnya. Alice membuka perlahan kelopak matanya.
"Jikalau kau betul-betul mahu cepat menguasai Ainsley dan tidak menghilang dalam tubuh sendiri.. secebis cahaya kebaikan ini akan menolong kau. Ini adalah cahaya di mana seberapa banyak kau menolong orang lain." Tiba-tiba suara asing yang tidak dikenali menerjah ke cuping telinga Alice.
Disebabkan cahaya itu, Alice dapat bangun dan menjadi bertenaga semula. Terteleng kepalanya ke kanan dan ke kiri melihat cahaya putih penuh terbang di sekelilingnya.
"J-jadi...ini semua..k-kebaikan yang telah aku lakukan selama ini?" Alice sudah tersenyum kecil.
Dengan bantuan cahaya itu, akhirnya dia dapat menguasai dirinya kembali dan Ainsley terkurung di situ semula.
Serta-merta tongkat Calvin yang berlawanan dengan kuasa Ainsley terputus begitu saja membuat Alice dan Calvin terebah ke tanah.
"Ahhhh..." Desiran kecil meniti di bibir mereka.
Alice perlahan-lahan cuba bangun dari pembaringan. Terkejut dan terpempan dia rasakan apabila melihat keadaan Calvin yang cukup parah dengan darah di sana-sini.
Terus dia meluru ke arah Calvin dan duduk melutut di hadapannya. Calvin yang ketika itu tidak tahu Alice muncul masih menunduk kepalanya ke bawah.
"C-Calvin? Hikss..hikss.. teruknya keadaan awak... Calvin! Awak..awak tak boleh tinggalkan saya macam tu saja..Awak dah k-kata...tidak ada apa yang akan berlaku pada awak..t-tapi ni apa?! Huaaa Calvin!!" Raung Alice di situ juga. Air mata laju saja menitik ke pipi gadis itu.
Alice sudah merasa histeria.
Calvin tersentak. Kepalanya perlahan-lahan diangkat memandang Alice. Manakala, sebelah tangannya lagi memegang tongkat itu.
"A-Alice??.."
"Calvin..." Alice tersenyum dalam kesedihan. Hidungnya sudah bertukar merah. Air mata tidak henti-henti mengalir ke pipi Alice. Calvin dengan sayu hanya memandang ke wajah yang sedang menangis teresak-esak itu.
Tangan Alice perlahan-lahan naik mahu mengusap wajah Calvin. Calvin hanya mengerdip lemah memandang wajah Alice yang begitu dekat dengannya.
Alice yang merasa takut dan sedikit teragak-agak dengan lambat cuba untuk menyentuh pipi Calvin.
Hanya hampir.. hampir-hampir saja lagi tangan Alice mahu menyentuh kulit pipi Calvin. Entah kenapa hati gadis itu terdetik untuk mengusap wajah tampan itu.
Akhirnya tangan Alice berjaya menyentuh lembut pipi Calvin. Serentak itu, air mata Alice mengalir laju ke bumi.
Calvin sedikit terkejut. Dia langsung tidak merasakan sakit apa-apapun.
"A-Alice..ia..ia dah tak sakit..Awak..awak dah boleh sentuh saya.." Calvin dengan spontan memegang tangan Alice yang elok menyentuh pipinya. Dapat Alice rasakan air mata yang mengalir ke pipi itu.
Alice hanya mengangguk kecil berkali-kali sambil tersenyum dalam kepahitan.
"Kuasa Ainsley kini menjadi lemah..Dan sekarang giliran saya mendapat kekuatan saya semula untuk melawannya.. Itulah sebabnya, kerana saya sudah boleh menyentuh awak. Cuma...saya mohon.. biarkan saya buat apa yang perlu untuk saya lakukan. Jangan pernah masuk campur dalam hal ni..Calvin. Nanti...awak akan menjadi lebih teruk dan sakit. Cukup. C-Cukuplah saya..sudah bagi beribu-ribu kesakitan pada diri awak..Saya tak nak..awak korbankan terus nyawa awak pula. Saya..saya pasti akan rasa sangat teruk dan lebih sakit nanti.."
Mata Alice berkaca-kaca memandang Calvin dengan lirih. Namun, bibir itu tetap tersenyum dalam kepedihan.
Calvin menggeleng kecil.
"A-Apa yang..awak cakap ni? Alice...Hiks..Hiks..Awak tak bermaksud apa yang awak cakapkan? Alice tell me! A-Awak... takkan cuba-cuba lakukan apa-apa kan?.." Calvin tergamam. Dia sudah seperti tidak dapat terima kenyataan.
Alice masih tetap cuba untuk tersenyum. Bulu matanya yang lentik memandang Calvin dengan lembut.
"Kisah cinta kita memang cukup melelahkan dan menyakitkan. Disebabkan itu..ia susah untuk menghancurkannya. Tapi..saya dah cukup lelah dan penat..Cukup sampai di sini saja..I-Ia...sudah cukup menyeksakan..." kata-kata Alice yang penuh dengan maksud tersirat itu masih belum dapat difahami oleh Calvin.
Alice kemudian tidak berkata apa lagi. Bibir delimanya masih tetap tersenyum manis biarpun dalam kepedihan. Dua titis air mata mencurah ke pipinya.
Alice memegang kedua-dua belah pipi Calvin. Selepas itu, Alice mendekatkan wajahnya dengan Calvin. Ciuman lembut mengena ke dahi Calvin.
Lama. Lama Alice mencium dahi itu. Calvin memejamkan matanya begitu juga Alice.
Alice perlahan-lahan melepaskan ciuman. Serentak itu, mereka kembali membuka mata. Alice terpandangkan seulas bibir merah Calvin.
Calvin juga hanya memandang ke arah Alice yang kali ini juga mendekatkan dirinya dengan wajah itu.
Akhirnya, bibir delima Alice lembut menyentuh seulas bibir itu. Calvin sedikit terpana. Namun, dia hanya membiarkan dan menatap wajah cantik itu yang memejamkan kelopak matanya betul-betul berada dekat dengannya.
Setitis air mata buat keberapa kalinya mengalir ke pipi Alice.
Alice melepaskan ciuman itu. Mereka saling bertatapan seketika. Mata Alice merenung ke bawah.
Perlahan-lahan dirinya bangun dari duduk.
"Alice...a-awak..nak pergi mana?.."
Alice hanya diam sepi. Matanya tidak lagi merenung ke arah Calvin.
Tanpa Calvin sangka, Alice tiba-tiba mengeluarkan kuasa Ainsley.
Diri Alice kini tidak menjejakkan kaki ke tanah. Kedua-dua tangannya didepakan. Serentak itu, cahaya evil Ainsley tiba-tiba muncul di tangannya.
Disebabkan hal itu, semua segala benda semak, dahan pokok, alat-alat tajam di luar spontan terbang ke udara dengan sendiri. Segala bermacam benda itu diangkat dengan kuasa sehingga mendekati ke arah Alice.
Alice membuka kelopak matanya apabila sekian lama menutup matanya.
Matanya yang berkaca-kaca merenung ke arah Calvin.
"Calvin..selamat tinggal..terima kasih kerana telah berada di samping saya selama ini..thanks for everything.."
Calvin yang mendengar itu sudah menggeleng kepalanya berkali-kali.
"Alice, please...Hiks..Hiks..jangan macam ni. Apa yang awak lakukan? " Calvin sudah berusaha untuk bangun. Dia harus cepat sebelum segala benda tajam yang terbang ke udara itu mengena ke arah Alice.
Alice hanya tersenyum lembut. Matanya kini melotot ke arah gergasi di kota yang terus-menerus membunuh manusia dengan kejam dan menghancurkan segala-galanya. Sesiapa yang melihat pasti akan merasa gerun dan takut. Tapi, bagi Alice tidak.
Perasaan yang dia rasakan... adalah sangat teruk. Dia berasa cukup teruk. Menyaksikan hal itu lebih membuat dia yakin untuk membunuh dirinya sekali dengan Ainsley. Dia juga boleh membunuh diri dengan kuasa Ainsley yang terkuat. Pasti...dia tidak akan terselamat kali ini. Dia yakin! Kali ini pasti akan lebih berjaya. Tanpa perlu mati di tangan Calvin.. tapi mati di tangan sendiri.
"Hiks..hikss.. disebabkan aku..nyawa manusia yang tidak bersalah hilang..jasad bergelimpangan sana-sini..ini semua salah aku.." Alice sudah menangis semahu-mahunya melihat dengan terang lagi bersuluh akan pemandangan itu.
Melihat satu per satu manusia dibunuh dengan kejam ia juga membunuh dan merobek hati ini dengan begitu dalam. Alice merasakan dirinya sangat begitu berdosa saat ini.
"Walaupun aku dah banyak tolong orang lain...tapi dalam masa yang sama aku juga banyak 'membunuh' dan teruk melakukan hal buruk pada orang lain. Mana mungkin, diri ini dapat hidup lagi selepas semua ini terjadi.." serentak itu, segala benda-benda tajam itu datang dengan sendiri mahu menimpa ke tubuh Alice. Alice yang melakukan semua itu.
Suara Ainsley sudah berbisik kuat di dalam kepalanya supaya tidak membuat kerja gila. Namun, Alice hanya menghiraukannya.
Alice memejamkan matanya. Bersedia untuk betul-betul mati.
Namun, keningnya tercantum apabila dia langsung tidak merasakan sakit. Alice memejamkan kelopak matanya.
Terkejut yang dia rasakan apabila segala benda tadi terhenti dengan sendiri.
Dia memandang ke arah Calvin. Ternyata, jejaka itu yang berhasil menghentikannya. Calvin mencantumkan keningnya.
"Saya takkan biarkan..Alice."
"No³, Calvin stop it! Please... hentikannya!" Alice sudah bersikap menggelabah. Habis semua segala benda tajam jatuh ke bumi begitu saja dengan sendiri oleh tongkat Calvin.
Spontan, kaki Alice kembali menjejak ke bumi. Tanpa Alice sangka, Calvin sudah mengarah tongkatnya ke arah Alice.
"Arghhh..." Suara Ainsley dan Alice seakan-akan bergabung menyerang kesakitan. Apa yang dilakukan oleh Calvin ialah dia cuba untuk menarik Ainsley keluar dari tubuh Alice. Namun, gadis itu juga turut merasakan kesakitan.
Kaki Alice terdepan sedikit dengan sendiri. Seakan-akan ada tarikan yang begitu kuat ke tubuhnya.
"C-Calvin.. hentikannya..arghh.." disebabkan terlalu sakit tubuh badannya terebah ke tanah.
"Hikss..hikss tolong hentikannya...!! Calvin..!!"
Sekiranya, Ainsley dikeluarkan dari tubuhnya maka Calvin dengan kesempatan yang ada ini akan terus cuba untuk menghancurkan Ainsley termasuk mengorbankan nyawanya sendiri.
Calvin yang melihat keadaan Alice yang nampak menyedihkan sudah mengalirkan air matanya.
Namun, Calvin tetap terus-menerus cuba menarik kuasa jahat Ainsley keluar dari tubuh Alice.
"Erghhhh...jangan...Hiks Hiks.. please don't do that..Calvin..ergg.." Alice sudah mengeriot kesakitan. Keningnya tercantum menahan sakit.
"Please.. j-jangan..Calvin! Arghh! J-jangan.." Alice tidak mampu menghentikan Calvin saat ini. Dia hanya mampu merintih saat ini.
Setelah itu, akhirnya ada satu aura hitam keluar dari tubuh Alice. Ianya adalah Ainsley.
Calvin tergamam. Pertama kalinya dia melihat bayangan asli hitam Ainsley. Seperti bayangan seorang perempuan yang sangat cantik namun penuh dengan aura kejahatan.
Calvin merasa terkilan apabila sebaik saja Ainsley keluar dari tubuh Alice...Alice dengan teruk memuntahkan darah pekatnya.
"Alice!!" Calvin mahu pergi ke arah Alice namun ia terhalang dengan niatnya. Kalau dia pergi ke arah Alice, takut Ainsley akan terus menghilang atau berbuat sesuatu di luaran fikiran. Hanya ini satu-satunya cara yang ada buat Calvin untuk terus menghancurkan Ainsley.
Calvin dengan pantas mengarah tongkatnya kembali ke arah Ainsley.
Ainsley yang ketika itu sudah tidak ada tempat untuk bergantung tubuh pada siapa-siapa sudah berfikir untuk menghilangkan diri. Namun, tidak sempat apabila Calvin dengan pantas mengarah tongkatnya padanya. Ainsley sudah menyerang kesakitan. Dia sudah tidak mampu berbuat apa lagi. Sekuat-kuat kuasanya baru dia sedar..dia tidak mampu untuk mengalahkan kuasa tongkat Calvin.
Namun, dalam masa yang sama itu turut memakan diri Calvin sendiri.
Ainsley dengan tangan yang penuh aura hitamnya mencengkam kuat bahu Calvin. Sementara, Calvin hanya mengarahkan tongkat itu pada Ainsley. Ainsley di sebalik bayangan itu sudah tersenyum dalam kesakitan.
"Kalau aku dihancurkan..maka kau pun akan mati juga. My sweetie blood.." serentak itu.. tangannya yang masih mencengkam bahu Calvin menyalurkan kuasa racunnya ke tubuh Calvin.
Tanpa Calvin sedar, kulit Calvin sudah kebiruan.
"Yargghh!!" Akhirnya, bayangan Ainsley terus lesap begitu saja bersama jeritan sakitnya. Ainsley akhirnya dimusnahkan. Begitu juga dengan gergasi Ainsley yang akhirnya tiba-tiba menjadi lesap.
"Warghhhhhh!!" Gergasi itu sudah bersedia mahu memakan seorang budak kecil perempuan ini.
Baru gergasi itu mahu makan seorang kanak-kanak kecil ini..dia sudah melesap hilang pergi. Akhirnya, tinggallah si budak kecil molek itu di kota sendirian yang penuh dengan mayat yang bergelimpangan sana-sini. Menangis budak kecil itu semahu-mahunya mahu meliar mencari ibunya di sekeliling kota itu yang kian sepi bagaikan tiada orang.
Zapp! Terus terduduk lemah Calvin di situ. Dari duduk menyentuh lutut sehingga terbaring..Yeah, Calvin sudah nampak kulitnya yang mula secara perlahan-lahan naik kebiruan. Dari ke pangkal lengan sehingga mahu naik ke mukanya.
Racun Ainsley ialah racun yang paling berbisa dan paling terpantas sekali merebaknya.
Calvin sudah terbatuk-batuk tenat. Matanya buat kali terakhir menatap tepat ke wajah Alice yang tidak sedarkan diri itu.
Calvin tersenyum lembut.
'Sekurang-kurangnya, s-sbelum saya mati...saya dapat lihat wajah awak buat kali terakhir. Alice Laurel, selamat tinggal m-my Queen. Hiduplah dengan baik di bumi ini.. Ma-afkan saya..kerana tidak dapat menemani awak lagi..' tangan Calvin perlahan-lahan diangkat seolah-olah mengusap lembut wajah Alice dari kejauhan.
Bibir masih merekah dengan senyuman.
Setitis air mata buat kali terakhir menangisi ke pipinya. Serentak itu, tangan Calvin yang diangkat akhirnya jatuh lemah ke bumi. Kedua-dua kelopak mata Calvin perlahan-lahan dipejamkan. Senyuman kian pudar dari bibirnya.
Desahan nafas yang perlahan dari hidungnya akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir. Titisan air mata tadi akhirnya laju saja mengalir ke bumi.
Ketika ini pula, Alice baru sedarkan diri. Secara perlahan-lahan kelopak matanya cuba diangkat.
Sedar-sedar saja, Alice sudah melihat tubuh Calvin yang terbaring lemah. Alice menggosok-gosok matanya berkali-kali. Bagaikan ada satu batu besar yang menimpanya terkejut dan terpempan Alice rasakan saat ini.
Bibir bawah Alice mula menggigil dengan sendiri. Dirinya yang ketika ini duduk bersimpuh di atas tanah mengenggam tanah dengan erat menahan perasaan.
"Calvin..." Hanya nama itu yang meniti di bibirnya.
"Tak³, arghhhhhhh!!! Calvin!!! Hikss..hikss.." Alice mula menjerit histeria. Menangis Alice sehingga terhinjut bahunya.Tubuhnya yang masih lemah cuba mengengsot ke hadapan mendekati Calvin. Alice sudah menangis teresak-esak tanpa henti.
Namun, tiba-tiba muncul satu kelopak bunga warna peach perlahan-lahan terbang dan jatuh ke ribanya. Ia adalah sejenis kelopak bunga Hira.
Alice perlahan-lahan menyentuh kelopak bunga itu. Terus ingatannya kembali tersemat di saat Calvin pernah memberitahunya dahulu. Ketika itu, dia masih tidak tahu apa-apa lagi. Esak tangisnya serta-merta terhenti seketika apabila teringatkan hal itu.
"Nah.."
"Apa ni Calvin? Bunga? Untuk saya?"
"Yeah, untuk awak. Tapi ini bukan sebarang jenis bunga tahu? Ia adalah sejenis bunga penyembuh. Kata tok itu, mahu keluarkan Ainsley dari tubuh awak adalah perkara yang sangat menyakitkan. Macam manusia yang nazak mahu mati ditarik nyawa tu..Tapi kali ini lain. Disebabkan itu, dalaman tubuh awak akan terluka Alice. Sekiranya sampai itu terjadi, makanlah bunga ini. Awak pasti akan sembuh cepat dengan sendiri."
"Ohhh, kalau macam tu...lepas tu..saya akan baik-baik saja lah ni nanti?"
Calvin memegang lembut kedua-dua bahu Alice. Kedua-dua bebola mata Alice ditenungnya dengan dalam.
"Janji dengan saya Alice..awak akan tetap makan bunga Hira ini walau bagaimana cara sekalipun..sebab..nyawa awak bila-bila masa akan terancam sebaik saja Ainsley berjaya dikeluarkan."
Setitis air mata jernih mengalir ke pipi Alice. Air matanya yang hampir kering akhirnya melebati lagi ke pipinya.
"Hikss..hikss..kalau awak dah pergi tinggalkan saya.. katakan pada saya... bagaimana lagi untuk saya hidup?..Hiks Hiks Calvin..dulu awak dah pernah janji dengan saya..Adakah janji itu hanya sekejap sebelum mati terkubur bersama awak? Huwarghhh!! Calvin..." Alice sudah menjerit semahu-mahunya berserta tangisannya. Sehingga hampir hilang suaranya.
Tidak sedar dirinya akan lebih merasa sakit sekiranya menangis tanpa henti.
"Uhukkk...uhukkk.." Alice sudah terbatuk-batuk darah. Luka di dalam tubuhnya masih belum hilang dan tidak boleh sembuh dengan sendiri. Namun, Alice tetap tidak makan bunga Hira itu.
Dia hanya merenung sepi kelopak bunga itu.
"Baik...Ini cuma pilihan saya..sama ada mahu teruskan hidup atau mati. Tapi saya..tidak akan berfikir panjang. Saya lebih pilih...hikss hikss untuk mati bersama awak Calvin.."
"Erggg..." Keadaan Alice sudah semakin tenat. Bunga Hira di tangannya Alice genggam sekuat hati sehingga bunga itu menjadi putih keabuan. Satu per satu air mata menitis ke pipi Alice.
Alice cuba lagi untuk mengengsot badannya ke hadapan. Tetapi, secara tidak sengaja tubuhnya jatuh meniarap ke tanah. Sekarang ini Alice hanya beberapa meter dari Calvin.
Tangan Alice cuba untuk mencapai tangan Calvin yang terjulur ke hadapan itu. Senyuman pahit meniti di bibirnya.
"Calvin, awak ingat lagi tak.. awak pernah berkata pada saya yang...awak.. a-awak teringin sangat mahu hidup bahagia dengan saya..hanya kita berdua.. sambil berpimpinan tangan. Mendirikan rumah tangga..dapat anak kembar yang cantik macam saya dan handsome macam awak. Hiks..hikss..sungguh, saya pun teringin mahu lakukan setiap masa apa-apa saja hanya bersama dengan awak..Tapi..."
"Tapi, saya pun rasa gembira..Sebab.. walaupun kita tak akan dapat hidup bersama-sama hingga ke tua namun kita dapat sehidup semati bersama. Itu pasti menyeronokkan. Calvin, saya...saya dah tak sabar mahu jumpa awak. Meskipun tidak boleh bersama di dunia, namun kita boleh sama-sama hidup bahagia di atas sana..Itu pasti akan menjadi menyeronokkan bukan?"
"Calvin, tunggu saya akan datang.." Alice sudah tersenyum-senyum di satu arah. Kelihatan seakan-akan seperti roh putih Calvin yang sedang tersenyum memandangnya.
Keadaan menjadi hening seketika. Kesakitan semakin memerah tubuhnya.
Di saat tangan Alice hampir mahu mencapai tangan Calvin yang tidak bernyawa perlahan-lahan kelopak mata Alice dipejam rapat. Serentak itu, dia menghembuskan nafas yang terakhir di situ juga. Tangan Alice akhirnya jatuh terkulai lemah di situ.
Bersaksikan bintang dan bulan.. beserta mayat manusia yang beribu-ribu bergelimpangan kelihatan juga dua mayat pasangan cinta kekasih sejati buat yang terakhir meninggal di kawasan situ juga.
___________________
Wahai duhai hati ku...
Meskipun ku tidak dapat hidup bersamamu..
Tapi, tunggu aku di atas sana..
Pasti aku akan datang..
Wahai burung sibiru pelangi..
Sampaikanlah rasa cinta dan pesananku ini padanya..
Ku pasti akan datang padanya..
*********
Ibu bapa Alice, Iris dan Amelia sudah menangis teresak-esak di samping mayat Alice yang masih berada dalam keranda yang masih terbuka.
Di samping keranda Alice adanya Calvin.
Ibu Alice mengusap lembut pipi anaknya yang pucat tiada darah itu.
"Nak...ibu akan reda pemergian kamu..Hiks..hiks..jika itu yang kamu mahu.. Walaupun hati ini berasa berat sekali..Nak, tenanglah kamu di sana nanti."
Ibu Alice kini terpandang jasad Calvin di tepi pula.
"Bersama si jejaka sang hati.. J-jangan risaukan kami di sini..Cepat atau lambat kami akan reda pemergian kamu..Ibu tahu..anak ibu pasti akan berasa susah hati sangatkan kalau mahu pergi tinggalkan ibu, ayah dan kawan-kawan kamu.."
Asyik kedengaran esak tangisan dari Iris dan Amelia. Manakala ayah Alice sudah berpaling muka ke arah lain menangis dalam diam. Hanya suara ibu Alice kedengaran berserta esak tangisan dari mereka.
Ibu Alice menyeka air mata yang sudah membasahi pipinya sekilas. Selepas itu, dia mengambil tangan Alice dan juga Calvin sehingga membuat tangan mereka tercantum berdua.
"I-Ibu..pasti akan merindukan kamu berdua.."
Setitis air mata jernih sudah mengalir ke pipi yang bergelar si ibu.
TAMAT
Share this novel