Bab 19: Sacrifice

Fantasy Series 3721

"Ahem²..." Jennie berdehem kecil.

Calvin tersenyum kecil. Dia terus melepaskan pelukan kami.

Aku pula sudah tersenyum kekok dan malu. Argh!

"Opss, nampaknya kita terlupa mahu hidangkan minuman. Takpe, saya buatkan air." kata Calvin bingkas bangun dari duduk dan menuju ke dapur.

Akhirnya, tinggallah aku dengan kawan-kawan aku di meja makan.

Keadaan menjadi hening seketika.

"Alice..." Tiba-tiba Jennie bersuara lembut. Matanya tertunak memandang aku.

"Ya?" Aku sudah menelan air liur kasar yang terasa payau. Dah kenapa Jennie tiba-tiba panggil aku ni..

"Kau.. betul-betul cintakan Calvin? Kalau memang betul...aku, Iris dan Amelia akan sokong perkahwinan kau.." kata Jennie merenung tepat ke arah aku.

Iris dan Amelia hanya mengangguk menggiyakan. Mereka bertiga menanti diam jawapan dari aku.

Aku terkedu seketika. Perlukah untuk aku beri jawapan yang sebenar bahwa aku memang tidak tahu? Tuhan... tolonglah aku..

Manakala Calvin yang sedang mengacau air jus orange di dalam jug di dapur tersentak seketika apabila tiba-tiba ada bayang muka seseorang di dalam air itu.

"Calvin.." lagilah membuat Calvin terperanjat besar apabila ada satu suara yang menegurnya.

"Tok?"

"Yeah, ni tok. Tok guna ilmu ajaib untuk beritahu kamu sesuatu. Tok cuma mahu beritahu buat malam ni tolong lakukan perkara yang sama pada Ainsley malam ni. 'Kurung' dia. Tok masih belum dapat jawapan lagi bagaimana mahu hancurkan Ainsley dan bila waktu mana yang tepat." kata tok itu.

Calvin yang masih rasa terkejut turut melihat wajah bayang tok itu di dalam air yang baru dibancuhnya itu.

"Baik, saya akan buat cara yang sama. Tapi..saya ada sesuatu mahu tanya tok. Benarkah Ainsley mahu hancurkan bumi ini kerana seorang manusia?"

"Yeah, memang betul. Tok terlupa mahu beritahu kamu tentang kisah kuasa jahat Ainsley. Sebenarnya, dulu-dulu tanpa manusia banyak lahir lagi seorang manusia telah membuat perjanjian dengan kuasa jahat Ainsley. Dia terlalu berdendam dengan salah seorang kawannya yang dianggap musuh. Disebabkan kawannya mengkhianatinya dan menikam dari belakang..bukan itu saja salah seorang keluarga kawannya juga telah tanpa sengaja membakar rumah ibu, ayah dan seluruh keluarganya. Membuat seluruh keluarganya sudah mati rentung dalam kebakaran. Sejak itu, dia jadi terlalu berdendam sehingga telah membuat perjanjian yang besar dengan Ainsley tanpa dia sedar perjanjian itu boleh memakan diri dia sendiri." Jelas tok itu dengan panjang lebar.

Calvin terkesima seketika. Hanya kerana dendam..dia sanggup membuat perjanjian dengan kuasa jahat Ainsley untuk hancurkan manusia yang tidak bersalah dan bumi ini? What the sh*t!! Hakikatnya orang itu lebih jahat daripada seburuk-buruk orang lain. Dia sepatutnya sedar itu. Silap besar dia membuat perjanjian seperti itu.

"Sekarang orang itu berada di mana?"

"Dia sudah meninggal untuk beberapa tahun yang lalu nak kerana suatu tragedi. Tapi, itu tak penting. Yang penting perjanjiannya dengan kuasa jahat masih hidup sampai ke hari ini. Dan sekarang..Ainsley mahu menuntut janjinya."

"Pernahlah Ainsley cuba untuk musnahkan manusia beberapa tahun yang lalu lamanya. Waktu itu kamu masih belum lahir lagi. Namun, seseorang dengan ahli kepakarannya berjaya menghentikan Ainsley dengan mengurung Ainsley di dalam sebuah kotak yang telah dipagari dengan mantra. Ainsley tidak boleh keluar selama-lamanya andai kata seseorang dengan tidak sengaja atau sengaja mengeluarkannya."

Aku menarik nafas dan menghembusnya kasar.

"Yeah, aku cintakan dia. Aku cintakan dia sangat-sangat. So please...tolong restui sahabatmu ini. Hmm?" ujar aku terpaksa menipu. Aku tersenyum kelat memandang mereka.

"Auwww, of course my sweetie. Kami bertiga akan restui kau dengan dia kalau itu memang keputusan kau." kata Iris meramas tangan aku lembut di atas meja.

Aku tersenyum terharu.

"Thank you korang.."

Calvin terdiam seketika. Jadi Alice lah tanpa sengaja keluarkan kuasa jahat Ainsley dari kotak tu? Yeah, Alice pernah beritahunya tentang itu.

Calvin mencengkam rambutnya ke belakang. Sungguh, perkara ni sangat merumitkannya.

"Sebenarnya...Alice lah tanpa sengaja yang keluarkan Ainsley dari kotak tu." kata Calvin perlahan.

"Jadi, kita tidak boleh kalah dengan kuasa jahat Ainsley nak. Jangan pernah cepat putus-asa. Walaupun aura Ainsley teramatlah kuat..kamu pasti dapat kalahkannya." kata tok itu.

"Betul, saya ialah penyelamat dunia. Jadi sudah sampai masanya untuk saya musnahkan kuasa jahat Ainsley sebelum dia membunuh lebih banyak manusia lagi. Helahnya bermacam-macam tanpa kita duga." kata Calvin perlahan.

Akhirnya bayang wajah tok itu sudah hilang dari permukaan air yang baru dibancuh di dalam jug itu. Calvin mengeluh kecil perlahan. Dia tahu..siapa yang dia hadapi sekarang ini. Ainsley, kuasa jahat. Bukannya manusia jahat atau haiwan liar atau ganas tapi Ainsley. Kuasa yang teramat jahat dan lebih menggerunkan. Dia tahu semua ini pasti akan menjadi lebih susah untuk dia tempuhi nanti.

Sekali lagi Calvin mengusutkan rambutnya. Tidak dia dapat tafsir bagaimana perasaannya saat ini.

"Weh, kenapa Calvin lambat sangat buat air ni? Dia tengah buat air ke tengah pam air?" kata Amelia yang sudah membebel.

Aku menahan senyum.

"Sekejap, biar aku pula yang pergi dapur." Belum sempat aku mahu bangun Calvin memunculkan dirinya sambil membawa jug air di tangan.

"Sorry² lambat. Paket gula tiba-tiba tertumpah atas lantai tadi. Sebab itulah.." kata Calvin tersengih kecil.

Selepas meletakkan jug air di atas meja dia menghenyakkan punggungnya di sebelah aku.

Aku mengerlingnya sekilas bersebelahan aku.

Kelihatan wajah itu sudah tersenyum kambing memandang aku.

**********
Sesudah makan aku ke sinki mahu membasuh pinggan. Jennie mahu menolong aku tapi ditegah oleh aku. Yelah, lagipun dia baru saja duduk rumah ni tak pasal-pasal kena buat kerja dah. Takpe, kita bagi dia rehat. Nasib dia hanya mengakur dan pergi ke ruang tamu di mana Amelia dan Iris sedang menonton televisyen.

Sedang aku ralit mencuci pinggan tiba-tiba ada satu suara berbisik halus pada telinga aku.

"Buat apa tu?.."

"Uish mak kau!" Aku menggosok-gosok dada. Terkejut. Ya Tuhan...dia nak bagi aku heart attack terus ke ni?

Calvin hanya tertawa kecil mendengar aku melatah. Aku menjeling tajam ke arahnya. Gelak..gelak pula dia.

Kepala aku tidak terteleng memandangnya. Hanya terus mencuci pinggan tanpa mempedulikan pengacau di tepi aku.

"Saya tengah cuci kereta. Kenapa tanya?" kata aku melayang muka tidak puas hati. Tanya lagi orang buat apa. Masih lagi rasa terkejut berbekas di hati.

"Hehehehe.." Calvin hanya tertawa kecil mendengar aku merapu.

Tanpa aku sedar, aku turut tersenyum mendengarnya ketawa.

Sedang aku ralit mencuci pinggan tidak sedar mata aku tiba-tiba berair serupa seperti sudah mahu menangis.

"Meh saya tolong sama." kata Calvin yang sudah menyinsing baju lengannya ke siku. Namun, bila terpandangkan wajah aku terus dia menarik lengan aku menghadapnya.

Mukanya mempamerkan riak terkejut.

"Alice! Kenapa nangis ni??" Calvin menatap dalam ke mata aku yang sudah bergenang dengan air mata.

Aku tidak berkata apa. Hidung menarik hingus yang hampir meleleh. Mata sayu memandangnya. Tanpa ku sangka, terlepas mug kaca yang diselaputi sabun dari tangan aku ke lantai dan pecah.

Kcakk..

Calvin tersentak dan tergamam. Dia memandang aku dengan wajah risaunya. Aku memandang kaca-kaca yang sudah tersepai di lantai. Tangan yang terkena sabun sudah terketar-ketar. Bibir bawah bergetar pilu.

Air mata satu per satu menitis ke pipi aku.

"Ahhh..." Aku mendesir kecil apabila tiba-tiba kaki aku tersilap langkah dan terpijak kaca. Aku mencantumkan kening. Mata terpejam menahan sakit. Air mata semakin mengalir ke pipi aku. Aku memegang dada aku yang turun-naik menahan sesak.

"Alice! Awak cedera ni." Calvin terus duduk mencangkung di hadapan aku. Kaki aku yang terkena kaca di tepi diletakkan di atas pehanya. Dia menarik kaca yang tertusuk di tepi kaki aku. Nasib kaca tidak tertusuk di telapak kaki aku. Tapi tiada bezanya pun. Sakit tetap sakit.

Calvin dongak kepala memandang aku seketika. Terus dengan berhati-hati dia cuba untuk mencabut serpihan kaca itu keluar membuat aku terpejam mata rapat seketika.

Calvin memegang serpihan kaca yang terkena darah aku itu sambil memandang aku. Sayu matanya saat ini. Terus kaca itu dibuang Calvin dan berdiri menghadap aku.

"Aw-wak..tak apa-apa?"

Aku tersenyum dalam kepedihan.

"Saya tak apa-apa...awak lupa saya ni kan monster? Luka ini akan sembuh dengan sendiri." kata aku merenung ke bawah. Bibir diketap pilu cuba menahan rasa. Air mata semakin bergenang ke tubir mata.

"Alice..." Belum sempat Calvin mahu berkata apa Iris, Amelia dan Jennie sudah masuk ke dapur mahu melihat apa yang berlaku.

"Alice, kenapa ni?" Soal Amelia sedikit terkejut apabila terpandang kaca yang jatuh berkecai di atas lantai.

Aku mengangkat kepala memandang satu per satu wajah mereka bertiga seraya menggeleng kecil. Bibir menguntum senyuman pahit.

"Alice, kaki kau terkena kaca tu kan? Meh, aku tengok." Jennie mahu mendekati aku. Lagilah membuat aku takut dan beriak cemas. Jennie tak boleh tengok luka aku. Tak, kawan-kawan aku tidak boleh tahu tentang ini.

Namun belum sempat, Jennie mahu menghampiri Calvin sudah berada di hadapan aku menyembunyikan tubuh aku di belakangnya.

Jennie mencantumkan kening.

"Maaf, tapi Alice memang betul tak apa-apa. Awak jangan risau Jennie." Ujar Calvin perlahan.

Lagilah menambahkan kerutan di dahi Jennie. Muka dipamer tidak puas hati.

"Saya kawan dia. Dan sekarang..kawan saya sedang terluka. Apa hak Encik Calvin mahu menghalang saya?" kata Jennie dengan keras nada formal memandang tepat ke wajah Calvin.

Calvin pula sudah terkelu lidah seketika tidak tahu berkata apa.

Melihat keadaan seperti nampak tegang aku terus bersuara.

"Jennie..aku tak apa-apa. Jangan risau ye? Cuma..aku rasa macam demam selsema. Tujuan Calvin halang kau supaya kau tak terjangkit sakit sama seperti aku. Itu saja." kata aku dengan bicara lembut. Terpaksa menipu. Aku tersenyum lembut memandang Jennie.

"Hmmm..betul ni? Okey kalau kau cakap macam tu. Tapi, luka kau tu macam mana?"

"Awak jangan risau. Biar saya rawat Alice." Jawab Calvin kepada Jennie.

Calvin mengambil kain lap yang berada di dapur dan menutup kain itu ke luka di kaki aku. Mungkin, bertujuan supaya tidak dilihat oleh Iris, Amelia dan Jennie.

Selepas itu, terus tubuh aku didukung ala bridal style oleh Calvin. Kedua-dua tangan aku memaut ke leher Calvin.

Akhirnya Calvin membawa aku pergi naik ke bilik. Kawan-kawan aku hanya statik menghantar aku yang didukung dengan ekor mata saja. Pandangan sayu dari mereka bertembung dengan mata hazel aku.

Calvin perlahan-lahan membaringkan badan aku di atas katil. Selepas itu dia seperti mengurung aku dengan kedua-dua tangannya ke sisi aku membuat jantung aku sudah hampir mahu melompat keluar.

Kenapa dia pandang aku macam tu? Dan..kenapa dia mesti dekat dengan aku ni? Ohh my god. Tolonglah..

Wajah Calvin semakin mendekatkan ke muka aku. Membuat mata aku semakin membulat.

"Err..k-kenapa? Muka saya ni..ada apa-apa ke?" Aku sudah rasa lain macam. Nak saja aku sembunyi muka dalam selimut terus.

"Awak okey?" Soal Calvin dengan nada yang kendur. Dia memandang aku dengan tepat.

Aku menghembus nafas perlahan. Ohh mahu tanya tu je ke? Aku fikir apalah tadi.

"Yeah, okey.." kata aku perlahan cuba tersenyum. Mata cuba dilarikan ke arah lain dari memandang tepat ke anak matanya .

"Kenapa awak tiba-tiba nangis, Alice?"

Aku tidak berkata apa. Mata dipejam perlahan sebelum terbuka.

Aku nangis tadi.. kerana otak aku teringatkan atas semua perbuatan yang aku lakukan.

"Sekiranya seseorang itu berbuat kesalahan pada orang lain awak fikir dia akan senang-senangnya mahu lupakan macam tu ke?" kata aku menatapnya dengan tepat. Kening tercantum memandangnya.

Hati kecilku menjerit sayu. Rasa hati dikoyak-koyak. Sakitnya yang kurasakan. Peritnya rasa ini sehingga aku sendiri rasa tidak layak untuk tersenyum biarpun seukir. Tapi, aku hanya tersenyum supaya orang tidak tahu apa yang kurasakan. Apa gunanya kalau aku jerit satu dunia sekalipun dan luah apa yang aku rasa apa gunanya? Boleh ke rasa ini hilang begitu saja? Tak..ia takkan hilang percayalah. Biarpun aku mati sekalipun ia takkan hilang.

"Alice, itu bukan salah awak.." belum sempat Calvin mahu meneruskan kata-katanya aku sudah memotongnya.

"Cukup Calvin. Cukup. Saya dah tak mahu dengar lagi." Aku memejam kelopak mataku erat. Satu per satu air mata menitis ke pipiku.

Tanpa aku sedar, Calvin merenung sedih ke arah aku. Dia perlahan-lahan kembali duduk tegak. Posisinya sudah tidak mendekati aku.

"Kalau begitu..awak rehatlah. Tak lama lagi malam akan semakin menghampiri. Saya akan datang pada awak semula nanti."

Aku hanya mengangguk kecil.

Namun belum sempat Calvin mahu bangun berdiri tegak aku terjerit kecil.

Manakan tidak.. apabila rambut aku tersangkut di jam tangannya.

"Awww..." Hampir ternaik kepala aku. Aku menunduk kepala ke bawah.

Calvin yang perasan hal itu terus duduk semula.

"Sorry, Alice. Saya tak perasan pula rambut awak tersangkut di jam saya." kata Calvin tanpa sedar sudah menyentuh tangan aku yang sedang cuba untuk memperbetulkan rambut aku yang tersangkut.

Aku tersentak. Mata tidak berkelip memandangnya yang tersentuh tangan aku.

Pandanganku naik memandangnya yang masih sibuk tangannya merungkai rambut aku.

Merasakan aku seperti lama menatap setiap inci wajahnya matanya turut melirik ke arah aku.

Tangannya terhenti seketika. Lama kami dua berpandangan sebelum...

"Auwwwh..so sweet!!" Terjerit kecil mereka bertiga di situ. Siapa lagi kalau bukan Iris, Amelia dan Jennie hampir menjerit serentak di muka pintu.

Masing-masing mempamerkan sengihan kambing.

Terus aku dan Calvin statik memandang ke muka pintu. Aku dengan Calvin berpandangan seketika. What the heck! Malunya..

Maka aku dengan Calvin sudah kelam-kabut cemas masing-masing cuba untuk merungkaikan rambut aku ini.

Manakala Jennie, Iris dan Amelia sudah tertawa mengekek. Lagilah bertambah malu aku dibuatnya. Haih, berapa kali aku kena malu ni..

*********
Sebelum hampir menginjak ke malam..

"Mereka sekarang tengah buat apa di bilik?"

Kenapa aku tanya macam tu? Ini kerana, Calvin ada beritahu aku yang dia telah mencampurkan makanan Iris, Amelia dan Jennie dengan ubat tidur supaya mereka mudah tertidur awal malam ini tanpa menyedarkan sesuatu.

Aku pun hanya terpaksa bersetuju kalau ini yang terbaik untuk kawan-kawan aku. Mereka tidak perlu tahu tentang perkara sebenar masalah yang aku hadapi.

Calvin tersenyum. Dia duduk di tepi aku atas birai katil.

"Saya rasa ubat itu masih tidak terkesan lagi. Dengar bilik mereka macam dengar bunyi. Saya rasa... mereka tak tidur lagi."

"Ohhh okey..." Aku hanya berohh saja sambil menekur kosong ke bawah memandang kaki aku yang terjuntai. Kaki aku ditampal dengan plaster. Kata Calvin biarlah aku tampal plaster walaupun luka aku boleh sembuh dengan sendiri. Asalkan kawan-kawan aku takkan curiga apa-apa tentang aku.

"Alice..." Mendengar suara lembut itu yang memanggil aku terus aku angkat kepala memandangnya. Kening diangkat seperti bertanyakan kenapa.

Calvin memandang tepat dan serius ke arah aku. Aku menelan air liur kasar. Kalau muka Calvin beriak serius ni mesti ada apa-apa penting yang dia mahu beritahu ni.

"Awak ingat lagi tak yang saya pernah cerita pada awak tu.. bagaimana Ainsley tidak boleh keluar dari bulatan serbuk kunyit itu?"

Aku mengangguk kecil.

"Ingat."

"Sebenarnya..saya dapatkan serbuk kunyit itu dari seorang tok yang kita jumpa tulah. Awak ingat lagi kan tok tu?"

Sekali aku mengangguk menggiyakan.

"Ohhh, jadi dia rupanya. Tok tu pun percaya juga ke dengan kuasa jahat? Saya tengok tok tu macam 'misteri' sangat." kata aku perlahan.

"Memang misteri pun. Siap bantu kita lagi. Dan awak tahu tak? Buku yang saya pernah jumpa tu yang kita cari tu sebenarnya buku dialah. Itu sebenarnya buku ajaib. Yang ada kuasa. Bila saya dekat dengan buku tu pun...saya dah boleh rasa aura dia lain macam di situ."

"Hmm..saya pun.."

"Saya rasa.. dialah satu-satunya orang yang boleh tolong kita untuk musnahkan Ainsley."

Aku memandang Calvin dengan tepat. Cuba mencari reaksi di wajah itu.

"Sebenarnya..." Calvin duduk menghadap ke arah aku.

"Saya pun harap begitu.." kataku perlahan. Kami bertentang mata lama.

"Sebenarnya apa?" Tanya aku sambil menjungkitkan kening sebelah.

Calvin mengeluh kecil perlahan. Dia memandang aku tepat sedalam-dalamnya.

Tanpa berlengah lagi, Calvin terus menceritakan tentang semuanya apa yang tok beritahunya tentang tadi di dapur. Dah bagaimana semua itu boleh berlaku.

Manakala aku sudah terlopong mulut. Terus mulut yang sedikit ternganga aku tekup dengan tangan.

Tak sangka..rasa terpempan juga bila Calvin ceritakan satu per satu pada aku.

"Jadi, itulah ceritanya.."

Aku tersenyum kelat. Muka ditunduk ke bawah.

"Tidak sangka..punca inilah semua ini berlaku.." gumam aku perlahan.

Jari runcing Calvin lembut mengangkat dagu aku supaya memandangnya.

Seukir senyuman menghiasi ke wajah itu. Aku turut perlahan-lahan mengukir senyum. Namun, aku hanya mampu tersenyum hambar.

Calvin yang melirik lama ke dalam anak mata hazel di hadapan bergumam kecil dalam hatinya.

'I will destroy Ainsley no matter what happens. I will give you back your real life and your happiness, Alice. Just wait and see.'

Kepala aku yang menunduk ke bawah memandang wajah Calvin lagi. Kelihatan wajah itu hanya langsung tepat memandang aku tanpa berkalih.

Calvin mencarik senyuman lagi padaku.

Aku hanya tersenyum nipis.

'Biarpun..jasad ini sudah tidak bernyawa lagi. Selagi hati ini masih berdegup untuk awak Alice..saya takkan sesekali berputus-asa. Calvin Klein bukanlah orang macam tu. Saya, Calvin..akan terima takdir ini dengan hati terbuka. Biarpun terpaksa menjadi si penyelamat dunia sekalipun.'

Author pov

Calvin... itulah dia. Biarpun hatinya terasa terdetik rasa takut dalam hati namun dia cuba menepisnya. Mustahil kalau dia tak rasa takut. Menghadapi semua ini memang seakan 'mimpi' baginya. Tahu-tahu saja dia ialah si penyelamat dunia. Hanya satu-satunya dia yang boleh selamatkan dunia dan Alice dari cengkaman kuasa jahat Ainsley. Sungguh.. sungguh semua itu sangat sukar baginya. Namun, ini ialah takdir buatnya. Dia harus terima.

Merasa takut tanpa dapat terluahkan. Menahan takut dan cuba untuk menepisnya. Menahan rasa tanpa mempedulikan diri dan nyawanya. Semua itu..sangat menyakitkan buat Calvin tanpa dirinya sedar akan hal itu.

Tapi, di saat itu tiba bolehkah Calvin benar-benar akan berjaya nanti? Dapatkah nanti Alice menahan diri sehingga ke akhirnya?

***********
"Alice, are you ready girl?" Calvin pandang ke arah Alice yang sudah berdiri di bulatan serbuk kunyit itu.

Alice mengangguk kecil tanda menggiyakan.

"I'm ready.."

Sementara di dalam bilik Jennie yang sedang berkumpul Iris dan Amelia mereka sedang berbual tentang Alice.

"Weh, kau tak rasa ada something yang pelik ke pada diri Alice?" Soal Jennie tiba-tiba sambil memperbetulkan duduk silanya atas katil.

"Entahlah..kenapa? Kau ada rasa pelik ke Jen?" soal Iris pada Jennie yang ketika ini sedang meniarap di atas katil Jennie. Rambut yang dilepas dimintal-mintal dengan jari. Mata memandang ke arah Jennie.

Amelia yang berada di atas lantai sambil bersandarkan badan ke katil hanya mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Iris. Dia pun mahu bertanyakan soalan yang sama.

"Aku rasa...Alice sedang sorok sesuatu yang besar pada kita. Firasat kawan tak pernah silap..korang. A-Aku yakin..Calvin dan Alice ada something yang besar yang mereka sorokkan." kata Jennie mengecilkan matanya memandang ke hadapan. Tajam renungan matanya.

"Kan! Aku pun rasa pelik. Bila aku mahu ajak Alice bersembang kat sini pintu biliknya kunci. Ala ...baru saja nak bermanja-manja dengan Alice macam hari tu. Kita berempat. Sama-sama.." kata Amelia kendur saja nada suaranya. Badannya kini ditoleh memandang Jennie dan juga Iris.

Jennie, Iris dan Amelia hampir serentak melepaskan keluhan kecil.

"Hmm betul tu..Alice dah macam berubah.." kata Iris yang sudah turun sedikit kedua-dua bahunya seperti surrender.

Jennie yang perasan riak wajah sedih yang terpapar di wajah kedua-dua sahabatnya itu terus dipeluknya erat Iris dan Amelia.

"Dah..jangan sedih. Alice takkan berubah macam tu saja. Kita sama-sama kenal dia dari dulu lagi. Dah bertahun-tahun lamanya. Kita berempat bahkan seperti darah daging sendiri. Dah macam adik-beradik. Kita lebih kenal dia dari apa-apapun. Mana mungkin Alice akan senang-senangnya berubah seperti itu. Apapun yang terjadi, kita bersama Alice.. berempat..akan dapat bersama lagi seperti hari tu. Persahabatan kita berempat akan terus berkekalan, okay?" kata Jennie memejam kelopak matanya. Kedua-dua tangan mengusap lembut bahu Iris dan Amelia.

Amelia dan Iris turut memejam mata perlahan di dalam pelukan Jennie.

"Aku pun harap macam tu..."

"Alice sahabat kita..macam adik kita sendiri..kita tunggu saja nanti. Semua ini akan berakhir dan diundurkan masa seperti sebelum ini.."

Akhirnya ketiga-tiga kawan itu terhanyut dengan dunia dan perasaan mereka sendiri.

Manakala di dalam bilik Alice pula..Ainsley sudah menjelma dalam dirinya.

"Ainsley.." Calvin bersuara perlahan. Pandangan mereka bertembung.

Ainsley seperti kebiasaannya sudah mencarik senyuman miringnya.

"Kau fikir kau akan terus kurung aku seperti ini? Kau silap..kau akan menyesal, Calvin. Hihihi.. manusia lemah macam kau nak kalahkan aku? Jangan harap ..tak semudah itu, my sweetie blood." kata Ainsley keras. Pandangannya tajam menikam ke dalam anak mata Calvin.

Calvin turut membalas renungan tajam tidak kalah Ainsley.

Tangan di sisi sudah menggepalkan tangannya sekuat hati menahan rasa.

Ainsley yang ketika itu menggunakan lirikan maut pada Calvin terkejut, terkedu dan terpempan. Dia memandang Calvin dengan pandangan tidak percaya.

"T-Tak mungkin..kau..tak rasa sakit ke Calvin?" Ainsley sudah menggeleng kepalanya berkali-kali. Dia memandang tepat ke arah Calvin. Riak wajahnya spontan berubah menjadi cemas apabila Calvin langsung tak terkesan dengan lirikan mautnya.

"Huwarghh..nyantuk dah aku.." Amelia menguap kecil. Matanya sudah terkebil-kebil menahan kantuk.

"Aku pun.." Iris turut menguap kecil.

Jennie yang turut merasakan kepalanya berat dan nyantuk terus terbaring di atas katilnya di situ juga.

Begitu juga dengan Iris dan Amelia. Akhirnya tubuh mereka turut rebah begitu saja di atas katil Jennie.

Calvin mencantumkan keningnya.

"Sakit? Kenapa pula aku harus rasa sakit?" Soal Calvin kehairanan.

"Erghh, aku guna 'lirikan maut' pada kau tadilah! Lepas kau tenung mata aku.. sepatutnya kau akan rasa kesakitan yang teramat, dicucuk dengan rasa yang tidak dapat dibayangkan di dalam tubuh kau, sehingga kau akan rasa tiba-tiba teramat panas dan pedih.. Sehinggalah kau akan terpaksa bunuh diri kerana sakitnya yang sungguh mendalam. Tapi, kenapa kau hanya beriak biasa? Kau tak rasa sakit ke??" Ainsley mencantumkan keningnya.

Dia masih tidak percaya apa yang dilihatnya. Calvin begitu nampak santai di hadapannya. Sedangkan rasa sakit yang dia bagi ini ialah seberat-berat dan tidak tertahankan. Sesiapa yang terkena lirikan maut darinya akan mengalami muntah darah, kejutan kenjang secara tiba-tiba di badannya dan akhirnya mati secara perlahan-lahan dengan rasa sakit yang dia berikan. Sesiapa yang langsung tidak boleh tahan akan mengalami kegigilan yang tahap melampau dan mati dengan kadar yang cepat.

"J-jadi...kau cuba mahu bunuh aku tadi?" Calvin sudah mengetap bibir bawahnya sekuat hati.

"Yeah, dan kau sekarang sepatutnya terseksa! Kau juga manusia...kau juga manusia lemah seperti mereka semua! Tapi, kenapa kau tak rasa sakit pula? Kecuali kalau kau ialah 'si penyelamat dunia'. T-tapi tak mungkin..tak mungkin kau orangnya.." Ainsley menggeleng-geleng kepalanya beberapa kali. Rasa terkejut masih tersisa.

Calvin tersenyum sinis.

"Kalau kau mahu tahu..akulah orangnya. Akulah si penyelamat dunia tu. Kau..takkan dapat bunuh aku sesenang-senangnya Ainsley."

Kata-kata Calvin bagaikan menghempap batu yang besar ke atasnya. Kenyataan itu... betul-betul lagi membuat Ainsley terperanjat besar. Terkaku, terkedu, terkesima semua ada. Perlahan-lahan perasaan takut mula menerjah ke hatinya. Yeah, Ainsley memang tidak takut apa-apapun apatah lagi pada manusia yang lemah. Tapi ada seorang yang buat dia rasa takut dan mahu mengelak. Seseorang yang terpilih iaitu si penyelamat dunia. 'Si penyelamat dunia'.. kata-kata itu membawa erti hanya dia satu-satunya yang boleh hancur dan musnahkan Ainsley. Kelemahan terbesar Ainsley. Calvin. Yeah! Siapa sangka..dialah orangnya.

"Nice to meet you, Ainsley si kuasa jahat.. Sekarang kau akan kenal aku dengan sisi yang lain. Permainan baru dimulakan.." ujar Calvin keras.

Terbit senyuman sinis dan penuh makna di hujung bibir merah Calvin.

*********
Manakala di tempat tok itu pula.. kelihatan dia sedang cuba untuk berusaha keras membacakan mantra dengan kuasanya untuk menimbulkan huruf-huruf di muka surat kosong buku ajaib itu.

Kedua-dua tangannya yang tergawang ke udara diletakkan atas muka surat kosong buku itu. Mulutnya masih terkumat-kamit membacakan mantra. Mata dipejam manakala keningnya tercantum.

Setitis peluh mula merenek ke dahinya.

Akhirnya dengan usaha keras tok itu, huruf-huruf mula muncul perlahan-lahan di atas muka surat kosong itu.

Tok itu membuka perlahan kelopak matanya. Kedua-dua tangan diturunkan ke sisi.

Tersenyum tok itu apabila kini muka surat itu tidak kosong. Hanya huruf-huruf yang muncul.

Bibir tok itu mula terkumat-kamit membacakan huruf-huruf itu.

"Bagi manusia yang terpilih untuk menjadi si penyelamat dunia.. dengan harus bagaimana untuk hancurkan kuasa jahat Ainsley ia terpaksalah mengorbankan nyawanya sendiri. Kerana, menghancurkan kuasa jahat Ainsley bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Berkemungkinan besar, manusia yang menjadi tempat untuk Ainsley berada akan menjadi sangat susah untuk pisahkannya dari badan manusia itu. Sekiranya mahu memusnahkan Ainsley, perlulah untuk pisahkannya dari tubuh jasad manusia yang didudukinya itu. Sekiranya tidak, dia bersama kuasa jahat Ainsley akan turut mati begitu saja apabila si penyelamat dunia sudah memulakan langkah untuk musnahkan Ainsley."

Tok itu membacakan satu per satu huruf-huruf di atas muka surat itu. Tergamam seketika dibuatnya. Kepalanya kini diangkat memandang ke hadapan.

"Sekiranya mahu hancurkan Ainsley ia perlu untuk mengorbankan satu nyawa?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience